27 January 2022

Tiga Ekor Syaitan

    Aku tak tahulah aku patut cakap ke tak pasal benda ni sekarang sebab benda ni baru terjadi dan benda ni buat aku sangat marah dan aku tak nak marah sebab bila aku marah, aku takkan marah sikit - sikit, aku akan mengamuk dan bila aku mengamuk, aku akan jadi penat jadi aku tak boleh mengamuk sebab aku ada banyak benda nak buat.

    Cerita dia macam ni. Beberapa bulan lepas, aku dapat satu group work ni. Satu group kena ada tujuh orang. Kalau boleh, aku naklah kerja dengan "co-worker" aku sebab aku dah tahu cara dan kualiti kerja diaorang macam mana (in other words, aku dah selesa dengan diaorang) tapi ada tiga ekor syaitan (clearly, diaorang focal point dalaam cerita ni) dari "department" lain ni masuk kumpulan aku. Takkan aku nak halau kot, nanti nampak macam aku yang bermasalah pula jadi aku terima sajalah diaorang.

    Masa awal - awal kitaorang buat kerja tu, diaorang tak cakap banyak. Aku fikir, oh, mungkin diaorang segan kot dengan kitaorang sebab diaorang tak kenal kitaorang. Pada masa yang sama, kitaorang kena buat kerja lain yang deadline lebih awal. Beberapa hari lepas, tiga ekor ni mula bising sebab kerja tak siap lagi padahal deadline kerja ni lambat lagi. Kitaorang tak respond sebab kitaorang tengah focus dekat kerja lain yang deadline lebih awal.

    Diaorang tak puas hati. Diaorang perli kitaorang. Kononnya kitaorang tumpang kerja diaorang lepas tu diaorang nak report kitaorang. Hey, kitaorang pun tahulah tanggungjawab kitaorang. Kalau tak, kitaorang dah lama kena buang kerja. Lepas tu, kerja simple saja pun. Budak sekolah pun boleh buatlah. Tak payah buat macam payah gila nak mampus dan kauorang dah buat banyak kerja. Aku buat seorang diri pun boleh tapi aku kena focus dekat kerja yang lagi penting. Kerja ni, "boss" pun dah cakap, asalkan siap dan hantar, dia takkan tengok pun.

    Kitaorang tetap tak respond. Diaorang mengamuk. Diaorang tag kitaorang semua, diaorang suruh kitaorang respond. Kitaorang pun respond lah, dah nak sangatkan. Diaorang masih perli kitaorang. Apa lagi, kitaorang pun perli diaorang balik. Tak padan dengan "staff" baru, nak cari pasal dengan senior. "Staff" baru masih dalam "training", jadi pun kerja pun tak payah macam kerja kitaorang yang dah senior ni. Aku tak suka guna kad seniority tapi dalam situation ni, kitaorang tak cari pasal dengan diaorang pun. Seekor ni hantar voice message, maki - hamun kitaorang, seekor tu duduk back dia dan seorang lagi dah terdiam.

    Kitaorang tak maki - hamun balik sebab kitaorang professional tapi kitaorang cakap baik - baik. Dia duduk hantar voice message lagi, maki - hamun kitaorang. Lepas tu, aku rasa dua ekor lagi tu dah takut dengan kitaorang kot, diaorang suruh dia berhentilah kot sebab dia tiba - tiba dah tak balas. Hahaha! Lepas tu, kauorang gelabah sangatkan, fine, aku buat masa tu juga kerja tu. Guess what? Tak sampai sehari dah siap. Kan aku dah cakap, kalau aku buat hari deadline pun, sempatlah.

    Aku tak tahulah diaorang report ke tak dekat "boss". Kalau kitaorang dapat teruk, kiranya diaorang report lah. Aku harap sangat kalau diaorang report pun, "boss" tak nak ambil tahu dan aku berdoa Allah berpihak dengan kitaorang sebab Dia nampak everything dan Dia tahu apa yang terjadi, Dia tahu kebenarannya. Kauorang buat tahi dekat kitaorang, aku harap satu hari nanti, ada orang lain pula buat dekat kauorang balik dan masa tu, kauorang rasalah apa yang kita rasa.

    Semalam aku memang marah. Aku boleh rasa ada benda terbakar dalam diri aku sampai aku tak boleh tidur dan sebab tu aku tidur lewat semalam. Aku rasa macam nak mengamuk tapi macam aku cakaplah, bila aku mengamuk, aku akan jadi penat dan aku tak boleh mengamuk sebab aku ada banyak benda nak buat. Aku harap aku takkan jumpa orang macam ni, memang nightmare lah.

PS Kitaorang pun dah report dekat "boss" pasal kauorang, hahaha!

25 January 2022

Now I Understand

    Aku belajar lewat daripada foundation course batchmates aku jadi lepas diaorang dah habis belajar dan bekerja, aku baru nak sambung belajar. Aku perasan diaorang jarang keluar dengan degree batchmates diaorang, diaorang selalu keluar dengan foundation course batchmates kitaorang. Masa tu, aku tak berapa faham kenapa macam tu. Aku pernah tanya seorang kawan aku ni, dia rasa foundation course atau degree lagi syok? Dia jawab, foundation course. Dia tak banyak cerita pasal masa dia buat degree dan aku rasa dia tak enjoy masa dia buat degree.

     Bila aku buat degree, aku ingat dia akan jadi macam foundation course tapi aku salah. Aku ingat foundation course batchmates aku dah cukup fake rupa - rupanya degree batchmates aku lagi fake. Aku tak buat apa pun dekat diaorang, diaorang boikot aku. Orang yang aku ingat kawan pula tikam belakang aku sebab diaorang nak bagi diaorang nampak baik. Degree brings out the worst in people. Masa tu, aku ada dua orang kawan saja dan aku rasa lonely gila nak mampus. Masa tu jugalah, aku baru faham kenapa foundation course batchmates aku tak keluar dengan degree batchmates diaorang.

    Degree mengingatkan aku masa aku dekat sekolah menengah dulu. Orang pakat berlumba - lumba nak dapat A dalam SPM, diaorang sanggup tinggal kawan - kawan diaorang. Bagi aku, diaorang dapat A pun, A tu kosong sebab diaorang dapat dengan cara kotor. Aku tak kata foundation course batchmates aku lebih baik daripada degree batchmates aku, ada ramai saja yang buat tahi dekat aku tapi aku berani kata, hampir semua degree batchmates aku buat tahi dekat aku. Mak aku ajar aku, kalau aku nak berjaya, bukan dengan perjatuhkan orang lain tapi dengan usaha sendiri.

23 January 2022

Living Beyond Your Means

    Masa awal aku kerja dulu, aku kerja dekat satu company ni. Dekat company tu, ada lebih kurang empat puluh staff. Nak dekat semua staff situ orang miskin, cuma beberapa staff orang senang. Boleh nampaklah melalui cara diaorang berpakaian, cara diaorang cakap, cara diaorang bawa diri. Aku bukan kata staff yang senang lebih baik daripada staff yang miskin sebab ada juga staff yang senang jahat dan ada juga staff yang miskin baik. Aku nak kata, sebab ada staff yang senang, staff yang miskin pun rasa macam nak kena ikut diaorang.

    Contoh pertama, aku pergi rumah seorang staff miskin ni masa raya. Aku bukanlah nak hina dia tapi aku terkejut rumah dia dekat tempat yang aku pun tak tahu ada rumah dekat situ. Senang cakap, tempat tu terpencil. Bila aku sampai rumah dia, dekat rumah jiran dia, ada kereta Ford Mustang ke Nissan GT-R macam tu kot. Honestly, aku tak impressed sebab taman tu perumahan kos rendah. Bagi aku, bila rumah kau kecil tapi kereta kau besar, kau nampak bodoh sebab kau tak pandai belanja duit kau. Tak salah orang miskin nak merasa kesenangan but know your priority.

    Contoh kedua, bila aku masuk rumah dia, aku rasa sebak. Kau bayangkan, kau masuk rumah dia, kau terus boleh nampak dapur, betapa kecilnya rumah dia. Tapi dia ni pakai baju yang dianggap disukai rempit macam Boy London, Stussy dan Superdry. Jenama - jenama ni bukan murah ya. Dia siap cerita dekat aku dia pakai yang original punya, bukan dekat uptown. Aku hanya mampu tersenyum judgemental sebab memang aku judge pun. Bagi aku, daripada kau habiskan duit dekat baju ni, baik kau simpan duit, beli rumah yang acceptable sikit.

    Contoh ketiga, walaupun aku dah berhenti kerja dekat situ, aku masih follow diaorang dekat Instagram. Masa Reebok release kasut Instapump, semua staff yang miskin pakat beli sebab nak ikut staff yang senang. Kasut ni bukan murah ya. Aku cuma mampu geleng kepala. Staff yang senang tak apalah sebab kadang - kadang, walaupun diaorang dah bekerja, mak bapa diaorang masih bagi duit dekat diaorang. Staff yang miskin ni, dahlah kauorang kena bagi duit dekat mak bapa kauorang lepas tu kauorang duduk beli kasut yang mahal.

