28 October 2022

Body

    Aku dah ada dekat campus sejak semalam dan aku tengah tulis post ni dekat bilik study dekat library. Aku tak nak cerita pasal apa yang berlaku tapi aku nak cerita pasal something else. So, sejak aku break up dengan Shorty lebih daripada setahun lepas, aku jadi lonely balik so aku memang dah lama lonely. Aku ingat, bila aku balik sini, loneliness aku akan berkurang and maybe, just maybe, I'd find someone like him or someone new tapi bila aku balik sini, loneliness aku jadi makin teruk. Dahlah aku stressed out dengan macam - macam benda lain lagi lepas tu sampai sekarang aku tak ada jumpa siapa lagi dan aku dah tak boleh tahan lagi.

    So, last Friday, aku contact Shorty. Aku mesej dia, aku ada dekat sini dan aku ajak dia berjumpa. Aku ada rasa macam nak delete mesej tu tapi aku tahu, kalau dia reject aku, this is what I need to hear, I need a closure and this would be the last time I'd talk to him, unless he comes back later on because I think I'd always love him and I'd always be open to talking to him. Anyway, hari ni, dia baru balas. Bila aku dapat mesej daripada dia, hati aku jadi berdebar - debar macam nak dapat result. Aku tak boleh buka. Aku kena buat benda lain dulu. Aku ada taruh harapan yang dia masih in love dengan aku tapi pada masa yang sama, aku boleh rasa dia reject aku.

     Well, dia reject aku. Dia bagi tahu aku, dia dah ada orang baru dan dia minta aku jangan mesej dia lagi. Okay, fine. Senanglahkan kau reject aku sebab kau dah ada orang baru. Cuba kalau kau tak ada siapa macam aku, aku jamin kau akan buat jual mahal tapi kau masih akan terima aku balik. Kalau kau single nanti, kau nak jilat ludah kau balik yang kau ludah dekat aku dan dah kering lepas tu cari aku balik? Tak, kau terlalu egoistic dan kau rasa macam semua orang nak dekat kau, orang yang kena cari kau, not the other way around but let me tell you something, Allah tu Maha Adil, kau buat dekat aku, kau kenalah balik satu hari nanti.

    Sekarang kau rasa berkuasalah sebab kau duduk dekat atas, aku duduk dekat bawah. Mungkin, satu hari nanti, aku pula yang akan ada orang baru dan masa tu, kau single, lonely dan desperate macam aku sekarang. Kalau kau datang balik dan masa tu I'm happily in a relationship, jangan haraplah aku akan terima kau balik. Masa tu, kau mulalah rasa menyesal sebab reject aku dulu dan masa tu, kau dah tak "laku" macam kau sekarang. Kau dah tua dan probably boyot dan orang dah tak nak dekat kau, orang nak orang yang lebih muda dan tak boyot. Masa tu, jangan jadi gila dan pelacur pula ye.

    If you'd been with me, you could've had everything but instead, you choose to be with someone who looks like you pluck from the sale rack because you're too insecure to be with me. You'll never find someone better than me because I'm the best you can ever get. Kalau kau jumpa aku in real life, kau barulah tahu what you're missing. Aku okay saja. I'll always look good tapi kau? Kau dahlah muka skema dan kau tak boleh ubah muka kau. Badan boleh ubah tapi muka tak boleh ubah. Okay, fine, badan kau hot tapi sampai bila badan kau akan hot? Kau panggil aku gemuk, kau pun nanti akan jadi gemuk. Aku mengaku aku cuma nak kau sebab badan kau, bukan muka kau atau personality kau sebab dua - dua tu kau tak ada.

    Ye, aku marah sebab lima tahun kita bersama, senangnya kau move on. Kau ni memang slut lah. I wish I could tie you to a tree, naked and write in your forehead, 'slut,' for everyone to see what a slut you are despite your "nice" guy image. I hope your partner is using your desperate, insecure, narcissistic, thirsty ass and will dump your stupid ass once your partner finds a nicer ass. People are only with you because of your ass, not because of your weird face and non-existent personality and you're not the only one with a hot ass. I bet they don't wanna do you while looking at your face because you must look worse than you already do, whore.

    Okay, kalau orang baca ni, orang mesti macam, 'whoa, Blue, apa pasal ni? Kenapa cakap macam ni?' Yes, I admit, I don't normally talk like this but I'm so angry right now. I might edit this post later on but for now, it feels so good to expose his slutty ass. I hope your partner will do the dirty work for me and I'll just watch, hahaha! I know this sounds bad but he deserves it, after everything he's done and said to me. You think you've won? Well, I might seem like I've lost now but I always win in the end, bitch. Just wait and see.

23 October 2022

Surpris, Surpris

    Okay, sebenarnya, aku nak kena submit satu assignment malam ni tapi aku kena luahkan perasaan aku dulu, kalau tak, aku tak boleh focus.

    So, kalau kau baca blog aku, kau akan tahu yang aku dah balik campus minggu lepas. Aku tak nak cerita in detail pasal yang berlaku for the past week tapi aku akan summarise. So, Sabtu minggu lepas, aku, abang ketiga aku dan mak aku bertolak dari rumah mak aku. Malam tu, kitaorang bermalam dekat rumah abang kedua aku. Masa hujung first semester aku dulu, aku duduk dekat rumah abang aku tu dan masa tu, abang aku baru masuk rumah tu so rumah tu kemaslah (dan mungkin sebab aku ada dan aku pengemas, lol). So, lepas lebih kurang dua tahun kemudian, bila aku datang balik rumah tu, aku terkejut rumah tu semak gila. Aku bukanlah nak aibkan abang aku, aku cuma rasa, sayanglah, rumah tu cantik tapi semak. Kalau rumah tu rumah aku, mungkin rumah tu akan nampak macam catalogue IKEA.

     Keesokan harinya, kitaorang bertolak ke universiti aku. Aku dah tak berapa ingat aku ada cakap ke tak sebelum ni yang aku ada bad feeling about going back to campus tapi aku tak ada pilihan, so nak tak nak, kena balik juga. Kitaorang sampai situ, aku dah rasa tak sedap hati tapi aku fikir, mungkin sebab aku baru dekat situ so aku kena sesuaikan diri aku dulu and that's gonna take sometime. Beberapa hari aku dekat situ, aku makin biasa dengan tempat tu tapi hati aku masih rasa tak sedap dan makin lama, hati aku makin rasa tak sedap. Sebenarnya, ada benda yang terjadi yang buat aku rasa tak sedap hati tapi aku malas nak cerita, mungkin satu hari nanti aku akan cerita. So, malam tadi, aku minta abang aku dan mak aku (dia tak balik rumah lagi, dia duduk dengan abang aku) datang ambil aku. Adalah drama yang tak perlu jadi pun, abang keempat aku konon - kononnya nak tolong semua orang tapi dia perburuk keadaan. Instead of admitting his fault and apologising like a sane human being, dia serang aku pula. Apa - apa sajalah, aku dah tak nak cakap dengan dia, aku kena focus dekat studies aku.

    So, weekend ni, aku balik rumah abang aku balik dan aku plan nak tukar kolej. Aku bukan tak suka kolej tu, aku okay saja, in fact, aku ada jumpa dua orang hot dekat situ, seorang lelaki, seorang perempuan. Yang lelaki tu berjambang, putih dan tinggi dan yang perempuan tu pula muka dia macam Falynn Guobadia dan rambut dia cantik gila, dengan langsing tapi yang lain semua buruk. Aku suka kolej tu sebab walaupun dia buruk gila nak mampus dan scary macam filem seram tapi ada a sense of community dekat situ but sadly, aku rasa aku tak boleh duduk dekat situ for a number of reasons.

    It really sucks sebab awal - awal semester lagi, dah jadi macam - macam dan aku takut benda ni akan affect performance aku sebab aku kena deal dengan macam - macam benda. Aku stressed out sangat tapi aku cuba untuk tak break down, aku cuba untuk nampak macam aku okay tapi Allah saja yang tahu macam mana aku rasa. What makes it worse, I feel so alone, I feel like I have no one and I wish I had a significant other who would do anything for me, who would be there for me, drive me, help me, support me, comfort me, take me out and cheer me up. Sepanjang aku dekat situ, tak ada siapa pula tegur aku walaupun aku purposely jalan seorang diri supaya orang lebih senang nak approach aku. Adalah seorang lelaki ni pandang aku (ramai orang pandang aku tapi dia seorang saja yang aku rasa macam berminat dengan aku) tapi masa tu, dia ada dengan kawan - kawan dia, aku ada dengan kawan aku. Also ada beberapa orang jugalah yang type aku tapi diaorang tak pandang aku langsung.

    By the way, aku ada terserempak beberapa orang macam Shorty. Kali pertama, masa abang aku bawa aku dan mak aku pergi makan dekat satu restaurant ni. Ada seorang lelaki ni sebiji macam Shorty. Dia jalan dengan seorang lelaki ni dan dia pendek, pakai spek dan kulit sawo matang tapi dia tak perasan aku kot. Kali kedua, masa abang aku bawa aku dan mak aku pergi satu shopping centre ni. Aku tengah jalan dan tiba - tiba, ada seorang lelaki ni berdiri depan aku dan dia pun sebiji macam Shorty tapi aku tak nampak sangat muka dia sebab dia pakai mask tapi dia pun pendek, pakai spek dan kulit sawo matang. Aku tak tahu kenapa dia pandang aku lama - lama lepas tu dia belah. Adakah tu Shorty? Aku pun tak tahulah. Aku ada mesej dia, ajak jumpa tapi aku tak tahulah dia akan balas ke tak dan kalau dia balas pun, tak tahulah dia nak ke tak jumpa aku. Campus aku ni dekat sangat dengan rumah dia so I feel like we're so close but so far away. Kalau aku ada dia, mungkinlah aku tak rasa lonely sangat dekat sini.

