Aku ingat, lepas sesi ni habis, aku akan jadi OK balik but apparently, I thought wrong, I'm still depressed. Sebab tu aku tak banyak tulis. Aku rasa macam nak tidur saja. Walaupun aku akan bercuti selama dua bulan lebih, aku asyik fikir pasal kerja yang akan datang dan aku fikir saja pun, aku dah rasa penat. Kalau boleh, aku tak nak sambung sebab aku dah tak larat tapi aku tak boleh give up sekarang. Aku dah ada dekat selama dua tahun dan kalau aku berhenti sekarang, sia - sialah penat lelah aku selamat ni and I need this so I can move on with my life. Sigh.
Esok, aku ada ujian untuk satu kursus ni dan aku tak study langsung lagi. Sebelum ni, aku pernah ambil ujian dengan boss yang sama dan aku dapat markah rendah sebab ujian dia payah gila, so, aku takut benda yang sama akan berulang. Aku perlu maintain performance aku supaya aku boleh habis kerja dekat sini dengan performance yang bagus. Plus, ada ramai orang nak tepuk tangan dan sorak padan muka dekat aku (bukan aku yang buat musuh dengan orang ya, orang yang buat musuh dengan aku). Aku tahu diaorang harap aku akan jatuh tersungkur lepas tu diaorang boleh gelak dekat aku.
Orang insecure selalu percaya semua orang nak compete dengan diaorang. The truth is, aku datang sini, aku tak ada niat nak compete dengan siapa - siapa, niat aku cuma move on dengan hidup aku. Masa aku dekat sekolah dulu, aku average student saja so aku tak pernah ada impian nak duduk dekat atas. Masa aku dekat universiti dulu, aku baru sedar potential aku tapi tu pun, aku buat hal sendiri, aku tak pernah menyibuk. Orang macam ni, kalau aku bagi tahu diaorang pun, diaorang takkan percaya sebab diaorang dah nak percaya macam tu. Diaorang akan tuduh yang aku berpura - pura pula.
Orang macam ni, diaorang acah - acah macam diaorang tak kisah pun pasal orang lain tapi yang lawaknya, kau dapat tahu diaorang duduk tanya orang, berapa markah yang kau dapat, macam mana performance kau and so on. Yang lagi kotor, diaorang ajak orang lain supaya tak kerja dengan kau, supaya boikot kau, supaya benci kau sekali, buat cerita pasal kau and so on. Kalau diaorang secure dan unbothered sangat, kenapa diaorang kena buat semua tu? Nampak sangatlah diaorang bitter, busuk hati, dengki, tak boleh tengok orang lebih daripada diaorang.
Sekarang, aku pula dilantik jadi representative untuk department aku dan diaorang pun mesti lagi meluatlah dengan aku. Aku tak nominate diri aku pun dan aku pun tak tahu siapa yang nominate aku. Tiba - tiba, ada hari tu, aku buka WhatsApp, co-worker aku bagi tahu yang aku dah dilantik jadi representative. Aku nampak siapa undi aku dan geng berhati busuk tu memang taklah undi aku. The thing is, aku tak pernah bergaduh dengan diaorang pun, aku cuma bergaduh dengan seekor tu tapi dulu dia bukan geng diaorang pun, sesi ni dia baru masuk geng diaorang.
I'm not surprised kalau dia buat cerita dekat diaorang yang aku yang problem sebab mulut dia besar (figuratively) dan dia suka play the victim. Yang geng tu pun, bukan nak tanya aku ke apa, terus percaya, so, in a way, kauorang dah diperbodoh dengan dia. Tak apa, kauorang berkawanlah dengan dia lepas tu nanti mungkin kauorang baru akan faham kenapa aku dah tak berkawan dengan dia. Jangan nanti kauorang cari aku pula. Also, macamlah aku tak tahu, betapa fake nya kauorang sesama kauorang. Kauorang cuma berkawan atas kepentingan masing - masing.
Yang lawaknya, diaorang ni geng tudung labuh, except seorang tu tapi semua perangai macam setan. Kalau betul lah kauorang ni believers, kauorang akan percaya yang Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Adil, Maha Menghakimi lagi Maha Menghakimi so kauorang buatlah apa pun dan biarlah orang nak percaya kauorang pun tapi kauorang tak boleh ubah kebenaran dan Allah nampak dan dengar semua benda yang kauorang buat belakang aku dan kauorang terimalah balasan atas apa perbuatan dan kata - kata kauorang dan kalau betul lah kauorang ni believers, kauorang akan takut.
