30 December 2021

Azam 2022

    Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk tahun 2022. Sejujurnya, aku tak rasa teruja pun nak masuk tahun baru dan pada masa yang sama, aku tak rasa sedih pun tahun 2021 dah nak berakhir. Mungkinlah orang lain rasa teruja dan sedih tapi tahun ni, aku ada banyak memori buruk. Aku ada jugalah memori baik macam masa aku duduk dekat KL dari hujung tahun lepas sampai awal tahun ni tapi sejak aku balik sini, aku rasa macam hidup aku jadi teruk balik. Sebelum tu, aku rasa macam hidup aku jadi makin baik. Lepas tu, satu - satunya benda yang aku teruja adalah inshallah, aku akan buang braces dan tahi lalat aku tahun depan, aku akan beli kasut Versace tu dan aku tinggal satu tahun setengah lagi dekat sini.

    Anyway, azam 2022 aku adalah aku harap aku akan beli barang half-price saja, aku akan cuba limit beli satu barang (kehendak ya, bukan keperluan) setahun sekali saja lepas tu aku akan simpan duit. Obviously, tahun ni, aku dah over-reward diri aku. Aku beli beberapa pasang kasut, seluar, baju dan jaket. Full-price pula tu. Aku rasa kalau aku tunggu sampai sale, aku boleh jimat beribu jugalah. Aku rasa keseluruhan lebih daripada RM5000 jugalah. Honestly, aku ada juga menyesal sebab ada setengah barang yang aku beli tu, aku tak berapa minat pun tapi aku beli juga sebab aku terlalu ikut perasaan aku dan dengan duit tu, aku boleh beli kasut Versace tu. Ya, aku akan cakap pasal kasut Versace tu sampai aku dapat, hahaha!

    Jadi, aku plan, tahun depan, reward untuk aku ialah kasut Versace tu dan aku takkan beli full-price sebab kalau aku tunggu sampai dia jadi half-price, jimat RM2500 lebih kot. Aku cuba untuk jadi redha kalau aku tak dapat, mungkin bukan rezeki aku, mungkin Allah nak aku simpan duit aku. Aku dah tengok kasut lain, nak tengok kalau ada kasut lain yang lebih elok sebab banyak kot duit nak kena keluar jadi aku kena betul - betul pasti yang ni aku nak tapi aku rasa kasut nilah yang terbaik, dia tak biasa sangat dan dia tak pelik sangat. Ada kasut designer, biasa sangat atau pelik sangat. Lepas tu, harga dia pun aku boleh hadam lagi. Ada setengah tu, sampai tak letak harga, kena contact representative baru tahu kot.

    Lagi satu, aku rasa Versace ni memang kena dengan jiwa aku sebab aku suka all things Greek. Ada setengah orang rasa macam dia serabut tapi aku rasa dia tak adalah serabut sangat pun. Aku tak suka maximalism dan aku bukan seorang maximalist, aku seorang minimalist tapi aku tak suka extreme minimalism. Bagi aku, kena ada warna sikit supaya tak nampak dull sangat. Aku ada juga plan nak kumpul satu barang Versace setahun sekali tapi mungkin kalau aku dah kaya kot sebab tahun 2023, aku plan nak beli iPhone 15 pula. Ya, iPhone 14 pun tak keluar lagi, aku dah berangan nak beli iPhone 15, hahaha!

    Anyway, semua ni perancangan semata - mata. Kalau Allah tak bagi jadi, tak jadi juga. Aku pun tak tahulah apa nak jadi tahun ni tapi aku harap keadaan akan bertambah lebih baik. Honestly, aku memang dah penat gila nak mampus duduk dekat sini. Ada hari, aku rasa macam nak jadi gila atau nak mati tapi Allah bagi kekuatan dekat aku untuk teruskan hidup aku. Kalau ikutkan hati, aku nak putus asa saja. Aku sampai rindu masa aku tak ada kerja dulu, tidur lewat malam, tengok American Gods dan Penny Dreadful: City of Angels tapi tulah, sampai bila aku nak hidup macam tu kan? Duduk bergantung dekat orang lain?

    Satu - satunya benda yang buat aku bersemangat nak "bekerja" ialah kasut Versace tu. Orang mungkin fikir, dahlah tak ada banyak duit, ada hati nak beli barang designer pula, simpanlah duit tu dan belanja dekat benda lain yang lebih bermanfaat. Aku setuju. In fact, aku pandang serong dekat orang yang tak pandai belanja tapi aku payah nak terangkan. Kasut ni sebenarnya simbolik bagi aku. Ya, aku macam buat alasan nak keluar banyak duit dekat sepasang kasut tapi ni lah kebenarannya. Dulu aku miskin gila nak mampus, tak pernah terfikir nak beli barang designer lepas tu orang pandang rendah dekat aku tapi sekarang barulah boleh capai.

    Aku tak kata mampu sebab barang designer masih luar kemampuan aku tapi sekurang - kurangnya bila aku ada kasut ni, aku rasa bersemangat nak perbaiki hidup aku, bukan tengok orang lain saja pakai barang designer. Macam aku cakaplah, mungkin aku takkan pakai kasut tu pun, bukan sebab sayang saja tapi kasut tu untuk ingatkan aku pasal masa silam aku, macam trophy. Aku rasa kalau aku dapat kasut tu, aku akan jadi emotional. Aku tahu, aku macam buat teruk gila tapi orang tak pernah lalui apa yang aku lalui jadi orang takkan faham. Aku bukanlah nak kata kasut tu segala - galanya, benda saja tapi dia ada maksud dekat aku yang aku saja faham.

Melancholy

    Kalau tak tahu maksud perkataan ni, nampak macam sesuatu yang menggambarkan kegembiraankan? Ke aku seorang saja yang fikir macam tu? Anyway, dia bermaksud, 'a feeling of being very sad that lasts for a long time and often cannot be explained.' Tak ada apa yang gembira langsung dan macam tulah apa yang aku rasa disebalik senyuman dan gelak ketawa aku. Kalau aku bagi tahu orang, orang selalu akan kata dekat aku, 'apa yang kau nak sedih? Kau ada macam - macam kot.' Ya, aku mengaku dan aku tak nafikan yang aku ada banyak benda berbanding dulu dan aku bukan tak bersyukur, aku bersyukur tapi benda tak boleh bawa kebahagiaan. Mungkin kejap saja tapi bukan selama - lamanya.

    Aku rasa aku sedih sebab aku tak ada orang yang aku betul - betul boleh luahkan perasaan aku, yang sehati dengan aku jadi aku rasa sunyi dan aku tak malu nak mengaku. Yang buat aku lagi sedih, aku ada banyak pakaian dan kasut tapi aku tak pakai pun sebab aku tak ada siapa nak keluar sekali. Orang mungkin fikir aku yang bermasalah sebab aku tak ada ramai kawan lepas tu aku asyik buang orang dari hidup aku dan aku tak nafikan yang aku pun buat silap juga, aku pun seorang manusia juga tapi kalau orang tu dah toxic gila nak mampus, layan aku macam sampah, takkan aku nak simpan kot? Aku lebih sanggup bersendirian daripada dikelilingi dengan orang yang buat aku rasa sunyi.

    Masa aku dekat sekolah dulu, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, aku tak ada ramai kawan. Nak burukkan keadaan, aku kena buli, bukan dengan schoolmates saja tapi dengan cikgu - cikgu juga. Bila kau jadi mangsa buli, ramai orang tak nak berkawan dengan kau sebab diaorang takut diaorang pun kena buli. Yang sudi berkawan dengan aku beberapa orang saja dan aku masih ingat diaorang sampai sekarang walaupun kitaorang dah tak berhubung. Bayangkan, 11 tahun aku hidup macam tu. Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh lalui semua tu, aku percaya Allah berikan aku kekuatan dan aku selalu berpegang pada harapan yang keadaan akan bertambah baik.

    Bila aku masuk universiti, aku jadi tak percaya dengan orang. Aku nak berkawan dengan orang dan orang nak berkawan dengan aku tapi aku payah nak percaya diaorang, aku rasa macam semua orang nak perguna aku, tak ada siapa pun yang ikhlas nak berkawan dengan aku. Sebab tulah, aku menjauhkan diri daripada K dan aku rasa dia antara manusia yang ikhlas nak berkawan dengan aku walaupun aku tak tahu apa yang dia nampak dalam diri aku. Aku menyesal sampai hari ni sebab aku terlalu ikut perasaan aku. Kalau aku tak menjauhkan diri daripada dia, mungkin aku dan dia masih berkawan sampai sekarang.

    Percayalah, kalau orang buat baik dengan aku, aku balas dua kali ganda kebaikan dia. Aku memang macam tu dan aku tak pernah ada hasad dengki, niat jahat dengan orang. Bila orang berkawan dengan aku, aku layan dia macam keluarga aku sendiri. Aku bukan nak kata hati aku bersih, tak kotor langsung, aku pun buat banyak dosa juga tapi mak aku memang besarkan aku macam tu dan Allah saja yang tahu isi hati aku. Aku pun tak pastilah kenapa aku macam attract orang yang berhati busuk ni, mungkin sebab diaorang boleh bau sesuatu dekat aku dan Allah nak latih aku untuk jadi berdikari. Mungkin aku takkan jumpa kawan dekat sini tapi aku harap, satu hari nanti, aku akan jumpa juga, sekurang - kurangnya seorang.