    Okay lah, aku nak kena solat dan tidur. Esok aku nak kena bangun awal sebab aku nak kena balik campus. O Allah, my Lord, please forgive me, guide me, lead me, lend me Your strength, love me, protect me, save me and watch over me.

15 October 2022

Goodbye, For Now

    So, post ni mungkin post terakhir sebelum aku balik campus lusa ni sebab aku akan bertolak esok. Aku ingat aku takkan post apa - apa malam ni sebab aku dah tak larat tapi aku nak cakap pasal beberapa benda.

    Siang tadi, aku masih kena handle hal - hal kelas aku. Lepas tu, aku contact ASOS pasal parcel aku yang tak sampai - sampai lagi dari hujung bulan lepas sampai sekarang dan customer service representative diaorang bagi tahu aku, diaorang tak boleh track parcel tu tapi parcel tu dah ada dekat Malaysia dan parcel tu patut sampai 25/10. Kalau parcel tu tak sampai juga, aku kena contact diaorang lagi. Well, guess what? Aku track parcel tu dan kali ni barulah ada activity tapi parcel tu ada dekat UK, hahaha. Kiranya, diaorang baru nak hantarlah. Betul lah apa yang customer service representative courier tu bagi tahu aku masa aku contact diaorang, diaorang tak dapat apa - apa pun daripada ASOS. Aku tak marah sebab aku tak plan pun nak pakai baju - baju yang aku order tu lagi tapi kenapa kauorang kena tipu aku? Nasib baiklah customer service representative tu friendly, sejuk hati aku sikit.

    Lepas tu, aku tidur kejap. Aku bangun, aku attend satu virtual event ni. Abang aku nak bawa aku dan keluarga keluar makan malam so aku bercukur sikit (aku tak habis bercukur lagi, aku akan sambung esok) dan aku bersiap. Masa kitaorang nak keluar, masa tu jugalah ada orang buat fogging tapi bagus juga diaorang buat fogging sebab baru - baru ni, ada banyak nyamuk, tu bintik - bintik merah naik dekat muka aku. For some reason, diaorang tak sembur dekat rumah mak aku so kitaorang boleh keluar. By the way, aku pakai seluar dalam ASOS yang diperbuat daripada mesh ni and let me tell you something, I love them. They're so comfortable. They feel like skin, it's like you're not wearing anything. They're not tight but they still provide support and they're sexy AF. Aku dah lama beli seluar dalam ni tapi aku tak pernah pakai sebelum ni, aku beli, aku simpan dalam almari sebab aku duduk tunggu untuk special moment tapi hari ni, aku macam, why not? Walaupun dia jenama ASOS saja tapi dia antara seluar dalam yang paling selesa aku pernah pakai.

    Anyway, kitaorang makan malam dekat steakhouse kawan abang aku tu. Aku order lamb chop dan lamb chop dia sedap but for some reason, kepala aku pening lepas makan lamb chop tu. Untuk minuman, aku order Blue Lagoon dan sedap gila air tu, dahlah cantik. Okay, aku nak cerita sikit pasal ni. Masa kitaorang tengah makan, ada satu keluarga ni datang. Aku dah perasan diaorang duduk ambil gambar dekat luar macam tak pernah tengok dunia luar. Bila diaorang masuk restaurant tu, diaorang terus buat kerek. Yang ayah tengok phone, yang mak tak sedar diri, pakai tudung tapi pakai makeup tebal, nail varnish warna hitam lepas tu duduk minta anak dia ambil gambar dia sambil pose gedik, yang anak nerd, duduk minta mak dia ambil gambar dia juga. Aku tengok rupa dan perangai kauorang aku dah tahu kauorang kampung so kauorang tak payah buat kerek dengan aku. Aku cerita dekat mak aku dan mak aku pun perasan juga. Mak aku kata, mak aku dapat bad vibes daripada diaorang. See? Bukan aku seorang saja. Lepas tu, kitaorang balik. Kitaorang sampai rumah, aku terus masuk meeting.

    Alright, aku nak kena solat, gosok gigi dan tidur. Esok, aku nak kena bangun awal. Goodnight.

PS Aku terlepas solat Maghrib tadi. Aku nak latih dan biasakan diri aku solat cukup lima waktu sebelum aku balik campus. Aku tak nak aku balik campus, solat aku masih compang - camping. Tak apalah, bukan aku sengaja.

14 October 2022

One Day Left

    Waktu Subuh tadi, aku berjaya bangun dan solat, alhamdulillah. Aku terkejut jugalah sebab dah lama aku duduk oversleep dan kena qada solat. Lepas aku solat, aku tolong mak aku kemas rumah dan lepas tu, aku baru sambung tidur balik. Aku ada text dengan classmate aku sebelum tidur.

    Tengahari tadi, aku keluar dengan abang aku, pergi potong wire braces yang duduk cucuk pipi aku tu. Aku tak tahu wire tu akan cucuk ke tak pipi aku lagi. You'll only know when you eat. Thank God, tak ada orang, kitaorang dua orang saja. Kitaorang balik, aku solat lepas tu sambung tidur lagi.

    Petang tadi, aku bangun, aku tolong mak aku kemas rumah lagi lepas tu aku kena handle hal - hal kelas aku. Aku dah tak kisah orang tak ucap terima kasih dekat aku sebab bagi aku, aku dah jalankan tanggungjawab aku dan Allah nampak and that's all that matters. Kauorang tak ada adab dan Allah nampak juga.

    Lepas waktu Maghrib tadi, masa kitaorang semua tengah makan malam, tiba - tiba, abang aku nak keluar photocopy so aku teman dia. Kitaorang pergi dekat satu tempat ni dan aku selalu pergi situ dengan mak aku dan abang aku dulu. Aku terkejut tempat tu dah jadi meriah macam hari raya. Budak - budak pakat lari dan orang dewasa makan tepi jalan. Kalaulah aku boleh pergi situ dengan mak aku dan abang aku macam dulu.

    Bila kitaorang balik, aku potong kuku sambil tengok the Real Housewives of Beverly Hills dan the Real Housewives of Salt Lake City. Aku buff kuku aku sekali dan dia jadi shiny jugalah tapi tak shiny lah macam dekat kedai. By the way, aku geram ada bintik - bintik merah gatal naik dekat muka, tangan, lengan dan kaki aku, like, are you freaking kidding me right now? Aku dah nak kena balik campus dan jumpa musuh - mush aku dan sekaranglah kauorang semua baru nak muncul? Eff you all.

    Anyway, esok hari terakhir aku nak duduk dekat sini and I'm trying not to be burst in tears but I feel like crying. I really don't wanna leave. My heart just feels so heavy. This doesn't feel right but I've got no choice. I wish I could take my whole family with me. I feel so alone. I'm scared. I can't show this to anyone because I know most people don't care. In fact, they'd be jumping up and down to know I'm in a bad space. Oh God, please help me. Nobody else can help me except You and I desperately need Your help. Please keep me and my family safe.

    Goodnight.

12 October 2022

Poser

    Siang tadi, aku sambung pack barang aku. Currently, aku dah pack lima beg dan aku mungkin akan perlukan satu atau dua beg lagi tapi aku akan tinggal setengah barang aku dekat rumah abang aku sebab aku akan tumpang dekat bilik classmate aku sampai inshallah, aku dapat bilik aku sendiri so aku tak naklah bawa banyak barang sangat.

    Waktu Maghrib tadi, aku keluar kejap dengan mak aku dan abang aku, beli groceries dan barang keperluan aku. Okay, aku nak cerita sikit pasal ni. Kitaorang pergi Tesco. Masa aku nak ambil trolley, aku dah perasan seorang perempuan ni. She's very Gen Z, pakai lipstick merah, sweater kembang dan seluar kembang. Dia termenung tengah jalan dan bila aku ambil trolley, dia cepat - cepat belah. Lepas tu, aku terserempak dengan dia lagi. Dia buat macam she was minding her own business, membeli - belah sambil menyanyi lagu bahasa Inggeris. Nak jadi cerita, aku terserempak lagi dengan dia tapi kali ni, dengan kakak dia pula. Yang aku menyampahnya, diaorang nampak aku, diaorang terus buat sembang dalam bahasa Inggeris kuat - kuat supaya aku boleh dengar diaorang, supaya aku tahu diaorang boleh cakap bahasa Inggeris, supaya aku impressed dengan diaorang.

    'WHAT ARE YOU LOOKING FOR?

    'I'M LOOKING FOR CONDENSED MILK.'

    'OH, WHICH ONE DO YOU LIKE?

    'I'M NOT SURE. F&N? DAIRY CHAMP? CARNATION?'

    'MM, WHAT DO YOU WANT TO DO WITH IT?'

    'I WANT TO DRINK COFFEE WITH IT.'