Kauorang bertaubatlah macam mana pun, selagi kauorang tak minta maaf dekat aku, selagi tulah kauorang berhutang dengan aku. Aku tak ada hutang apa dengan kauorang sebab aku tak buat apa langsung dekat kauorang. Aku tahu kauorang pernah buat cerita pasal orang lain. Aku pun tak tahulah apa yang kauorang gain daripada duduk buat cerita pasal orang lain, mungkin kauorang syok tengok orang lain merana tapi patutlah ramai orang tak suka kauorang. So, setakat kauorang tak suka aku tapi hampir semua orang tak suka kauorang, you do the maths, siapa yang problem dekat sini?
Anyway, aku nak selit sikit update pasal kasut Versace tu. Well, obviously, aku tak jadi beli kasut warna ungu tu sebab kalau ya, aku dah buat satu post, dedicate untuk kasut tu saja, tak ada nak cakaplah pasal kumpulan hyena tu. Aku tak jadi beli sebab beberapa benda. Satu, harga dia turun daripada 50% jadi 51% saja. Yes, f**k SSENSE, tak ada beza. Aku rasa diaorang tak bagi harga dia turun jadi 60% sebab diaorang tahu ada orang (aku) nak beli kasut tu. Dua, measurement tu sampai sekarang aku tak dapat lagi dan aku dah agak.
Sebenarnya, customer service yang aku contact semalam tak berapa friendly dan aku tak cerita sebab aku malas. Aku tengah cerita pasal enquiry aku, dia terus cakap, 'I'll email to you the measurement. Is there anything else I can help you with?' Kiranya, dia tak nak dengar pasal enquiry aku. So, f**k you too, Ferry and f**k you siapa yang buat cerita sales associate orang putih semua baik - baik. Tiga, aku baru sedar yang aku lebih tertarik kepada kasut hitam tu daripada kasut ungu tu. Aku boleh hidup tanpa kasut ungu tu tapi aku tak boleh hidup tanpa kasut hitam tu (figuratively).
Oh ya, aku mampu saja beli kasut warna ungu tu. Kalau aku nak beli sekarang pun boleh tapi macam aku cakaplah, I have to have the black boots, the purple boots are optional. Buat aku beli kasut ungu tu, tiba - tiba, harga kasut hitam tu terus turun? Takkah aku akan menyesal masa tu? Kalau aku beli kasut hitam tu lepas tu aku ada duit lebih dan kasut ungu tu ada lagi, maybe, just maybe, aku akan beli kasut ungu tu. For now, aku tak ada plan nak beli dua - dua sebab manalah aku mampu nak beli semua and we're talking about Versace here, Versace, OK? Not Vincci.
By the way, kasut hitam tapi matte tu harga dia dah turun nak dekat 70%. Yes, aku convert, total dia patut jadi RM2,500 and guess what? Semua size masih ada lagi. Aku pun tak faham kenapa macam tu. Macam aku pernah kata sebelum ni, selalunya orang suka leather daripada patent leather. Kalau kasut hitam tu harga dia turun banyak tu, aku dah lama beli, beza seribu kot. Bazer Balmain pun jadi murah dan saiz aku ada lagi. Kalau aku ada duit, aku dah beli.. Kasut hodoh macam Balenciaga ada pula orang nak beli full-price (sebab nak ikut trend). Kadang - kadang, tak sampai sale, banyak size dah habis.
Anyway, nampaknya, aku mungkin kena tunggu sampai bulan sebelas atau bulan dua belas pulalah, hmm. Macam aku pernah kata sebelum ni, aku ingat aku kena tunggu enam bulan saja dan enam bulan tu bukan pendek ya dan aku ingat, by this time, aku dah ada kasut kasut tapi nampaknya, aku kena tunggu lebih kurang setahun jugalah. Aku tak tahulah penantian aku worthwhile ke tak. Aku takut, sebelum atau by the time harga kasut tu turun, saiz aku dah habis. Aku cuma boleh berharap sajalah. Aku nak sangat kasut tu. Padan muka siapa yang ingat aku takkan pernah mampu beli Versace.
OK lah, aku dah nak tidur. Goodnight.