28 December 2021

Loser

    Aku tak tahu kenapa tapi tiba - tiba, aku teringat seorang perempuan ni dan dia ni antara the biggest losers yang aku pernah jumpa sepanjang hidup aku. Aku jumpa dia masa aku dekat sekolah menengah. Aku masuk lewat tiga bulan, sebelum tu aku belajar dekat sekolah lain lepas tu aku baru dapat tawaran ke sekolah ni. Jadi, aku tak ada buku teks sebab aku baru masuk dan aku kena kongsi dengan dia. Aku boleh rasa dia tak nak kongsi dengan aku sebab dia asyik buat bunyi, 'ish,' dan aku tak tahu apa masalah dia dengan aku sebab aku tak buat apa pun.

    Dia tak ada kawan pun tapi dia asyik ikut dua orang perempuan ni. Diaorang ni, popular jugalah antara pelajar asrama. Oh ya, sekolah aku ni sekolah harian tapi ada asrama untuk siapa yang datang dari jauh dan perempuan ni duduk dekat asrama juga. Dia selalu mengadu dekat diaorang yang aku hina dia padahal aku tak buat apa pun tapi diaorang tak berapa layan dia sangat pun sebab dia kan loser, hahaha. Masa kitaorang tingkatan tiga, dia pernah nak bergaduh dengan aku pasal Greek mythology. Alahai, yang tu pun nak bergaduh ke? Konon - kononnya dia tahu lebih banyak daripada aku, nak tunjuk dia lebih pandai daripada aku padahal pelajaran ke laut.

    Ada satu hari tu, entah kenapa dia tidur dekat meja aku dan aku gerak dia sebab aku nak duduk. Masa dia bangun, dia terus tengking aku, 'KAU KACAU AKU PASAL APA???!!! AKU TENGAH TIDUR NI!!! AKU LEMPANG KAU, KAU BARU TAHU!!!' Aku rasa dia ambil peluang tu nak tengking aku sebab dia tak ada sebab nak bergaduh dengan aku dan aku rasa satu kelas dengar tapi tak ada siapa kisah pun sebab dia kan loser, hahaha. Oh ya, dia juga pernah gebang dekat aku ayah dia ada kilang (kilang anak lah kot, hahaha!), kakak dia doktor dan kakak dia juga pembantu hakim. Aku pernah tanya abang aku yang ambil undang - undang dan dia kata mana ada pembantu hakim, hahaha!

    Yang lawaknya, dia pernah minta RM10 dekat aku, konon - kononnya dia tak ada duit nak naik bas balik kampung. Hmm, kau kata kau anak orang kaya tapi RM10 pun tak ada? Lepas tu, kalau kau kaya, kenapa keluarga kau tak datang ambil kau? Aku cerita dekat mak aku dan mak aku rasa musykil. Kawan mak aku terdengar dan dia bagi RM10 dekat aku dan dia suruh aku bagi dekat schoolmate aku tu. Aku bagi dekat dia dan dia tak ucap terima kasih pun wei dan aku syak dia guna duit tu dekat cybercafe. Nasib baiklah mak aku tak bagi duit dekat dia.

    Aku pernahlah nampak keluarga dia masa hari nak ambil kad laporan. Ya, dia angkut satu keluarga dia dan aku tak tahu kenapa, bawa mak bapa dah cukup kot tapi diaorang tak nampak kaya pun, nampak susah lagi adalah. Masa kitaorang tingkatan empat pula, kitaorang masuk kelas lain - lain dan tiba - tiba dia jadi "baik" dengan aku. Setiap kali aku lalu dekat kelas dia, dia akan buat mesra dengan aku dan aku rasa dia buat macam tu sebab dia tak ada kawan. Ada satu hari tu, aku baru perasan aku dah lama tak nampak dan aku tanya classmate dia dan classmate dia cerita dekat aku, dia dah kena buang sekolah sebab ada orang tangkap dia curi duit orang.

    Masa classmate dia cerita dekat aku, aku rasa macam nak bersorak, gelak, menjerit, melompat, tepuk tangan sebab aku rasa puas gila, hahaha! Balasan untuk kau sebab buat dekat aku, syaitan! Tapi aku buat terkejut sajalah, nanti nampak macam aku pula yang jahat. Ada satu hari tu, aku pergi cybercafe dengan Yaya and the gang dan cuba teka kitaorang jumpa siapa? Kitaorang jumpa dia! Kitaorang tegur dia tapi dia buat tak kenal kitaorang. Malulah tuuu, hahaha! Aku rasa, kau buat macam tu, kau buat keadaan lagi teruk.

    Tu kali terakhir aku jumpa dia. Aku tak tahu apa yang jadi dekat dia lepas tu tapi aku harap, dia terus jadi loser sebab tu sajalah yang dia mampu, hahaha! Aku tak suka kata padan muka dekat orang tapi tulah, buat dekat orang yang tak bersalah lagi! Entah - entah, sampai sekarang masih pergi cybercafe yang busuk tu. Kau layak duduk dekat situ saja. Mereputlah kau dekat situ. Bukan ayah kau ada kilang ke? Bukan kakak kau doktor dan pembantu hakim ke? Hahaha! Padan muka kau!

25 December 2021

Sentap Ke, Kak?

    Hahaha. Ada seorang perempuan ni, aku pernah cerita pasal dia sebelum ni. Awal - awal, aku rasa kesian dekat dia sebab rupa dia tapi lama - lama, aku makin meluat dengan dia. Patutlah aku dapat vibes yang tak menyenangkan pasal dia. Kan hari tu aku ada tulis pasal dia post pasal banjir lepas tu dia post gambar dan video dia berseronok dengan "kawan - kawan" dia dekat shopping centre. Ada hari tu, aku nampak dia repost satu post ni. Post tu kata, jangan judge orang. Hari ni, aku tengok dia repost post yang sama. Hahaha. Dah gila ke, kak? Lepas tu, dia repost lagi post yang lain tapi mesej yang sama dan dia siap tambah, 'hadam.' Aku tak perlu hadam, kau yang perlu hadam dan kau perlu tengok cermin. Kalau benda tu tak kena dekat batang gigi, eh, batang hidung kau, kenapa kau nak sentap sangat? Nampak sangatlah kena dekat batang hidung kau, kan? Kelakarlah tengok orang meroyan tapi nak buat macam dia chill saja. Tulah, orang post pasal banjir, kau pun sibuk nak post juga, nak ikut trend dan sebab kau ikut trend lah, kau post post yang tak sensitive sebab kau tak kisah pun.

24 December 2021

Sekadar Berangan atau Bakal Menjadi Realiti?

    Walaupun aku memang tak ada hati nak pakai barang designer, aku OK saja pakai jenama macam Zara, Pull&Bear, Mango, H&M, River Island dan Topshop tapi aku nak tahu, barang designer ni bagus sangat ke sampai harga beribu - ribu? Ada orang pernah kata, barang dia biasa saja tapi jadi mahal sebab jenama tu dan aku setuju tapi orang yang kata tu tak credible. Pendek kata, kepala tahu. Aku tak rasa dia pernah ada atau tengok pun barang designer, dia cuma ulang balik apa yang orang lain kata.

    Pertengahan tahun lepas, aku jumpa satu website ni, SSENSE (bukan sebut sesense ya tapi essence dan ni bukan sponsored post ya, tak ada pasal diaorang nak sponsor aku). Website ni jual barang berjenama yang dijamin authentic oleh aku sendiri sebab aku pernah beli Dr Martens dekat diaorang dan masa sale, harga dia turun, orang kata, kaw-kaw. Kalau barang designer tu tak adalah jadi beratus, masih beribu tapi sekurang - kurangnya mampu miliklah.

    Aku memang dah nak beli oversized hoodie Vetements hari tu tapi aku tak jadi beli sebab aku fikir, kalau aku nak belanja beribu - ribu dekat sesuatu, baik aku beli sesuatu yang aku betul - betul suka: kasut dan aku suka boots sebab aku rasa lebih yakin bila aku pakai boots. Aku ada tengok barang Alexander Wang (tak ada yang aku minat), Alexander McQueen (terlalu mahal untuk aku) dan Versace saja yang aku ada minat. Ya, aku tahu, aku dah ada banyak kasut tapi macam aku cakap, aku nak ada sekurang - kurang satu barang designer.

    Ah, my ultimate dream boots. Macam Dr Martens Jadon in patent leather tapi kepala Medusa (logo Versace) tu yang buat aku tertarik. Aku tahu tak ramai orang suka patent leather sebab nampak murah tapi aku suka sebab aku suka benda yang glossy dan bagus jugalah ramai orang tak suka apa yang aku (tapi mak aku kata aku ada sense of style yang bagus) sebab tak ramai orang nak beli jadi aku harap masa sale nanti, masih ada saiz aku. Sekarang harga dia RM5,600 (ya, tak mampulah) tapi kalau sale nanti, patutnya dia jadi RM2,800 (masih mahal tapi mampu milik).