    Aku belah cepat - cepat sebab aku menyampah. Okay, nampak macam akulah yang problem, akulah yang dengki, akulah yang busuk hati dan mungkinlah orang akan kata, 'mungkin diaorang memang selalu cakap dalam bahasa Inggeris kot,' tapi, aku benci poser and I know one when I see one sebab dah banyak kali aku jumpa poser. Diaorang suka buat cakap dalam bahasa Inggeris kuat - kuat supaya semua orang dengar diaorang, supaya semua orang tahu diaorang boleh cakap dalam bahasa Inggeris, supaya semua orang impressed dengan diaorang tapi aku tahu diaorang poser because they don't sound natural. Kalau betul lah diaorang memang selalu cakap dalam bahasa Inggeris, they wouldn't sound forced. Aku pernah makan sebelah orang putih dan diaorang tak ada pula cakap kuat - kuat, biasa saja. The conclusion is, dua ekor perempuan gemuk pakai spek ni poser dan probably single, desperate dan tak ada life. Dahlah datang Tesco saja pun dah bersiap macam nak pergi consert, tak padan dengan fesyen hauk, muka buruk, ada hati nak acah - acah macam baru balik dari luar negara.

    Anyway, esok, aku nak potong kuku dan jumpa dentist aku sebab wire braces aku asyik cucuk pipi aku dan lusa, aku nak bercukur dan basuh kain. By the way, aku dah dapat tarikh dan masa untuk ujian jalanraya untuk lesen memandu aku dan alhamdulillah, semua masa cuti semester nanti so aku tak perlu risau nak kena ulang - alik dari universiti aku ke rumah aku kecuali untuk appointment braces akulah.

    Tadi, masa aku keluar kejap, jalan dalam halaman rumah aku, ambil udara malam, aku terfikir betapa banyaknya halangan yang aku nak kena lalui sebelum aku boleh dapat boots Versace atau trainers Balmain tu. Kalau aku dapat salah satu kasut tu, aku nak jerit kuat - kuat, 'aku ada kasut Versace/Balmain!' Hahaha, aku bukan nak jadi ujub walaupun aku tak rasa ramai orang ada kasut Versace atau Balmain dekat sini, aku cuma nak luah segala ketidakpuasan hati aku dengan orang yang dulu pandang rendah dekat aku dan akhirnya, I get to prove them wrong.

    Back to the topic, hidup aku selalu macam tu. Sebelum aku dapat kesenangan, aku kena lalui kesusahan dulu dan tu pun tak guarantee aku akan dapat kesenangan lepas tu. Most of the time, aku kena lalui kesusahan over and over again sebelum aku dapat kesenangan. Aku tahu bukan hidup aku seorang saja macam tu, hidup orang lain pun macam tu juga dan aku percaya, Allah Maha Adil, Dia bagi ujian lain - lain dekat orang tapi level kesusahan sama.

    Okay lah, aku nak kena get ready nak tidur. Goodnight.

PS Aku contact customer service ASOS lagi hari ni dan dia suruh aku tunggu sampai hari Jumaat ni pula. Nasib baiklah customer service representative tu baik, kalau tak, aku dah maki - hamun.

A Quiet Afternoon

    Aku cukup suka tengahari yang cerah dan berangin, masa semua orang pergi kerja dan jalan jadi senyap - sunyi, sekali - sekali saja ada kereta atau motor lalu. Aku suka basuh kain dan sidai kain waktu ni, aku rasa tenang dan aman.

    Hari aku nak kena bertolak makin dekat dan aku rasa berat hati nak tinggal tapi aku tak ada pilihan. Kadang - kadang, aku rasa macam nak menangis dan menjerit tapi badan aku seolah - olah dah mula masuk dalam survival mode so aku tak rasa apa - apa, aku rasa kosong.

    Aku pun tak tahulah apa nak expect. Aku cuma harap, everything will be sorted out in the end and when I look back, I wonder why I worried so much. Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah hambaMu ini dan tolonglah hambuMu ini, hanya Kau boleh tolong aku.

    Goodnight.

11 October 2022

Sayu

    Semalam, sebelum aku tidur, tiba - tiba, aku rasa macam nak tengok confession page universiti aku dan aku terkejut ada gambar classmate aku dekat page tu dengan caption, 'berhati - hati ye dengan dia ni.' Well, memang ada cerita - cerita yang tak menyenangkan pun pasal dia ni tapi aku tak sangka ada orang akan sampai put dia on blast macam tu. Aku tak tahu dia tahu ke tak pasal ni. Bukan dia seorang saja yang kena put on blast, ramai orang lain kena macam tu juga. Aku harap tak ada siapalah akan put aku on blast, malu wei. I mean, kalau orang yang kena put on blast tu jahat, tak apalah but I swear, aku tak ada buat salah dengan siapa - siapa, orang yang buat salah dengan aku adalah. Aku bukan nak acah - acah maksum ke apa sebab kalau aku ada buat salah, aku akan mengaku dan minta maaf.

    Anyway, dari confession page tulah, aku baru tahu dark side universiti aku. I mean, aku memang dah tahu dark side universiti aku but I didn't know it's worse than I thought. Aku malas nak cakap pasal ni but all I can say is, benda ni lagi buat aku berat hati nak balik sebab aku nak kena hadap orang bodoh dan jahat. By the way, aku ada jumpa satu gambar first-year students tengah go through minggu orientasi dekat universiti aku sekarang dekat confession page tu dan dalam gambar tu, ada seorang lelaki ni, muka dia somehow mengingatkan aku pasal lelaki yang aku jumpa dekat IKEA beberapa tahun lepas. Aku tak tahulah kalau tu dia sebab aku pun dah tak ingat muka lelaki tu tapi benda ni buat aku fikir, macam mana aku nak tahu tu dia bila aku jumpa dia? Aku takut aku terserempak dengan dia tapi aku tak ingat dia.

    Siang tadi, aku pack barang aku sebab family aku asyik tanya aku bila aku nak pack barang aku, hahaha. Aku dah pack tiga beg dan aku rasa aku perlu dua beg lagi. Speaking of which, I wish I had a Rimowa suitcase. Satu pun jadilah. Ye, aku tahu, aku boleh saja beli suitcase murah but I just wanna have a stylish suitcase sebab aku fikir, kalau aku bersiap, aku perlulah suitcase yang stylish, betul tak? Hahaha. Just joking. Aku bukanlah tak bersyukur, I take what I get and I don't care about a luxury suitcase. I wouldn't mind if someone would like to buy it for me though, benda baik jangan ditolak, hahaha.

    Aku ada beli satu check shirt Uniqlo dan satu T-shirt Uniqlo sebab masa aku pergi Uniqlo tiga hari lepas, aku nampak check shirt tu and I was like, I need to get that shirt to complete my check shirt collection. Check shirt tu warna biru dan aku dah ada check shirt warna merah, pink, kuning dan hijau. Aku beli T-shirt tu pula sebab nak dapat free shipping. Mula - mula, aku dah nak beli satu T-shirt ada gambar Doraemon ni tapi lepas tu, aku nampak T-shirt tu. Dia ada gambar the Great Wave off Kanagawa dan aku suka lukisan tu so I was like, I need to get that T-shirt. Yes, aku cakap aku dah tak nak keluarkan duit and trust me, kalau boleh, aku memang dah tak nak keluarkan duit pun but they're too good to pass up. Aku tak tahulah parcel aku akan sampai ke tak sebelum aku balik campus tapi aku harap dia sampailah sebab aku nak pakai dua - dua baju tu.

    Pasal parcel ASOS tu pula, dia memang takkan sampai sebelum aku balik campus. Aku contact courier yang sepatutnya hantar parcel tu, diaorang bagi tahu aku, diaorang tak dapat pun parcel tu lagi daripada ASOS. Aku contact ASOS pula, diaorang suruh aku tunggu sampai 12/10 lepas tu aku baru buat report. This is whack. Aku tahu shipping ASOS perlahan, kadang - kadang dia ambil masa sampai dua minggu tapi kali terakhir aku order dekat ASOS, dia ambil masa seminggu saja dan sebelum ni, tak pernah lagi jadi macam ni. Nasib baiklah aku tak plan nak pakai dua - dua baju tu lagi tapi aku masih risau pasal parcel tu sebab duit tetap duit.

    Keluar topic kejap tapi aku nak cakap pasal nikmat yang orang jarang cakap: berak dan tandas. Dia satu nikmat ye bila kau berak lawas. Perut kau rasa macam kena flush, kosong dan bersih dan kau boleh buat apa - apa saja. Nikmat seterusnya, tak ada siapa dekat rumah dan kau boleh berak sepuas - puasnya. Kau tak perlu malu orang dengar kau buat pelaburan dalam tandas. Lepas tu, tandas yang besar, bersih dan cerah. I swear to God, it feels so different bila kau melabur dalam tandas yang besar, bersih, cerah dan wangi berbanding tandas yang kecil, kotor, gelap dan busuk. Kau rasa puas. Sebab tulah aku sangat memilih when it comes to toilet dan aku sanggup tahan berak daripada berak dekat tandas yang kecil, kotor, gelap dan busuk dan berak dekat tandas yang besar, bersih, cerah dan wangi, aku rasa tak puas, unless aku dah tak boleh tahanlah so aku terpaksalah sebab aku dah tak ada pilihan.