    Ada banyak lagilah contoh diaorang tak ukur baju dekat badan sendiri macam beli kereta besar, motor besar, pergi bercuti sana - sini. Yang peliknya, aku tak pernah nampak diaorang beli barang designer. Seorang tu saja, dia beli kasut Y-3 tapi tu pun dia salah seorang staff yang senang. Mungkin staff yang miskin cuma tahu benda yang basic saja kot. Aku tak dengki pun sebab bagi aku, diaorang tacky, diaorang tak ada taste, aku cuma judge cara diaorang belanja duit diaorang, aku tak dictate pun diaorang macam nak belanja duit diaorang.

    Mungkinlah ada sesetengah orang akan kata dekat aku, eleh, kau mengata dekat orang, kau pun lebih kurang. Ya, aku mengaku dan aku tak nafikan, aku pun kena improve cara aku belanja duit aku tapi bagi aku, observation boleh tolong aku improve cara aku belanja duit aku. Also, aku nak beli kasut Versace tu, aku tak susahkan siapa - siapa, aku cuma susahkan diri aku, lol. Aku jenis berani buat, berani tanggung. Jadi, kalau aku tak boleh beli benda lain dah, aku kena hadaplah. Dan aku tak ada beli barang berbelas atau berpuluh ribu pun.

Balasan

    Masa aku dekat universiti dulu, adalah beberapa ekor syaitan yang hina dan pandang rendah dekat aku sebab aku datang dari salah satu negeri yang kurang maju. Aku tak malu nak mengaku dan aku tak nafikan dulu aku miskin. Dulu, aku duduk dekat rumah kos rendah dan mak aku tak mampu nak beli Milo. Kitaorang beli baju, seluar dan kasut setahun sekali saja, masa raya. Bajet untuk seorang RM100. Tapi mak aku kerja keras nak bagi kitaorang hidup selesa. Dia buat tiga kerja. Dia ajar dekat sekolah waktu siang, dia ajar dekat pusat tuisyen waktu malam dan dia jual aiskrim waktu hujung minggu. Aku dah cerita sebelum ni tapi aku nak cerita lagi. Bukan setakat tu saja, dia jadi warden dekat asrama sekolah dia sebab dia nak buat duit lebih. Dan dia pastikan kitaorang semua belajar sampai degree. Sebab tu sampai sekarang bila aku tengok orang miskin, aku bayang, kalau aku kaya, aku akan bagi duit dekat diaorang sebab aku faham sangat apa diaorang lalui dan aku cukup marah bila orang hina latarbelakang aku sebab diaorang macam perendah usaha mak aku dan semua benda yang aku dah lalui tulah yang menjadikan diri aku hari ni.

    Alhamdulillah, atas berkat kerja keras mak aku, hidup kitaorang makin senang. Kitaorang ada Astro, AC, Internet dan banyak lagi. Syaitan - syaitan ni pernahlah kata aku tak sedar diri. Diaorang tak kata directly, diaorang kata indirectly dan aku tak bodoh. Masalahnya, hanya sebab dulu aku miskin, salah ke aku nak rasa kesenangan? Tak boleh ke? Aku kena terus jadi miskin? Tapi orang kaya tak apa sebab dari dulu lagi diaorang dah kaya? Aku tak adalah acah kaya macam kauorang. Yang lawaknya, macamlah aku tak tahu kauorang pun miskin lepas tu kauorang nak perendah orang miskin yang lain. Double standard sangat. Kauorang tak apply lah benda tu dekat diri kauorang sebab kena batang hidung kauorang. Yang lagi lawak, kauorang acah rendah diri, kononnya walaupun kauorang lebih kaya daripada aku tapi kauorang tak menunjuk. Masalahnya, aku tak menunjuk pun, kauorang yang delusional, kauorang yang nak percaya aku menunjuk. Ee, busuknya hati kauorang, kauorang tak boleh tengok orang lain lebih daripada kauorang. Kalau boleh, kauorang nak aku terus - menerus duduk bawah kauorangkan.

    Allah Maha Adil. Kauorang buat macam tu dekat aku dulu, tengok apa yang jadi dekat kauorang sampai hari ni. Kauorang tak kemana. Kauorang duduk dekat situ saja. Lepas tu, kauorang tengok aku terus membangun, kauorang duduk dengki dengan aku, perburuk aku macam aku pula yang buat salah dengan kauorang. Kononnya sebab akulah, kauorang tak boleh membangun. Er, dah gila ke? Kauorang duduk salahkan orang lain, apa kata kauorang reflect diri kauorang, apa yang kauorang dah buat dekat orang lain. Tak bolehlahkan sebab kauorang tak ada ability nak reflect. Sepanjang hidup kauorang, kauorang asyik salahkan orang lain atas kekurangan diri kauorang dan apa yang jadi dekat kauorang. Sebab tulah kauorang tak membangun. Padan muka kauorang. Balasan sangat. Aku harap kauorang terus hidup macam tu sampai kauorang mati. Tak semestinya bila Allah balas, ada seketul billboard hempap atas kauorang ke apa tapi cara Dia halus. Kauorang jadi gila, buta hati sampai kauorang tak boleh bezakan apa yang betul dan apa yang salah. Tulah, buat dekat orang lagi. Mungkinlah masa tu kauorang tak matang tapi aku tak pernah buat macam tu dekat orang.

21 January 2022

Rant & Babble

    Dah nak dekat seminggu sejak kali terakhir aku tulis. Aku sibuk gila nak mampus minggu ni. Aku ingat kerja aku dah takkan bertambah lagi tapi kerja aku terus bertambah. Honestly, aku dah penat gila nak mampus, Allah saja yang tahu betapa penatnya aku. Kalau aku ikut hati aku, aku nak menjerit, aku nak menangis, aku nak tidur tapi kerja aku tetap banyak jadi nak tak nak, aku kena buat jugalah. Aku rasa lepas ni, aku dah tak nak ambil banyak sangat kerja. Aku ingat aku boleh push diri aku tapi setakat ni sajalah kemampuan aku. Kalau aku ambil lebih banyak kerja, mungkin aku dah mati.

    Speaking of which, aku ada dua benda aku nak cakap sebelum aku tidur. First of all, aku nak cakap pasal seorang "co-worker" aku ni. Aku dah cakap pasal dia sebelum ni. In fact, ada dua post pasal dia. Kalau kauorang nak tahu betapa annoying nya dia ni, silakan baca. Anyway, minggu ni, kitaorang kena siapkan satu projek ni. Aku ajak teammates aku bincang. Semua orang setuju kecuali dia. Dia buat tak balas mesej aku tapi dia baca mesej aku. Aku rasa dia tak puas hati aku selalu jadi ketua dan dia pun nak jadi ketua juga. Masalahnya, masa semua orang pilih aku, kenapa kau pun setuju juga?

    Yang lawaknya, dia cuma berani buat macam tu dengan kitaorang tapi dengan satu team lagi, dia tak berani buat macam tu pula sebab ada seorang teammate kitaorang tu berpuaka. Bila puaka tu mesej semua orang, laju gila dia balas mesej puaka tu. Gelabah perut ke, kepam? Hahaha! Benda ni terjadi lepas dia tak balas mesej aku hari tu sampai sekarang. Lepas tu, bila deadline projek tu dah dekat, dia buat tanya kitaorang, 'guys, bila nak bincang?' Eh, hari tu aku tanya semua orang, kau tak jawab mesej aku. Sekarang, kau baru nak tanya semua orang. Aku saja tak jawab mesej dia balik, biar dia rasa apa yang aku rasa.

    Dahlah tu, yang aku lagi geram dengan dia, dia tak consider orang lain. Kau bagi tahu puaka tu, semua orang free padahal aku dah bagi tahu kau aku ada banyak kerja lain dan kau pun ada banyak kerja dan deadline projek dengan puaka tu lambat lagi. Bila aku bagi tahu semua orang ada banyak kerja, kau buat diam. Lepas tu, nampak akulah yang tak bagi kerjasama, nampak kau yang baik, puaka tu marah dengan aku. Kau memang selfish lah, kepam. Patutlah kau nampak kepam. Kau panggil orang lain kepam, kau yang kepam sebenarnya. Tu pun kau ada hati dekat orang putih. Kau ingat orang putih nak ke dekat kau yang kepam tu? Kau dahlah tak ada identity, kau buat macam kau tak suka aku tapi kau tiru aku. Aku cakap macam ni, kau pun cakap macam ni. Aku pakai macam tu, kau pun pakai macam tu.

    Lepas ni, aku dah tak nak kerja dengan kau, kepam. Biar kau terkapai - kapai seorang diri. Kau dahlah tak ada kawan dan patutlah tak ada siapa nak berkawan dengan kau, kepam. Kau patut bersyukur aku ambil kau, kepam tapi tulah, kaukan kepam. Kau lupa diri, kau ingat kau popular, kau ingat aku perlukan kau. Guess what? Puaka tu pernah cakap dekat aku, dia kata kau little miss nobody. Lepas tu, kau nak ambil hati dia? Hahaha. Kau perbodoh diri kau, kepam. Sigh, kepam, kepam. Sedarlah sikit, kepam. Sekarang kau jadi liberal, kau ingat kau makin cantik? Kau makin kepam lagi adalah, hahaha!

    Anyway, satu lagi benda yang aku nak cakap, adalah hari tu, tiba - tiba, mak aku suruh aku berbaik dengan "kawan - kawan" aku. Aku pun tak tahulah kenapa tiba - tiba mak aku cakap macam tu tapi selalunya bila mak aku suruh buat something, ada sebabnya. Mak aku tak suruhlah aku contact diaorang, mak aku cuma suruh aku unblock diaorang dan biar diaorang contact aku. Honestly, aku masih marah dengan diaorang sebab diaorang gang up against aku. Diaorang gaslight aku, diaorang bela si berkerak tu, diaorang serang aku.

