Hari ni, sale Versace tu dah tak private daaaaaaaaan harga kasut tu tak turun juga. Aku pun tak tahulah sale ni berapa lama tapi aku nak tengok harga kasut tu akan turun ke tak minggu depan. Mungkin harga dia akan turun masa autumn/winter sale masa bulan dua belas nanti. Entahlah tapi aku rasa macam aku takkan dapat kasut ni so aku dah jadi tawar hati sebab aku nak kena tunggu another six months. Penat kot aku tunggu selama enam bulan, dari bulan dua belas tahun lepas, hari - hari aku duduk check. Aku masih belum give up tapi aku takut sangat saiz aku akan habis sebelum harga kasut tu turun atau bila harga kasut tu turun saja, saiz aku terus habis dan aku nak sangat kasut tu. Aku nak kasut tu jadi barang designer pertama aku sebab aku nak barang designer pertama aku dari Versace sebab aku suka all things Greek lepas tu aku paling suka boots dan aku suka benda glossy jadi kasut ni perfect. Kalau aku ada connection, aku akan suruh SA simpan kasut tu untuk aku dalam storeroom sampai harga dia turun lepas tu aku beli (it's illegal tapi aku pernah buat masa aku kerja retail dulu, lol) atau kalau aku ada banyak duit, dah lama aku beli kasut tu, aku tak ada masa lah nak tunggu berbulan - bulan lepas tu duduk check hari - hari. Sadly, there's absolutely nothing I can do. No matter how hard I wish, if they're not meant for me, I'll never get them and they'll never be mine so I can only hope and pray for the best. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. On a brighter note, sekurang - kurangnya, aku dah belajar banyak pasal barang designer dan bila sale dia. Jadi, lepas ni, kalau aku nak beli barang designer, aku dah tahulah bila nak beli.
31 May 2022
Sigh
27 May 2022
So Close Yet So Far Away
OK, macam aku pernah bagi tahu sebelum ni, baru - baru ni, aku sibuk gila nak mampus. Aku ada banyak kerja dan kerja tak habis - habis dan aku buat kerja tak berhenti - henti. Salah aku juga sebab masa cuti dua minggu hari tu, aku tak buat langsung kerja, aku tak ada mood langsung tapi aku tak faham "boss" yang bagi kerja banyak - banyak ni, like, kauorang ingat kitaorang tak ada life ke? Kitaorang ni kerja saja? Lepas tu, tak sampai deadline lagi, kauorang dah tanya bila kitaorang nak submit kerja?
Anyway, aku ada beberapa benda nak cakap.
First of all, hari ni, aku dapat email yang Versace buat private sale mulai hari ni sampai 29 ni. Aku pun apa lagi, terus tengoklah harga kasut yang aku nak tu turun ke tak dan yes, harga kasut tu turun tapi 30% saja (RM3920) dan aku tak mampulah. Aku perlu sekurang - kurangnya 50% (RM2800). Kalau aku dah ada banyak duit, yes, aku akan dah beli. Salah aku juga sebab aku tak simpan duit sebelum ni. Aku sedih jugalah sebab aku memang duduk ingat harga dia akan turun banyak masa sale. Aku tak tahulah kalau esok atau lepas 29 ni atau masa autumn/winter sale nanti, harga dia akan turun lagi tapi aku harap sangat harga dia akan turun lagi and by that time, size aku ada lagi sebab aku nak sangat kasut tu. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini mencapai impiannya.
Kalau aku dapat kasut tu, aku bayang, inshallah, bila aku dah berkahwin dan ada anak dan kaya dan ada rumah besar dan ada walk-in closet nanti, aku akan cerita dekat anak aku pasal kasut tu, like macam mana aku dapat kasut tu, aku tunggu berbulan - bulan lepas tu masa tu aku tak ada banyak duit dan aku cuma nak rasa a taste of luxury because I grew up in poverty.
Second of all, aku tak ingat bila tapi ada satu malam tu, tiba - tiba aku teringat Nick dan aku rindu dia. I wonder how he's doing. Yeah, obviously, I haven't moved on sebab tu aku tak delete dia lagi. Aku payah nak move on daripada dia sebab aku jarang jumpa orang elok yang tertarik dan click dengan aku. Bukan sebab aku tak elok, aku elok ya, hahaha, cuma sekarang terlebih berisi so aku betul - betul kena turunkan berat badan supaya marketability aku naik balik tapi sebab orang ni elok, well, yalah, diaorang elok jadi diaorang memilihlah, kenapa diaorang nak settle for less.
Third of all, semalam aku teringat K pula. Aku tak tahu aku pernah cerita ke tak pasal K sebelum ni tapi aku jumpa K ni masa dekat universiti dulu. Dia course lain dan dia senior. Kitaorang pernah terserempak lepas tu dia tegur aku. Sejak hari tu, kitaorang jadi kawan dan kitaorang rapat jugalah, dia jadi macam abang aku tapi lepas tu ada drama sikit. Sekarang dia dah berkahwin. For your information, dia kawan aku yang pertama yang elok. Dia ni tinggi, putih, elok dan sado. Aku sedihlah kitaorang dah tak berkawan tapi tulah, sekarang dia pun dah berpunya.
Fourth of all, ada satu malam tu, aku teringat lelaki yang aku terserempak dekat IKEA tu. Aku masih duduk fikir pasal dia walaupun dah tiga tahun sejak peristiwa tu. Like I said, aku jarang jumpa orang elok yang tertarik dengan aku dan dia ni elok. Macam K juga, dia ni tinggi, putih, elok dan sado dan cara dia pandang aku, bukan pandangan creepy atau gatal ya tapi macam mamihlapinatapai. Maksud dia, 'a look that without words is shared by two people who want to initiate something, but that neither will start.' Ya, aku tahu, ada sebab kenapa kitaorang tak bersama dan mungkin tu yang terbaik untuk kitaorang tapi aku nak sangat jumpa dia lagi, aku nak berkenalan dengan dia dan aku nak berkawan dengan dia tapi aku bersyukur aku terserempak dengan dia, sekurang - kurangnya, aku tahu pasal kewujudan dia and I know he's out there, somewhere and I wonder if he's been thinking of me too.
Kadang - kadang, masa aku tengah ambil udara segar dekat halaman rumah aku waktu malam, aku bayang aku duduk jalan dengan dia dan kitaorang sembang pasal dreams, fears, hopes and lives kitaorang sambil tengok bintang. I wonder hidup dia macam mana. Aku nak percaya dia orang baik dan walaupun aku tak kenal dia tapi aku doakan yang baik - baik untuk dia.
25 May 2022
Catch-Up Sesh
OK, kali terakhir aku tulis empat hari lepas sebab aku sibuk gila nak mampus for the past few weeks. Macam semalam, aku tidur pukul empat pagi sebab aku duduk buat satu kerja ni dan aku kena submit kerja tu sebelum pukul dua belas tengahari ni lepas tu aku ada meeting pukul sembilan pagi jadi aku tidur tak sampai lima jam dan mula - mula aku ingat aku nak ponteng meeting tu tapi tak jadi so aku attend juga meeting tu walaupun aku rasa macam nak tertidur sampai pukul dua belas tengahari tadi dan aku baru tidur kejap. Nasib baiklah esok tak ada meeting jadi aku boleh berehat sikit tapi tu pun, lusa ni dan hari selepas tu aku ada kerja nak kena submit.