    Back to the topic, tadi, macam biasalah, aku keluar kejap, jalan dalam halaman rumah aku, ambil udara malam. Malam ni, awan banyak tapi bulan cerah so tak buka lampu pun boleh nampak. Dari rumah aku, boleh nampak lampu stadium dan lampu jalan. Ada asap berkepul - kepul datang dari stadium tu dan aku rasa diaorang ada buat macam bazaar kot dekat situ, IDK. Cucu - cucu jiran aku pula main mercun bawang dekat luar rumah. Entahlah tapi aku rasa sayu pasal nak tinggal tempat ni. Dulu, aku teringin nak tinggal tempat ni dan aku memang nak tinggal tempat ni pun tapi aku sebenarnya rasa sayu sebab nak tinggal family aku, especially mak aku. Aku takut sangat something bad would happen to them, especially her while I'm not here. I wish I could take them with me. Aku cuba tak nak jadi stressed out sangat sebab tengoklah, dah naik seketul jerawat dekat muka aku but I can't help it. I really wish Nasrul was here and he'd hold my hands and tell me everything's gonna alright. Ya Allah, aku tahu solatku compang - camping tapi tolonglah hambaMu ini.

    Okay lah, aku dah nak tidur. Goodnight.

10 October 2022

Nope

    Aku tak tahu kenapa malam ni sejuk, tak adalah hujan lebat pun, rintik - rintik saja.

    Anyway, aku tak tahulah aku akan sempat ke tak nak blog bila aku balik campus nanti. Aku suka luah perasaan aku dekat blog ni tapi bila aku tak larat, aku nak tidur saja, hahaha. Tengoklah macam mana but one thing for sure, I'm gonna miss writing on this blog.

    By the way, kan hari tu aku contact customer service representative SSENSE dan aku minta dia ukur trainers Balmain tu. Guess what? Sampai sekarang aku tak dapat pun ukuran trainers tu. Aku suspect dia tak ukur pun. Aku dah agak dia takkan hantar ukuran tu sebab dia tak minta pun saiz aku. Nak ukur macam mana? Tak guna punya perempuan. Dahlah balas mesej aku macam tak nak balas. Lepas tu, bila aku bagi tahu dia aku dah guna size predictor tu, dia suruh aku guna size predictor. Bodoh ke apa? Aku bagi tahulah dia aku dah guna size predictor tapi aku masih tak yakin. Dia balas, 'you need to know your size.' I know my size, bitch, I just don't know what size to go for, you dumb idiot. Aku dah report dia. Aku harap aku takkan perlu deal dengan dia lagi.

    By the by, aku tak tahulah orang lain perasan ke tak but trending searches on Google Search Malaysia are trashy and by trashy, I mean, tengok trending searches tu saja dah boleh nampak mentality orang kita. Orang kita sibuk dengan benda - benda lagha, benda - benda tak penting dan benda - benda yang tak concern diaorang pun. Cuba kau tukar location dan kau tengok trending searches dekat Google Search dekat negara lain. Aku tengok tak ada pula trending searches macam, contohnyalahkan, 'Fazura pakai tudung.' Lepas tu, kalau type makanan apa, mesti terkeluar related searches macam, contohnyalahkan, 'Cadbury halal ke?' Ye, memang penting kita pastikan apa yang kita makan tu halal tapi makanan tu dah ada logo halal. Aku tak fahamlah orang kita. So, sekarang, aku dah tukar location dan tutup trending searches. Tenang sikit jiwa aku.

    Speaking of which, aku tak faham kenapa masa location aku Malaysia, aku selalu dapat trending searches dalam bahasa India macam, contohnyalahkan, 'Phir Bhi Dil Hai Hindustani.' Mungkinlah ada orang akan kata, 'ala, tu trending searches orang India Malaysialah.' Well, I disagree. Aku tak rasa orang India Malaysia akan type dalam search box tu dalam bahasa Tamil ke, Telugu ke, Malayalam ke, aku rasa diaorang akan type dalam bahasa Melayu atau dalam bahasa Inggeris. Aku ada baca orang India ramai so selalu terkeluar related searches macam, 'handsome in hindi,' but it still doesn't answer my question kenapa aku selalu dapat trending searches dalam bahasa India. Apa - apa sajalah, aku dah tukar location dan tutup trending searches.

    Siang tadi, aku saja buat IIUM Confessions starter pack sebab ada benda hari ni yang mengingatkan aku pasal betapa trashy-nya page tu. Ada banyak point lain lagi yang aku nak tulis tapi dah tak ada ruang nak tambah point so here it is.

    Tadi, aku tengok filem Nope dengan abang aku. To be completely honest, aku tak berminat pun nak tengok filem tu sebab walaupun aku suka Jordan Peele, aku rasa macam filem dia a bit on the nose, meaning the giveaway is too early dan kau boleh terus tahu what the underlying message is compared to filem Ari Aster, kau kena fikir dan bagi perhatian kau baru faham what the underlying message is but to my surprise, I had a lot of fun. Bagi aku, filem ni ada a sense of adventure and excitement dan semua pelakon pandai berlakon, tak ada yang kaku ke apa. Aku cuma tak berapa faham what the underlying message is, aku dah baca dekat Internet tapi aku masih tak faham dan aku rasa, hujung cerita dia a bit all over the place. Aku rasa, the film started off strong tapi lepas tu, dia tak tahu macam mana nak habiskan filem tu. Nevertheless, I enjoyed it and I like the cinematography, buat aku rasa macam nak tinggal dekat ladang tu sebab cantik gila pemandangan dia.

    Okay lah, aku dah nak tidur. Goodnight.

09 October 2022

Catatan Malam Ni

     Siang tadi, aku dan abang aku pergi dekat satu shopping centre ni (it's the biggest shopping centre here), beli barang keperluan untuk aku nak balik campus minggu depan. Kitaorang drop mak aku dekat rumah mak cik aku (rumah mak cik aku dekat dengan shopping centre tu) sebab mak aku nak sembang dengan mak cik aku dan kitaorang nak kena banyak berjalan so kitaorang tak nak dia sakit kaki. Masa kitaorang drop mak aku dekat rumah mak cik aku, cuba teka siapa yang buka pagar? Sepupu aku aka bapuk buruk yang dengki dengan aku sebab aku lebih elok daripada dia. He glared at me so aku jeling dekat dia, hahaha!

    Lepas kitaorang drop mak aku dekat rumah mak cik aku, kitaorang baru pergi dekat shopping centre tu. By the way, hari ni, aku pakai H&M check shirt in red, Topman T-shirt in white, River Island skinny jeans in dark blue dan Dr Martens Molly boots in black. Also, aku pakai beg Fjällräven KÃ¥nken. I know, I know, dekat hometown aku ni, tak dinasihatkan untuk dress up sebab orang akan perhati kau dan kadang - kadang, siap tuding jari dekat kau sambil bisik sesama diaorang dan gelak kuat - kuat supaya kau perasan diaorang so lebih baik dress down. Kalau kau boleh ignore diaorang, tak apalah tapi kalau kau tak boleh, kau akan sakit hati dan kau tak boleh have fun sebab kau asyik fikir pasal nak tonyoh muka diaorang dengan kasut kau.

    Tapi, ni mungkin kali terakhir aku pergi dekat shopping centre tu sebelum aku balik campus so aku nak go all out. Aku suka bersiap dan aku dah lama tak bersiap sebab aku kena blend in dengan orang dekat sini. Aku dah tak kisah diaorang nak perhati aku sampai juling mata, bisik sesama diaorang sampai mulut muncung macam tikus dan gelak kuat - kuat macam orang bodoh macam aku yang badut padahal diaorang yang badut because I know they all wanna look like me but they can't dan asalkan aku confident. Thank God, hari ni weekend so ada ramailah orang sampai kitaorang nak cari parking space pun lama gila so orang tak perhati aku sangat tapi aku perasanlah ada mata - mata duduk pandang aku. Masa kitaorang pergi Watsons, ada seorang mamat ni pandang aku dengan muka tak puas hati so aku pandang dia balik dan dia terus pandang aku. Apa - apa sajalah, weirdo.

    Tapi, aku tak jumpa apa yang aku nak dekat Watsons (by the way, Some By Mi dah ada dekat Watsons tapi lebih mahal daripada dekat Shopee) so aku beli dua pasang underwear dan sepasang socks dekat Uniqlo, glasses spray (dan bersih spek) dekat kedai spek kegemaran aku dan beli makan malam dekat Dubuyo. Speaking of Dubuyo, aku ingat lagi classmates aku pakat bagi tahu aku Dubuyo tak sedap. Aku pun percayalah diaorang sampailah ada satu hari tu, abang aku bawa aku pergi makan dekat Dubuyo dan aku macam, sedap saja. Classmates aku aku yang pakat bagi tahu aku Dubuyo tak sedap tu K-pop fans so aku suspect diaorang Korean food snobs. Ye, Dubuyo bukanlah kedai makanan Korea yang paling elevated tapi okay saja.

    By the way, yang aku terkejutnya, dekat shopping centre tu, dah ada kedai Steve Madden. Aku tahu, Steve Madden bukan kedai designer pun tapi setahu aku, ada beberapa saja kedai Steve Madden dekat Malaysia. Aku tak tahulah berapa lama kedai tu boleh bertahan sebelum kena gulung tikar sebab orang dekat sini semua nak murah. Oh, aku lupa nak cerita. Tadi, ada seorang mak cik ni, tolak beg aku padahal dia boleh saja jalan sebab jalan kosong dan luas, tak ada orang pun dan aku bukan block dia pun. Aku suspect dia dengki dengan aku sebab beg aku elok dan beg dia buruk. Sesuailah kau pakai beg buruk, kau pun buruk, hahaha!