    Yang peliknya, bila aku unblock diaorang, aku perasan diaorang masih simpan number aku sebab bila aku boleh nampak profile picture diaorang dan bila aku simpan number diaorang dekat phone mak aku, aku tak boleh nampak profile picture diaorang. Aku rasa diaorang rasa aku akan datang balik dekat diaorang. Jangan haraplah. Anyway, sejak aku unblock diaorang, aku perasan ada seorang ni duduk tengok WhatsApp status aku. Aku tak tahulah kalau dia sekadar tekan WhatsApp status aku nak bagi hilang notification atau dia duduk screenshot dan menyampai dekat yang lain.

    Lepas tu, aku tak tekanlah WhatsApp status diaorang tapi aku nampaklah WhatsApp status si makhluk badan macam peti ais dua pintu tu. Dia menunjuk dia pergi jalan - jalan, pergi shopping. Eh, dulu kau tuduh aku menunjuk. Sekarang kau menunjuk, OK pula? Aku teringat dulu dia annoyed dengan aku sebab dia rasa aku menunjuk padahal aku tak menunjuk pun. Contohnya, aku pakai iPhone. Aku tak bagi tahu siapa - siapa pun sebab aku tak rasa benda tu big deal pun, ramai orang ada iPhone. Tiba - tiba, ada seorang ni mention aku pakai iPhone dan si makhluk badan macam peti ais dua pintu roll eye dekat aku.

    Nampak sangatlah diaorang punya dengki dengan aku sampai aku tak buat salah pun, diaorang nak percaya aku buat salah juga. Tak apalah, Allah jadi Saksi aku, Allah tahu kebenarannya dan Allah nampak aku tak buat salah pun. Aku tak tahulah macam mana kitaorang nak berbaik balik. Honestly, dia yang kena banyak put effort sebab dia yang banyak buat salah dekat aku. Dia menipu aku, dia hina aku, dia gaslight aku, dia tuduh aku, dia serang aku, dia tikam belakang aku, dia cakap belakang aku dan banyak lagi.

    Aku minta pendapat seorang "co-worker" aku ni pasal diaorang. "Co-worker" aku tu cakap dekat aku, honestly, dia tak rasa aku patut berbaik dengan diaorang sebab apa yang diaorang buat dekat aku tu unacceptable tapi kalau aku berbaik dengan diaorang pun, aku dah tak boleh keluar dengan diaorang lepas apa yang diaorang buat dekat aku dan aku setuju. Aku tipulah kalau aku kata aku tak rindu diaorang langsung tapi pada masa yang sama, aku kecewa dengan diaorang. Aku anggap diaorang macam keluarga tapi aku tak rasa diaorang anggap aku macam tu.

    Also, aku tak pastilah if now is the best time untuk aku berbaik dengan diaorang. Kerja aku tak macam kerja diaorang. Aku bukanlah nak perendah kerja diaorang tapi aku kena buat lapan kerja sekali dan diaorang pula kena buat paling banyak kerja tujuh. Tu pun satu kerja diaorang tak macam kerja sebab diaorang tak perlu tulis apa. Diaorang takkan faham kerja aku. Diaorang pernah kata dekat aku, 'ala, banyak tu pun kau dah nak mengeluh.' Aku rasa kalau diaorang duduk dekat tempat aku, diaorang dah mati sebab diaorang takkan boleh tahan dengan workload dekat sini.

    Aku menyesal jugalah apply dekat sini. Aku sepatutnya buat research dulu. Honestly, aku lebih suka tempat "kerja" aku sebelum ni. Sekurang - kurangnya hampir semua kerja ada kaitan dengan bidang aku. Dekat sini, tiga saja yang ada kaitan dengan bidang aku, yang lain tak ada kena - mengena langsung dengan bidang aku. Bukan aku seorang saja yang pernah cakap macam ni, "co-worker" aku yang cemerlang pun pernah kata benda yang sama. Kalau aku boleh bagi nasihat dekat orang, kau fikirlah banyak kali sebelum kau masuk ni walaupun tempat ni dianggap prestigious.

15 January 2022

Green Converse

    Sebenarnya, aku dah macam tak berminat dengan Converse sebab design dia baru - baru ni tak menarik perhatian aku langsung. Design dia tak kena dengan citarasa aku langsung. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin designers dia dah kering idea. Design dia yang menarik perhatian aku kali terakhir ialah high-tops in aqua tapi tu aku tak tergila - gila nak beli. Also, aku dah tak ada duit sebenarnya, hahaha! Kalau diaorang ambil aku sebagai designer diaorang, aku akan design triple platform high-tops dan aku jamin ramai orang akan beli tapi tulah, aku cuma boleh berangan dan siapalah nak ambil aku, aku cuma seorang manusia dari pekan kecil.

    Anyway, aku dah lama nak high-tops in green. Aku adalah dua pasang warna hijau, satu warna macam teal dan satu lagi macam turquoise tapi aku nak warna hijau macam warna rumput. Dulu Converse ada keluarkan high-tops dalam warna tu sebagai warna basic, bukan warna seasonal (limited edition) tapi sejak bila entah, diaorang dah tak keluarkan high-tops dalam warna tu, mungkin tak laku dan aku kan suka benda yang tak ramai orang suka. Aku cari dekat official website dia tapi ada warna hijau cerah macam mint dan warna hijau gelap saja. Yang warna hijau aku nak tu ada untuk budak - budak saja. Hari ni, aku saja tengok dekat official website dia and guess what?

High-tops in matcha

     OK, this is gonna sound like an overreaction but I am overreacting. Aku rasa macam nak menangis bila aku nampak kasut ni. Dah terlalu lama aku duduk cari high-tops dalam warna ni. Warna dia tak adalah sebiji macam warna aku nak, aku nak warna hijau terang dan warna hijau dia macam pudar sikit tapi barang dekat website selalunya lebih cerah berbanding dalam real life. Aku kena beli kasut ni sebab  aku tak tahu bila pula diaorang nak keluarkan kasut dalam warna hijau macam ni. Ya, aku masih nak beli boots Versace tu tapi aku rasa kasut ni takkan kacau banyak kot bajet aku. Setakat ni kasut ni tak ada lagi dekat kedai yang hantar ke Malaysia dan aku harap sangat aku dapat kasut ni.

PS Kalau makhluk sebesar peti ais dua pintu tu tahu aku duduk beli kasut Converse, dia mesti nak lawan dengan aku, hahaha!

14 January 2022

Random Thoughts #2

    Sebelum aku tidur, aku nak tulis fikiran aku.

    First of all, aku benci gila tempat "kerja" aku ni. Kebanyakan "co-workers" aku adalah orang Melayu liberal (adalah juga beberapa orang non-Malay liberal) jadi diaorang selalu cari peluang nak kecam orang Melayu conservative padahal orang Melayu conservative tak kacau diaorang pun. Diaorang buat macam orang Melayu conservative adalah satu kesalahan. Yang orang Melayu liberal ni punya nak ambil hati orang non-Malay sampai duduk kutuk orang Melayu conservative dengan orang non-Malay liberal. Oh, kalau kitaorang nak kauorang terima kitaorang, kitaorang kena dedah aurat, tak solat, kauorang baru terima kitaorang? Over my dead body. I'll never abandon my faith that's saved me so many times and kept me going.

    Yang orang Melayu liberal tu, ingatlah sikit roots kauorang, kauorang tu Melayu. Yang orang non-Malay liberal tu, hanya sebab ada seorang Melayu conservative buat benda bodoh, kauorang hina seluruh bangsa dan agama terus. Aku bukanlah seorang supremacist dan traditionalist. In fact, aku memang tak ambil tahu pasal hal orang lain langsung. Kauorang tak solat ke, kauorang dedah aurat ke, kauorang menonggeng ke, kauorang minum arak ke, ikut suka hati kauoranglah, aku tak kisah langsung tapi aku kisah bila hanya sebab aku solat dan tutup aurat, aku kena label racist terus. Screw you. Tak ada kena - mengena langsung. Aku harap sangat satu hari nanti, ada orang call out kauorang. Masa tu, kauorang rasalah apa yang kitaorang rasa. Padan muka.

    Next, alangkah indahnya kalau aku kaya. Aku ada banyak benda nak buat yang memerlukan duit. Aku perlu simpan duit untuk veneer, buang tahi lalat, licence. Kalau aku kaya, aku dah beli boots Versace tu, aku tak ada masa nak tunggu sampai lebih setengah tahun dan tu pun, belum tentu akan ada stok ke tak bila sale nanti. Lepas tu, aku nak beli beg, blazer, cincin, jaket, jam tangan, seluar dalam, socks, sunglasses dan T-shirt Versace. Yes, I'm dripping with Versace.

    Orang selalu kata jangan regret benda yang dah lepas. Bagi aku, benda ni tak sihat. Dia macam toxic positivity, dia menidakkan kau jadi perasaan kau terpendam. Kau tak solve apa - apa, kau cuma letak ke tepi masalah tu dan bila kau pendam perasaan, benda tu akan jadi toxic dan dia akan keluar perlahan - lahan. Aku dah jumpa ramai orang yang dulu baik tapi sekarang jahat sebab diaorang ada masalah macam insecurity ke apa tapi diaorang tak address benda dan sebab tulah diaorang jadi bitter. 

