29 November 2021

Pengakhiran Satu Cerita

    Beberapa bulan lepas, aku jumpa seorang lelaki, Nick. Walaupun aku dah tak ada perasaan dekat Sam tapi aku masih ingin seorang kawan lelaki rapat. Masa aku jumpa Nick, aku tak ada perasaan sangat pun dekat dia tapi lepas kitaorang sembang, kitaorang sedar kitaorang ada banyak persamaan dan dia pun terkejut. Dia nak terus berhubung dengan aku jadi dia bagi nombor dia dekat aku dan dia suruh aku mesej dia.

    Aku pun mesejlah dia tapi dia tak balas. Berhari - hari jugalah aku tunggu. Aku ingat aku tersilap mesej orang atau dia dah ubah fikiran dan aku dah bersedia nak teruskan hidup aku bila dia balas mesej aku. Dia minta maaf dekat aku dan dia kata dia sibuk. Takkanlah kau tak ada masa langsung nak balas mesej? Aku bagi dia peluang sebab aku baru kenal dia.

    Awal - awal lagi, dia dah bagi tahu aku dia ada hati dekat aku dan aku pun suka dia tapi aku seorang yang kekok jadi aku cuma balas, 'aw.' Aku tak tahulah kalau respons aku buat dia kecil hati dengan aku sebab lepas tu, dia macam OK saja dengan aku tapi aku perasan, makin hari, dia makin dingin dengan aku. Aku minta maaf dekat dia tapi dia kata aku tak buat salah apa pun.

    Ada satu malam tu, aku boleh rasa dia tak nak layan aku sebab dia cuma balas sepatah dan dia ambil masa lama gila nak balas lepas tu dia terus offline. Sejak hari tu, dia dah tak balas mesej aku tapi aku masih nampak online dan beberapa minggu lepas, aku dah tak boleh nampak. Aku syak dia block aku.

    Sejujurnya, aku kecewa. Kita dah besar kot, kenapa perlu block? Kenapa tak bagi tahu? Aku tak faham. Kalau kau nak hubungan ni menjadi, kau perlu berkomunikasi. Mungkin kau dah tak berminat sebab tu kau tak berusaha pun. Aku sedih sebab aku ada harapan tapi kau tak rasa macam tu. Tak apalah, mungkin kita tak dijodohkan untuk bersama tapi aku harap kau akan jumpa orang yang baik.

22 November 2021

Harapan Menjadi Pudar

    Setakat ni, semester ni lebih tenang berbanding semester lepas. Semester lepas, bukan setakat ada banyak kerja, kerja pun berat. Aku haraplah, walaupun semester ni aku ambil credit hour lebih dan ada banyak kerja tapi kerja dia tak berat sangat sebab aku dah tak larat dengan online classes, aku dah penat hadap computer. Kalau boleh, aku nak tidur saja. Aku dengar semester depan campus akan buka balik tapi dengan situasi sekarang, aku tak nampak macam mana aku boleh balik semester depan.

    Cakap pasal balik campus ni, walaupun aku memang nak balik campus sebab aku dah tak tahan duduk dekat rumah, aku rasa conflicted sebab satu, aku nak kena tinggal mak aku dan mak aku tak berapa sihat, dua, aku nak kena ulang - alik sebab braces, tiga, aku dah biasa belajar secara online, aku rasa kekok nak belajar secara physical, empat, aku kena hadap musuh - musuh aku dan lima, aku takut bilik aku berhantu.

    Satu lagi, aku masih berharap aku akan jumpa kawan sehidup aku satu hari nanti. Aku tak tahulah aku akan jumpa dekat sini ke tak. Masa aku dekat sekolah dulu, aku tak ada ramai kawan jadi aku selalu teringin ada seorang kawan rapat yang aku boleh kongsi minat aku, pergi jalan - jalan sekali dan sebagainya dan bila aku buat asasi dulu, aku ingat aku boleh jumpa dekat situ tapi sekarang, semua "kawa" asasi aku, aku dah buang sebab kitaorang dah tak sehaluan.