    Anyway, lepas tu, kitaorang ambil mak aku dan kitaorang balik rumah. Kitaorang sampai rumah, kitaorang semua terus tidur sebab kitaorang penat gila. Okay, aku baru teringat nak cakap pasal jerawat dekat dagu aku. Ye, lepas hari tu aku bagi tahu mak aku dah berbulan - bulan aku tak ada jerawat, guess what? Terus naik jerawat dekat dagu aku (dekat tempat bekas tahi lalat aku kena buang). Aku dah lama tak ada jerawat so aku pun tak tahu kenapa tiba - tiba naik jerawat. Sebelum ni, muka aku licin saja. Dahlah in less than a week aku nak kena balik campus. Memang malangkan nasib aku tapi hidup aku selalunya macam tulah. Mungkin sebab aku stressed out kot pasal nak balik campus. Aku harap it's nothing serious lah. Also, nasib baiklah ada mask.

08 October 2022

Random Ramble

    It's been raining nearly every day lately and I'm not complaining, I love it when it rains, I just wanna curl in blanket while blogging but I hate getting soaked.

    I've just finished watching the Lost Daughter. I don't know what made me watch this film but it's better than I thought. The acting and the plot are good. I wish they'd swapped the actor who played the character Professor Hardy, Peter Sarsgaard with the actor who played the character Joe, Jack Farthing because I'm sorry but the latter's just ugly so it's hard to sympathise him while there's something about the former that makes it easy to sympathise him. Other than that, everything's fine, the cinematography and the soundtrack. I do recommend it if you enjoy slow and artistic films like Yasmin Ahmad's films but if you're a prude like me, be careful, there are several scenes that contain nudity. Also, the actor who played the character Will, Paul Mescal is so cute!

    Speaking of film, sometime ago, I was watching telly when I saw 10 Cloverfield Lane was being played and I didn't have anything else to watch so I was like, why not? I saw this film when it came out more than six years ago and I rewatched it multiple times because it's so good. I'd forgotten how good it is and yep, it's so good. I don't wanna talk much about it because it wasn't like the first time I saw it but the actor who played the character Emmett, John Gallagher Jr. is so cute. I feel so sad when he dies. There's something about him. Also, he sorta reminds me of someone I know who I call Fox.

    Anyway, I noticed Shorty was last seen eight hours ago on Skype and that means he was online at about 4 pm. This does stir some sort of feeling in me. It makes me wonder, what was he doing? Was he chatting to someone or did he come online, hoping to see my text? I don't know and I don't know what to do. Should I text him or should I let him come to me? I miss him and I wanna talk to him. I wish when I go back to campus, I'd bump into him. I wonder how he's gonna react if he sees me. Would he run away? Would he say hi to me or he wouldn't recognise me? I wanna know how he truly feels about me, like, does he love me? Does he hate me or is he unsure about his feelings for me?

    I wish he'd just drop his ego (he's got a huge ego) and talk to me, like, if you love me, just say you love me and I'll tell you I love you too or if you hate me so much, just block me but why haven't you blocked me? Why are you playing this game with me? Are you stringing me along? Do you enjoy seeing me being a fool for you? Why are you wasting everyone's time? We're getting older, we're not getting younger and we're not gonna be young for ever so you might as well lay your cards on the table now and I'll lay mine. As much as I wanna text you, I've got my own self-worth too and I can't let you make me feel worthless every time I try to talk to you so I'll leave you alone but if you ever wanna talk to me, I'll be happy to hear from you.

07 October 2022

I'm Scared

    Parcel ASOS aku sampai sekarang tak sampai lagi dan aku tak tahulah kalau parcel tu akan sampai sebelum aku balik campus ke tak but it's okay sebab aku tak plan nak bawa dua baju tu pun. Aku cuma harap parcel tu akan sampai dengan selamat, that's all.

    Aku baru habis tengok episode terakhir the Real Housewives of Beverly Hills season 12 and I must say, it's the best episode of the season. Puas hati aku tengok Kyle bergaduh dengan Erika dan Lisa (diaorang satu geng dan diaorang pembuli). Aku tak sabar nak tengok reunion nanti nak jadi macam mana. Speaking of which, aku tak faham kenapa orang kata season ni bosan. Aku rasa season ni penuh dengan drama dan aku rasa orang kata macam tu sebab diaorang benci Erika dan Lisa. Aku pun benci diaorang juga tapi hanya sebab aku benci diaorang, aku tak adalah nak kata season ni bosan. Yang bosan, the Real Housewives of New York dan the Real Housewives of Miami tapi dua tu diaorang kata best pula. Sebab tu aku benci baca comment dekat Reddit sebab opinions diaorang berdasarkan perasaan diaorang. Aku suspect kebanyakan yang comment tu bitter and fat single white females.

    Anyway, tinggal seminggu lebih saja lagi sebelum aku kena balik campus dan antara orang yang aku dread nak jumpa, classmates aku. Siang tadi, ada seorang lecturer kitaorang ni buat announcement, diaorang tengah cari facilitator untuk induction untuk first-year students. Aku berminat nak jadi facilitator tapi aku tak boleh pergi induction tu sebab induction tu 10/10. Sebagai class representative, aku forward-lah announcement tu dekat group kelas aku. Guess what? Tak ada siapa respond wei. Aku bukan menyampah sebab diaorang tak respond tapi sebelum ni, kauorang perasan bagus, sembang kemas, buat kerek dengan aku tapi bila jadi macam ni, kauorang pakat diam. Bacul. Hahaha, aku memang dah lama tahu kauorang pijak semut tak mati but today it all became apparent. Lepas ni, kalau kauorang buat kerek dengan aku lagi, aku akan gelak dekat muka kauorang because I know who you are, tikus basah.

    By the way, tadi, masa aku tengah lepak dengan mak aku, aku terfikir, aku kena mula simpan duit (actually, I should've started saving a long time ago but what's done's done) nak beli rumah. Ada seorang kawan aku ni baru beli apartment dan dia bagi tahu aku, harga apartment dia antara RM400,00 sampai RM500,000 dan harga rumah landed dekat situ RM1,600,000. Aku nak kena beli rumah cepat sebelum harga rumah yang dah tinggi jadi lagi tinggi tapi masalahnya, aku dengar gaji fresh graduates sekarang selalunya lebih kurang RM3,000. RM3,000 tu sebenarnya tak banyak sebab kalau kau sewa rumah, bayar duit kereta, isi minyak dan makan minum, tinggal kurang daripada RM1,000. Kalau aku nak kerja macam abang aku (gaji dia nak dekat RM10,000, bukan nak flex ye sebab bukan duit aku pun), entah berapa lama aku kena kerja sampai aku sampai level dia and by that time, harga rumah pun mungkin dah melambung. Aku jadi takut. Dahlah aku tak tahulah aku akan dapat kerja ke tak, dengan masalah unemployment yang makin teruk.

    Aku jadi sedih. Aku rasa nasib aku malang sangat. Kebanyakan schoolmates, batchmates foundation course dan batchmates degree aku dah bekerja dan ada yang dah berkahwin dan ada anak. Orang yang buat tahi dekat aku dulu sekarang hidup senang. Aku bukan bitter dan dengki, aku cuma rasa macam dunia ni tak adil sangat. Aku tak salahkan Allah, aku salahkan orang. Ada ramai orang jahat dekat dunia ni dan orang jahat tolong orang jahat sebab tu orang yang buat tahi dekat aku dulu sekarang hidup senang. Mungkinlah ada orang kata, 'jangan bersangka buruk, mungkin diaorang dah berubah dan diaorang bekerja keras.' Well, berdasarkan pengalaman aku, kalau orang tu dah jahat, orang tu payah nak berubah dan aku kenal orang yang buat tahi dekat aku, diaorang jadi senang sebab diaorang pijak kepala orang lain dan diaorang guna cable. Diaorang patut merana atas apa diaorang buat dekat aku dulu dan mungkinlah sekarang diaorang hidup senang tapi aku percaya diaorang tak tenang. Selagi diaorang tak minta maaf dekat aku, diaorang takkan bahagia. Diaorang buatlah senyum ke apa tapi semua tu fake. Aku harap satu hari nanti diaorang akan kena balik apa yang diaorang buat dekat aku.

    Back to the previous topic, pada masa yang sama, aku masih nak beli kasut designer sebagai hadiah graduation aku. Aku tahu, I need to set my priority straight and I've already got more than enough shoes to be my graduation gift tapi aku fikir, bila lagi aku boleh beli barang designer lepas ni selain daripada sekarang? Lepas ni, aku dah tak boleh spend lagi sebab aku nak kena buat internship pula. As much as I want a pair of designer shoes, aku ada rasa ragu - ragu juga, like, does my graduation gift really have to be a pair of designer shoes? Can it be something else, something cheaper or nothing at all? So, aku fikir, kalau aku dapat Versace boots tu atau Balmain trainers tu, aku anggap they're meant for me tapi kalau aku tak dapat, maksudnya they're not meant for me lah. It's gonna be a bitter pill to swallow sebab aku dah form a connection dengan kasut - kasut tu so for me to accept that they're not meant for me, that's gonna be extremely hard.

    Okay lah, aku dah nak tidur, aku kena biasakan diri aku tidur awal. Goodnight.

