25 February 2023

Why Won't You

    So, aku dah potong rambut hari ni dddaaannn hairstylist aku terpotong rambut aku a bit too short, lol, tapi aku tak marah pun sebab dia baik gila dengan aku cuma sebelum dia trim rambut aku, rambut aku dah nampak okay tapi lepas dia trim rambut aku, rambut aku terus nampak buruk, lol.

    Anyway, aku makin rasa macam Tally tak tertarik dengan aku. Mungkinlah ada sesetengah orang akan macam, 'kau baru nak tahu?' I admit it, I wanted to believe he's into me and I still do tapi lama - lama, reality starts to sink in. It's sad but there's nothing I can do about it. Dah dia tak ada hati dekat aku, bukan aku boleh buat dia suka aku. Aku cuma harap, aku akan jumpa someone better than him even though he's already like one of the best, physically.

PS Tadi aku ada tengok satu vlog ni dan tiba - tiba, aku berangan satu hari nanti, aku pergi melancong dekat luar negara pakai barang designer. Bestnya~~~

24 February 2023

I Wish I Could Tell the Whole World

    Malam ni, aku tak ada apa nak cerita sangat pun cuma hari ni, aku potong kuku dan shave. Now, I feel like a new person. Esok, aku nak potong rambut pula. Aku tak nak sangat pun sebab rambut aku bukan panjang sangat pun tapi atas sebab tertentu, aku kena juga.

     Anyway, semalam, aku saja post kerja aku dekat LinkedIn dddaaannn Tally tak like pun, lol, sedangkan hari tu dia post, aku orang pertama yang like kot. Aku tak tahulah dia tak nak tunjuk yang dia tertarik dengan aku ke dia memang tak tertarik dengan aku.

23 February 2023

Rest While I Can

    Sebenarnya, aku sampai rumah aku dua hari lepas tapi aku tak pasti kenapa, aku asyik tidur sejak aku balik sini, mungkin sebab aku penat teramat. Anyway, I still can't believe it's finally over. Aku ingat lagi masa aku nak keluar dari bilik aku, aku termenung sejenak. Aku pandang sekeliling dan aku bisik, 'goodbye.' Macam - macamlah terjadi malam tu tapi nantilah aku cerita kalau aku ada mood.

     I know it's not really over yet and I have a long way to go: another semester, FYP and internship. To be completely honest, I don't know how I'm gonna get through this tapi aku tak nak fikir lagi buat masa sekarang. Aku nak rehat sementara aku boleh rehat.

    Saving aku dah habis dan aku harap sangat takkan ada sale lagi for now sebab aku nak sangat baju Diesel tu.

PS Tally letak muka dia sebagai profile picture dia dekat Instagram and he looks so cute and dreamy. Also, aku jumpa satu denim jacket warna ungu ni dekat H&M and it's so cute. Kalau aku ada banyak duit, aku dah beli jacket ni.

20 February 2023

The End of the Fifth Semester

    It's three past three in the morning and I'm still awake. I'm actually sleepy but I wanna write something before I go to bed.

    Aku ada dekat campus sekarang, ambil barang - barang aku. Aku sampai dua hari lepas. Aku siapkan assignment aku, aku keluar dengan kawan - kawan lama aku, aku letak barang - barang aku dekat rumah kawan lama aku, aku bermalam dekat rumah dia semalam, aku balik sini balik. Inshallah, hari ni, aku balik rumah aku.

    To be completely honest, masa aku nak datang sini balik, aku berat hati sebab aku ada bad memories dengan beberapa ekor malaun dekat sini tapi alhamdulillah, lepas aku keluar dengan kawan - kawan lama aku, I felt better. Plus, masa aku keluar dengan diaorang, aku ada beli satu baju H&M ni and I love it! Tinggal satu saja lagi, saiz aku pula tu, macam memang untuk aku. At first, I wasn't sure nak beli ke tak sebab aku nak simpan duit untuk baju Diesel tu but thank God, tak menyesal aku. It looks cuter in person than in picture.

    Cakap pasal fashion ni, aku ada tengok satu beg Versace ni masa fashion show dia hujung tahun lepas kot. Mula - mula, aku macam, buruknya beg ni tapi lama - lama, aku jadi tertarik dengan beg ni. There's something about it that's weird but in a good way. It's intriguing. Kalau aku ada banyak duit, aku mungkin dah beli beg ni.

    Okay lah, aku dah nak tidur. Esok aku nak kena pack barang - barang aku dan uruskan beberapa hal sebelum aku balik rumah aku.