    Bagi aku, bukan hiduplah kau tak ada regret langsung. Biasalah kita buat salah lepas tu kita menyesal. Tu baru manusia. Kalau tak menyesal langsung, samada kau robot atau pun psychopath. Antara regret terbesar aku ialah masa aku berhenti belajar masa degree kedua aku. Masa tu, aku dapat course yang aku nak, lepas tu aku dikelilingi orang yang ambil berat pasal aku. Kalau aku tak berhenti masa tu, mungkin aku dah jadi kaya, aku tak perlu "kerja" macam gila macam sekarang.

    Ya, aku tahu, Allah dah takdirkan benda tu tak menjadi tapi deep down, aku masih rasa menyesal. Mungkin bila hidup aku bertambah baik satu hari nanti, baru aku jadi aman dengan hidup aku. For now, aku hidup sajalah dengan rasa penyesalan ni.

    Aku sayang mak aku tapi kadang - kadang, aku ada terasa juga dengan dia. Aku perasan, bila aku sembang dengan dia, dia tak berapa boleh bagi perhatian. Ya, aku faham, dia dah berumur tapi dengan orang lain, dia macam boleh bagi perhatian saja. Tak apalah, daripada aku sakit hati dengan dia, baik aku kurang bersembang dengan dia.

    Aku tak tahu kalau orang lain rasa macam ni juga tapi aku suka waktu malam, dengar bunyi kereta lalu - lalang dari jauh. Bunyi dia sayup saja. Bunyi tu buat aku rasa tenang. Lepas tu, aku suka bila cahaya lampu jalan masuk dalam bilik melalui tingkap. Dulu, depan rumah aku ada lampu jalan dan malam - malam, bila kitaorang dah tutup lampu dan nak tidur, cahaya dia masuk dalam rumah tapi sekarang, jiran aku yang rempit tu buat apa entah, lampu tu dah tak ada.

11 January 2022

My Taste

    OK, ni post syok sendiri jadi jangan salahkan aku pula kalau kauorang menyampah dengan aku. Hari ni aku nak tulis pasal taste aku lepas aku ada baca satu forum ni semalam. Kebanyakan orang dekat forum tu tak minat Versace sebab satu, design dia dan dua, kualiti dia. Pasal design dia, ya, aku setuju, ada design dia yang hauk, nampak murah, serabut dan too crazy tapi ada juga design dia yang cantik, nampak mahal, kemas dan classic with a bit of an edge. Mungkin kebanyakan orang dekat forum tu suka something yang classic. Aku muda lagi jadi aku suka experiment but not too experimental. Pasal kualiti dia pula, aku tak boleh comment lah sebab aku tak pernah ada lagi barang dia tapi aku jenis style over comfort, jadi, bagi aku, kalau benda tu comfortable tapi tak stylish tak guna juga. Ni tak bermaksud aku tak kisah pasal kualiti. Aku sangat pentingkan kualiti. Of course, siapa sanggup bayar beribu - ribu untuk something yang tak berkualiti tinggi?

    Sebelum ni, aku dah pernah tulis sikit pasal taste aku. Aku bukanlah nak claim aku unique ke apa sebab aku bukan snowflake tapi orang lain sendiri yang pernah kata dekat aku macam mak aku, abang aku, kawan aku, stranger dan believe it or not, pengkritik fashion (bukan Kak Zai ya). Orang pernah kata dekat aku, aku ada an eye for fashion sebab aku suka beli dan mix and match something yang tak ramai orang suka tapi aku boleh buat benda tu nampak elok. Tapi ada jugalah orang pernah kutuk sense of style aku, kononnya tak ada apa yang interesting dan macam kain buruk tapi orang yang kata tu pun frumpy jadi aku tak terasa pun, cuma annoyed sebab diaorang patut tengok cermin sebelum nak kritik orang. In fact, ada orang yang kutuk aku lepas tu dia tiru gaya aku.

    Nak develop a style ni bukan senang dan sekejap. It takes years of experimenting and loads of side eyes and insults. Kalau kauorang tengok aku yang dulu dan aku yang sekarang macam bukan orang yang sama. Dulu, aku seorang geek dan aku bukan anak orang kaya jadi aku tak pandai bersiap dan tak ada pakaian yang cool. Tapi, sejak aku dekat sekolah menengah lagi, aku nak jadi bergaya tapi aku cuma mampu tengok orang lain sebab satu, aku tak mampu, financially dan aku tak ada confidence. Bila aku buat degree yang pertama akulah baru aku mula dress up sebab dekat situ ramai orang bersiap. Masa awal - awal aku dress up, aku cuma ikut gerak hati aku dan knowledge aku yang sikit (aku belajar dari seorang YouTuber ni tapi dia dah menghilangkan diri), apa yang aku rasa nampak elok dekat aku jadi ada hari aku nampak elok, ada hari aku nampak macam walking disaster. Aku ingat lagi orang - orang yang pernah sampai tuding jari dekat aku, bisik dekat kawan - kawan diaorang dan gelak kuat - kuat nak bagi aku perasan.

    Sekarang, aku dah selesa dan yakin dengan gaya aku. Dulu, aku rasa insecure nak pakai benda yang cool macam boots dan jacket sebab benda macam ni akan menarik perhatian dan aku tak suka orang tengok aku jadi aku rasa orang boleh nampak yang walaupun aku pakai benda yang cool tapi aku insecure. Mungkin ada orang yang rasa benda ni superficial dan tak penting pun tapi in my experience, benda ni penting sebenarnya. Kalau kau nak dapat kerja, date dan sebagainya, kau kena bersiap. First impression makes a huge difference. Orang nak percaya yang orang tak kisah pun dengan rupa kau tapi let's be honest, kita semua kisah pasal rupa. Yang duduk berceramah diaorang tak kisah pasal rupalah, pakai apalah selalunya orang yang insecure tapi acah confident. Sebab tu orang macam ni selalunya berpuaka for no reason. Aku tengok cara diaorang bawa diri diaorang, cara diaorang berjalan, cara diaorang bercakap aku dah tahu diaorang tak confident sebab dulu, aku pun macam diaorang.

    Cara kau bawa diri kau, cara kau berjalan, cara kau bercakap pun penting. Ada seorang YouTuber ni pernah cakap, the moment you open your mouth, people will judge you dan bagi aku, sebelum kau buka mulut kau pun, orang dah judge kau. Orang tengok cara kau bersiap, cara kau berjalan. Aku belajar cara berjalan dengan tengok model berjalan dekat runway jadi mungkin sebab tulah orang pernah kata dekat aku, kalau aku tinggi, mungkin aku boleh jadi model tapi aku pendek, hahaha. Tak apalah, aku dah terima diri aku seadanya. Aku bersyukur sebab sekurang - kurangnya aku cukup sifat. No offence to orang yang less fortunate. Mungkin kauorang tak cukup sifat tapi mental kauorang sihat. Aku pula kena deal with mental health issues.

    Aku ingat lagi, masa aku buat asasi dulu, aku suka pergi satu kedai photostat ni sebab owner dia, Kak Anis tu sangat peramah dan baik. Dulu dia buat diploma dekat situ juga dan dia pernah bagi tahu aku, antara benda yang dia menyesal adalah dulu dia tak bersiap. Dia cerita dekat aku, lecturer dia sampai tak kenal dia sebab lecturer dia tak pernah tahu pasal kewujudan dia. Masa tu, aku cuma anggap benda tu sebagai cerita tapi bila aku makin berumur, aku baru faham cerita tu. You need to know who to impress and lecturers have connections and if they like you, they might recommend you to their friends who work at big companies. Senior aku (dia dah graduate dan bekerja bertahun - tahun dan dia bagi talk dekat tempat belajar aku) pun bagi tahu benda yang sama. Internship adalah masa paling penting masa kau belajar sebab benda tu boleh menentukan masa depan kau, samada kau dapat kerja atau kau menganggur. Ada seorang alumni universiti aku pun bagi tahu benda yang sama, benda pertama yang interviewers tengok adalah cara kau dress dan cara pembawakan diri kau.

I Hate My Dentist

    OK, aku dah pakai braces nak dekat setahun (dalam tiga bulan lagi). Mula - mula aku pakai braces, aku menyesal gila sebab sakit nak mampus tapi lama - lama, aku sesuaikan diri aku. Sekarang yang aku menyesal ialah dentist aku. Masa awal - awal dia buka kedai dekat sini, dia, suami dia dan staff dia sangat friendly. Aku dan keluarga aku pun suka diaoranglah. Masa tu, dia tak buat braces lagi sebab dia tak buat kursus lagi jadi kitaorang cuma buat scaling dan polishing dan harga dia pun berpatutan. Lepas tu, bila dia (at)tend aku, dia selalu kata dekat aku, kalau aku pakai braces, gigi aku mesti cantik.

    Tapi, sepanjang aku pergi kedai tu, aku ada jugalah pengalaman yang tak berapa enak dengan suami dia. Suami dia moody. Ada satu hari tu, masa aku tengah sembang dengan suami dia, tiba - tiba, suami dia kata dekat aku dengan nada annoyed dan tak berminat, 'lepas tu?' Aku terdiamlah sebab aku terkejut dengan response dia, aku tak sangka dia nak sentap dengan aku. Sejak hari tu, aku cuma cakap dengan suami dia bila suami dia cakap dengan aku dulu. Dekat situ pun dah nampak red flag tapi aku cuma anggap dia memang macam tu.