    Aku tak berapa minat jahitan tiga segi tu sebab aku tak tahu apa fungsi dia dan lepas tu, aku tak suka button dekat tepi kasut tu (kepala Medusa tu boleh letak dekat tepi atau belakang kasut tu) dan aku lebih suka kalau tapak dia lebih tinggi. Buat masa sekarang, saiz aku ada lagi jadi aku nak kena simpan duit (sale dia mula hujung June tahun depan) tapi aku takkan beli selagi harga tak turun sebab mahal sangat (aku taklah sekaya sepupu aku yang boleh beli beg Dior dan kasut Manolo) tapi aku harap sangat bila harga turun nanti, saiz aku ada lagi. Kalau aku jadi beli, ni barang designer pertama aku.

    Aku tak berharap sangat sebab aku masih tak percaya yang aku boleh ada barang designer jadi kalau aku tak dapat beli pun, aku OK saja sebab aku tak adalah gila barang designer. Tapi kalau aku dapat beli kasut ni, sekurang - kurangnya aku tak cakap kosong bila cakap pasal barang designer. Ada setengah orang, sebut designer ni, sebut designer tu tapi habuk pun tak ada. Tak salah nak cakap tapi kalau tak mampu tapi acah - acah macam mampu, pathetic gila.

Jiran Macam Tahi

    Lebih daripada sedekad lepas, kitaorang pindah ke satu pekan ni, 30 minit dari ibu negeri negeri aku. Sebenarnya, mak aku dah lama beli rumah ni tapi mak aku sewakan dekat orang dan kitaorang duduk dekat rumah mak cik kitaorang sebelum kitaorang pindah sini. Sejak kitaorang pindah sini, aku ada banyak memori buruk, bukan sebab tempat ni tapi sebab orang dekat sini (selain daripada jiran aku, nantilah aku cerita kalau aku ada mood) dan sebab tu aku dah lama nak keluar dari tempat ni.

    Tempat ni sebenarnya cantiklah juga sebab dia macam dalam lembah dan dari rumah aku, boleh nampak bukit. Lepas tu, sebab ni kawasan luar bandar jadi malam - malam boleh nampak bintang jelas juga dan beberapa hari lepas, aku nampak tahi bintang setelah nak dekat sepuluh tahun kali terakhir aku nampak masa aku buat asasi dulu. Tempat ni juga, malam - malam, sunyi jadi aku suka keluar, berjalan dalam halaman rumah aku dan lagi bagus kalau ada orang teman aku. Kalau taman aku ni happening, masa malam raya orang pakat keluar main bunga api kan best.

    Anyway, antara orang yang buat aku benci tempat ni ialah jiran aku. Sebelum aku cerita pasal jiran aku, aku nak cerita sikit pasal taman aku ni. Taman aku ni, ada dua fasa, satu fasa perumahan kos rendah dan satu lagi fasa perumahan kos pertengahan. Rumah aku dalam fasa perumahan kos pertengahan tapi rumah - rumah jiran aku dalam fasa perumahan kos rendah jadi mak aku rasa macam diaorang dengki dengan kitaorang sebab tu diaorang buat tahi dekat kitaorang.

    Aku nak cerita pasal lima jiran aku sebab lima jiran ni saja yang bermasalah, yang lain tak ada apa sangat. So, jiran yang pertama, miskin tapi berlagak macam diaorang kaya. Kitaorang tahu diaorang tak ada duit sebab dah beberapa kali diaorang kena saman sebab tak bayar bil eletrik dan bil air sampai kena potong tapi berlagak mengalahkan orang kaya. Kalau terserempak dengan kitaorang, tak senyum langsung, jeling lagi adalah. Lepas tu, suka letak kereta depan rumah kitaorang. Dahlah cara berpakaian macam rempit lepas tu setiap malam keluar minum arak sebab bila balik, pakat mabuk.

    Jiran kedua, masa awal - awal kitaorang pindah sini, macam OK tapi sejak anak dia jadi doktor, berlagak gila nak mampus. Yang mak bapa dia tak berlagak sangat tapi anak dia tu, aku meluat gila. Abang aku pernah bergaduh dengan dia sebab dia letak kereta depan rumah aku. Bukan nak minta maaf, buat macam kitaorang yang buat salah dengan dia pula. Lepas tu, aku yang tak ada kena - mengena pun dia nak cari gaduh, nak langgar kereta aku masa aku nak keluar. Aku harap kau terbabas satu hari nanti, nak bawa laju sangatkan.

    Jiran ketiga, geng serban tujuh tingkat dan tudung labuh tapi adab tak ada langsung. Isteri dia OK tapi dia dan anak - anak dia perangai macam haram. Kucing diaorang pernah mati dekat rumah kitaorang lepas tu bila mak aku panggil anak dia suruh datang ambil, anak dia kata apa? Anak dia kata, 'jadi, nak saya buat apa?' Lepas tu, dia belah. Biadab tak? Ada satu hari tu pula, dia datang nak bagi kad jemputan kahwin anak dia dan bila aku nak ambil, dia kata dia tak nak cakap dengan aku, dia nak cakap dengan mak aku. Masalahnya, mak aku tengah tidurlah, syaitan. Patutnya aku masuk rumah lepas tu buat bodoh, biar dia tercegat seorang diri. Nasib baik aku baik, kan babi?

    Jiran keempat, satu keluarga obes tapi perasan diaorang jutawan. Hahaha. Kalau jutawan, kenapa rumah macam sangkar burung? Lepas tu, kalau dah kaya sangat, kenapa duduk dekat sini? Kenapa tak pindah duduk dekat SoHo dekat KL yang satu apartment sejuta tu? Also, kalu dah ada banyak duit, kenapa tak upah dietician dan trainer? Kenapa masih obes? Hahaha, nampak sangatlah berangan saja tapi berlagak gila nak mampus. Isteri dan anak dia OK saja tapi dia yang ada attitude, selalu hempuk pintu yang menghadap rumah kitaorang.

    Jiran kelima, geng serban tujuh tingkat dan tudung labuh juga tapi tak sealim jiran ketiga. Rumah taman tapi nampak macam rumah setinggan sebab ubahsuai jadi rapat sampai ke pagar. Awal - awal, aku tak kisah sangat pasal jiran sampailah ada satu malam tu, masa aku tengah bagi makan dekat kucing - kucing diaorang sebab diaorang tak bagi makan sampai nak mati, aku dengar anak dia mengomel pasal aku. Hey, patutnya kauorang bersyukur ada orang bagi makanan dekat kucing kauorang tapi nak mengomel pula, dasar tak bersyukur.

    Sekarang ni, kitaorang dalam proses nak jual rumah ni. Aku tak tahulah ada orang nak beli ke tak sebab ni taman lama tapi ruang laman rumah aku luas kot, boleh berjogging keliling rumah. Kalau kitaorang pindah, memang takkan jumpah dahlah rumah seluas ni tapi kitaorang dah bersedia nak compromise sebab kitaorang memang dah lama nak pindah keluar dari tempat ni. Orang sini terlalu kolot untuk kitaorang, kitaorang tak boleh membangun dekat sini, aku bersiap sikit pun pakat pandang aku macam aku alien.

    Lagi pun, aku duduk sini, aku tak ada motivasi langsung. Masa aku duduk dekat KL dulu, aku jadi bersemangat sebab aku tengok kereta dan rumah besar dan aku harap aku pun satu hari nanti boleh ada semua tu juga. Bila aku balik sini, kehidupan sini terlalu perlahan untuk aku. Sepuluh tahun kemudian, belum tentu akan ada bangunan baru. Dekat KL dulu, setiap hari nampak ada pembangunan. Also, kalau aku jadi beli boots Versace tu nanti, aku rasa tak sesuai nak pakai dekat sini, hahaha!

Keluar Mulut Harimau, Masuk Mulut Buaya

    Masa aku belajar dulu, seorang lecturer aku berhenti kerja setelah berminggu - minggu dia cancel kelas. Dia ni, dahlah ajar pun tak faham lepas tu puaka pula, sepanjang kitaorang belajar dengan dia, kena tadah telinga dengar dia maki - hamun kitaorang. Jadi, bila dia berhenti kerja, aku dan classmates aku syoklah sebab kitaorang ingat kitaorang akhirnya akan dapat lecturer yang lebih baik tapi sedihnya, sangkaan kitaorang salah.

    Kitaorang dapat seorang lecturer ni. Dari luar, dia tak nampak luar biasa, nampak macam mak cik jual kuih tepi jalan dan dia cakap dengan nada uplifting sambil senyum tapi lama - lama, kitaorang makin sedar dia pun puaka juga. Kau bayangkan, kitaorang dah miss kelas berminggu - minggu dan dia tak cover pun bab - bab yang tertinggal, dia terus bagi assignment dekat kitaorang. Kitaorang pun buatlah walaupun sampai nak pecah kepala sebab payah.

    Lepas tu, kitaorang sepatutnya ada group work, dia tukar jadi individual work. 14 muka surat wei kena buat seorang diri dalam masa seminggu. Dia buat macam kitaorang tak ada assignment lain dan macam kitaorang tak ada life. Dahlah ajar pun tak faham lepas tu suka membebel. Sejujurnyalah, aku rasa dia lagi puaka daripada lecturer sebelum tu. Sekurang - kurangnya, lecturer sebelum tu tak ada suruh kitaorang tulis 14 muka surat seorang diri.