Anyway, aku ada banyak benda nak cakap.
First of all, sejak kali terakhir aku nampak lelaki macam Nasrul dekat taman aku tu, aku dah tak nampak dia. Aku rasa dia ada saja tapi jadual kitaorang lain - lain jadi kitaorang payah nak terserempak. Kadang - kadang aku keluar waktu petang nak ambil udara segar, kadang - kadang aku keluar kejap saja, kadang - kadang aku tak keluar langsung.
Second of all, listing kasut Converse x Miley Cyrus tu dah tak ada. Aku tak tahulah kalau dia akan buat listing baru ke apa atau ada orang beli. Also, sebelum listing tu dah tak ada, aku tengok kena bayar tax. Sebelum ni, tak kena. Tax seratus lebih wei. Total jadi RM700 lebih. Yes, kasut Versace tu lagi mahal banyak but I'm not willing to pay that much for a pair of Converse because Converse isn't a luxury brand, do you know what I mean?
Third of all, sale Versace tu kemungkinan minggu depan jadi aku mungkin akan dapat notification email minggu ni. Aku tak tahu kenapa tapi aku nervous gila, dah macam nak dapat result exam, hahaha. Aku tak tahu aku boleh dapat ke tak kasut tu, aku takut bila sale tu mula, semua barang habis terus. Kalau aku tak dapat, aku redha sajalah sebab aku boleh simpan duit dan sekurang - kurangnya, aku dah belajar banyak pasal luxury brand ni dan sale dia macam mana tapi sedih jugalah. Either way, aku harap yang terbaik untuk aku.
Fourth of all, cakap pasal barang designer ni, bagi akulah, yang berbaloi kau beli, kasut macam boots atau heels, beg, jacket, dan accessories macam sunglasses, jewellery dan jam (dan jeans kalau kau tinggi), yang lain bagi aku tak berbaloi. T-shirt saja dah seribu? Sneakers pula beribu? Sebab aku suka mix high and low, contohnya, kalau aku ada jacket Balmain, aku OK saja pakai T-shirt Zara atau kalau aku ada beg Jacquemus, aku OK saja pakai Converse. Aku tak rasa kau kena pakai semua barang designer sebab kadang - kadang artis yang kaya - raya pun mix high and low.
OK lah, yang tu saja kot aku nak cakap malam ni.
Goodnight.
20 May 2022
Spring/Summer Sale 2022
OK, aku akan tulis dalam less than 30 minutes saja sebab aku dah nak tidur dan aku ada presentation dan exam esok dan aku ada kerja banyak gila nak mampus nak kena submit minggu ni sampai kepala aku rasa macam nak meletup dan aku rasa macam nak menangis. Salah aku sebab aku tak siapkan masa cuti hari tu. Ya Allah, aku tahu aku seorang pendosa tapi tolonglah hamba Mu ini.
Anyway, so, spring/summer sale 2022 SSENSE dah mula. Ya, aku tahu pun masa aku check semalam tapi harga kasut Versace tu tak turun pun, mungkin dia akan turun minggu depan, aku pun tak tahulah tapi aku lebih focus dekat official website Versace. Plus, kasut yang aku nak tu, saiz aku dah tak ada stok dekat SSENSE. Ya, aku tahu, aku ada banyak hal lain dan lagi penting but just because you're miserable, doesn't mean you can't have a bit of fun.
Anyway, aku tengok video - video haul sale Versace tahun lepas dan kebanyakan diaorang buat video masa awal bulan enam tahun lepas, jadi aku expect sale tahun ni pun mula awal bulan enam ni. Macam aku dah pernah cakap banyak kali sebelum ni, aku tak tahulah kalau harga kasut tu akan turun masa spring/summer sale atau autumn/winter sale masa bulan dua belas nanti.
Kalau tak, aku samada akan simpan duit tu dulu atau beli barang lain dulu macam kasut Converse x Miley Cyrus tu dan COS mock neck T-shirt tu. Kalau harga kasut tu turun pun masa spring/summer sale ni, aku tak tahulah saiz aku akan ada stok ke tak lagi. Mak aku kata, kalau ada, tu rezeki aku, kalau tak, tu bukan. Aku tak pernah beli dekat Versace jadi aku tak tahu masa sale nanti macam mana.
Honestly, makin dekat dengan hari tu, aku makin nervous. Aku ada macam - macam soalan dalam kepala aku tapi tulah, satu - satunya cara aku nak tahu jawapan - jawapan dia, aku kena lalui sendiri benda ni. Aku cuma harap aku takkan jatuh dalam kerugian. Ya Allah, janganlah biar hamba Mu ini dalam kerugian.
17 May 2022
Fashun
OK, aku dah tak tulis tiga hari sebab aku tak sempat, aku sibuk gila, aku ada banyak kerja dan lepas aku habis kerja, aku jadi penat nak mampus, aku nak tidur saja walaupun aku ada macam - macam benda nak cakap. Anyway, aku rasa macam nak buat series pasal fashion sebab aku suka fashion. Walaupun aku tak ada barang designer lagi tapi aku rasa aku ada a considerable amount of knowledge in fashion sebab aku banyak baca article dan forum dan tengok video dekat YouTube.
So, first of all, aku nak cakap pasal tier dalam fashion sebab aku rasa ramai orang masih ingat brand ni luxury, brand tu luxury, hanya sebab harga dia mahal bagi diaorang padahal brand tu bukan luxury pun. Yes, luxury is subjective tapi tak semestinya harga dia mahal bagi kau, dia brand luxury. Ada juga brand bukan luxury tapi acah - acah luxury pula. Anyway, based on my reading and observation, ada tiga tier dalam fashion: lower tier, middle tier dan upper tier.
Contoh lower tier, Tory Burch (RM1,000+++ - RM5,000+++). Contoh middle tier pula, Versace (RM3,000+++ - RM16,000+++) dan akhirnya, contoh upper tier, Dior (RM11,000+++ - RM27,000+++). So, tier ni bukan ikut apa yang kau rasa mahal tapi harga barang brand tu. Jadi, jangan malukan diri - sendiri, duduk samakan Padini dengan Prada walaupun mungkin kau rasa Padini mahal tapi Padini bukan brand luxury ya atau kau beli Michael Kors tapi kau berlagak macam kau pakai Chanel.
Lepas tu, aku nak cakap pasal satu brand ni, Senreve. Aku dah lama dengar pasal brand ni tapi aku tak bagi perhatian sangat tapi bila ramai influencer duduk cakap pasal brand ni, aku pun investigate lah dan daripada investigation aku, aku rasa brand ni macam Shein but make it luxury, you know what I mean? OK, aku explain kenapa aku kata macam tu. Bagi aku, brand ni tak terkenal pun tapi mahal jugalah untuk brand tak terkenal (RM2,000+++ - RM5,000+++), bukan Bottega Veneta ke apa, jadi tak patutlah.