    Ada satu hari tu, dia bagi tahu aku, dia dah buat kursus jadi dia dah buat braces. Aku pun syoklah dan tanpa fikir panjang, aku terus agree nak buat braces dengan dia. Consultation pertama dengan dia, dia dah tunjuk belang dia. Dia macam tak ada mood nak buat kerja. Dia tak cakap banyak dengan aku. Selalunya, dia mulut murai. Dia pasang braces dekat gigi aku lepas tu dia suruh assistant dia explain dekat aku. Oh, masa ni, assistant lama dia yang friendly tu dah tak ada, ni assistant baru yang bodoh dan bitchy. Tapi, aku tak fikir banyak.

    Consultation seterusnya, dia cuma buat apa yang dia perlu buat lepas tu dia suruh aku belah. Kalau aku tanya dia soalan, dia nak sentap. Masa tu, aku baru sedar, oh, patutlah dia berkahwin dengan suami dia, dia pun moody, diaorang dua - dua moody, diaorang secocok sangat. Aku pernah complain dekat dia button dia letak gigi aku tu tajam lepas tu dia buat tak faham sedangkan dia yang minta pendapat aku. Lepas tu, aku pernah complain dia terlupa nak potong besi dekat belakang lepas tu besi tu duduk cucuk pipi aku sampai berdarah dan dia buat macam aku yang bersalah.

    Yang aku menyampah dengan dia sekarang, gigi aku tak bersepah pun, senget sikit saja jadi patutnya aku kena pakai setahun saja sebab aku tengok seorang YouTuber ni, gigi dia pun senget sikit saja dan dia pakai braces setahun saja. Dah berbulan - bulan aku pakai, tak ada perubahan apa langsung. Masa awal - awal aku pakai, dalam seminggu saja dah nampak perubahan. Dia selalu kata dekat aku benda ni ambil masa. Kau jangan nak kelentong aku. Mungkinlah patient kau yang lain bodoh sebab diaorang orang kampung jadi diaorang percaya saja cakap kau tapi aku tak bodoh, aku tak macam diaorang, aku akan google.

    Aku suspect dia tak nak bagi habis treatment aku awal sebab dia tak nak aku lari dan tak bayar lepas tu. Lain kali, kau buatlah contract, ni kau setakat cakap saja lepas tu kau gelabah patient kau akan lari dan tak bayar kalau kau bagi habis treatment awal. Pakai braces bukan best, nak makan kena berhati - hati sebab kalau tak, bracket tercabut atau wire terkeluar. Lepas tu, tak boleh makan benda keras. Dulu aku makan dalam setengah jam saja, sekarang aku makan sejam lebih. Dulu aku nak recommend kau dekat orang lain tapi lepas kau buat macam ni, kau jangan haraplah.

Gullible

    Adalah seorang co-worker aku ni gullible sangat. Gullible ni synonym untuk naive lah, in other words, senang kena tipu. Aku nak kata dia tak pernah tengok dunia luar lagi, aku rasa dia dah pernah saksi banyak benda sebab dari apa yang dia pernah cerita aku, dia dah lalui macam - macam, lebih daripada aku yang lebih berumur daripada dia. Aku rasa mungkin sebab pengalaman hidup dia, dia nak percaya masih ada kebaikan dalam diri semua orang. Don't get me, aku bukan seorang pessimist tapi aku bukan seorang optimist juga, aku seorang realist dan bagi aku, ada orang baik, ada orang jahat.

    Disebabkan kenaifan dia, dia attract orang yang suka ambil kesempatan atas orang lain. Jadi, dia selalu buat kerja orang lain sebab diaorang akan buat cerita,diaorang sakitlah, sibuklah, apalah. Aku selalu bagi tahu dia untuk stand up untuk diri - sendiri tapi dia kata dia tak sanggup nak mengecewakan orang. Masalahnya, dialah yang penat lepas tu dia duduk mengadu dekat aku. Aku bukan tak nak dengar aduan dia tapi aku jadi geram bila aku dengar cerita dia. Walaupun kitaorang sama saiz tapi orang tak berani pijak kepala aku sebab aku garang.

    Aku bukanlah garang macam acah - acah garang atau garang tak bertempat tapi kalau aku sense orang tu nak pijak kepala aku, aku takkan bagi muka. Mungkin sebab tulah orang tak suka aku, lol, sebab aku tak bagi muka. Ah, pergi mampuslah, tikus - tikus sekalian. Anyway, orang yang dia attract juga suka buat cerita dan dia akan percaya. Contoh pertama, ada seorang "staff" baru ni cerita dekat kawan dia lepas tu kawan dia cerita dekat dia yang "staff" baru tu punya kaya sampai dia tak datang kerja sebab nak pergi jalan - jalan dengan mak bapa dia sambil naik helicopter.

    Aku dengar dia cerita dekat aku, aku terus tergelak. Dia tak faham kenapa aku gelak. Aku bagi tahulah dekat dia, 'babe, aku pernah jumpa orang kaya, dua - dua mak bapa dia hakim pun tak pernah naik helicopter, ni apatah lagi nobody.' Dia katalah, 'tapi, "staff" baru tu memang kaya gila.' Aku tanya dia balik, 'ada bukti?' Dia terdiam. Contoh kedua, ada kawan lama dia pernah cerita dekat dia, dia dah tonggeng ramai orang. Bila aku tak percaya cerita tu, dia kata, 'tapi aku pernah nampak dia masuk rumah dengan orang.'

    Aku tanya dia, 'kau nampak ke diaorang menonggeng dalam rumah tu? Entah - entah diaorang tak buat apa pun. Dalam pengalaman akulah, selalunya orang duduk gebang dia dah tak ada virginity ni masih virgin. Orang yang dah tak ada virginity ni selalunya tak canang dekat orang dia dah tak virgin sebab dia dah biasa dengan benda tu.' Again, dia terdiam. Contoh ketiga, kawan dia cerita dekat aku dia dah pakai braces bertahun - tahun. Aku dah pelik sebab setahu aku, selalunya orang pakai setahun lebih saja, kalau lebih daripada tu, gigi kau memang bersepahlah tapi tu pun tak adalah sampai bertahun - tahun.

    See? Kawan dia pun penipu juga. Entahlah, aku pun dah penat duduk bagi nasihat dekat dia tapi dia tak dengar pun nasihat aku. Kalau kau jumpa makhluk macam seketul makhluk sebesar peti ais dua pintu tu, kau akan menyesal lah simpan orang macam sebab compulsive liar ni bukan setakat menipu tapi diaorang dengki dengan kau lepas tu diaorang akan rosakkan hidup kau. Aku dah pernah kena dan aku serik gila simpan orang macam ni. Kalau siapa - siapa kenal compulsive liar dalam hidup kauorang, kauorang jauhkanlah diri kauorang dan jangan pandang rendah dekat apa dia boleh buat.

Kekeringan Idea

    Sigh, aku pun dah tak tahu nak tulis apa, aku dah kekeringan idea tapi aku nak tulis juga. Takkan aku nak tulis pasal Versace lagi kot? Kalau orang baca blog aku, orang pun menyampah sebab aku asyik ulang benda yang sama tapi aku memang ada duduk perhati satu camera bag Versace ni pula tapi boots Versace tu keutamaan akulah. Kalau aku ada duit lebih dan harga camera bag tu turun, aku beli, kalau tak, aku OK saja sebab aku lebih minat kasut daripada beg tapi kalau aku tak dapat boots tu, aku memang akan jadi sedih sebab aku tunggu setengah tahun lebih kot.

    Ni lah camera bag tu. Dekat official website, stok dah habis tapi stok ada lagi dekat Saks Fifth Avenue. Aku mula minat camera bag lepas aku beli satu dekat Pop & Suki untuk mak aku dan beg tu comel gila. Aku ada beli crossbody bag dekat Zara sebab dekat website, dia nampak cool dan aku menyesal jugalah beli beg tu sebab kali pertama aku pakai beg tu, dia rasa flimsy gila dan aku rasa malu gila sebab dia nampak murah. Aku memang takkan pakai beg tu masa makan malam tempat "kerja" aku nanti. Dahlah aku ada ramai musuh dekat sini.

    Anyway, tadi ada majlis anugerah "pekerja" cemerlang dan akulah antara penerima anugerah tu. Yang sedihnya, aku tak dapat invitation pun. Bila aku sampai, event tu dah separuh jalan. Yang aku menyampah, semua penjilat kasut "boss" dapat anugerah tu juga walaupun kerja diaorang macam sampah. Dahlah tu, diaorang bodoh sombong pula. Tak apalah, anugerah tu bukan kauorang boleh bawa pergi tempat lain pun, orang tak pandang pun. Dekat sini, kauorang bolehlah menunjuk tapi dekat luar, orang tak kisah pun. 

    Lepas tu, aku ada mesej dekat group chat pasal kerja. Tak ada seorang pun balas, hahaha. Lepas aku dah buat baik dekat kauorang dan kauorang perguna aku, kauorang nak boikot aku, go ahead. Aku tak rugi pun. Yang aku meluat, nanti ada orang jawab, yang duduk diam ni lah akan ambil note senyap - senyap. Tak apalah, kauorang buat dekat aku, Allah nampak perbuatan kauorang. Kauorang rasa berkuasalah sebab ramai orang berpihak dengan kauorang tapi kalau Allah berpihak dengan aku sebab kauorang aniaya aku, tak guna juga kalau kauorang ada sepuluh ribu orang pun.