    Aku tak cakap banyak pasal dia sebab ada classmates aku rasa dia OK tapi aku memang tak puas hati dengan dia. Sebab dialah, aku jadi serabut balik. Kalau tak, sebelum tu, aku dah nak jadi OK balik. Ada lecturer aku sebelum tu, bagi assignment sikit dan senang saja tapi aku masih ingat apa dia ajar sampai sekarang. Lepas tu, OK celah ketiak mana, gila? Kauorang ni spesies penjilat kasut kot. Tak apalah. Allah nampak perbuatan kau, perempuan.

23 December 2021

Hati Manusia

    Hati manusia memang cepat berubah. Satu hari, dia sayang kau, keesokan hari, dia benci kau. Lebih setengah tahun lepas, aku ada jumpa seorang lelaki ni. Kali pertama kitaorang jumpa, kitaorang dah klik dan makin lama kitaorang berkenalan, kitaorang makin rapat. Aku pula dah lama tak jumpa orang yang sehati dengan aku, aku pun syoklah. Satu hari, tiba - tiba, dia macam dingin dengan aku. Aku tanya kenapa, dia cuma kata dia sibuk. Aku minta maaf kalau aku ada buat salah, dia kata aku tak buat apa - apa.

    Lepas tu, aku ada mesej dia tapi dia tak balas sampai sekarang. Hari ni, aku perasan aku dah tak nampak last seen dia dan aku syak dia dah block aku. Perlu ke sampai block? Dulu kau yang terhegeh - hegeh nak berkenalan dengan aku lepas tu, bila kau dah tak ada mood, kau buang aku macam tu saja.

21 December 2021

Life Is Unfair, Sometimes

    Masa aku dekat sekolah dulu, ada seorang perempuan ni, Ikhlas. Dia ni, dari luar, nampak macam skema, jongang, pakai spek, tak pandai bersiap tapi bila kau kenal dia, kau baru tahu dia berpuaka. Aku tak tahu pun pasal kewujudan sampai tingkatan lima kot. Masa tu, aku selalu pergi cybercafe dengan Yaya and the gang dan Ikhlas akan ikut sekali. Awal - awal, dia cuma cakap dengan Nadia tapi dia makin lama, makin terkenal sebab dia suka buat lawak dengan memalukan diri dia.

    Contohnya, dia akan tampar muka dia dan orang lain pakat gelak. Sejujurnya, aku tak pernah rasa dia lawak pun, aku rasa dia terlalu mencuba nak jadi lawak dan pelik. Lepas tu, dia mula buat lawak dengan menghina orang lain. Dia pernah kata muka aku macam orang Nepal. Well, the joke's on her sebab ada saja orang Nepal yang elok dan sekurang - kurangnya muka aku tak macam katak macam dia. Dia juga pernah buat lawak pasal warna kulit Yaya dan aku tahu Yaya sensitif pasal benda ni.

    Ada satu masa tu, dia punya terkenal, dia pergi mana saja, orang akan panggil dia, ajak dia lepak sekali dan dia pun jadi besar kepala lah. Jadi, dia mula layan orang macam sampah dan mangsanya aku lah sebab aku bukan lah anak orang terkenal, kaya dan berpengaruh macam Nadia. Dia selalu tengking aku depan semua orang dan bila aku kata tengking, dia cakap macam, 'HOI, KAU BOLEH TAK DUDUK JAUH - JAUH DARIPADA AKU!!!' Dia cakap macam tu dengan aku sepanjang masa, macam tak boleh cakap baik - baik dengan aku. Malu tu, jangan cakaplah, Allah saja yang tahu.

    Aku pernah mengadu dekat schoolmate - schoolmate aku yang lain dan diaorang semua menidakkan aku, diaorang cakap, 'ala, dia memang macam tu, kau tak payah ambil hati lah dengan dia.' Masalahnya, dengan Nadia, dia tak berani pula cakap macam tu dan aku tak boleh terima double standard, kalau kauorang boleh terima, silakan tapi kauorang yang bodoh.

    Dia juga pernah "tertumbuk" muka aku masa dia tengah buat lawak. Dia adalah minta maaf tapi lepas tu, dia masih tengking aku lagi. Aku pun tak tahu lah kenapa lepas SPM, aku tak terus putus hubungan dengan diaorang semua, aku tetap berkawan dengan diaorang, keluar dengan diaorang, pergi berenang, tengok filem dan sepanjang masa tu, diaorang layan aku macam sampah. Sepatutnya, lepas SPM, aku terus menghilangkan diri aku tapi mungkin ada hikmahnya.

    Aku rasa kali terakhir aku jumpa diaorang masa reunion dekat rumah Nadia dan aku menyesal gila sebab pergi lepas tu aku menghilangkan diri. Aku pernah nampak diaorang dekat Instagram. Diaorang dah berkerja, ada yang dah ada kereta, berkahwin dan ada anak lepas tu berjalan - jalan dekat luar negara. Aku tak marah dengan Tuhan tapi aku ada jugalah rasa macam, tak adilnya dunia ni, diaorang ni lah yang buat aku merana dulu tapi sekarang diaorang dah ada macam - macam dan aku pula tak ada apa - apa.

    Tapi aku percaya, sebab apa yang diaorang buat dekat aku dulu, diaorang takkan hidup dengan tenang walaupun diaorang senang macam mana pun selagi diaorang tak minta maaf dengan aku (aku tahu diaorang cari aku sebab Nadia pernah bagi tahu aku) dan sekurang - kurangnya, aku makin membesar, makin elok, diaorang semua pula masih macam dekat sekolah dulu, hahaha!

Bandwagon

    Baru - baru ni, orang pakat post pasal banjir dan aku tak ada masalah tapi aku ada masalah dengan orang yang lepas tu post gambar dan video diaorang berseronok dekat shopping centre dan sebagainya. Ni bukan contoh ya, ni cerita betul, aku sendiri nampak seorang perempuan ni post pasal banjir lepas tu post gambar dan video dia berseronok dengan kawan - kawan dia. Aku pernah cakap pasal perempuan ni sebelum ni dan dulu aku rasa kesian dekat dia tapi aku makin lama, makin menyampah dengan dia.

    Aku rasa dia dah lupa diri. Dia ingat dia berkawan dengan orang - orang elok, kaya, pandai dan terkenal, dia pun salah seorang diaoranglah. Hahaha. Kau silap. Kau tengoklah nanti, bila kau susah, diaorang takkan menghilangkan diri terus. Masa tu, kau akan post lah, 'aku bersyukur aku ada kawan sudi bersama aku susah dan senang.' Di luar pengetahuan kau, diaorang tengah menjauhkan diri daripada kau dan tengok - tengok, satu hari, diaorang dah tak ada. Masa tulah, kau akan jadi bitter.

    Anyway, bila datang musibah macam ni, macam masa pandemic mula dulu, semua pakat post, nak tunjuk diaorang kisah padahal ikut trend saja. Yang aku kata ni, macam aku cakaplah, lepas tu, post gambar dan video diaorang berseronok. Kau tak pernah lalui banjir, kau tak tahulah. Sebab tu kau tak sensitif langsung, tak fikir perasaan orang. Bukan setakat masa banjir saja susah, lepas banjir pun susah. Nak kena cuci rumah, perabot rosak, kena beli baru. Aku tahu sebab aku pernah lalui banjir.

    Lepas tu, ada pula yang sempat lagi nak sebarkan ideologi feminism dan sebagainya waktu macam ni. Yang ni, aku tak tahu apa masalah kau. Otak kecil tak ada otak? Orang tengah serabut fikir pasal rumah diaorang, kau sibuk nak sebarkan ideologi kau yang takkan selamatkan kau dekat akhirat tu pun. Ni pun, obviously tak pernah lalui banjir sebab tu kau sibuk dengan benda lain. Orang macam ni layak kena campak dalam sungai atau tampar sampai pipi tersorong - sorong baru sedar sikit kot.