Kalau harga dia kurang daripada Tory Burch, tak apa lagi. Aku ada baca review dan aku tak tahulah betul ke tak tapi ada orang kata leather dia rasa murah dan craftsmanship tak impeccable macam brand luxury. Lepas tu, bagi aku, design dia buruk. Yes, sorry kepada siapa yang penat - penat design beg tu tapi beg tu nampak macam muka orang duduk terjelir lidah. Also, beg dia kononnya sangat versatile tapi bila orang buat barang versatile sangat ni, typically the execution will be poor because it's not well thought out.
Website dia pun tacky bagi aku, macam acah - acah luxury tapi nampak pretentious. Aku ada baca review dan ada orang kata customer service dia pun teruk, nak refund ambil masa berminggu - minggu. Jadi, kalau kauorang nak beli barang designer, belilah brand yang betul - betul terkenal, bukan brand yang acah - acah luxury macam ni. Daripada kauorang habis duit beribu - ribu lepas tu kauorang tak puas hati, lebih baik kauorang spend banyak sikit tapi kauorang puas hati. Ni nama pun acah - acah French, lol.
Anyway, second of all, ada hari tu, aku tengok video seorang favourite YouTuber aku ni (bukan yang duduk beli barang luxury tu, ni lain). Dia kata ayah dia bagi dekat dia luxury jeans jenama Versace dan Armani. Bila dia tunjuk, aku cringe (walaupun aku suka dia sebab aku rasa dia handsome) because he got it all wrong. They're actually Versace Jeans Couture and Armani Jeans and both of these brands aren't luxury even though they're tied to luxury brands.
Aku tak kata brand - brand ni murah sebab harga jeans Versace Jeans Couture boleh nak sampai RM3,000 ya tapi dia bukan brand luxury. Aku tengok comment, tak ada siapa pula perbetul dia, mungkin orang tak nak burst dia punya bubble kot tapi sebab tulah, do your research. Jangan memandai panggil ni brand luxury, tu brand luxury sebab nanti kau nampak bodoh. Ada sesetengah luxury brand buat subbrand macam McQ by Alexander McQueen untuk rakyat marhaen.
Anyway, third of all, aku nak cakap pasal beberapa benda yang aku suka. Benda yang pertama, sneakers Giuseppe Zanotti. Kalau aku ada banyak duit, aku dah lama beli sneakers dia. Yes, aku pernah kata, designer sneakers are a scam but Giuseppe Zanotti is an exception sebab sneakers dia original dan cantik, yang brand lain tiru Converse, adidas Originals, Nike dan sebagainya. Sayangnya, sneakers dia tak diperbuat daripada leather.
Satu lagi, jacket Balmain. Salah satu cita - cita aku, nak beli jacket Balmain sebab bagi aku, jacket adalah forte dia dan jacket dia paling cantik sekali antara semua brand. Walaupun jacket dia harga beribu tapi kalau aku ada banyak duit, aku sanggup beli sebab tak ada brand, not even Zara, boleh tiru jacket dia sebab jacket dia unique. Aku harap, satu hari nanti, aku akan dapat achieve cita - cita aku dan pakai jacket Balmain pergi luar negara, hahaha.
14 May 2022
Thoughts Masa Lipat Kain
OK, aku baru habis lipat kain. Sekarang aku nak mandi, basuh kain, sidai kain lepas tu basuh kasut - kasut aku (Birkenstock Milano and Dr Martens Molly) yang aku pakai masa trip hari tu sebab aku nak simpan diaorang dalam almari aku. Also, kasut Converse warna hijau tu patutnya sampai hari ni dan aku tengah tunggu delivery man tu. By the way, aku tak tahu kenapa tapi aku kena bayar tax & duties untuk kasut tu semalam padahal harga kasut tu tak sampai RM500 pun. Aku terkejut dan frustrated jugalah sebab aku duduk simpan duit untuk kasut Versace tu lepas tu aku kena keluar duit pula. Oh well.
Masa aku tengah lipat kain tadi, aku terfikir pasal beberapa benda.
First of all, sebelum aku cakap pasal benda ni, kalau ada siapa - siapa baca blog ni (aku rasa tak ada orang baca pun blog ni tapi manalah tahukan kalau ada orang jumpa blog ni), jangan cepat sentap dan meroyan. Baca dulu sampai habis apa yang aku tulis dan cuba faham point of view aku. Kalau tak faham dan tak setuju dengan point of view aku, try to accept and respect my point of view. Kalau kau tak boleh tahan dengan point of view aku, baik kau jangan baca, nanti kau bad mood pula.
Sebagai preface, aku nak bagi tahu, niat aku nak tulis ni bukan nak generalise atau hina orang, aku pun dulu miskin dan aku pun pernah jadi gemuk, nerd so I know how it feels like to be in this situations tapi aku tak pernah project insecurity aku dekat orang lain dan yang tu yang aku nak tulis ni. Aku dah pernah jumpa macam - macam orang dan apa yang aku boleh deduce daripada pengalaman dan pemerhatian aku, orang bapuk, bodoh, buruk, gemuk, hitam, kampung, kurus kering, jongang, miskin, nerd dan rempit selalunya insecure lepas tu diaorang suka project insecurity diaorang dekat orang lain.
OK, tak semua macam ni dan kita semua ada insecurity tapi macam aku cakaplah, aku tak pernah project insecurity dekat orang lain. Aku bukan nak kata aku baik ke suci ke apa tapi bagi aku, kalau orang tak buat apa dekat kau, kenapa kau nak buat dekat orang tu? Dan hanya sebab ada orang pernah sakitkan hati kau, tak bermaksud kau ada hak nak sakitkan hati orang lain balik. Patutnya kau buat balik dekat orang yang buat dekat kau tulah tapi tulah, kau sebenarnya pengecut, kau hanya berani buat dekat orang yang buat baik dengan kau.
Ya, pernah ada orang elok suka dekat aku tapi sebab aku insecure, aku jauhkan diri aku daripada orang tu tapi tu bukan aku project insecurity aku dekat orang lain, tu aku yang insecure dengan diri - sendiri. Yang aku maksudkan adalah bila, contohnyalah (tapi benda ni memang dah pernah terjadi beberapa kali dalam hidup aku), kau berkawan dengan orang gemuk lepas tu diaorang kata kau kurus macam papan, ranting, kau hodoh dan diaorang cantik walaupun kau tak kata apa pun pasal diaorang.
Sebab ni lah aku elak daripada berkawan dengan orang - orang macam ni. Macam aku cakaplah, bukan semua macam ni tapi aku dah banyak kali kena dengan orang macam ni, aku jadi serik. Mungkinlah kalau ada orang baca blog ni, orang macam, 'apa yang susahnya, buang sajalah.' Well, let me tell you something, payah nak buang orang macam ni sebab dia macam lintah. Sekali dia dapat masuk hidup kau, dia takkan keluar senang - senang, dia akan buat kerosakan dulu dan kau akan menyesal berkawan dengan orang macam ni.
Nantilah aku cerita lebih detailed pasal benda ni bila aku ada masa.