    Also, sekali kauorang buat dekat aku, aku akan ingat selama - lamanya. Oh, kauorang pandai pula, bila kauorang perlu bantuan atau dalam kesusahan, kauorang cari aku. Hahaha. Kauorang jangan haraplah aku akan tolong kauorang lagi. Aku takkan layan kauorang lagi. Kauorang dah kena blacklist selama - lamanya dengan aku. Inshallah, bila aku keluar dari sini, aku akan buat macam aku tak kenal kauorang. Aku harap satu hari nanti, kauorang kena balik apa yang kauorang buat dekat aku lepas tu kauorang rasalah apa yang aku rasa.

    Anyway, tadi, aku ada baca satu blog ni, blog senior aku. Kalau ikut umur, aku lebih berumur daripada dia tapi sebab aku sambung belajar lewat, dia dah graduate, ada kerja dan berkahwin dulu. Aku rasa sedih jugalah mengenang nasib aku. Bagi aku, walaupun dia pun lalui macam - macam dan mungkin dia tak tahu pasal ni tapi aku rasa dia sangat beruntung. Dia lalui kesusahan tapi akhirnya, dia dapat apa yang dia nak. Ramai orang, termasuk aku, lalui kesusahan tapi akhirnya, kitaorang tak dapat pun apa yang kitaorang nak.

    Also, dia ni cantik gila. Keluarga dia dan kawan - kawan dia pun cantik dan aku rasa insecure bila aku tengok gambar dia dengan keluarga dia, kawan - kawan dia. Diaorang tak bersiap pun diaorang dah cantik. Aku pula kena put effort, kalau tak, orang akan kecam aku. Tu pun aku dah put effort, orang masih kecam aku. Lepas tu, ada hari, aku rasa cantik, ada hari, aku rasa buruk. Ni buat aku lagi determined nak buang tahi lalat aku. Aku rasa macam tahi lalat aku ni lah yang menghalang aku daripada rasa cantik sepenuhnya.

    Sekarang, ada tiga ketul jerawat besar gila nak mampus pula naik dekat dahi aku. Alahai, malangnya nasib aku. Sudah jatuh ditimpa tangga lepas tu langgar washing machine sangat. Aku tak adalah insecure macam seketul makhluk sebesar peti ais dua pintu lepas tu duduk dengki dengan orang lain tu sebab aku dah terima "limitation" aku. Apa - apa pun, sekurang - kurangnya muka aku tak macam tikus macam "co-workers" aku, hahaha! Aku cuma harap, satu hari nanti, bila aku tengok cermin, aku suka tengok apa yang aku nampak.

09 January 2022

Oil & Water

    Beberapa tahun lepas, aku jumpa someone bernama Amir. Dia ni bersaiz lebih kurang aku dan sejujurnyalah, dia bukan type aku. Awal - awal aku jumpa dia, dia buat jual mahal dengan aku. Aku macam, 'kau ingat aku nak sangat ke berkawan dengan kau?' Jadi, aku buat macam dia tak wujud tapi entah macam mana, ada satu hari tu, kitaorang boleh bersembang dan tak lama lepas tu, dia block aku. Hahaha. Ya, macam punggung sangat.

    Aku teruskan hidup aku macam biasa dan entah kenapa, ada satu hari tu, aku teringat dekat dia jadi aku add dia (aku dah delete account lama dan buat account baru). Dia approve aku dan dia bagi tahu aku, dia terkejut dan terharu aku masih ingat dia. Masa ni, kitaorang jadi kawan rapat jugalah dan aku pun mula ada perasaan dekat dia (sebagai kawan). Ada satu malam tu, dia bagi tahu aku, dia suka aku. Aku terdiam sebab sejujurnya, aku cuma anggap dia sebagai kawan. Aku tak kata apa dan dia macam termalu jadi keesokan harinya, dia buat kata dia tak serious pun masa dia kata tu.

    Tak lama lepas tu, dia dah tak layan aku. Nampak sangatlah sebenarnya dia suka dekat aku. Jadi, aku pun bawa diri. Beberapa tahun kemudian, aku contact dia balik. OK, masa ni, aku tak ada kawan langsung dan aku lonely sangat masa tu dan entah kenapa dia seorang saja yang aku boleh fikir. Mula - mula, dia tak nak terima aku balik dan yang lawaknya, dia buat cerita macam dia tak layan aku sebab dia sibuk dan aku yang terhegeh - hegeh nak dekat dia. Aku ingatkan dia yang dia pernah bagi tahu aku dia suka aku tapi dia buat - buat tak ingat. Lepas tu, dia tuduh aku stalk dia. Aku maki - hamun dia sampai dia terdiam dan dia cakap baik - baik dengan aku.

    Kitaorang berkawan macam biasa balik dan mula - mula, kitaorang OK saja tapi aku boleh rasa macam dia masih tak puas hati sebab aku tak kata aku suka dia balik jadi dia macam passive-aggressive dengan aku. Lepas tu, dia macam nak bagi aku jealous, cerita pasal partner dia yang entah wujud ke tak. Aku bagi tahulah dia yang aku sayang dia tapi sebagai kawan saja dan dia macam lagi marah dengan aku. Again, nampak sangatlah sebenarnya dia suka aku tapi dia tak nak mengaku. Instead, dia buat cerita yang aku terhegeh - hegeh nak dekat dia. Aku cakap terus - teranglah dia bukan type aku dan dia terus block aku. Aku ada minta maaf dekat dia tapi dia kata dia dah tak boleh terima aku lagi.

    Sejujurnya, aku rindu jugalah dia sebab aku rasa kitaorang sebulu tapi sebab dia bitter dengan aku dan tak boleh move on, kitaorang tak boleh berkawan. Some people are like oil & water, they can never mix, no matter how hard they try. Tak apalah, aku pun dah block dia. Jangan dia menyesal dan cari aku balik nanti sudah bila aku dah move on.

08 January 2022

Versace, Versace, Versace

    OK, aku bukan nak cakap pasal boots Versace tu saja, aku ada benda lain juga nak cakap tapi aku nak mulakan dengan boots tu dulu. Aku pun tak pastilah kalau harga boots tu memang akan turun June nanti atau December nanti (macam Zara, harga barang winter turun masa summer, June, harga barang summer pula turun masa winter, December, logical lah, siapa nak pakai barang winter masa summer dan barang summer masa winter). Kalau June, tinggal kurang daripada enam bulan lagi tapi kalau December, tinggal kurang dari dua belas bulan lagi dan aku dah penat duduk tunggu, tengok setiap hari saiz aku ada ke tak lagi tapi pada masa yang sama, aku nak kena simpan duit supaya kalau harga turun nanti, aku mampu beli.

    Aku tahu, orang mesti fikir, kau dah ada banyak kasut, kenapa kau nak beli lagi? Dengan duit tu, banyak benda lain kau boleh buat. Aku tahu, aku tahu. Ya, aku mengaku dan aku tak nafikan, RM2800 (kalau harga turun dari RM5600) tu banyak untuk sepasang kasut yang kemungkinan besar aku takkan pakai pun sebab aku sayang lepas tu nak pakai dekat sini? Dekat sini, kemungkinan besar aku saja yang akan ada boots Versace (not bragging, just stating the probable fact because I don't know anyone who own Versace boots and I've never seen anyone wear them) tapi aku takkan justify sebab memang tak ada justification pun. Aku cuma boleh kata, aku nak merasa ada barang designer, first-hand, bukan second-hand.

    Ya, aku asyik cakap pasal boots tu sebab aku memang peghak pun (tak nak kata jakun sebab offensive) dan aku tak malu nak mengaku. Aku pernahlah tengok orang pakai barang designer dekat Instagram tapi aku tak pernah tengok dalam real life dan aku nak tahu jugalah, berbaloi ke, bagus sangat craftsmanship dia yang sampai harga beribu, ni asyik dengar orang saja cakap, pungpangpungpang tapi tak pernah nampak orang tu pakai pula barang designer. Sekurang - kurangnya kalau aku dapat beli nanti, aku ada pengalaman aku sendiri, tak adalah cakap kosong. Lepas tu, macam ada seorang perempuan ni cakap, dia beli barang designer sebagai trophy untuk milestone dalam hidup dia.

    Anyway, tadi aku keluar kejap, jalan dalam halaman rumah aku, ambil udara malam (lepas tu jiran aku yang selalu mabuk tu balik kejap lepas tu keluar balik, spoil mood aku). Ada banyak benda yang bermain dalam fikiran aku. Satu, bila aku tengok langit, aku rasa kecil sangat, termasuklah masalah - masalah aku dan aku teringat ada kehidupan lain, bukan dekat sini saja. Alangkah bagusnya kalau tak ada gangguan macam jiran aku tu dan ada someone untuk teman aku. Dua, aku rasa aku jadi depressed balik sebab aku balik sini dan sini ada terlalu banyak memori buruk. Aku rasa kalau aku balik sana, depression aku mungkin akan menghilang.