17 December 2021

Menyampah #1

    Aku menyampah gila dengan "co-worker - co-worker" aku, Aku tak kisah orang nak mengadu dekat aku dan diaorang selalu mengadu dekat aku tapi diaorang buat macam diaorang saja yang ada masalah, aku tak ada masalah langsung atau pun masalah diaorang saja yang besar, masalah aku kecil saja. Contohnya, diaorang selalu mengadu dekat aku waktu malam. Kauorang ingat aku tak ada life ke? Kauorang yang tak ada life sebenarnya. Kauorang ingat aku tak ada kerja lain ke? Aku pun ada lifelah dan aku nak tidurlah, bodoh. Lepas tu, lepas aku dah dengar kauorang mengadu, bila aku bagi pendapat, kauorang terus kata, 'bye.' Sila masuk neraka. Dasar tak bersyukur, macam lepas anjing tersepit. Kalau kauorang tak nak dengar pendapat aku, pergilah mengadu dekat orang lain. Aku bukan dindinglah, bodoh. Kauorang cuma nak ceritakan? Kauorang tak kisah langsung apa aku ada nak kata. Kauorang tahu tak, nak dengar kauorang mengadu, tu satu kerja juga, tahu? Dahlah masalah kauorang kecil saja kalau nak dibandingkan dengan masalah aku, contohnya bergaduh dengan kawan. Tu pun nak kena mengadu ke? Nampak sangatlah kauorang tak pernah lalui apa yang aku lalui sebab tu masalah kecil pun, kauorang dah serabut. Yang babinya, bila aku tak layan kauorang, kauorang terus pulaukan aku. Oh, tahu pula terasa? Kauorang tak nak dengar pendapat aku OK pula? Lepas tu, kebaikan aku selama ni, berjam - jam dengar kauorang mengadu, kauorang tak nampak pula, kauorang cuma nampak "keburukan" aku dan bukan keburukan pun sebab aku cuma pentingkan diri aku dulu. Salah ke? Kauorang pun pentingkan diri kauorang dulu. Sebelum tengok "kesalahan" orang lain, cuba tengok kesalahan kauorang dulu. Tapi kauorang mana ada self-awareness kan? Nampak kauorang saja baik, semua orang jahat. Lepas tu, selfish, fikir pasal diri - sendiri saja, tak fikir pasal orang lain. Aku rasa, sepanjang kauorang hidup, orang buat baik dekat kauorang sebab tu kauorang tak menghargai kebaikan orang. Satu hari nanti, bila orang dah tak buat baik dekat kauorang, masa tulah kauorang baru nak fikir. Aku tak bodoh. Aku tahu bila orang nak pijak kepala aku dan aku takkan sesekali bagi orang pijak kepala aku. Sekarang aku buat baik sebab aku professional, bodoh. Inshallah, bila aku tinggal tempat ni, aku terus buang kauorang semua dari hidup aku.

Observation #1

    OK, post ni akan buat nampak macam hati aku busuk tapi sejujurnya, aku jarang dengki dengan orang kecuali kalau orang tu ada apa yang I tak ada, contohnya badan yang elok. Anyway, beberapa bulan lepas, aku join satu "international" conference ni dan aku dah cakap pasal benda ni dalam post sebelum ni. Kali ni, aku nak cakap pasal orang yang aku jumpa dekat conference tu.

    Masa aku join conference tu, aku jumpa orang dari "company" aku dan "company" lain. Kitaorang follow sesama dekat Instagram. Ada yang follow balik, ada yang tak follow balik, ada yang follow kejap lepas tu unfollow dan ada yang tak approve. Aku tak kisah orang tak nak follow atau unfollow aku sebab tu pilihan masing - masing, mungkin content aku tak menarik perhatian diaorang.

    Tapi, aku pelik orang pakat approve aku, tak follow aku balik dan unfollow aku tapi orang pakat follow seorang ni. Sejujurnya, aku tak rasa dia ada faktor - faktor yang buat orang nak berkawan dengan dia pun: rupa, kepandaian dan harta sebab kalau ikut pengalaman aku, orang cuma nak pakat berkawan dengan someone sebab salah satu atau kesemua faktor ni.

     Aku tak ada masalah pun dengan dia. Dia nampak baik saja. In fact, aku rasa kesian dekat dia sebab dia nampak insecure. Contohnya, ada satu gambar tu dia dengan kawan - kawan dia, semua kawan - kawan dia bersiap tapi dia seorang saja tak bersiap lepas tu dia macam tertunduk sikit.

    Tapi makin lama aku follow dia, aku makin sedar kenapa orang follow dia tapi orang tak follow aku, aku rasalah. Satu dia rajin post, tak macam aku, cuma post sekali - kala, bila ada benda nak post dan dua, dia suka menunjuk yang dia ada ramai kawan lepas tu dia ada life.

     Dari situ, aku baru sedar yang orang mungkin fikir aku tak ada kawan lepas aku tak ada life jadi sebab tu orang tak follow aku balik, unfollow aku dan tak approve aku. Shallow kan manusia? Tak apalah, sekurang - kurangnya, tak secara langsung, aku dah filter orang yang shallow ni dan inshallah, kalau aku berjaya satu hari nanti, jangan baru nak follow balik, aku decline terus.

14 December 2021

Scam

    Beberapa bulan lepas, aku ada join dua "international" conference yang satu negara jiran organise ni. Aku tulis "international" sebab tak international sangat pun, kebanyakan orang Asia Tenggara jadi dekat situ pun dah misleading. Anyway, conference pertama syok jugalah, aku buat kawan baru sikit tapi tak tahan lama pun sebab lepas tu semua pakat diam. Aku nak cakap pasal conference kedua sebab aku tak enjoy langsung. In fact, masa aku join conference kedua tu, aku tak berminat langsung nak ambil bahagian, kalau boleh, aku nak bagi habis cepat - cepat dan aku menyesal dan serik nak mampus sebab join conference tu sampai hari ni.

     First of all, organiser letak nama dekat conference tu "international festival" dan kononnya, kitaorang akan belajar budaya negara - negara lain. Aku pun excited lah sebab aku suka belajar budaya orang tapi aku dah mula rasa pelik bila aku tengok diaorang ada jemput negara - negara kuasa besar tapi tak ada satu pun negara - negara ni join. Masa tu, aku ingat negara - negara ni lah yang kerek. Lepas tu, kitaorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan macam masa conference pertama juga. Masa conference pertama, aku dapat group yang best, semua teammates aku peramah kecuali beberapa orang tu tapi masa conference kedua, semua teammates aku tak peramah kecuali beberapa orang.

    Masa tu, aku dah hilang mood sebab diaorang cuma sembang sesama diaorang jadi nak belajar budaya orang apanya. Lepas tu, kali ni, kitaorang ada dua kumpulan dan kumpulan kedua tu dibahagikan ikut negara. Aku masuk group tu, aku tengok diaorang dah kenal sesama diaorang. Kiranya, diaorang "kerja" dekat tempat yang samalah kot sebab tu diaorang rapat semacam tu. Lepas tu, diaorang suruh semua orang perkenal diri masing - masing dan masa aku perkenal diri aku, aku boleh rasa macam diaorang tak berminat nak ambil tahu pun, diaorang lebih berminat nak ambil tahu pasal kawan - kawan diaorang.

    Masa tu, aku lagilah dah tak ada mood tapi nak tak nak, aku kena join juga dan conference kali ni lagi lama, seminggu jugalah. OK, ni bila aku makin rasa macam aku kena tipu. Kan aku bagi tahu, diaorang letak tajuk international festival tapi masalahnya, tak macam festival pun sebab banyak kena dengar ceramah. Lepas tu, kononnya kitaorang akan belajar budaya negara - negara lain tapi tak ada pun. Aku memang dah tak puas hati masa tu. Aku fikir, lepas habis conference ni, siaplah, aku takkan join lagi. Aku ambil bahagian pun macam nak tak nak saja. Kebanyakan masa, aku saja jadi invisible sebab aku tak nak orang perasan aku.

    Oh dan kerja diaorang kali ni teruk gila, macam lepas tangan. Kau bayangkan, attendance list, kosong. Ya, nak isi macam mana kalau kosong? Bila aku tanya, diaorang suruh aku isi juga jadi aku isi sajalah. Lepas tu, borang feedback, grammar tunggang - langgang. Kerja cincai gila, macam nak bagi asalkan siap. Aku bukan nak perendah diaorang tapi kalau dah grammar tunggang - langgang, pronunciation ke laut, spelling pun macam tahi, tak perlu buat kerek. Ni orang kata bodoh sombong. Lepas tu, amboi, dengan orang putih, sikit punya baik tapi sesama orang Asia, kerek gila. Dahlah yang kerek ni semua hodoh.

    Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh tahan lalui conference yang macam tahi tu seminggu tapi masa hari terakhir, aku rasa lega gila dan lepas habis conference tu, memang aku cabut larilah. Aku rasa organiser tu pun terus buang aku daripada invitation list sebab lepas tu, aku dah tak dapat apa - apa invitation. Tak kisahlah, tak hadap pun. Event low-budget tapi panggil international. International, my ass. Semua boleh pergi mampus. Perasan bagus padahal tengok dekat Instagram, rumah macam pondok lepas tu nak buat kerek.. Sedarlah sikit siapa kauorang. Dahlah event scam. Ee, busuk. Aku tengok kauorang sampai hari ni duduk buat event yang sama lagi, cuma tukar nama saja.

13 December 2021

Persoalan

    Adakah aku tak bahagia sebab tempat ni (dan orang sekeliling) atau diri aku atau fasa hidup aku ni? Nanti akulah buat reflection pasal benda ni, aku nak kena siapkan kerja, aku nak kena hantar esok.

12 December 2021

Fake Positivity

    Sebenarnya, aku tak pasti nak cakap pasal seketul makhluk ni ke tak sebab dia tak adalah jahat macam Azra dan Amira, dia adalah baik juga tapi aku dah tak boleh tahan dengan fake positivity dia. Orang baru sedar pasal benda ni dan orang panggil benda ni toxic positivity tapi aku sebenarnya dah lama sedar pasal benda ni, aku sedar masa aku jumpa Demi masa aku buat asasi dan dah nak dekat sedekad dan aku panggil benda ni fake positivity sebab aku rasa dia lebih fake daripada toxic. Anyway, buat masa sekarang, aku tak boleh bagi tahu apa hubungan aku dengan seketul makhluk yang aku panggil Nufail ni sebab aku risau dia jumpa blog ni dan dia dapat tahu aku kutuk belakang dia, yang semestinya dia bukan keluarga aku jadi mari kita berpura - pura macam dia "kawan sekerja" aku.