    Sejujurnya, harapan tu dah jadi pudar. Dah banyak kali aku jumpa orang dan aku ingat diaoranglah kawan sehidup aku tapi aku salah dan lama - lama, aku jadi skeptical kalau aku akan jumpa orang yang baik, memahami aku dan sehati dengan aku tapi pada masa yang sama, aku rasa benda ni lah antara benda yang mendorong aku untuk terus belajar walaupun aku memang dah nak putus asa.

19 November 2021

Zaman Silam

    Masa aku dekat universiti dulu, ada seketul tahi bernama Azra ni tulis pasal aku dekat blog dia. Dia tulis, aku anak orang kaya dan aku spoilt brat. Aku tak terasa pun sebab tak betul pun dan aku bagi tahu dia aku jumpa blog dia dan dia cepat - cepat delete atau tukar alamat blog dia sebab lepas tu, aku dah tak jumpa blog tu. Aku tak patut bagi tahu dia sebab kalau tak, aku mungkin boleh baca apa dia tulis pasal aku sampai sekarang.

    Aku cuma nak cerita pasal hidup aku sikit. Aku cerita ni bukan nak dapat simpati ke apa dan aku tak perlu cerita pun sebab aku tak ada tanggungjawab pun untuk terangkan diri aku tapi aku cerita ni supaya kalau ada siapa - siapa yang baca post ni, janganlah cepat jump into conclusions pasal someone yang kauorang tak pernah tahu pasal latar belakang dia.

    Aku bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya dan aku tak malu nak mengaku pasal tu. Mak aku seorang saja yang bekerja dan dia buat tiga kerja nak sara kitaorang, mengajar dekat sekolah waktu siang, mengajar dekat tuisyen waktu malam dan jual aiskrim waktu hujung minggu. Aku ingat lagi, dia akan bawa aku dan adik - beradik ke pusat tuisyen tu dan kitaorang akan main dekat belakang kelas dan masa tu, aku tak faham apa - apa.

    Kitaorang duduk dekat taman kos rendah. Aku pernah pergi balik taman tu, saja nak tengok dan aku tak boleh percaya kitaorang boleh duduk dekat situ. Rumah kecil gila. Walaupun kitaorang susah, mak aku akan pastikan kitaorang bersiap sebab dia tak nak orang pandang rendah dekat kitaorang dan mak cik - mak cik aku pula pandang harta. Ada seorang mak cik aku ni pernah panggil kitaorang khadam.

    Kitaorang cuma dapat dua baju dan seluar setahun sekali, masa raya. Bajet untuk seorang RM100 saja, dua baju dan sepasang seluar. Kiranya, satu baju RM25 dan sepasang seluar RM50. Tu pun, kitaorang dah rasa macam banyak masa tu. Setahun tulah kitaorang akan ulang pakai pakaian yang sama. Aku ingat lagi ada seorang schoolmate aku ni, Nadia tanya aku lepas tu bila aku bagi tahu dia, dia buat terkejut lepas tu dia brag dia beli baju dan seluar setiap bulan dan bajet dia tak ada limit.

    Kalau aku nak mainan pula, RM9.90 pun aku dah rasa mahal. Yang RM50 dan ke atas, aku cuma mampu tengok sajalah. Pernah ada sales assistant ni tuduh aku nak curi barang sebab aku nampak miskin kot. Sebab tu, sekarang setiap kali aku nak beli baju, seluar, kasut dan sebagainya, aku akan teringat yang tak terlintas langsung dalam fikiran aku masa dulu nak beli semua ni. Ya, dulu dan sekarang tak sama, kos barang dah naik tapi aku masih sayang duit.

    Dulu, aku sedih jugalah kenapa aku dilahirkan dalam keadaan macam ni tapi sekarang, aku bersyukur aku dilahirkan dalam keadaan macam tu sebab sekurang - kurangnya, aku hargai duit. Ada setengah orang, mak bapa dah beli macam - macam tapi tak bersyukur atau gaji dah besar tapi masih rasa tak cukup.

    Pernah mak aku nak beli Milo tapi duit tak cukup jadi kena letak balik dekat rak. Malu tu, jangan cakaplah, Allah saja tahu. Yang cashier pula bukan nak cover ke apa, buat muka tercengang pula. Pernah masa aku kerja dekat kedai baju dulu, ada seorang perempuan ni nak beli sweater untuk anak dia. Dia tanya aku, yang paling murah berapa. Aku pun bagi tahulah dia yang paling murah RM39. Dia tertunduk lepas dia ucap terima kasih sebelum dia belah. Anak dia pandang saja, tak faham apa - apa.