    Tiga, aku memang dah tawar hati dengan "co-workers" aku. Diaorang perguna aku lepas tu sekarang diaorang buat tak kenal aku. Diaorang memang layak kena campak masuk sungai. Aku bukan tak tahu diaorang perguna aku, aku tahu tapi aku cuba untuk jadi baik tapi aku dah tak boleh tahan. Sekarang, kalau siapa nak mengadu dekat aku ke apa, aku takkan layan. Carilah orang lain. Nak terasa dengan aku, aku pun terasa dengan kauorang. Aku dah deactive Instagram aku dan aku plan nak delete dan buat baru lepas aku habis "bekerja" dekat sini. Kali ni, aku akan cuma bagi orang yang aku OK follow aku. Aku juga plan nak tukar nombor aku bila aku beli iPhone 15 nanti.

    Aku tak sabar nak belah dari sini, keluar dari WhatsApp group dan menghilangkan diri. Aku benci gila dengan hampir semua orang. Hampir semua orang dekat sini fake, self-absorbed dan selfish. Diaorang buat macam diaorang saja ada masalah, orang lain tak ada masalah. Lepas tu, masalah diaoranglah paling, masalah orang kecil saja. Screw you. Masalah aku tak boleh dibandingkan dengan masalah kauorang sebab kalau kauorang lalui apa yang aku lalui, mungkin kauorang dah bunuh diri sebab tak tahan. Dahlah bodoh, sombong pula tu, perasan bagus. Kalau kauorang bagus sangat, kenapa kena jilat kasut "boss"? Lepas tu duduk dengki dengan aku sebab "boss" asyik puji aku.

    Empat, abang aku dapat kerja dekat luar negara tapi sekarang dia kena kerja dekat rumahlah sebab sekarang tak boleh pergi luar negara. Aku dengar dia sembang dengan co-workers dia yang dari negara tu dan aku harap aku pun satu hari nanti dapat kerja dekat luar negara. Don't get me wrong, aku lebih suka duduk dekat sini tapi aku pun nak ada pengalaman kerja dekat luar negara juga, bukan dengar orang lain saja cakap besar dan aku tak peghak pun sebab aku ada kawan dari luar negara. Aku takut jugalah kalau lepas ni aku tak ada kerja macam dulu. Nak dekat lima tahun kot. Fikir saja dah nak buat aku menangis terkenang hidup aku masa tu dan masa yang terbuang macam tu saja.

    Aku pun tak tahulah apa perancangan Allah untuk aku, kalau fikir pasal masa depan, buat serabut kepala saja jadi aku cuma mampu berdoa dan berharap untuk yang terbaik. Alhamdulillah, selama ni, Allah lindung aku daripada orang yang tak baik untuk aku, Dia buang orang tu daripada hidup aku walaupun aku sayang orang tu. Dulu, aku tak faham kenapa orang yang aku sayang diambil daripada aku tapi sekarang, aku dah faham. Allah tak nak aku terus hidup dalam lembah maksiat. Dia nak aku jadi bahagia. Tapi tak bermakna aku tak boleh terus sayang, berdoa dan berharap untuk yang terbaik untuk orang tu.

    Finally, aku tak tahu bila Allah nak ambil mak aku daripada aku. Mak aku kejap sihat, kejap sakit. Tapi dalam kesakitan dia, dia masih boleh senyum. Ya Allah, aku sayang sangat mak aku. Aku tahu mati itu tapi janganlah Kau ambil dia daripada aku, aku terlalu menyangi dia dan aku tak boleh terima. Aku tahu hanya Kau yang boleh berikan aku kekuatan untuk melalui apa saja tapi aku tak sanggup. Kalau boleh, aku nak pergi dengan dia dan sebelum dia pergi, aku nak buat dia bahagia. Dia dah banyak berkorban untuk aku, terlalu banyak. Dia korbankan hidup dia, kebahagiaan dia, segala - galanya untuk aku dan abang - abang aku. Sesungguhnya, dia seorang ibu yang baik.

    Kadang - kadang, aku rasa macam dunia tak adil sangat. Aku dah lalui macam - macam tapi aku masih dekat sini. Orang dah buat macam - macam dekat aku tapi diaorang boleh bergerak ke hadapan. Patutnya diaorang yang masih dekat sini sebab apa yang diaorang buat dekat aku dan aku yang patut bergerak ke hadapan. Hanya Allah saja tahu apa yang aku pernah lalui. Orang lain yang tak pernah lalui apa yang aku lalui, macam "co-workers" aku, takkan pernah faham sebab diaorang ingat macam masalah aku kecil saja, boleh diselesaikan. Screw you, seriously. Duduk kata kata aku, 'tak apa, ada jalan keluar.' No, jalan keluar cuma ada bila Allah yang bagi, bukan kau.

    Lepas tu, bila aku terus cerita, kau pun terus tak balas, biar conversation tergantung sebab kau dah tak nak dengar, sebab kau "positive" jadi kau kena unwind. Seriously, screw you. Aku harap kau akan rasa apa yang aku rasa. Kau lalui apa yang aku lalui lepas tu tak ada siapa nak dengar rintihan kau. Padan muka kau. Aku nak tengok kau boleh maintain tak "positivity" kau masa tu. Kau nak sembang pasal designer brand, kau sembang seorang diri, aku tak berminat nak dengar cakap kosong kau tu, macam tin kosong. Kau bukan seorang manusia, kau seekor makhluk yang jijik dan tak bermoral. Aku harap kau dapat balasan atas perbuatan kau.

    Dahlah, aku dah nak tidur sebab dah nak dekat pukul empat pagi dan aku nak kena siapkan sekurang - kurangnya dua kerja esok. Also, aku plan nak tulis dalam Bahasa Inggeris balik, dalam blog lain pula sebab aku rasa macam Bahasa Inggeris aku makin berkarat sebab aku duduk tulis dalam Bahasa Melayu. Aku bukan tak nak tulis dalam Bahasa Melayu tapi dekat tempat "kerja" aku, kebanyakan masa, aku kena tulis dalam Bahasa Inggeris jadi aku kena jadi proficient.

Ugh

    OK, aku ada satu confession. Aku suka tengok Say Yes to the Dress dekat TLC. Aku pun tak tahu kenapa, aku tak minat pun baju pengantin lepas tu bakal pengantin dalam show tu dramatic gila nak mampus. Tapi, aku bukan nak cakap pasal show ni, aku nak cakap pasal iklan yang duduk muncul dekat channel tu, iklan pasal shows dari satu negara ni. Aku dah pernah cakap sikit pasal negara ni sebelum ni dan aku tak tulis nama negara tu sebab nanti ada orang tak puas hati pula sampai nak bakar rumah aku.

    Yang aku menyampah dengan iklan pasal shows dari negara tu, diaorang try hard gila nak mampus nak tunjuk yang diaorang tak racist. Diaorang buat macam diaorang boleh terima semua orang, tak mengira agama atau bangsa. Lepas tu, diaorang suka buat macam diaorang deep dan intellectual, letak lagu yang kononnya deep padahal aku rasa diaorang tak faham pun lagi tu lepas tu diaorang dahlah shallow dan superficial, negara diaoranglah antara negara yang paling banyak rakyat buat pembedahan plastik.

    Ni aku nak cerita sikitlah. Dulu, aku pun suka tengok shows dari negara tu tapi makin lama, aku makin rasa diaorang fake. Ada satu show ni buat macam diaorang semua sepakat, hormat - menghormati, boleh bekerjasama tapi ada satu episod tu, ada seorang perempuan ni tonyoh muka perempuan satu lagi ni dekat camera (insert a fake laugh track here and a cute caption). Aku terkejut jugalah sebab kasar gila nak mampus. Tu bukan melawak, tu dah membuli. Perempuan satu lagi tu buat gelak tapi aku rasa sebenarnya dia nak menangis. Tak lama lepas tu, ada seorang member perempuan yang tonyoh muka perempuan satu lagi dekat camera tu (diaorang satu band) bagi tahu perempuan tu pernah tonyoh muka dia. Kiranya, memang perempuan tu pembulilah, MO pun sama tapi diaorangkan buat macam diaorang hidup dalam harmoni.

    Ada satu show ni pula, guest akan cerita pasal pengalaman diaorang dekat negara tu dan boleh nampak, bila guest tu orang putih, diaorang jadi teruja gila nak mampus, pakat merembes tapi bila guest tu orang Asia juga ke atau orang kulit hitam, diaorang jadi macam tak berminat. Hmm, kauorang buat macam kauorang tak racist, boleh terima semua orang, tak mengira agama atau bangsa tapi clearly, kauorang cuma tak racist dengan orang putih tapi racist dengan kaum lain.

    Aku tak kata negara ni negara paling teruk dekat dunia, ada negara lain lagi teruk. Abang aku pun pernah pergi negara ni dan dia cakap orang dekat situ sangat sopan. Aku pun pernah ada seorang kenalan dari negara tu dan dia OK saja jadi aku jamin diaorang pun ada yang baik. Also, orang dekat negara lain pun, termasuk negara kita ada juga yang racist dan sebagainya tapi aku rasa diaorang try hard sangat nak tunjuk diaorang baik. Aku pun dah tak tengok shows dari negara tu sebab fake sangat.

    Siapa peminat shows dan bands dari negara tu, jangan bakar rumah aku pula ya, hahaha!

06 January 2022

"Kawan" Fake

    Aku pernah cerita pasal dia ni sebelum ni. Dia ni "co-worker" aku dan masa awal - awal aku kenal dia, aku ingat dia seorang yang cool dan laid-back jadi aku tertarik dengan dia (bukan tertarik macam nak date dia tapi tertarik macam nak berkawan dengan dia). Kebetulan pula, kitaorang ada minat yang sama iaitu shopping tapi lama - lama aku berkawan dengan dia, aku makin sedar yang dia ni fake.