Anyway, second of all, ada seorang "kawan" aku ni, sampai sekarang tak balas mesej aku and honestly, aku tak kisah pun. Seriously. Sebab aku memang dah tak berminat nak berkawan dengan dia ni. Dia plastic dan narcissistic gila. Nak kata elok, tak pun, perasan elok adalah. Aku pernah tulis pasal dia sebelum ni. Lepas tu, dahlah cheapskate, kalau keluar makan ke apa atau pergi jalan - jalan dengan dia, semua nak jimat, tak nak keluar duit langsung tapi bila orang nak belanja, terus setuju. Dia bukan tak ada duit langsung tapi kedekut. Muka tak tahu malu, duduk tumpang duit orang.
Third of all, aku tak tahulah aku akan biar blog ni terapung dalam alam maya atau delete. Tujuan aku blog ni, bukan aku nak expose siapa - siapa ke apa tapi aku nak orang ambil pengajaran daripada pengalaman aku sebab aku dah lalui banyak benda dan tak ada siapa ajar aku, I mean, ada jugalah orang ajar aku, especially mak aku, tak adalah tak ada siapa langsung tapi kebanyakan masa memang aku belajar sendiri. Pengalaman tu buat aku rasa lonely dan aku harap, melalui penulisan aku, kalau ada siapa - siapa yang terjumpa blog ni, akan rasa less lonely. Tengoklah macam mana.
OK, dah lewat dan aku dah nak tidur. Selamat malam.
PS Aku dah dapat kasut Converse warna hijau tu and I'm so stoked! I still can't believe it, it feels so unreal. Aku takut warna dia pudar sebab ada dekat satu website ni, dia tulis, warna dia faded green tapi aku tengok gambar, tak nampak pudar pun and thank God, warna dia tak pudar pun. Exactly macam warna matcha, bright green but under certain lighting, nampak macam hijau kekuningan sikit tapi aku tak kisah because this is the closest I can get to the classic Chucks in green which have been discontinued a long time ago so they no longer can be purchased. Also, I don't know if this applies to all the newer classic Chucks but they're like padded so they feel so nice and comfortable to wear and walk in compared to the older classic Chucks in which you can literally feel the ground. It feels so good to finally get something you've been waitng for, for a long time. So, one less thing in my wishlist!
12 May 2022
Yas, Bitch
OK, sekarang, aku tengah dalam good mood sebab satu, kasut Converse warna hijau tu dah sampai Malaysia. Aku tak rasa diaorang akan deliver hari ni, mungkin esok. Aku tak sabar nak tengok kasut tu. Dan dua, kasut Versace tu dah ada stok balik dalam saiz aku. Aku lega nak mampus. Ni buat aku lagi nak beli kasut tu because I feel like I need to grab them sebelum stok habis balik.
Satu lagi benda yang buat aku lega nak mampus, orang tua tu tak mesej aku semalam. Aku nampak dia online, dia ingat aku nak mesej dialah kot tapi kau jangan haraplah, kalau muka kau macam Scott Caan tak apalah juga, ni kau tu dah pak cik tapi duduk rasa macam kau muda lagi, tak sedar diri, mesti badan kau bau busuk, ew, jijik, insaflah. Dia tak nampaklah aku sebab aku invisible.
Aku harap dia takkan mesej aku lagi sampai bila - bila. Pergi mampus. Anyway, collection Fendace tu dah release, siapa nak beli, belilah, aku tak mampu, hahaha, tapi, walaupun harga dia mahal gila nak mampus, aku rasa tak sampai hujung bulan ni dah habis stok sebab dia limited edition dan orang suka collect benda yang rare dan hot as in ramai artis pakai.
Kalau aku, aku collect benda yang aku suka, bukan sebab rare, limited edition atau hot dan tak kisahlah tu barang designer ke bukan. Aku memang macam tu. Aku tak suka pakai apa yang ramai orang pakai, aku tak suka ikut orang lain tapi pada masa yang sama, aku tak try hard nak jadi lain daripada yang lain. Aku cuma jadi diri aku sendiri. Bukanlah aku nak syok sendiri tapi mungkin sebab tulah, orang pernah bagi tahu aku, aku unique, huehuehue.
11 May 2022
A Silver Lining in the Sky?
So, kasut Converse warna hijau tu tengah dalam perjalanan dari UK ke Malaysia dan dia patutnya sampai hari Jumaat ni. Entah kenapa tapi selagi aku tak dapat kasut tu, I can't believe this is happening after I almost gave up on them. This feels unreal. So, inshallah, bila aku dapat kasut tu, aku akan baru percaya.
Anyway, aku rasa kasut Versace tu bukan habis stok tapi diaorang simpan stok sementara diaorang release collection Fendace tu, aku rasalah, so, aku harap, lepas diaorang habis jual collection Fendace tu, diaorang akan keluarkan balik stok lama, termasuklah kasut Versace yang aku duduk nak sejak bulan dua belas tahun lepas tu.
Pasal collection Fendace tu, honestly, tak ada satu pun yang aku minat. Aku rasa design dia serabut sangat. Plus, macamlah aku ada duit nak belikan? Hahaha! Favourite YouTuber aku tu bagi tahu, jacket dia harga RM25,000+++ kot. Ya, tak mampulah tapi aku tak kisah pun sebab aku tak minat Fendi pun. Aku cuma kisah pasal kasut Versace tu.
By the way, semalam, aku ada baca satu blog ni dan blogger tu cerita, dia minat Alex O'Loughlin yang berlakon dalam Hawaii Five-O tu. Well, aku pula minat Scott Caan tu dan dia pun berlakon dalam Hawaii Five-O juga. Aku selalu tertarik dengan orang yang tak ramai orang tertarik, faham tak? Sebab dia agak rendah dan agak stocky dan orang selalu minat orang yang tinggi dan lean. Also, muka dia macam Scott Speedman.
![]() |
| Ni masa dia muda. |
![]() |
| Ni masa dia dah berumur. |
![]() |
| Aku tak jumpa gambar ni yang berkualiti but isn't he just dreamy? |
Entahlah
Petang tadi kepala aku sakit gila jadi aku ambil Panadol lepas tu aku tidur. Guess what? Aku bangun - bangun, dah pukul sembilan lebih. So, malam ni, mungkin aku akan stay up. Anyway, macam biasalah, sebelum aku tidur, aku ada beberapa benda nak cakap.
First of all, as usual, tadi aku check kasut Versace tu dekat official website Versace. Cuba teka? Saiz aku dah habis stok! Bukan saiz aku saja, semua saiz, tinggal satu saiz saja. Aku check dekat SSENSE, pun saiz aku dah tak ada. Siapa yang tamak sangat ni, sapu semua?! Aku geram gila. Agak - agaklah nak beli pun, fikir orang lain sama. So, nampak cara, aku kena beli yang return punyalah, kalau adalah. RM2800 is still a lot of money so it'd better be good. Aku harap kalau aku beli yang return, tak ada crease, scratch dan scuff. Aku harap dia datang dalam immaculate condition.