    Bila aku ingat balik, aku rasa sebak dan aku patut bayarkan untuk dia. Aku faham perasaan dia sebab mak aku lalui benda yang sama masa dulu. Mak aku tak ada banyak duit tapi dia utamakan anak - anak dia sebab masa dia kecil dulu, hidup dia lagi susah jadi kalau boleh, dia tak nak kitaorang lalui apa yang dia lalui. Kalau aku ada anak nanti, aku akan pastikan hidup dia lebih baik daripada hidup aku sebab aku pun tak nak dia lalui apa yang aku lalui.

    Nak hina aku, nak pandang rendah dekat aku, silakan tapi sekurang - kurangnya aku mengaku asal - usul aku, aku tak acah - acah macam aku anak orang kaya ke apa dan kalau kau tak tahu cerita sebenar orang, jangan buat cerita pasal orang pula.

18 November 2021

Refklesi #1

    Aku teringat, masa aku dekat universitu dulu, ada satu malam tu, aku dan kawan - kawan roommates aku buat sleepover dekat bilik aku. Kitaorang bawa turun tilam lepas tu tengok Pitch Perfect sama - sama walaupun entah berapa banyak kali kitaorang dah tengok filem tu sampai kitaorang boleh hafal skrip filem tu sampai kitaorang tertidur. Moment tu antara moment yang paling bahagia dalam hidup aku. Masa tu, aku tak ada apa tapi aku betul - betul bahagia.

    Sekarang, hidup aku dah banyak improve berbanding dulu tapi aku tak sebahagia macam dulu for some reasons yang aku pun tak pasti. Aku rasa kosong. Adakah sebab masa tu aku dikelilingi dengan orang yang buat aku bahagia dan sekarang aku dikelilingi dengan orang yang negative dan toxic? Aku tak pastilah tapi aku rindu moment macam tu. Kalau boleh, aku nak pergi balik masa tu dan lalui semua tu balik.

17 November 2021

Hot Stuff vs Perasan Hot Stuff

    Dekat mana - mana kau berada, sekolah ke, universiti ke, tempat kerja ke, akan selalu ada satu spesies yang dipanggil hot stuff. Spesies ni selalunya anak orang kaya dan popular. Diaorang tak semestinya hot pun, cuma bersiap lebih dan aku nak cakap pasal yang tak hot pun, cuma bersiap lebih ni. Aku panggil diaorang perasan hot stuff. Kalau hot stuff ni fake lepas tu suka pulaukan orang, perasan hot stuff ni lagi teruk. Kalau kau pernah deal dengan diaorang, kau tahulah betapa berpuakanya diaorang.

    Yang menjijikkan pasal perasan hot stuff ni, diaorang tak semestinya anak orang kaya dan popular pun tapi diaorang berkepit dengan hot stuff sebab nak tumpang kekayaan, populariti dan hotness hot stuff, nak bagi diaorang pun nampak kaya, popular dan hot padahal sebenarnya anak orang miskin, tak disukai orang dan muka kemik.

    Sejak aku dekat sekolah lagi, aku dah jumpa perasan hot stuff ni. Bila aku masuk universiti, aku ingat spesies ni dah pupus tapi ada lagi dan bila aku kerja pula, pun diaorang masih ada lagi. Kalau hot stuff suka buat hal sendiri, perasan hot stuff ni lah yang suka buli orang. Aku rasa diaorang buat macam tu sebab diaorang sebenarnya insecure. Diaorang tahu yang diaorang bukan anak orang kaya, popular dan hot jadi diaorang buli orang untuk buat diaorang rasa lebih bagus.

    Aku cakap ni sebab sejak aku datang sini, ada ramai sangat perasan hot stuff. Yang hot stuff boleh bilang dengan jari. Aku pernah deal diaorang dan ya Allah, nightmare gila nak mampus. Tak buat kerja, suka bergaduh, rasa macam semua orang nak berkawan dengan diaorang, pandang rendah dekat orang lain, layan orang macam sampah.