06 October 2022

Disgusted with Myself

    Okay, aku ada something nak bagi tahu. Beberapa minggu lepas, aku sebenarnya ada jumpa someone dekat Internet. Muka dia dan badan dia boleh tahan jugalah walaupun dia bukan type aku. For some reason, dia tertarik dengan aku. Dia kata aku comel. Kitaorang sembang panjang banyak kali jugalah, basically getting to know each other. Mula - mula, aku pun jadi tertarik dengan dia juga tapi lama - lama, entah kenapa aku jadi geli dengan dia. Aku jadi tak boleh tahan tengok muka dia dan sembang dengan dia. Dia bukan ada buat apa pun dekat aku yang buat aku rasa macam tu, aku sendiri yang rasa macam tu. Aku pun tak tahulah apa masalah aku. Ye, aku tahu, aku yang nak someone sangat dan bila aku dah dapat someone, aku tak nak pula. Tak bersyukur sangat, kan? So, walaupun kitaorang bukan dalam relationship pun and I might regret this, I decided to let him go because I don't want to string him along and I just can't see myself being with him.

    Speaking of which, aku adalah jumpa someone ni dekat Internet juga. Dia tak tunjuk muka dia, dia cuma tunjuk badan dia dan badan dia boleh tahanlah. Kitaorang adalah sembang sikit. Mula - mula, aku rasa kesian dekat dia sebab dia cerita dekat aku, dia pernah diperguna oleh ex dia, aku tak tahulah betul ke dia buat cerita sedih sebab dia nak tagih simpati aku tapi lama - lama, aku rasa dia annoying. Siang tadi, dia minta aku tunjuk muka aku. Aku tak nak sebab aku tak rapat pun dengan dia. Dia paksa aku tapi aku berkeras. Lepas tu, dia offer nak tunjuk muka dia. Hmm, bukan type aku, mata lebam, hidung macam jambu air, bibir kering. Lepas dia tunjuk muka dia, dia cuba buat aku rasa bersalah sebab aku tak tunjuk muka aku. Masa tu, aku dah annoyed dan aku cuma nak block dia tapi aku tak naklah dia perasan, nanti dia jadi psycho pula. Kitaorang adalah sembang sikit lepas tu aku bagi tahu dia aku ada hal. Aku block dia terus lepas tu. Sekarang aku rasa jijik dengan diri - sendiri sebab sembang dengan dia. Also, kalau orang tak tunjuk muka, they're probably ugly.

    Anyway, enough with failed dates. Sekarang, aku nak cakap pasal benda yang positive. Beberapa tahun lepas, aku ada beli sepasang Chelsea boots Zara ni, nak ganti Chelsea boots River Island aku yang rupa - rupanya diperbuat daripada kulit babi. Tu kali pertama aku beli kasut Zara so aku pun tengoklah review dekat YouTube dan kebetulan pula, ada seorang YouTuber ni pun beli boots Zara. Masa tu, dia banyak buat video Zara haul dan aku suka tengok video dia sebab dia cantik dan nampak baik (tapi aku tak suka suami dia sebab suami dia bagi bad vibes) tapi makin lama, aku makin tak minat Zara so aku berhenti tengok video dia. Tadi, aku nampak video dia muncul dekat recommendation aku so aku pun sajalah tengok. Guess what? Dia dah jadi kaya (tapi tak adalah kaya macam favourite YouTuber aku tu). Dia masih buat video Zara haul tapi dia pakai barang designer macam Chloe, Miu Miu, Saint Laurent, Stuart Weitzman dan Aquazzura. Aku rasa bangga dan sebak pula, macam tengok kawan lama dah jadi berjaya, hahaha.

05 October 2022

Midnight Ramble

    Langit malam ni agak cantik, bulan pun agak cerah, boleh nampak bintang - bintang dan awan - awan lepas tu malam ni tak panas sangat, tak sejuk sangat. Kalau Nasrul ada dekat sini, aku dah lepak lama - lama dekat luar, sembang berjam - jam pasal macam - macam benda tapi aku tak berani lepak lama - lama dekat luar seorang diri sebab ada penagih dadah dekat taman ni.

    Sedar tak sedar, aku dah tulis 200+ posts dalam blog ni sejak September tahun lepas sampai October tahun ni. Aku tak pasti aku pernah cakap ke tak sebelum ni tapi aku buat blog ni sebab aku nak luahkan perasaan aku without consequences dan aku namakan blog ni Rumah Teres Tepi Pantai sebab masa aku buat foundation course dulu, aku selalu pergi rumah mak cik aku masa hujung minggu.

    Petang - petang, sepupu aku akan bawa aku pergi ke satu pantai ni dan pantai tu tersembunyi sikit berbanding pantai - pantai lain. Antara semua pantai dekat situ, pantai tu paling cantik sekali dan aku suka pantai tu. Dekat pantai tu juga, ada beberapa deretan bangunan dan aku ingat tu rumah teres tapi rupa - rupanya tu tempat penginapan. Aku selalu bayang aku duduk dekat situ dengan Sam.

    Anyway, harapan aku buat blog ni, kalau ada orang baca blog ni dan diaorang lalui benda yang sama aku lalui, diaorang tak rasa alone sangat. Payah nak jumpa blog yang jujur dan raw, kebanyakan blog fake (sebab tak nak kena cancelled) dan macam sampah (sebab nak dapat view). Kalau ada pun, dah tak active. So, kalau ada siapa nak buat blog juga, just write what you wanna write, just don't reveal your and other people's identities.

    By the way, walaupun aku nak masa jadi perlahan sebab aku tak nak balik campus, aku nak fast forward to masa autumn/winter sale nanti Aku jadi gementar sebab aku tak tahu apa nak jadi. Adakah boots Versace tu akan ada balik? If so, dia akan ada ke dalam saiz aku? Adakah harga trainers Balmain tu akan turun? If so, berapa banyak dia akan turun? Yang paling penting, adakah penantian aku akan jadi berbaloi atau sia - sia saja?

    Aku dah penat menunggu. Aku rasa macam lama gila nak sampai pertengahan dan hujung bulan depan. Lepas tu, entah apa yang aku kena hadapi sebelum aku sampai situ. Kalau boleh, aku naklah beli salah satu kasut tu sebelum aku balik campus, aku boleh enjoy dulu tapi tulah, aku selalu kena lalui kesusahan dulu sebelum aku boleh dapat kesenangan. Apa pun, aku cuma harap, aku akan dapat salah satu kasut tu sebab aku nak sangat ada sepasang kasut designer.

04 October 2022

That's What Poor People Do

    Good news, trainers Balmain tu ada dekat website Neiman Marcus juga so aku ada backup kalau trainers tu dah tak ada dalam saiz aku dekat Farfetch.

    Pasal saiz trainers Balmain dan boots Versace tu, aku memang rasa saiz FR/IT 41 tu saiz aku sebab aku ada baca yang saiz FR, IT dan EU ni semua sama saja dan semua saiz ni unisex so kalau saiz aku IT 41, saiz opposite gender aku pun IT 41 lah. Aku harap aku betul lah sebab aku betul - betul tak nak kena hantar balik.

    Anyway, kan aku ada tengok satu review ni pasal trainers Balmain tu dekat YouTube dan aku rasa YouTuber tu membantu saja tapi orang pakat comment dekat video tu macam, 'buruknya kasut,' 'kasut made in China,' dan, 'membazir.' Aku seriously tak faham orang yang buat comment macam ni. Kalau tak ada benda baik nak kata, tak payah kata. Nampak sangatlah kauorang dengki. Bak kata Falynn dari the Real Housewives of Atlanta, 'that's what poor people do.' Kauorang nak kasut tu tapi kauorang tak ada duit jadi duduk diam - diam. Dah miskin, buat cara miskin. Aku bukan triggered sebab ada orang kutuk kasut yang aku nak tapi aku menyampah gila dengan orang macam ni dan ye, aku pun pernah kutuk barang orang lain juga tapi aku tak adalah bagi tahu diaorang depan - depan, aku tulis dekat blog ni.

Catatan Malam Ni

    Petang tadi, aku mop lantai ruang tamu rumah mak aku sebab semalam, aku perasan ada semut sebab ada sisa makanan atas karpet dan aku benci semut sebab bila kau kena ketik dengan semut, dia tinggal parut yang ambil masa lama gila untuk hilang. Masa aku duduk dekat rumah abang aku dulu, aku kena ketik dengan semut dan ada banyak gila parut dekat badan aku sampai aku rasa segan nak keluar walaupun aku tak tunjuk badan aku pun dan parut - parut tu ambil masa lama gila nak hilang.

    Lepas aku habis mop lantai, aku bersihkan kipas siling dekat ruang tamu tu pula sebab kipas tu dah berhabuk. Aku pun tak tahulah kenapa tiba - tiba aku jadi rajin tapi dah alang - alang tu, lebih baik aku buat sekaligus. Nak dekat dua jam jugalah aku buat semua tu. Lepas aku habis bersihkan kipas, lengan kanan aku sakit gila dan kulit jari tangan kanan aku rasa pedih tapi aku rasa bangga gila sebab ruang tamu tu rasa bersih dan kipas jadi laju gila.

    Lepas tu, aku mandi dan aku solat. Aku ada meeting pukul 9 tadi. Sambil aku tunggu nak masuk meeting tu, aku lipat kain. Tepat - tepat pukul 9, aku masuk meeting. Kan sebelum ni aku ada bagi tahu yang aku ada join satu club ni dan aku salah seorang member of the club's committee. Well, club tu masih belum official lagi dan buat masa sekarang, diaorang nak put the club on hold. Aku tak tahu nak rasa sedih ke syok sebab aku dah bayang activity - activity yang kitaorang akan buat tapi pada masa yang sama, aku memang takut benda ni akan affect CGPA aku pun.