Aku ada terfikir, mungkin aku patut beli beg Jacquemus tu. Aku minta pendapat mak aku tapi dia macam tak teruja sangat pasal beg tu, dia lebih teruja pasal kasut tu. Aku tanya dia kenapa. Dia cakap, sebab Versace jenama yang terkenal dan Jacquemus tak terkenal macam Versace. Also, macam aku pernah kata, aku lebih suka kasut daripada beg dan kalau boleh, aku nak barang designer pertama aku kasut Versace. Jadi, tengoklah macam mana bulan depan nanti. Kalau kasut tu stok ada balik dalam saiz aku, aku beli kasut tu tapi kalau tak ada, mungkin aku akan beli beg tu.
Second of all, aku masih rasa jijik dengan diri aku sebab layan orang tua tu. Bodohnya aku. Aku menyesal nak mampus. Aku pun tak tahulah apa yang buat aku jadi macam tu. Kalau boleh, aku nak ulang masa lepas tu aku nak tegur diri aku sendiri. Tak apalah, benda dah terjadi dan ni bukan kali pertama aku buat benda macam ni tapi lepas ni, jangan buat lagi. Ya, aku pun boleh jadi bodoh juga sekali - sekala, buat benda bodoh. Aku lega gila dia tak mesej aku hari ni. Aku harap dia takkan mesej aku sampai bila - bila lagi. Kalau elok, tak apa juga.
10 May 2022
It's Been a Slow Night
Aku masih rasa lemau sejak aku balik dari trip tu. Aku pun tak pasti kenapa tapi aku tak ada mood nak buat apa - apa dan aku rasa macam nak tidur saja. Aku dah kemaslah barang aku, aku cuma belum basuh tapak kasut aku (sebab aku nak simpan dalam bilik aku). It turned out, unpacking your belongings is just as hard as packing them. Anyway, as usual, sebelum aku tidur, aku ada beberapa benda nak cakap.
Semalam, ada orang mesej aku dekat satu dating website ni. Aku buat account dating website tu beberapa bulan lepas tapi aku cuma log in bila aku ada mood dan aku bukan nak dating sangat pun, aku lebih nak sembang dan mungkin buat kawan. Anyway, aku tengok profile picture dia, acceptable lah, tak elok sangat, tak buruk sangat, biasa - biasa saja. Aku pun balaslah. Lepas tu, dia nak tengok muka aku sebab profile picture aku, nampak badan aku saja. Aku bagi tahulah, aku tak tunjuk muka, aku cuma tunjuk kalau aku rapat dan selesa dengan orang tu. Tiba - tiba, dia minta maaf. Aku macam, eh, apa hal? Dia bagi tahu aku, tu bukan gambar dia. OK, ni red flag pertama, catfish.
Lepas tu, dia hantar gambar dia. Tak nampak muka dia sangat sebab dia pakai mask tapi hmm, aku boleh agak, dia lebih teruk daripada profile picture dia. Dia nampak macam pak cik gatal. Ni red flag kedua, tak ada rupa. Sorry tapi aku pandang rupa when it comes to lover, significant other, whatever you call it. Dia nak tengok muka aku lagi. Ni red flag ketiga, pushy. Aku ulang sekali lagi, aku tak tunjuk muka. Lepas tu, kitaorang sembang pasal hometown kitaorang, tempat tinggal kitaorang dan kerja kitaorang. Oh, ya, dia ni juga type macam rempit macam, 'aQ x SuKeRRR.' Ni red flag keempat, rempit. Beberapa kali jugalah aku kena minta dia ulang sekali lagi sebab aku tak faham.
Aku pun tak tahulah kenapa aku layan juga dia walaupun aku boleh rasa aku tak attracted langsung dekat dia sebab dia bukan type aku. Kitaorang sembang sampai lewat malam. Lepas tu, dia bagi tahu aku dia dah nak tidur. Aku lega gila sebab aku mengantuk nak mampus. Lepas kitaorang habis sembang, aku rasa jijik gila dengan diri aku, like, what was I doing? Anyway, tadi dia mesej aku lagi dan aku tak balas. Aku tak pasti nak balas ke tak. Lepas tu, dia mesej lagi. Ni red flag kelima, obsessive. Aku tak fahamlah orang macam ni. Ya, aku pun lonely tapi aku tak adalah desperate macam kau.
Aku pun sedih kalau aku suka dekat someone dan orang tu reject aku tapi aku tak adalah duduk mesej orang tu. Ni dah macam stalker. Aku dah ada banyak masalah dan aku tak perlu tambah masalah lagi. Ya, kalau dia ada rupa, mungkin aku takkan kisah sangat. Lepas tu, kalau kau nak sebar gambar aku, pakai gambar aku, go ahead, bukan orang boleh kenal aku pun dengan gambar tu. Nasib baiklah aku tak tunjuk muka walaupun dia paksa aku. Lepas tu, sedarlah diri tu tak ada rupa tapi nak orang ada rupa. Tahu pula memilih, tak nak orang tak ada rupa. Aku harap dia dapat hint aku tapi kalau dia tak dapat juga, aku akan block dia.
Anyway, aku dah jarang lepak dekat halaman rumah aku waktu malam sebab aku rasa tak selamat sebab ada beberapa orang penagih dadah dekat taman aku ni. Aku rindu juga lepak dekat luar, tengok bintang, dah macam routine.
Lepas tu, aku masih duduk fikir, nak beli ke tak kasut Versace tu. Ya, aku tahu, kalau aku duduk ragu - ragu tu, lebih baik aku jangan beli tapi aku nak kasut tu sebab aku suka Versace sebab aku suka benda - benda yang berkaitan dengan Greek walaupun brand tu dari Italy jadi aku nak sesuatu daripada brand tu dan kalau boleh, aku nak barang designer pertama aku kasut Versace. Tak, aku tak gila barang designer, aku cuma nak sekurang - kurangnya satu barang designer, aku nak tengok apa perbezaan dia dengan barang bukan designer, macam, bagus sangat ke barang designer? Lepas tu, dulu, aku setakat boleh cakap saja pasal high fashion, aku tak terfikir pun nak ada barang designer sebab aku miskin.
Sekarang, aku baru mampu. Tak adalah mampu macam aku boleh beli semua benda yang aku nak sekaligus tapi macam aku ada cukup duit nak beli, masa harga dia turun masa sale lah, hahaha! Tengoklah macam mana nanti.
OK, aku dah nak tidur. Selamat malam.
09 May 2022
Berangan
Walaupun "company" aku bagi cuti dua minggu, aku dah tak boleh bercuti sebab aku ada banyak kerja nak kena submit minggu depan. Lepas tu, ada seorang "boss" aku ni nak buat meeting esok. Aku tak faham kenapa dia gelabah sangat padahal "boss" yang lain chill saja.
Anyway, malam ni, aku nak cakap pasal berangan. Baru - baru ni, aku dah jarang berangan. Aku pun tak pasti kenapa, mungkin sebab aku sibuk atau mungkin sebab aku dah makin berumur. Masa aku budak dulu, aku suka berangan sebab masa tu, keluarga aku miskin, kitaorang tak ada apa lepas tu aku tak ada ramai kawan jadi beranganlah satu - satunya jalan untuk aku escape dari realiti yang kejam. Dia jadi coping/survival mechanism aku. Sebab tu aku ada imaginasi yang luas dan dalam imaginasi aku, aku kaya dan aku ada ramai kawan tapi walaupun aku kuat berangan, aku tak adalah macam sesetengah orang tu. Aku masih boleh bezakan realiti dengan imaginasi dan aku tak adalah acah - acah kaya, buat macam hidup aku fabulous dan hectic lepas tu aku ada ramai kawan dan kitaorang selalu lepak dekat Pavilion macam dia.