    Adalah satu hari tu, aku mengadu dekat dia pasal seorang "co-worker" aku dari "department" lain ni. Macam biasalah, dia akan cakap, 'kesian you. Be strong, OK? You can do this!' Masa tu aku tengah cerita kot. Dia macam seolah - olah nak mendiamkan aku. Bila aku teruskan cerita macam biasa, aku tak respond dekat response dia yang tak ikhlas tu, dia masih cakap, 'kesian you. Be strong, OK? You can do this!' Aku terus bercerita juga dan tahu dia kata apa? Dia kata, 'OK, apa yang you nak I cakap?'

    Hahaha, nampak sangatlah kau tak nak dengar pasal masalah aku, kau kan "positive" dan bagi kau, aku "negative". Tak, aku real dan kau fake. Kau bagi tahu aku, 'you can tell me everything, I'm always here for you,' tapi kau kata semua tu nak bagi kau nampak macam kau kawan yang baik. Tapi bila kau cerita pasal masalah kau dekat aku OK pula, aku dengar saja, aku tak dismiss kau macam kau buat dekat aku. Also, bila kau tanya aku apa yang aku nak kau cakap, kau buat macam aku pula yang bersalah.

    Sejak hari tu, aku jadi tawar hati dengan dia sebab aku dah nampak belang dia dan belang dia buruk macam zebra pants jadi aku dah tak mengadu dekat dia tapi adalah satu hari tu, aku tercakap dekat dia, 'aku geramlah dengan co-workers kita, bila aku text dekat group chat, tak ada siapa balas.' Cuba teka dia kata apa? 'Ala, kau kan insecure.' Excuse me? Aku insecure? Kau yang insecure, sebab tu kau tiba - tiba tukar cara kau berpakaian. Kau ingat kau cantiklah tapi nampak lagi kepam adalah.

    Lepas tu, aku pernahlah buat lawak yang aku dah rasa tua. Macam biasalah, dia buat "positive", kata dekat aku, 'tak apa, age is just a number.' Aku balaslah, 'eh, aku bahagia saja dengan umur aku.' Aku rasa dia dah termalu jadi dia lawan balik, 'tapi bila - bila boleh mati.' Oh, kau dah termalu sebab kau salah faham lepas tu kau tak nak mengaku dan kau libas balik dekat aku.

    Dia ni juga suka spoil mood orang. Contohnya, bila orang pakat syok bersembang, dia pun nak join juga lepas tu bagi pendapat dia yang berbaur politik tu. Memang kena ke bagi pendapat kau? Kau tak boleh duduk diam dan dengar saja? Tak ada siapa nak dengar pendapat kau yang tak bernas tu. Kau ni attention whore lah. Tak dapat cukup perhatian kot.

    Banyaklah benda lain lagi yang buat aku rasa dia ni fake. Contohnya, dia buat jadi feminist lah, dia buat macam dia all for individiuality lah. Dia selalu kata, 'biarlah orang buat apa yang diaorang nak, asalkan diaorang bahagia.' Kau sebenarnya apply benda tu dekat diri kau kan? Kau kan dah tak sharia-compliant. Mari aku bagi tahu kau, kalau benda tu dah haram, tetap haram. Bahagia dekat dunia tapi tak semestinya bahagia dekat akhirat.

    Sekarang, aku malas nak cakap dengan dia sebab setiap kali saja dia buka mulut, ada saja benda yang menyakitkan hati aku keluar dari mulut dia. Dia ni antara makhluk paling fake yang aku pernah jumpa. Patutlah kau tak ada kawan. Entah apa dia cakap belakang aku. Bila aku dah tak "kerja" dekat sini, jangan haraplah aku nak keep in touch dengan kau. Kau dan fake positivity kau tu boleh pergi mampus.

01 January 2022

Unboxing?

    Aku ada plan, kalau aku dapat beli kasut Versace tu, aku nak buat post aku unbox kasut tu tapi aku tak pasti aku patut buat ke tak. Niat aku bukan nak menunjuk dan mana ada orang baca blog aku pun tapi lebih kepada syok sendiri. Tapi aku ada baca dan aku tak tahu betul ke tak tapi ada orang kata, evil eye ni bukan setakat boleh buat orang jatuh sakit tapi dia boleh buat barang rosak. Aku takut kalau aku post gambar kasut tu nanti kasut tu rosak. Dan orang kata, kalau rasa tak pasti, baik jangan buat. Sigh. Tak apalah, biar aku syok seorang diri dengan kasut tu  dan mungkin aku akan post authenticity card saja sebagai bukti aku tak cakap kosong. Inshallah, kalau aku jadi kaya satu hari nanti, aku nak bina walk-in closet macam walk-in closet Kylie Jenner lepas aku boleh usha kasut tu bila - bila masa.

     Cantikkan walk-in closet dia? Aku suka walk-in closet dia sebab selalunya walk-in closet cat putih tapi aku rasa cat ni dengan lighting tu buat walk-in closet tu rasa seksi. Bukan seksi macam nak buat benda pelik - pelik ya tapi seksi macam romantik. Kalau aku, aku takkan letak meja dekat tengah - tengah sebab aku rasa menganggu, aku akan letak sofa dekat situ jadi aku boleh duduk dan usha kasut - kasut aku dan kalau aku rasa macam nak lepak, solat dan tidur dalam walk-in closet aku pun boleh. Aku pernah google dan tengok dekat YouTube walk-in closet dekat Malaysia dan tak banyak. Kebanyakan simpan dalam almari saja. Kalau ada pun, tak banyak yang aku minat. Aku rasa sebab kos nak bina walk-in closet ni berpuluh ribu.

Kepam

    Adalah seorang "co-worker" aku ni. Dia selalu kata orang Melayu kepam padahal dia pun Melayu juga. Aku geramlah sebab walaupun aku ada campuran (mak aku yang kata) tapi aku tetap ada darah Melayu jadi kau nak kata aku pun kepam ke? Aku tak kepam pun, kau yang kepam. Kalau kau insecure dengan diri kau, kau tak perlu heret orang lain. Lepas tu, dia selalu kata orang putih elok. Ya, orang putih ada "kelebihan" sebab diaorang ada features yang dianggap "elok" tapi tak semua orang putih elok dan ada orang Melayu lebih elok daripada orang putih. Aku bukanlah nak junjung orang Melayu dan aku bukanlah nak bangga aku ada kawan orang putih tapi aku memang ada kawan orang putih jadi aku rasa pemikiran kau sempit sebab kau tak pernah betul - betul tengok dunia luar, kau cuma tengok melalui TV dan computer.

    Ada seorang "co-worker" aku ni pula selalu ambil peluang untuk menghina orang Melayu dan Islam dan aku tak nak sebut kaum dia tapi senang cakap, dia selain Melayu. "Co-workers" aku yang selain Melayu yang lain tak melalak pula macam dia. Aku tak tahu apa masalah. Hanya sebab ada seorang Melayu buat benda bodoh, kau hina semua orang Melayu dan Islam terus. Yang lawaknya, dia sendiri pernah mengaku dia tak ada ramai kawan selain Melayu. Orang selain Melayu pun tak nak berkawan dengan dia dan bila dia buat macam ni, orang Melayu pun tak nak berkawan dengan dia. Lepas tu, dia pernah buat sedih sebab orang tak nak berkawan dengan dia, konon - kononnya orang tak faham dia. Orang terasa dengan kau sebab tu orang tak nak berkawan dengan kau, bukannya sebab orang tak faham kau.

Kenapa Blog Aku Tak Muncul Dekat Google?

    Aku tak tahu kenapa tapi bila aku cari blog aku dekat Google, tak ada. Ya, sebelum ni, aku tak buat blog ni muncul dekat Google sebab aku tak nak orang jumpa blog ni tapi lepas tu, aku ubah fikiran sebab aku fikir, mungkin aku boleh tolong orang dengan penulisan aku. Aku dah post banyak kot tapi dia masih tak muncul dekat Google. Aku boleh saja cari blog aku yang pertama dekat Google. Adakah blog aku kena shadowbanned dengan Google sebab penulisan aku agak berkontroversi? Blog yang penulisan entah apa - apa, cedok dekat Wikipedia boleh muncul pula dekat Google.

Kerja Group vs Kerja Individual

    Aku rasa kebanyakan orang lebih suka kerja group berbanding kerja individual sebab kalau kerja tu berat, kau tak rasa berat sangat dan bersendirian sebab ada orang lain.Tu kalau kau dapat teammates yang OK lah tapi kalau kau dapat teammates yang tak OK, yang gelabah, yang pentingkan diri - sendiri, yang tak buat kerja? Kerja yang ringan pun jadi berat. Kerja tu terngiang - ngiang dalam kepala kau selagi kerja tu tak siap.

    Bagi aku, yang bagusnya kerja individual ni, kau boleh pastikan gaya dan kualiti kerja tu mengikut standards kau. Lepas tu, kalau deadline kerja tu lama lagi, kau boleh siapkan kerja lain dulu sebab tak ada orang nak bising, 'bila kita nak mula buat kerja ni ya?' Tapi, yang menakutkan pasal kerja individual ni, kalau kerja tu berat, kau kena tanggung seorang diri dan kau tak boleh salahkan siapa - siapa selain daripada diri kau sendiri.