    Tinggal kurang daripada dua minggu lagi sebelum aku kena balik campus and I feel worse as each day goes by. Aku memang tak nak balik tapi pada masa yang sama, aku dah penat dengan online classes. Plus, berat aku dah cecah 60 kg. It's time for me to get walking. The only thing that cheers me up or actually distracts me is the thought of getting the shoes. Ah, getting the shoes would be an instant mood boost. I can imagine unboxing the parcel and when I open the box, the shoes would be neatly nestling in it and I'd take them out and just marvel at them.

    Okay lah, aku dah nak tidur, aku dah mengantuk dan esok aku ada meeting pukul 9 pagi. Goodnight.

03 October 2022

Did You Know I Used to Play the Violin?

    Yes, masa aku 17 dulu, aku ambil kelas violin. Aku belajar sampai third grade saja (aku naik cepat dalam setahun sebab cikgu aku kata I'm a fast learner, lol) dan aku sebenarnya kena ambil exam ABRSM untuk naik ke grade seterusnya tapi aku tak sempat sebab lepas tu aku kena focus dekat SPM dan lepas tu aku sambung belajar tapi dulu, aku bolehlah main beberapa lagu macam Auld Lang Syne, Happy Birthday, Ode to Joy dan Somewhere over the Rainbow tapi aku paling suka lagu Joshi's Dance. Sekarang, aku pun dah lupa macam nak main. Kalau boleh, aku nak sambung belajar sampai eighth grade tapi aku tak ada masa dan duit, lol.

    Aku pun tak tahulah kenapa aku ambil kelas tu. Aku memang minat music tapi aku rasa aku ambil kelas tu sebab masa tu aku rasa macam aku tak ada bakat langsung dan aku nak discover talent aku tapi aku discover music isn't my number one passion, language is, lol. Kalau aku ada duit dan masa satu hari nanti, aku nak sambung belajar balik because I wanna finish what I started. Aku tak adalah nak main dalam orchestra ke apa, setakat main seorang diri.

    Cikgu aku sangat baik. Walaupun kitaorang tak sama kaum tapi dia layan aku sama macam dia layan students dia yang sama kaum dengan dia. Dia tak pernah buat aku rasa tersisih ke apa. Lepas tu, dia tak pernah tinggikan suara dia langsung. Dia juga banyak bagi life advices dekat aku macam minta maaf sekali saja, jangan minta maaf banyak kali. Aku rindu dia dan aku rasa bersalah aku menghilangkan diri macam tu saja. Dia ada text aku tapi entah kenapa aku tak balas. Aku harap dia dan keluarga dia sihat. Staff kedai music tu pun baik. Aku selalu lepak dan sembang dengan diaorang lepas kelas habis dan aku tunggu mak aku datang ambil aku.

    Semalam, aku saja cuba main violin aku. Violin tu dah berhabuk dan out of tune. Aku cuba tune dia balik dan berjam jugalah aku cuba tapi aku rasa tali dia kena tukar. Walaupun it was a waste of time tapi aku perasan something. Masa aku tengah cuba tune dia balik, aku baru perasan jenama violin tu Bridgecraft USA. Aku cari jenama tu dekat Internet dan aku baru tahu satu, violin aku dari US, dua, dulu aku beli violin tu RM150 tapi sekarang violin tu RM500 dan tiga, dia diperbuat dari linden. Dulu, aku ingat violin dari China sebab murah.

    Aku ingat lagi ada seorang schoolmate aku ni kata violin aku nampak murah. Hahaha, the joke's on you sebab violin tu dari US dan sekarang kau nampak bodoh. Aku tak nafikan, dia ni anak orang senang tapi bukan kaya pun tapi dia acah - acah macam dia anak jutawan. Mak dia dahlah gold digger. Macam mana aku tahu? Sebab mak dia setiausaha dekat tempat kerja ayah dia. Macam mana mak dia boleh dapat position tu? Sebab ayah dia recommend lah kot. Also, yang senang keluarga ayah dia, bukan keluarga mak dia, keluarga mak dia miskin. Aku pernah jumpa mak dia, kerek gila nak mampus. Gold digger selalu macam tu padahal tumpang harta orang, lol.

    Anyway, masa aku buat foundation course dulu, ada seorang batchmate aku ni boleh main violin. Aku mengaku, aku dengki jugalah dengan dia. Dia dahlah belajar sampai eighth grade dan dia main dalam orchestra, elok pula tu; tinggi, putih, kurus, berjambang.

    In contrast with seorang mamat aku jumpa dekat satu event ni, dia pun main violin juga tapi dia kerek gila nak mampus. Dia bukan elok pun, muka dia kepam dan nerd gila. Dia memanjang menunjuk violin masam dia tu sebab dia tak ada personality. Dia siap buat reaction video to people playing the violin macam dia professional dan dia suruh semua orang follow dia dekat Instagram. Aku pun follow lah. Guess what? Dia tak follow aku balik tapi dia follow balik orang yang dia rasa hot. Tahi sungguh. Aku unfollow terus. Tak ada pasal aku nak follow kau, you little piece of dried up turd. Kalau kau elok, tak apalah juga tapi ni kau buruk. Muka kau macam kerbau. Aku harap satu hari nanti ada orang hempuk violin tu atas kepala kau dan kau berjalanlah dengan violin atas kepala kau.

Penipuuu!1!

    Aargh! Aku rasa macam nak jadi macam Hulk! Aku rasa macam nak mengamuk! Aku rasa macam nak pukul orang!

    Tahu tak, kan dalam satu post sebelum ni, aku ada mention aku tak pasti aku patut ambil saiz FR 41 atau pun saiz FR 40 untuk trainers Balmain tu dan aku tengok review pasal trainers tu dekat YouTube, ada seorang YouTuber ni suruh ambil my usual size which is FR 41. Kebetulan pula, saiz dia pun FR 41. Aku pun dah yakinlah aku patut ambil saiz FR 41. Well, guess what?

    Trainers Balmain dia tu fake. Yes, her channel is dedicated to fake items. Everything is fake, including her eyelashes, seriously. Aku sedar bila aku tengok video dia yang lain dan dia ada beli beg Chanel. Dia beli beg tu $35 saja. Mana ada beg Chanel $35. Kalau beg tu pre-loved pun, beg tu masih beribu - ribu ye. Aku tengok balik video dia pasal trainers tu dan dia cakap dia beli dekat satu kedai ni. Aku google kedai tu, kedai tu jual barang fake. Aku benci barang fake!1!

    Mungkinlah ada orang akan kata, 'trainers tu fake tapi saiz sama saja.' Yes, I agree tapi aku jadi musykil sebab dia fake dan aku masih risau saiz dia tak sama. Aku kena pastikan saiz yang aku ambil nanti fit my feet sebab kalau trainers tu tak fit kaki aku, aku kena hantar balik trainers tu dan cost nak hantar balik tu lebih mahal daripada shipping and it's gonna take sometime. Lepas tu, aku rasa by the time aku nak reorder saiz lain, semua saiz dah habis stock sebab masa tu sale.

    Nevertheless, my instinct is telling me to go for size FR 41 for the Balmain trainers. Aku tengok review lain dekat YouTube, ada seorang YouTuber ni suruh stick to my true size. I've contacted customer service representative SSENSE for confirmation. Aku minta dia ambil measurement untuk trainers yang sama tapi warna lain.

02 October 2022

Oh, Shorty

    Semalam, aku dapat mimpi pasal Shorty. Ish, memang mengusik hatilah. Aku mimpi dia datang rumah aku dan kitaorang sama - sama guna computer aku (dia tak ada computer ke?). Sepanjang masa tu, dia asyik pandang aku like he was madly in love with me so bila aku bangun, aku rasa sedih because I know he doesn't love me. Kalau dia sayang aku, dia mesti dah cari aku balik tapi sampai sekarang, I haven't heard anything from him, only radio silence. I wish he had feelings for me like I do for him and I wish we were together because I just wanna be with him but he doesn't want my love. Aku ada rasa macam sebenarnya, dia ada perasaan dekat aku but it's not strong enough to compel him to come back to me.

    Aku berangan yang aku akan terserempak dengan dia bila aku balik campus nanti sebab macam aku ada mention dalam satu post sebelum ni, dia tinggal dekat dengan campus aku dan dia sendiri pernah bagi tahu aku dia selalu pergi satu shopping centre ni dekat situ. Aku nak tengok macam mana dia nak react bila dia tengok aku in person because I look better in person than I look in camera and I admit, I'm not the most photogenic person. Adakah dia akan jatuh cinta dengan aku atau dia akan mengelak aku? Aku pun tak tahulah.

A Sleepy Ramble

    Hari ni, aku buat pesto pasta with avocado. Aku ikut recipe dekat the Spruce Eats. Aku dah ikut banyak recipe dekat situ and so far, everything's turned out good. Pesto, aku order pine nuts dekat Shopee dan aku beli basil, parmesan cheese dan olive oil dekat Tesco (I know, sekarang Lotus *roll eyes* tapi aku dah biasa panggil Tesco) lepas tu aku blend semua dalam blender dengan garam. Pasta, aku beli jenis spiral atau dalam Italian, rotini dan aku masak pasta tu sampai lembut dengan air garam. Avocado, aku beli dekat Tesco juga dan aku dice avocado tu lepas tu aku gaul avocado tu dengan pasta dan pesto tu. Aku tambah mozarella cheese sebab mak aku terbeli cheese tu.