Bagi aku, tak salah kau nak berangan tapi asalkan kau tak terbawa - bawa dengan imaginasi kau. Sepanjang aku hidup dekat muka bumi ni, aku dah jumpa beberapa orang yang dah "sesat" dalam imaginasi diaorang sendiri. Imaginasi diaorang dah jadi realiti diaorang sampai diaorang pandang rendah dekat orang lain padahal diaorang yang tak ada apa. Ya, aku tak kaya dan aku tak ada ramai kawan tapi sekurang - kurangnya, aku tak ada berangan macam kau sampai kau percaya imaginasi kau tu realiti kau. Aku sedar dengan keadaan aku dan aku masih berpegang pada bumi yang nyata dan aku mengaku aku tak kaya dan aku tak ada ramai kawan. Memang syok berangan sebab dalam imaginasi, kau boleh jadi apa saja yang kau nak but at the end of the day, tu cuma imaginasi, bukan realiti jadi tak payah duduk pandang rendah orang lain.
08 May 2022
I'm Back, You Wench
OK, aku baru balik dari trip tu (aku sampai rumah petang tadi) dan aku penat nak mampus tapi sebelum aku tidur, aku nak cakap pasal beberapa benda.
First of all, that trip was sort of a mess but before I get to that, I wanna talk about the five-star resort. First of all, layanan dia memang, orang kata, tip-top. Kitaorang sampai situ, ada guard tanya kitaorang nak pergi mana dan cara dia tanya friendly gila, tak ada kerek ke apa langsung. Lepas tu, bila kitaorang sampai dekat lobby, ada porter ambil barang kitaorang dan aku tak tahu apa tugas seorang ni tapi dia tuntun mak aku and I thought that was really sweet. Kitaorang ada terserempak dengan diaorang dekat lif, corridor dan pantai dan diaorang semua friendly gila. Lepas tu, bila kitaorang pergi makan breakfast dekat bawah pun, waiter dia semua friendly gila. Makanan dia pun boleh tahan dan ada banyak pilih. Aku rasa berbaloilah kitaorang bayar banyak tu.
Cuma, bilik dia dan bilik air dia agak kecil dan sempit sebab sebelum ni, aku pernah duduk dekat hotel empat bintang dan bilik dia besar gila. Ada bilik pantry, ada corridor, ada ruang tamu, ada bilik tidur dan bilik air dia besar gila, kau boleh lepak dalam bilik air dia. Lepas tu, ni bukan salah resort tulah tapi aku menyampah dengan kebanyakan orang yang datang situ. Kebanyakan pretentious gila, buat sombong, duduk jeling - jeling, pakat acah - acah kaya, buat cakap dalam bahasa Inggeris padahal bunyi Manglish gila lepas tu grammar dan pronunciation out of the window. Dahlah kampung, tengok pakaian, cara dress up, cara diaorang cakap, cara diaorang bawa diaorang saja dah tahu. Aku tak faham dengan mindset macam ni. Aku fahamlah ni minda dijajah tapi aku tak faham kenapa, bila pergi tempat mahal, kena jadi macam ni? Kenapa tak boleh chill?
Oh, nak tunjuk dekat semua orang dekat situ yang kauorang cakap bahasa Inggeris? Kalau cakap bahasa Melayu, tak cool, eh? Yang lawaknya, aku pergi berenang dekat swimming pool dia lepas tu ada seorang perempuan ni, buat cakap bahasa Inggeris dengan nada annoying, cari anak dia, 'where's Selina?' Lepas tu, orang yang dia tanya tu tak fahamlah kot lepas tu, dia terus kata,' Mana Selina?' Hahaha. Nampak sangatlah sebenarnya kauorang tak cakap pun bahasa Inggeris dekat rumah, tiba - tiba bila datang sini, terus buat cakap bahasa Inggeris. Orang dengan mentality macam ni, bagi aku, seriously, cetek gila pemikiran kauorang.
Anyway, aku ada terserempak dengan orang putih dekat situ dan tiba - tiba, aku teringat pasal Fox. Aku rindu gila dia. Aku rasa macam nak menangis bila aku teringat pasal dia. Aku tahu it's best we're not friends tapi aku terkenang memori - memori masa kitaorang berkawan. Kitaorang selalu video call, sembang berjam - jam, cakap pasal macam - macam. Kitaorang rapat gila, macam abang dan adik. In fact, aku rasa tak ada orang Asia serapat dengan orang putih macam aku dengan dia. Aku bukanlah nak berlagak ke apa tapi aku perasan, orang Asia ni, bila ada kawan orang putih, terus buat macam diaorang rapat gila, padahal setakat hi dan bye saja. Anyway, walaupun aku dah tak berkawan dengan dia tapi aku masih doakan dia bahagia, berjaya, selamat, sihat dan tenang. He will always have a place in my heart, no matter what.
Cakap pasal orang putih ni, aku ada mesej Duck pasal resort tu dan aku agak terkilan dengan response dia. Dia tak tanya aku langsung pasal resort tu. Instead, dia cakap pasal diri dia. Aku terus jadi tak berminat dan malas nak cakap dengan dia. Aku perasan, dia suka buat macam ni. Aku bukanlah nak gaduh dengan dia sebab dia dah banyak kali ada bersama aku masa aku susah tapi bagi aku, kalau kau nak cakap pasal diri kau sangat, sekurang - kurangnya, buat - buatlah tanya aku pasal resort tu lepas tu kau tukarlah topic, aku tak adalah terasa sangat. Also, kau rasa hidup kau saja ke yang interesting? Hidup orang lain tak interesting?
Anyway, aku tak tahu kenapa tapi aku rasa lemau gila masa aku duduk dekat resort tu. Aku bukan tak enjoy langsung tapi aku rasa macam nak balik rumah. Aku rasa macam nak baring dan tidur saja dan aku tak nak cakap dengan siapa - siapa. Lepas tu, aku duduk harap aku akan jumpa lelaki macam Nasrul yang aku jumpa dekat IKEA tu dekat situ tapi of course, aku tak jumpa pun. Dekat IKEA pun aku tak jumpa dia. Aku kecewa jugalah sebab aku betul - betul nak jumpa dia lagi tapi tulah, miracle rarely happens. Adalah beberapa orang pandang aku tapi takat tu sajalah. So, trip ni, tak ada special encounter langsung and I'm still lonely, huhuhu.
Yang tu sajalah kot untuk malam ni. Aku pun dah tak boleh fikir sebab mengantuk nak mampus. Kalau aku ingat, aku tulis dalam post baru.
Goodnight.
05 May 2022
Bon Voyage
OK, aku dah nak tidur sebab esok aku nak kena bangun awal sebab abang kedua aku nak bawa aku, mak aku dan abang pertama aku pergi berjalan - jalan selama tiga hari dua malam dekat satu pulau ni (abang kedua aku dan abang keempat aku pergi luar negara) tapi aku ada benda sikit nak cakap sebelum aku tidur.