11 February 2023

Wait for Me

    Aku tinggal lagi tiga assignments nak kena siapkan untuk semester ni tapi ya ampun, aku malas gila nak mampus. End of semester syndrome sangat. Aku dah dalam mood bercuti dan aku tak sabar nak berehat sepuas - puasnya. Ada macam - macam benda aku nak buat cuti semester ni. Aku tak tahulah macam mana aku nak siapkan semua assignments ni sebelum deadline dia which is Khamis minggu depan.

    Anyway, I've still been eyeing that Diesel mesh top. I can't get it out of my head. All I think of is I'm gonna wear it with a black tank top inside, a pair of light blue jeans and a pair of black combat boots. Damn, I'm gonna kill it. At the moment, tak ada sale ke apa lagi which is a good thing sebab aku pun tengah broke, aku tengah tunggu deposit tu. It's gonna be the priciest piece of clothing I've ever bought so far. Also, what drives me to do the assignments is the top, lol.

09 February 2023

I've Never Been So Glad to Be Home

    Tadi, macam biasa, aku keluar, jalan sekeliling halaman rumah aku, ambil udara malam. Ada benda yang trigger aku dan aku jadi sesak nafas. Nasib baiklah malam ni cantik dan cerah so aku boleh tengok bintang - bintang dan aku jadi tenang balik tapi lepas tu, aku jadi sebak pula. Aku rasa lonely dan aku teringat dekat Tally. I really wish he was here.
    
    Ada satu moment yang aku regret asyik bermain dalam fikiran aku baru - baru ni. Ada satu hari tu, mood aku tak berapa baik. Ni sebelum Tally pindah keluar dari block aku. Masa aku masuk block aku, aku terserempak dengan Tally. Dia pakai T-shirt warna beige dan seluar pendek warna hitam. Dia pandang aku, aku pandang dia. Dia pandang aku dengan muka sedih tapi masa tu, muka aku masamlah kot. Aku lepak dekat lounge area, membelakangkan dia dan aku dengar dia basuh tangan dekat singki dekat situ sebelum dia balik bilik dia.

    Entahlah tapi aku menyesal tak senyum dekat dia hari tu. Entah apa yang dia lalui hari tu. Maybe he was having a bad day too. Maybe if I'd smiled to him, I would've brightened up his day and maybe he'd be interested to make friends with me.

    Aku ditawarkan kolej yang sama untuk next semester. To be completely honest, aku agak kecewa sebab aku nak kolej lain but I was told kalau aku decline, aku takkan ada tempat tinggal so nak tak nak, aku kena accept juga. Aku tak tahu aku akan duduk dekat block yang sama ke tak (preferably, aku nak block yang sama sebab aku suka block tu for a number of reasons), siapa roommate aku dan aku akan jumpa Tally ke tak lagi. God, please help me.

08 February 2023

It's Gonna Take Sometime

    Aku tak tahu ada orang baca ke tak blog ni, aku rasa tak ada tapi kalau ada, kau perasan tak dah seminggu lebih aku tak tulis?

    Aku tak tahu macam mana atau dekat mana nak mula tapi pendek kata, ada sesuatu terjadi dekat aku baru - baru ni. Aku tak nak cakap pasal benda ni sebab dia baru terjadi dan dia buat aku trauma. Ever since this thing happened to me, I've been crying. I'm feeling better now than I was days ago but my mental state is still fragile.

    Aku sangat bersyukur ada orang ambil berat pasal aku, bagi sokongan dekat aku, tolong aku dan aku juga sangat bersyukur dekat Allah sebab Dia hadirkan orang - orang baik dalam hidup aku supaya hati aku yang terluka ni terubat balik dan aku percaya Dia tengah jaga aku.

    Tadi, aku keluar, jalan sekeliling halaman rumah aku (ya, aku dah balik rumah sebab benda ni), ambil udara malam dan langit malam ni cantik dan cerah sangat. Bintang - bintang berkerlip macam berlian. Aku terpesona sampai aku lupa pasal masalah aku buat sementara waktu. Aku percaya Allah nak pujuk aku.

    Tiba - tiba, air mata aku menitis. Aku jadi sebak. Aku rasa lonely sangat. I wish Tally was here. I wish I could I talk to him. I wish I could tell him what I've been going through and I imagine he'd give me a big hug and he'd tell me he's here and everything's gonna be okay. I know I don't know him but maybe this is my coping mechanism, to cope with this.