    Review aku, it's okay, it's edible tapi aku tahu, kalau aku bawa pasta ni pergi potluck, tak ramai orang akan ambil pasta ni dan pasta ni takkan habis because it's not the tastiest food. It tastes like herbs and it doesn't have any meat. Kalau ada siapa - siapa nak buat pasta ni, aku suggest, tambah button mushrooms dan cherry tomatoes. The saving grace is the cheese. It's not worth it because it takes a considerable amount of time, money and energy but I will say though, making your own pesto is worth it. It tastes fresher than shop-bought pesto and the colour's more vibrant too than its shop-bought counterpart. Overall, mungkin aku takkan buat pasta ni lagi, hahaha.

    Anyway, tinggal dua minggu lagi sebelum aku kena balik campus. Dah alang - alang aku pergi Tesco petang tadi, mak aku suruh aku beli barang keperluan sekali. Aku pun belilah baju tidur, sabun mandi, ubat gigi, mouthwash, wardrobe freshener, Thirsty Hippo, tissue, lotion dan plaster because I always hurt myself because I'm clumsy. Aku tak rasa lagi panic sebab nak balik campus tapi aku dah rasa panic sebab tinggal dua minggu lagi. I've got so many things to do like tidying up my computer but I don't think I'd be able to get it all done in time so I'd just have to go along.

    It's not ideal and I wish the time would stop so I could sort everything out before I leave but I'm used to it because my life's always been like this. I've never been prepared for anything. I always feel like I'm not ready. It doesn't mean I'm okay with it though. It sucks but there's nothing I can do about it. Aku ingat lagi, masa aku nak pergi buat foundation course dulu, I felt like a total mess. I didn't wanna go but I had no choice. On the outside, I seemed fine but on the inside, I just wanted to cry and scream. Mungkin sebab aku ada OCD juga kot so it deeply troubles me.

    To be completely honest, aku tak nak balik. Aku rasa berat hati nak tinggal keluarga aku, especially mak aku. Aku risau pasal dia. I'm scared something bad would happen to her while I'm not here. Kalau aku boleh bawa dia sekali, aku memang dah buat macam tu but I'm not priviliged enough to do so. Aku bukan kaya, aku tak ada rumah dekat sana. Kalau aku kaya, kalau aku ada rumah dekat sana, aku takkan duduk dalam campus, aku akan ulang - alik dari rumah.

    Anyway, aku baru sedar yang tinggal sebulan leibh saja lagi sebelum autumn/winter sale mula sebab aku rasa sale tu akan mula pertengahan atau hujung November nanti. Kan dalam post sebelum ni aku ada mention yang aku tak tahu nak pilih boots Versace tu ke trainers Balmain tu. Well, I've decided, whichever shoes come first, I'll buy those shoes. I'll be sad about not buying the other pair of shoes and I wish I could buy both pairs of shoes but I've got to save money for braces, emergency and internship.

    Okay lah, aku dah mengantuk dan aku dah nak tidur. Goodnight.

01 October 2022

Tak Payah Buat Kerek Dengan Aku

    Dalam post sebelum ni, aku ada mention yang sesetengah classmates aku pandang rendah dekat aku sebab aku datang dari negeri yang mundur dan miskin dan aku bukan buat cerita sebab aku insecure ke apa, diaorang memang pernah buat tanya aku pasal kewangan keluarga aku dalam nada yang sinis. Well, malam ni, aku nak elaborate sikit pasal tu.

    Macam aku kata dalam post sebelum ni, kebanyakan classmates aku bukan anak - anak orang kaya pun, biasa saja, ada beberapa orang saja yang betul - betul anak - anak orang kaya tapi diaorang kerek gila macam diaorang anak - anak jutawan.

    First of all, Joe. Awal - awal aku belajar dekat sini, aku okay dengan dia sebab aku ingat dia lawak tapi lama - lama, aku jadi menyampah dengan dia sebab dah beberapa kali dia tanya pasal kewangan keluarga aku dan aku mula rasa macam dia pandang rendah dekat aku.

    For your information, kedua - dua mak bapa dia cikgu. Mak aku bagi tahu aku, gaji cikgu lebih kurang RM4,000, tak campur dengan allowance - allowance lain lagi dan mak aku tahu sebab mak aku pun dulu cikgu. So, of course lah kau senang sebab household income kau lebih kurang RM8,000 but let me tell you something, you're not special sebab ramai orang, kedua - kedua mak bapa diaorang pun cikgu.

    Dia pernah buat tanya aku, 'kenapa kau dapat full loan PTPTN?' Aku katalah, 'aku pun tak pasti.' Lepas tu, dia balas, 'mesti sebab kau B40.' Excuse me? Macam mana kau tahu aku B40? Sebab aku dapat full loan PTPTN? M40 pun dapat full loan PTPTN lah. Lepas tu, kenapa terus assume aku B40? Kenapa tak assume aku M40? Sebab aku datang dari negeri yang mundur dan miskin? Sedap hati kau saja assume aku B40.

    Ada satu hari tu pula, dia buat tanya aku lagi pasal cost braces aku pula sebab dia nampak aku pakai braces. Aku pun bagi tahulah, 'total RM4,500.' Lepas tu, dia balas, 'murahnya. Yang aku tahu selalunya braces RM10,000.' RM4,500 tu murah? Oh, betul lah, kau tak pernah bekerja so kau mana tahu nilai duit. Lepas tu, kalau murah, kenapa kau tak pakai braces? Aku balas balik, 'well, tu tak campur dengan microabrasion, teeth whitening dan veneers lagi. Total lebih kurang RM7,000 jugalah.' Dia cuma kata, 'oh.' Dah tak tahu nak kata apalah tu.

    Second of all, Lalat. Dia ni bukan anak orang kaya pun tapi sebab semua abang - abang dan kakak - kakak dia dah bekerja (dia ada ramai adik - beradik), dia jadi senanglah. Dia ni lah yang aku cerita post receipt dia order album satu K-pop band ni dekat WhatsApp status dengan caption, 'aduh, habis RM250.'

    Dari awal lagi, aku dah tak berkenan dengan dia sebab banyak benda. Ada satu hari tu, aku dan beberapa orang classmates aku sembang pasal duit BPN dalam group. Lepas tu, dia buat tanya kitaorang, 'kenapa kauorang gelabah sangat?' Kau tak pernah bekerja, kau tak tahulah nilai duit. Aku katalah, 'duit tu hak kita so kita kenalah claim.' Dia balas, 'er, okay.' Aku nak tengok kau nak react macam mana bila kau kena bekerja nanti dan keluarga kau dah tak support kau dan kalau kau meroyan dekat social media, aku akan balas, 'er, okay.'

    Third of all, Flo. Dia ni anak orang susah dan aku sebenarnya kesian dekat dia tapi sejak dia buat kerejk dengan aku, aku jadi payah nak rasa kesian dekat dia. Dia ni pun suka menunjuk dekat WhatsApp status macam dia anak orang kaya padahal dia anak orang susah dan aku tahu sebab dia datang dari satu tempat ni dan aku tahu tempat tu.

    Awal - awal, aku okay dengan dia tapi lama - lama, dia jadi annoying. Aku pernah bekerja dengan dia beberapa kali dan biasalah, tak semua kita tahu so aku pun tanyalah dalam group. Cara dia balas pertanyaan aku annoying gila, 'kau tak tahu? Macam mana kau tak tahu? Semua orang tahu.' Kalau kau tahu, jawablah tapi tak bagi jawapan pun, setakat perendah aku.

    Aku perasan dia jadi macam tu sejak dia berkawan dengan seorang classmate kitaorang ni, Hamzah dan classmate kitaorang tu anak orang kaya. Aku mengaku, Hamzah tu anak orang kaya. Tak salah aku, mak dia surgeon dan kakak dia GP tapi aku menyampah dengan dia sebab dia suka menunjuk in a subtle way macam dia pernah post gambar ayah dia dekat London dekat WhatsApp status dengan caption, 'miss you.' Nampak sangatlah nak tunjuk yang ayah dia dekat London. 

    Dia adalah post benda lain lagi macam mak dia kenal menteri tapi aku malas nak cerita. Lepas tu, dia pernah tanya dalam group dan aku pun jawablah dan aku boleh rasa dia tak yakin dengan jawapan aku sebab akukan datang dari negeri yang mundur dan miskin.

    Anyway, berbalik kepada Flo. Aku rasa bila dia berkawan Hamzah, dia pun rasa macam dia kena pernaik diri dia in order to be on the same level as him. Bagi akulah, kalau kau dah miskin dan kau rendah diri, orang lagi hormat kau daripada kau acah - acah kaya.

    Adalah classmates aku yang lain lagi yang suka menunjuk, post gambar dia dekat London dekat WhatsApp status padahal bukan anak orang kaya pun, biasa saja, macam aku katalah, kalau kedua - dua mak bapa kau cikgu, of course lah kau senang. Lepas tu, pandang rendah dekat aku. Well, pandanglah rendah dekat aku pun, I'm still prettier than you all so I win. Lepas tu, aku nak tengok kauorang nak pandang rendah ke tak lagi dekat aku bila kauorang jumpa aku nanti.

    Kalau kauorang buat kerek dengan aku tapi kauorang anak - anak orang kaya, aku fahamlah juga tapi ni tak ada substance. Lawaklah sebab aku pernah jumpa orang yang betul - betul anak - anak orang kaya tapi diaorang cool saja, tak gelabah macam kauorang, kauorang nampak peghak sangat.

    Also, aku tak dengki langsung dengan kauorang sebab kauorang tak ada apa yang aku nak. Kalau kauorang ada boots Versace dan trainers Balmain tu which I doubt you guys ever will own those shoes, aku dengkilah sebab aku nak kasut - kasut tu.