First of all, hari ni ada kejadian yang menyakitkan hati aku. Aku malas nak cakap pasal benda ni tapi pendek kata, aku bergaduh dengan mak aku dan abang pertama aku. Bila nak pergi mana - mana, selalu jadi macam ni, ada saja benda nak berlaku tapi bukan salah aku ya, diaorang yang cari pasal dengan aku dan kalau boleh, aku tak nak naik marah tapi kali ni, diaorang betul - betul mencabar kesabaran aku dan kesabaran aku pun ada had, jangan ingat aku tak kata apa, aku tak terasa. Bila aku dah sembur, tahu pula tak berani cari pasal dengan aku.
Anyway, second of all, aku nampak Nick tengah online lagi dan aku rasa macam hati aku kena tikam. Aku tak faham, I feel like I'm all he needs but why did he ghost me? Does he feel like I'm too good for him? Is he scared I'm too good to be true? Or am I not good enough for him? Aku pun tak tahulah. Anyway, esok aku nak pergi IKEA yang aku terserempak dengan lelaki yang macam Nasrul tu dan aku duduk berangan aku akan terserempak dengan dia lagi dan kali ni aku akan tegur dia lepas tu kitaorang akan keep in touch tapi aku tahu kemungkinan besar aku takkan jumpa dia lagi buat selama - lamanya.
We'll see. Goodnight.
04 May 2022
Midnight Thoughts
OK, aku dah nak tidur sebab aku pun tak tahu kenapa aku rasa lemau nak mampus hari ni, nak kata ramai orang beraya dekat rumah aku, cuma mak cik dan pak cik aku saja pun. Anyway, sebelum aku tidur, aku nak cakap pasal beberapa benda.
First of all, semalam, masa aku duduk dekat halaman rumah aku, ambil udara segar, ada pertunjukan bunga api. Entah kenapa tapi aku rasa lonely gila masa tu dan aku terfikir, alangkah indahnya kalau Nasrul ada dekat sini. Kitaorang akan tengok pertunjukan bunga api tu dalam gelap sambil sembang pasal hidup dan impian kitaorang. Anyway, setiap kali bila hari raya, aku akan rasa lonely gila. Aku ingat lagi, beberapa tahun lepas, aku buka TV, tengok orang laung takbir raya sambil lipat kain dan masa tu, aku jadi sebak. I just wanna have someone who I can have a deeper conversation with.
Second of all, aku sangat - sangat bersyukur aku dapat banyak duit raya tahun ni. Dalam post sebelum ni, aku cerita aku beli kasut Converse warna hijau tu dan aku dah takut aku takkan dapat beli kasut Versace tu sebab bajet aku dah lari jadi bila ada orang bagi duit raya dekat aku, aku rasa macam nak menangis. Aku percaya ni bantuan daripada Allah. Aku tak kata Allah hantar bantuan ni sebab Dia nak aku beli kasut Versace tu, aku pun tak buat keputusan lagi aku nak beli ke tak kasut tu tapi buat masa sekarang, aku nak kasut tu. Aku takut jugalah sebab tinggal lebih kurang sebulan saja lagi sebelum aku nak kena buat keputusan.
Third of all, aku bukan nak jadi bitter ke apa tapi aku menyampah dengan seorang "kawan" aku ni. Aku letak quotation marks sebab aku pun tak pastilah kalau dia betul - betul kawan aku atau bukan sebab dia plastic gila. Contohnya, bila aku mengadu dekat dia, dia selalu balas macam ni, 'yas, queen, slay.' Response dia fake gila. Aku rasa dia malas nak layan aku tapi masalahnya, dia selalu cerita pasal hidup dia dekat aku dan aku tak ada balas macam tu.
Lepas tu, aku dah lama perasan benda ni tapi semalam, dia ada post, gambar dan video dia beraya dan aku cringe tengok sebab dia rasa dia elok lepas tu dia duduk promote diri dia. Dia ni comel jugalah masa aku buat foundation course dulu dengan dia tapi sekarang, bila dia dah berumur, muka dia haggard gila, jadi kembang semacam. Bukan aku dengki ke apa dan bukan aku seorang saja yang rasa macam tu, orang lain pun rasa macam tu. Bagi akulah, kalau betul lah kau confident dengan diri kau, kau tak perlu try hard sangat, babe. Kau biar orang nampak kecantikan kau, kau tak perlu convince orang yang kau cantik. Kau sebenarnya insecure sebab tu kau rasa kau kena promote diri kau.
Yang lawaknya, dia tak ambil gambar dan video dekat rumah dia dekat kawasan setinggan tu dengan kucing dia macam tikus tu, dia ambil dekat rumah kawan dia yang menghadap Kuala Lumpur jadi view memang cantiklah. Tahu pula nak ambil dekat tempat yang cantik. Kalau kau tak malu dengan tempat kau, kenapa kau tak ambil dekat situ? Yang lagi lawaknya, dia tak bagi tahu tu bukan tempat dia pun jadi semua orang ingat tu tempat dia, orang ingat dia kaya. Kau mungkin boleh tipu semua orang tapi kau tak boleh tipu aku sebab aku tahu siapa kau.
Lepas tu, yang aku tak faham, semua benda nak jadi content. Contohnya, dia buat video dia gosok gigi dalam kereta, nak tunjuk betapa sibuknya dia. Cringeworthy gila. Aku tak faham, dia pun tahu dia tak sesibuk tu sampai nak kena gosok gigi dalam kereta macam Mr Beans jadi kenapa kena buat video tu? Kalau tak ada content, buat cara tak ada content. Tak ada siapa nak calit tahi dekat muka kau sebab kau tak ada content lah dan kalau ada orang fikir kau tak ada life dan kalau betul lah kau ada life, biarlah orang nak fikir apa pun sebab kau tahu apa yang diaorang fikir tu tak betul.
The truth is, kau ni seorang attention whore sebab tu kau suka mencapub. Sorry, babe but your golden days were over a long time ago. Terimalah hakikat, kau dah tak popular dan elok macam dulu. Kau promote lah macam mana pun, kau takkan dapat orang yang elok sebab tu kau dapat kekasih tua dan kekasih buruk dan semua orang yang nak dekat kau pun desperate sebab diaorang tak boleh dapat siapa - siapa dan kau murah. Orang bagi makanan dekat kau, orang bawa kau pergi jalan - jalan, kau dah buka kangkang kau seluas alam. Tak kisahlah betapa hodohnya orang tu, asalkan kau dapat apa yang kau nak, kau terima saja. Kangkang kau mungkin bukan kangkang paling murah tapi kangkang kau juga bukan mahal. Yes, it's vulgar but it's also true.
Insaflah sebelum terlambat, sebelum kau tua dan berkedut dan kangkang kau dah saggy dan dah tak ada siapa nak dekat kau dan kangkang kau. Carilah orang yang elok dan baik dan settle down. Tak payah buat macam kau muda lagi atau kau akan jadi muda buat selama - lamanya. Cultivate self-awareness within yourself.