    Aku jumpa dia masa aku dapat "kerja" dekat sini. Ada satu hari tu, kitaorang lepak sekali dan aku rasa macam dia seorang yang santai jadi aku nak berkawan dengan dia. Awal - awal aku berkawan dengan dia, aku rasa macam kitaorang boleh jadi kawan rapat sebab kitaorang ada minat yang sama: shopping! Tapi minat tak cukup untuk buat orang jadi kawan rapat dan makin lama aku berkawan dengan, aku makin tak berkenan dengan dia. Bila aku sembang dengan dia, aku boleh jangka apa yang dia nak cakap sebab dia cakap benda yang sama, dia macam ada skrip. Contohnya, kalau aku cakap pasal something dan dia tak setuju dengan aku, dia akan kata, 'betul/faham/setuju tapi...' Lepas tu, kalau aku mengadu dekat dia pula, dia akan kata, 'kesian kau, be strong, OK? You can do this.'

    Dari situ, aku boleh nampaklah dia tak berminat nak tahu pasal masalah aku dan kalau aku tak boleh kongsi masalah aku dengan someone, sorry not sorry, kita tak boleh jadi kawan rapat. Kalau boleh, dia nak dengar semua benda positif saja, dia tak nak dengar benda negatif langsung. Payahlah kalau macam tu sebab kalau kau realistik macam aku, kau tahulah, ada hari baik, ada hari tak baik, bukan semua hari baik. Masalahnya, dia duduk buat macam dia positif sangat lepas tu macam kitaorang yang lain negatif sangat, aku nak cakap sikitlah, kau tak nampak bahagia pun. Kau nampak serabut, kusam dan kepam. Jadi, tak payah buat macam kau lebih bagus daripada kitaorang. Aku pernah jumpa orang yang betul - betul positif dan mari aku bagi tahu kau something, kau cuma berpura - pura jadi positif.

    Kau nak tahu kenapa kau nampak serabut, kusam dan kepam? Sebab aku rasa kau tak ada identiti. Sebab bila kau tiba - tiba ubah cara kau berpakaian beberapa minggu lepas, aku terus nampak kau ada krisis identiti. Kau try hard sangat, nak tunjuk dekat semua orang yang kau tak kisah apa yang orang lain fikir, kau buat apa yang kau nak tapi kau nampak tak selesa sangat. Lepas tu, bila tak ada siapa tegur kau pasal cara kau berpakaian, aku rasa kau terasa dengan kitaorang sebab tu kau bawa diri. Kau ingat, kitaorang akan macam, 'wow, Nufail, aku tak sangka kau macam ni,' tapi bunyi cengkerik saja yang kau dapat daripada kitaorang. Ya, memang kitaorang menghakimi kau pun sebab tak nampak macam diri kau langsung. Nasihat aku, apa kata kau pakai macam dulu balik, OK?

    Lepas tu, kau bagi alasan kau tak balas mesej aku sebab kau sibuk keluar dengan kawan - kawan kau. Sorry tapi aku rasa kau tak ada kawan sebenarnya. Aku rasa kau berkulat dalam rumah, belek telefon, makan lepas tu tidur. Dan tengok drama dan reality show satu negara ni. Sebab tu semua respons kau fake. Kan dalam drama dan reality show negara tu, diaorang suka buat positif, macam negara diaorang bagus sangat padahal racist, dengan orang putih gedik semacam tapi bila sesama orang Asia atau orang kulit hitam, macam terpaksa gila nak kena cakap. Sebab kau tak ada kawan jugalah, kau tak ada identiti. Bila kau bergaul dengan orang, kau baru tahu, apa respons yang orang suka, apa respons yang orang tak suka dan respons kau tu buat orang macam nak campak kau masuk dalam sungai.

    Bila hari tu aku buat tak peduli dekat respons kau yang fake tu, kau sentap. Kau kata dekat aku, 'habis tu, kau nak aku cakap apa?' Aku nak kau cakap dari hati kau, bukan apa yang kau fikir orang nak dengar. Aku rasa kau akan terus macam ni, in fact, kau akan jadi lagi teruk. Sorry, aku tak nampak kita boleh berkawan selama - lamanya. Bila aku dapat "kerja" lain, aku akan buang kau sebab aku tak rasa langsung positivity kau tu sebab fake gila. Lepas tu, bila aku pergi shopping, kau akan buat macam kau pun nak pergi shopping sekali tapi lepas tu kau tak beli apa pun. Kalau tak nak beli apa, tak payah buat excited pula. Lagi satu, bila kau buat salah, kau tak nak mengaku. Apa yang payahnya, mengaku sajalah, bukan aku nak calit tahi dekat muka kau pun. Dahlah acah - acah SJW.

    Aku menyampah gila dengan kau sekarang. Patutlah kau tak ada kawan. Sebab kau fake. Kalau kau sedar kau ada masalah, tak apa juga tapi ni, kau rasa macam semua orang yang bermasalah, kau saja yang baik. Tengoklah sekeliling kau. Kenapa kau tak ada kawan? Sebab orang tak suka dengan positivity kau? Sebab orang yang negatif? No, sebab kau annoying. Kau cakap stay strong semua tu, kau ingat membantu, ke? Buat lagi sakit hati adalah. Apa kata kau cakap, aku doakan Allah bantu kau dan kau dapat lalui semua ni. Sekurang - kurangnya, rasa macam ada orang kisahlah juga. Ni bila kau suruh bertabah semua tu, rasa dismissive sangat, macam kau nak bagi habis conversation cepat - cepat. Aku tak tahulah kau akan sedar ke tak tapi kau buatlah apa yang kau nak, aku dah tak kisah pasal kau.

08 December 2021

K

    Masa aku buat degree pertama aku, aku jumpa seorang lelaki, K. Dialah antara orang yang paling elok aku pernah berkawan dan aku tak apa yang dia nampak dekat aku. Aku tengah sidai kain sambil nyanyi bila aku toleh dan dia tengah berdiri belakang aku. Aku ingat dia nak marah aku sebab aku sidai kain dekat penyidai dia (aku tak sidai kain dekat penyidai aku sebab penyidai aku terletak depan tandas) tapi dia tanya aku, siapa nama aku, aku ambil course apa dan sebagainya. Kitaorang sembang kejap sebelum dia masuk dalam bilik dia balik.

     Sejak hari tu, setiap kali kitaorang terserempak, kitaorang akan sembang kejap. Dia bagi tahu aku hari kitaorang jumpa, dia dapat mimpi buruk dan nyanyian aku selamat dia. Dia juga bagi tahu aku dia tua setahun daripada aku dan dia belajar food science and technology. Satu hari, dia ajak aku lepak dengan dia dan aku tak ada kawan langsung dekat kolej tu (ada beberapa orang nak berkawan dengan aku tapi masa tu, aku tak berapa pandai nak buat kawan) sebab aku baru pindah ke kolej tu, semua kawan - kawan aku duduk dekat kolej sebelum tu jadi aku pun setuju.

    Kitaorang keluar makan malam sekali dan aku rasa insecure gila sebab dia tinggi, sasa, putih, pandai bersiap dan elok dan aku pula pendek, kurus, hitam (sebab kulit aku terbakar masa tu), comot dan berminyak. Aku rasa macam semua orang pandang dia tapi tak ada siapa pandang aku tapi sejak malam tu, dia dah jadi macam satu rutin kitaorang akan makan malam sekali sambil sembang pasal macam - macam benda.

    Kalau orang tengok kitaorang, mungkin orang ingat kitaorang satu pasangan padahal kitaorang kawan saja dan aku rasa macam dia seorang abang yang aku tak pernah ada. Aku rasa bahagia sangat masa tu, cuma kitaorang berdua tapi kebahagiaan tu tak tahan lama. Awal - awal kitaorang berkawan, dia tak ada roommates dan tak lama lepas tu, dia dapat roommates. Aku pernah jumpa roommates dia dan aku boleh rasa roommates dia benci aku sebab masa aku jumpa diaorang, diaorang tak pandang aku langsung dan diaorang asyik hempas barang.

    Sejak dia dapat roommates, aku mula menjauhkan diri aku sebab aku tak suka roommates dia dan aku rasa dia pun tak suka roommates dia tapi dia terpaksa berpura - pura macam dia OK dengan roommates dia. Pada masa yang sama, insecurity aku makin teruk, aku rasa dia cuma permain aku. Satu hari, dia datang jumpa aku. Dia tanya aku kenapa aku mengelak daripada dia dan aku tak jawab. Dia belah dan aku boleh nampak dia kecewa dengan aku.

    Masa aku berhenti belajar atas sebab tertentu, aku tak bagi tahu dia apa - apa. Setahun kemudian, aku buat degree kedua aku. Satu malam, masa aku tengah jalan ke bilik aku, aku dengar satu suara panggil aku. Aku toleh dan dia tengah berdiri belakang aku sambil senyum. Dia nampak gembira sangat jumpa aku dan kitaorang sembang sikit sebelum kitaorang bagi nombor telefon. Aku rasa dia ada harapan yang kitaorang akan berkawan selama - lamanya kali ni.