    Ada seketul tahi ni sampai block aku sebab dia tak dapat jadi leader. Block lah, tak ada kesan pun dekat aku. Sebelum dia block aku, aku pernah tengok WhatsApp status dia. Dia selalu post, ramai orang nak berkenalan dengan dia lepas tu dia kena block orang. Nak tunjuk dia hot dan dia popular padahal muka macam senduk. Ada seketul tahi ni pula unfollow aku dekat Instagram sebab aku tak pernah like gambar dia. Hahaha, insecure nya. Aku tak like sebab tak ada satu gambar kau yang elok sebab muka kau terpenyek. Yang bangsatnya, tak remove aku pula. Ingat aku nak sangat follow kau? Muka macam spatula.

    Aku tak kata hot stuff ni lebih baik ke apa. Aku pernah satu kelas dengan hot stuff ni. Muka macam Izara Aishah tapi lebih cantik tapi perangai, hmm. Bila perangai buruk, muka yang elok pun nampak buruk tapi sekurang - kurangnya, aku mengaku dan aku tak nafikan diaorang elok, tak macam perasan hot stuff, dahlah buruk, bila buat perangai buruk, lagi buruk.

    Sejujurnyalah, yang betul - betul hot stuff ni, jaranglah. Selalunya perasan hot stuff. Lepas tu, hot stuff yang baik, aku pernah jumpa sekali saja, K. K ni dahlah elok, baik pula. Aku masih ingat dia sampai sekarang. Dia satu - satunya kawan aku yang hot stuff tapi masa tu aku insecure, aku tak percaya ada hot stuff yang sudi berkawan dengan aku jadi aku jauhkan diri daripada dia. Aku tengok dia dah berkahwin pun tapi sayangnya, pasangan dia, hmm. Aku rasa dia boleh jumpa orang yang lagi elok.

    Anyway, kalau perasan hot stuff tak perasan hot, popular dan kaya, aku rasa orang akan suka diaorang dan diaorang akan jadi popular tapi tulah, aku tak pernah jumpa perasan hot stuff yang baik. Semuanya fake, bitchy dan suka buli orang. Teruskan berdelusi dan semoga kauorang berdelusi sampai mati.

07 November 2021

Syaitan Bertopengkan Manusia

    Masa aku join satu event ni beberapa bulan lepas, aku terjumpa seorang lelaki ni, Azul. Aku tak tahu kenapa dalam ramai - ramai orang, aku tertarik dengan dia. Aku bukan tertarik dengan dia macam aku nak dekat dia tapi macam dia ada tarikan. Nama dia sama dengan nama aku tapi dia tinggi dan putih. Masa kitaorang kena perkenal diri kitaorang, rupa - rupanya dia kerja dekat satu tempat dengan aku tapi department lain, satu department dengan seekor makhluk ni. Dia bagi Instagram dia jadi aku follow dia lepas tu dia follow balik.

    Ada satu hari tu, aku nampak dia lepak dengan seekor makhluk tu. Yalah, dah diaorang satu department tapi yang peliknya, sebelum tu, aku tak pernah pula nampak diaorang lepak sekali. Aku suspek makhluk tu mendekati dia lah dan makin lama, aku tengok diaorang makin rapat, sampai keluar pergi jalan - jalan dan makan sekali. Sedikit info pasal seekor makhluk tu, aku pernah kena deal dengan dia. Mula - mula, aku OK saja dengan dia walaupun aku dah tak berkenan dengan dia atas sebab tertentu. Senang cakap, aku tak berkenan dengan lifestyle dia, dia liar. Aku bukanlah nak acah baik ke apa tapi aku kenal orang macam ni dan dengan orang macam ni, kau kena lari jauh - jauh sebelum dia heret kau.

    Point aku tulis ni bukan sebab aku dengki diaorang lepak sekali, seriously. Kalau aku dengki, aku akan mengaku sebab siapa - siapa yang baca blog aku ni takkan kenal siapa aku pun jadi buat apa aku malu nak mengaku. Point aku tulis ni, aku risau tengok Azul lepak dengan seekor makhluk tu. Dia nampak baik dan aku kesian kalau dia kena heret dengan seekor makhluk tu, jadi macam seekor makhluk tu juga. Entahlah, aku cuma mampu tengok dan doakan dari jauh supaya dilindungi daripada syaitan bertopengkan manusia.