Aku pun tak tahulah berapa lama lagi aku boleh tahan dengan kau sebab aku tak boleh tahan dengan orang superficial macam kau. Aku patutnya dah lama buang kau tapi aku silap aku simpan kau sebab aku duduk kenang memori zaman dulu. Kau dah berubah dan value pun kau dah berubah. Kau dah tak macam diri kau yang dulu. Sebab tu bila aku bergaduh dengan whore of Alor Gajah yang berkerak dan tak laku tu dulu, kau dan makhluk badan macam peti ais dua pintu tu side dengan dia sebab kauorang sejenis. You're all whores tapi acah - acah suci. Bak kata Marlo Hampton, 'I feel that you and I are cut from the same cloth. You know what? I take that back. We're not. You are a whore.'
OK lah, dah lewat ni. Selamat hari raya dan selamat malam.
01 May 2022
Catatan Malam Ni
So, aku baru habis bercukur. Ya, aku bercukur waktu malam sebab esok aku nak focus dekat kerja aku sebelum hari raya dan aku ambil masa berjam nak bercukur. I really have to start learning how to wax. Anyway, aku nak kemas bilik, gosok gigi, mandi, solat lepas tu tidur tapi sebelum tu, aku nak cakap pasal beberapa benda.
Tadi, macam biasalah, aku check kasut Converse warna hijau dalam saiz aku ada stok ke tak. Sebenarnya, aku dah give up on those shoes jadi aku tak expect apalah tapi bila aku check, saiz aku ada stok. Aku terkejutlah sebab dah lama gila nak mampus tak ada perubahan apa, sebab tulah yang aku dah give up tu dan aku tahu aku kena buat keputusan cepat sebelum saiz aku habis stock lagi sekali. Aku teragak - agak nak beli kasut tu sebab bulan depan, aku plan nak beli kasut Versace tu pula. Siang tadi, aku tanya mak aku, apa pendapat mak aku pasal aku nak beli kasut tu dan mak aku kata, dia tak kisah sebab aku ada duit. Well, it's true but I have a very limited amount of money.
Anyway, aku buat keputusan untuk beli kasut tu. Pasal bajet aku, aku akan fikir kemudian. Aku pun belilah lepas tu aku bagi tahu mak aku. Aku ingat mak aku nak marah aku sebab aku beli kasut lagi dan aku tak simpan duit tapi mak aku macam happy untuk aku sebab dia tahu aku dah lama nak kasut tu.. Honestly, I don't feel good. I feel good when I save my money and I feel bad when I spend my money because I know I need to be financially responsible. The problem is, there are are so many things I want and I want these things, not because of impulse. I know I don't need them. Sigh. I really need to straighten myself out. I have decided I'm only gonna get five things this year though: the black Versace boots, the green Converse high-tops, the blue Converse x Miley Cyrus high-tops, the COS black T-shirt and a driving licence. That's all.
Anyway, tadi, aku makan dekat warung dekat rumah aku ni dengan "abang" aku. Ni kali pertama aku makan lewat malam dekat luar sejak lockdown bulan tiga dua tahun lepas. Owner warung tu pun terkejut jumpa aku sebab aku dah lama tak pergi situ. Entahlah kenapa tapi aku rasa sebak. Mungkin sebab dia sangat baik dan friendly dan aku suka keluar waktu malam. Aku suka tengok langit malam, bintang, lampu jalan, bangunan, jalan, kereta lalu - lalang. Aku rindu hidup sebelum pandemic ni tapi pada yang sama, aku rindu hidup masa lockdown dulu tu, lol. Aku suka bila jalan kosong dan sunyi - sepi. Masa tu, aku tak dapat lagi "kerja", aku menganggur masa tu jadi aku selalu video call dengan makhluk badan macam peti ais dua pintu tu (masa tu dia OK lagi dan kitaorang berkawan lagi masa tu), tengok YouTube sama - sama, main game sama - sama. Lepas tu, aku akan tidur lewat, tengok American Gods dan Penny Dreadful: City of Angels walaupun bosan, lol
Masa tu, aku nak sangat ada "kerja" tapi sekarang, bila aku dah ada "kerja", aku rindu masa tu. Masa tu, aku tak ada tanggungjawab. Aku tak perlu risau pasal deadline dan sebagainya. Aku tahu aku tak boleh hidup selama - lamanya macam tu sebab kalau mak aku tak ada, siapa nak jaga aku? "Abang - abang" aku kena jaga diri diaorang. Aku kena jaga diri aku sendiri. Taking responsibility for yourself is probably one of the hardest things. Aku ingat lagi, ada seorang batchmate foundation course aku ni, mak dia meninggal. Aku rasa dia pun ada mental disorder macam aku jadi dia duduk dekat rumah dengan mak dia, tak buat apa tapi lepas mak dia meninggal, dia jadi cikgu. Aku boleh bayang perasaan dia, beratnya badan nak bangun, mandi dan pergi kerja tapi kau tak ada pilihan, kau kena buat juga sebab kalau tak, macam mana kau nak teruskan hidup? Walaupun kitaorang dah tak berkawan tapi aku betul - betul berdoa dekat Allah supaya bagi kekuatan dekat dia dan dekat aku bila mak aku dah tak ada satu hari nanti.
Mak aku tak pernah berleter pasal aku menganggur, orang lain yang bising tapi aku tahu, dia risau pasal aku. Dia risau pasal siapa nak jaga aku nanti bila dia dah tak ada jadi sebab tu dia sokong pilihan aku. Aku berdoa dekat Allah supaya aku sempat balas jasa dia sebelum dia pergi dan aku sayang sangat dia. Kalau boleh, aku tak nak dia pergi, aku tak nak lepas dia, aku nak spend the rest of my life with her, tengok TV, masak, pergi shopping dan jalan - jalan sama - sama tapi aku tahu, kematian tu pasti. Semua orang akan pergi juga satu hari nanti. Tak kira aku buat apa, aku tak boleh halang benda tu. Aku cuba untuk belajar terima hakikat. Kalau dia pergi, aku anggap dia akhirnya boleh berehat lepas berpuluh tahun dia jaga dan berkorban untuk kitaorang. Ya Allah, Kau rahmatilah ibuku. Hanya Kau saja yang tahu apa dia telah lalui selama ini. Sesungguhnya, dia ibu yang baik dan aku sangat menyayanginya. Kau tolonglah jaga dia. Sorry, aku tak nak menangis tapi aku tengah emotional.
OK lah, I'd better go now, dah lewat ni dan aku dah melalut tapi aku cuma nak cakap satu benda, kalau ada siapa - siapa baca post ni, kauorang tolonglah jagalah mak kauorang baik - baik. Hargai masa kauorang dengan dia sebelum tiba masanya. Buat dia happy. Once mak kauorang dah tak ada, takkan ada orang boleh replace mak kauorang. Kalau dia ada buat kauorang terasa, know this, dia tak pernah bermaksud nak buat kauorang terasa dan kauorang pun janganlah terikut - ikut dengan perasan kauorang, nanti kauorang akan menyesal. Mak kauorang betul - betul sayang kauorang. Dia cuma buat dan kata apa yang dia rasa terbaik untuk kauorang, OK?
Alright, goodnight. Sleep well and sweet dream. Be safe and take care.