    Tak sampai sebulan aku buat degree kedua, aku ambil keputusan untuk berhenti belajar sekali lagi atas sebab tertentu. Aku bagi tahu dia dan aku boleh nampak dia kecewa dengan aku. Dia kata dekat aku, 'kau buatlah apa yang kau nak.' Aku pernah follow dia dekat Instagram dan dia follow aku balik. Aku mesej dia tapi dia macam dah tak berminat nak berkawan dengan aku. Beberapa tahun kemudian, aku tengok dia dah berkahwin. Sejujurnya, aku tak berkenan dengan perempuan tu atas sebab tertentu tapi aku tetap ucapkan tahniah dekat dia sebelum aku unfollow dan remove dia because it's too painful.

    K, aku tak rasa kau akan jumpa blog ni sampai bila - bila tapi kalau kau jumpa, aku rasa kau masih ingat aku dan aku minta maaf sebab sakitkan kau. Aku salahkan diri aku sebab aku insecure, kau tak buat salah pun, kau layan aku macam adik kau sendiri, kau ambil berat pasal aku dan aku menyesal sangat sebab berhenti belajar masa aku buat degree kedua. Kalau aku tak ikut perasaan aku, mungkin kita masih berkawan lagi tapi mungkin kitaorang tak ditakdirkan untuk bersama. Tak apalah, kita tak perlu bersama to wish each other happiness. Aku harap kau masih simpan baju yang aku bagi dekat kau tu dan aku doakan kau bahagia dan berjaya.

05 December 2021

Strength & Motivation

    Sejujurnya, sejak aku datang sini, aku rasa sunyi sebab aku tak ada siapa yang aku boleh anggap kawan rapat. Aku bukanlah tak ada kawan langsung, aku adalah beberapa "kawan" tapi aku rasa kitaorang sekadar classmates. Kitaorang buat kerja lepas tu kitaorang buat hal masing - masing. Kenapa aku tak ada sekurang - kurangnya seorang kawan yang aku betul - betul boleh berhubung?

    Sekarang bila assignment bertimbun, aku rasa keseorangan. Kalau aku mengadu dekat "kawan - kawan" aku, diaorang macam tak nak layan aku, diaorang menidakkan aku tapi kalau diaorang mengadu dekat aku, aku tak buat pula macam tu dekat diaorang. Sebab tu aku tak boleh anggap diaorang kawan rapat. Takkan aku nak hadap lagi tiga semester seorang diri kot?

    Sejujurnya, aku dah tak berapa berharap aku akan jumpa siapa - siapa dekat sini yang aku boleh anggap kawan rapat. Mungkin aku dah ditakdirkan untuk berseorangan. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan motivasi untuk lalui semua ni. Kalau ikut hati, aku rasa macam nak tidur saja.

03 December 2021

Foundation Course & Life Lessons

    Aku memang dah lama nak tulis pasal hari - hari asasi aku sebab masa tulah masa aku paling bahagia dalam hidup aku tapi masa tu jugalah masa aku lalui banyak benda dan aku belajar banyak benda sebab tak ada siapa ajar aku dan aku nak kongsi cerita aku dan apa yang aku belajar supaya siapa yang buat asasi atau baru nak buat asasi yang baca blog aku takkan ulang kesalahan aku dan orang lain tapi aku tak tahu kenapa sampai hari ni aku tak boleh nak habiskan, mungkin Allah nak lindung aku daripada sesuatu.

    Briefly, aku buat asasi TESL dekat UiTM. Aku tak boleh bagi tahulah batch aku tahun ke berapa dan kampus aku dekat mana sebab aku tak nak orang yang kenal aku tahu ni blog aku. Aku cuma boleh bagi tahu, dah hampir sepuluh tahun sejak aku habis buat asasi dan asasi TESL dah tak ada dekat kampus tu, sekarang semua asasi ada dekat satu kampus saja. Aku dengki gila dengan batch - batch lepas aku sebab kampus sekarang cantik gila dan kauorang tak perlu lalui apa yang aku lalui.

    Anyway, kalau siapa yang tengah buat asasi atau baru nak buat asasi baca blog aku, aku harap kauorang boleh ambil pengajaran daripada cerita aku dan sebarkan dekat kawan - kawan kauorang. Aku takkan tulis cerita aku lagi sebab aku tak ada masa dan aku nak kena ambil beberapa malam jugalah jadi aku akan tulis kemudian dan aku cuma akan tulis apa yang aku belajar.

    Pertama sekali, bila kau buat asasi, aku faham kau rasa teruja sebab kau dah bukan dekat sekolah dan kalau kau tak pernah duduk dekat asrama, tu kali pertama kau duduk berjauhan dari keluarga kau tapi kau jangan teruja sangat sampai kau buat apa saja yang kau nak. Walaupun kau dekat universiti tapi kau kena ingat, mentality orang sekeliling kau macam pelajar sekolah lagi dan aku bukanlah nak kata pelajar sekolah tak matang tapi kebanyakkan memang tak matang pun.

    Jadi, bila kau menyampah atau terasa dengan classmates atau batchmates, kau jangan cerita dekat classmates kau atau batchmates kau, kau samada cerita dekat Allah atau kau cerita dekat keluarga kau atau dekat siapa - siapa yang tak ada kaitan atau kau tulis dekat blog macam aku buat ni sebab bila kau cerita dekat classmates kau atau batchmates kau, kau dah mulakan satu gossip walaupun kau tak berniat pun dan payah nak mampus nak keluar dari situasi tu.

    Aku pernah cerita dekat seorang classmate aku, Pikachu aku menyampah dengan seorang classmate kitaorang, Humpty Dumpty. Aku tak ada niat nak perburuk dia, aku cuma nak luah perasaan aku dan aku bukanlah penakut tapi kalau aku bagi tahu seseorang aku menyampah dengan dia, kau rasa dia akan kata, 'baiklah, mulai sekarang, aku akan jadi lebih baik,' ke?

    Aku tak sangka dia nak bagi tahu Humpty Dumpty sebab dia nampak baik. Keesokan harinya, bila aku jumpa Humpty Dumpty, dia kata dekat aku, 'kalau kau menyampah dengan aku, kau cakap dekat aku terus.' Sejak hari tu, diaorang jadi musuh aku dan diaorang berpengaruh sebab diaorang pelajar cemerlang jadi diaorang ajak orang lain boikot aku. Lepas tu, aku baru tahu rupa - rupanya diaorang sepasang kekasih.

    Kedua, kalau kau ada perasaan tak sedap hati pasal seseorang, kau ikutlah gerak hati kau sebab selalunya perasaan tu ada atas sebab tertentu. Banyak kali aku tak ikut gerak hati aku lepas tu menyesal. Contohnya, Azra. Dia classmate aku masa semester pertama dan sejak kali pertama aku jumpa dia lagi, aku dah rasa tak sedap hati tapi aku tetap berkawan dengan dia dan bila aku buang dia dari hidup aku pun, dia dah banyak buat kerosakan dalam hidup aku.

    Ketiga, aku nak cakap pasal "persahabatan" masa asasi. Aku letak quotation marks dekat persahabatan sebab bagi aku, persahabatan masa asasi ni lemah. Yalah, kauorang cuma kenal satu sama lain setahun saja dan mungkinlah kauorang rasa macam kauorang akan berkawan selama - lamanya dan aku pun fikir macam tu dulu tapi dalam pengalaman aku, persahabatan masa asasi payah bertahan lama kecuali lepas kau habis buat asasi, kau belajar dekat tempat yang sama.

    Kebanyakan orang fake sebenarnya, masa kau senang, dia akan ucap benda - benda yang indah macam, 'aku harap kita akan berkawan sampai ke syurga,' tapi masa kau susah, dia akan buat macam dia sokong kau padahal dia tengah menjauhkan diri dia daripada kau dan bila dia dah tak perlukan kau, dia akan lupakan kau dan teruskan hidup macam biasa, macam dia tak pernah jumpa kau dan kalau kau seorang yang sentimental macam aku, kita payah nak lepaskan seseorang. Mungkinlah kauorang rasa macam aku yang bitter tapi aku tengok ramai batchmate foundation course aku dah tak berhubung.

    Aku pernah jumpa orang yang aku ingat kitaorang akan berkawan selama - lamanya dan dia pernah kata dekat aku, 'bila aku dengan kau, aku rasa macam ada spark berterbangan,' tapi lepas aku habis buat asasi, dia terus berubah. Kali terakhir aku jumpa dia, aku boleh rasa macam dia tak sabar nak belah dan kali terakhir aku contact dia, aku request nak follow dia dekat Instagram dan dia approve request aku tapi dia tak follow aku balik pun dan dia pernah block aku.

Materialism & Happiness

    Aku tengah buat kerja sekarang tapi aku nak ambil masa kejap untuk tulis pasal sesuatu. Aku tak tahu kalau kauorang ingat ke tak tapi dulu ada satu kumpulan yang gelar diaorang the Scarflets. Diaorang bawa trend mix-and-match ke Malaysia yang aku pun tak tahu siapa yang mulakan trend tu, yang aku ingat masa tu trend colour-blocking tengah in dan diaorang kena kecam teruk jugalah, dah macam witch-hunt tapi pada masa yang sama, diaorang ada ramai pengikut.

    Akulah antara orang yang kecam diaorang sebab aku betul - betul tak minat gaya diaorang dan aku rasa macam diaorang fake dan gedik tapi aku tak adalah serang diaorang dekat social media, aku cuma tengok sajalah tapi dalam diam, aku sebenarnya nak bergaya macam Maria Elena dan Sue Anna Joe juga tapi aku tak cukup yakin nak bergaya macam diaorang masa tu. Aku ingat lagi aku membebel dekat mak aku pasal diaorang dan mak aku tengah berkebun masa tu dan mak aku pandang saja aku.

    Aku takkan letaklah gambar - gambar diaorang sebagai penghormatan sebab sesetengah diaorang dah berubah dan sesetengah diaorang dah meninggal tapi ada satu gambar tu, Sue Anna Joe pakai boots Dr Martens dan dia nampak cool gila. Ada satu gambar tu pula, Maria Elena pakai fringe boots dan dia nampak paling menonjol antara semua orang walaupun yang lain bersiap gila.

    Sekarang, bila aku dah cukup yakin nak bergaya macam diaorang dan aku dah ada boots Dr Martens dan Chelsea boots, sekali - sekala aku teringat diri aku yang dulu dan zaman tu. Walaupun aku tak ada apa sangat masa tu tapi aku rasa aku lebih bahagia masa tu berbanding sekarang. Sekarang aku rasa kosong. Aku pun tak tahulah apa yang akan jadi tapi aku harap, satu hari nanti, aku akan jadi lebih bahagia.

01 December 2021

Life in Reverse

    Sekarang dah pukul satu lebih dan aku patut tidur tapi aku masih terjaga. Tadi, aku pergi dekat satu forum ni. Tajuk dia, 'Stuck in the Past.' Bila aku baca cerita orang lain, aku rasa benda yang sama. Aku rasa, walaupun badan aku ada dekat sini tapi kepala aku ada dekat tempat lain. Dekat zaman silam–to be exact. Aku rasa aku rasa macam ni sebab aku tak bahagia dengan hidup aku sekarang. Walaupun hidup aku sekarang lebih baik daripada hidup aku dulu, aku rasa kosong. Aku bukanlah tak bersyukur dengan apa yang aku ada tapi aku rasa payah nak bersyukur bila kau tak berada di tempat yang tak buat kau bahagia.

    Sekarang, bila aku stressed, aku mula berangan zaman dulu, specifically dari zaman asasi sampai zaman degree sampai masa awal - awal aku bekerja. Orang kata kita ada tendency untuk romanticise zaman silam dan ya, aku setuju tapi aku masih sedar zaman silam aku taklah sempurna. In fact, kalau aku fikir betul - betul, ada banyak benda terjadi masa tu dan aku tak bahagia pun masa tu tapi bila aku fikir balik pasal masa tu, aku rasa lebih baik sikit. Mungkin sebab kalau boleh aku nak ulang masa dan aku nak buat benda yang betul.

    Kalau boleh, masa asasi, aku nak putuskan hubungan aku dengan semua budak sekolah aku. Lepas tu, aku akan putus hubungan aku dengan Sam dan aku tak nak berkawan dengan Azra. Aku akan belajar bersungguh - sungguh. Lepas asasi, aku akan pilih course yang aku minat dan masa degree, aku takkan tinggalkan K.

    Sekarang, bila mak aku dah tua dan sakit dan aku pun tak tahu berapa lama lagi aku ada masa dengan dia, I wish I could go back and live in a loop, I could get used to it. Dalam personal heaven aku, memori - memori bahagia aku bersambung. Dari kampus masa aku buat asasi, aku boleh pergi pantai lepas tu aku boleh pergi rumah mak cik aku. Kemudian, aku boleh pergi kampus masa aku buat degree dan akhirnya, aku boleh pergi tempat aku kerja dulu.

    Dalam personal heaven aku juga, ada orang yang aku sayang saja. Kitaorang hidup sesama kitaorang saja, kitaorang makan sekali, pergi jalan - jalan sekali dan sebagainya.

    Aku tahu walaupun aku tak boleh ubah yang dah lepas tapi aku lebih suka bermimpi daripada menghadapi realiti. Aku tak boleh imagine satu hari nanti, mak aku dah tak ada dan aku tahu hari tu akan tiba juga, nak tak nak. Aku rasa lonely sangat sekarang dan Allah saja yang tahu perasaan aku.

Real Housewives of Potomac Season 6

    Aku mula tengok show ni lepas aku tengok clips dia dekat YouTube. Aku tengok season 6 teruslah, aku tak ada masa nak tengok dari season 1 tapi dari clips yang aku tengok dekat YouTube tu, aku tahulah apa yang terjadi masa season 5. Ada seorang perempuan ni, Monique bergaduh dengan seorang perempuan ni, Candiace sampai tarik rambut semua. Bagi pendapat aku, walaupun Monique yang mula tarik rambut Candiace, Candiace yang bersalah sebab dia duduk cari pasal dengan Monique.

    Lepas kejadian tu, kebanyakan sokong Candiace dan dua orang saja sokong Monique. Yalah, Candiace acah macam dia mangsa. Lepas tu, masa reunion, diaorang pakat buli Monique, termasuk host sekali. Aku kesian dekat Monique sebab aku pernah lalui benda yang sama jadi aku faham perasaan dia. Lepas habis season 5, dia tarik diri. Yalah, sampai host yang merangkap sebagai executive producer juga pun buli dia, takkan dia nak stay kot?

    Aku tengok season 6 sebab aku nak tengok apa yang terjadi lepas tu. Candiace masih acah macam dia mangsa. Lepas tu, Monique diganti dengan Mia. Aku suka Mia ni walaupun dia bimbo tapi dia tak crack bila orang serang dia. Yang aku paling benci sekali, selain daripada Candiace, ialah Wendy. Wendy ni antara salah seorang penyokong Candiace. Masa aku tengok clips season 5, aku dah benci Wendy ni sebab dia paksa Karen, salah seorang daripada dua orang penyokong Monique, sokong Candiace.

    Kali pertama Wendy jumpa Mia, dia dah tak berkenan dengan Mia walaupun Mia tak buat apa pun. Dia cari pasal dengan Mia. Aku rasa dia insecure dengan Mia sebab dia tak elok dan Mia elok. Lepas tu, Gizelle dan Robyn, penyokong Candiace juga dan satu kumpulan dengan Wendy, bawa cerita yang suami Wendy curang. Walaupun awal - awal aku tak suka Gizelle dan Robyn ni tapi lama - lama aku suka diaorang sebab diaorang lawak.

    Wendy mengamuklah. Diaorang terangkan dekat dia diaorang tak berniat nak perburuk suami dia pun, diaorang cuma dengar cerita. Bagi aku, padan muka Wendy. Masa Monique kena kecam dulu, amboi, kau pun join sekali. Sekarang bila kau pula yang kena kecam, kau meroyan. Yang cringeworthy nya, Wendy ni berdendam jadi sepanjang season 6, dia asyik serang Gizelle, Robyn dan Mia. Show ni jadi tak syok sebab dia.

    Masa reunion, Wendy masih berdendam dengan Gizelle, Robyn dan Mia. Aku fahamlah juga dia nak berdendam dengan Gizelle dan Robyn tapi Mia? Mia tak buat apa pun dekat kau jadi nampak sangatlah kau insecure dengan dia. Lepas tu, semua orang kena kecam tapi orang tak gelabah pun jadi kenapa kau gelabah sangat? Kalau kau tak boleh tahan, kau tarik dirilah. Yang cringeworthy nya, dia buat macam dia cool saja tapi nampak sangat dia gelabah.

    Aku cari dekat Internet, aku nak tengok kalau ada orang rasa benda yang sama dan rupa - rupanya ramai jugalah orang meluat dengan dia. Ni comment yang terbaik aku jumpa walaupun aku tak setuju dengan bahagian, 'she's not ugly.' Kalau kauorang google dia, kauorang fahamlah. Dahlah buruk, jahat pula tu. Aku harap dia kena buang sebab aku menyampah gila dengan dia.

Snotty but Insecure

    Sejujurnyalah, walaupun aku mengaku aku seorang brand-conscious dan aku takkan beli barang dekat kedai tak berjenama, aku tak pandang rendah dekat orang yang beli barang dekat kedai tak berjenama tapi yang peliknya, aku perasan kadang - kadang orang yang beli barang dekat kedai tak berjenama ni pula yang perendah aku dan aku rasa diaorang buat macam tu sebab diaorang insecure.

    Aku bagi satu contoh yang berdasarkan cerita sebenar. "Kawan" aku, Hazira ni suka beli barang dekat kedai tak berjenama dan aku tak pernah pula macam, 'ew,' aku buat tak tahu sajalah tapi bila dia dapat tahu aku beli barang dekat kedai berjenama, dia akan macam, 'bukan designer brand pun.' Ya, aku tak kata dan acah macam barang aku designer brand pun jadi kenapa kau nak gelabah sangat?

    Bagi akulah, nampak sangat kau sebenarnya rasa rendah diri bila kau tengok aku beli dan pakai barang berjenama tapi takkanlah kau nak mengakukan jadi kau perendah aku supaya nampak macam kau confident saja pakai barang tak berjenama pun. Kalau betul lah kau confident pakai barang tak berjenama tu, kau tak adalah nak perendah aku pula jadi kau dah perbodoh diri kau.