24 February 2022

Lupa Diri

    Masa aku buat degree dulu, adalah seorang lecturer aku ni favour student yang anak orang kaya. Ya, dia jenis pandang harta, status dan sebagainya. Mula - mula, aku ingat dia favour siapa yang jilat kasut dia tapi lama - lama, aku perasan student yang dia favour semua anak orang kaya, samada baru balik dari luar negara atau belajar dekat international school. Dia selalu sembang dengan diaorang saja, gelak dengan diaorang dan puji diaorang. Bila student yang anak orang miskin nak jilat kasut dia, dia sepak muka student tu sampai student tu takkan berani nak jilat kasut dia lagi. Dia bukanlah jahat gila nak mampus sebab dia selalu puji aku juga tapi bila aku dapat tahu daripada someone yang dia pandang rendah dekat aku sebab aku bukan anak orang kaya, aku menyampahlah.

    Kau pun dulu anak orang kaya ke yang nak pandang rendah dekat anak orang miskin? Takkan? Sebab tu kau tak pernah cerita pasal yang lepas, kau cuma cerita pasal yang sekarang. Kau cerita betapa kayanya kau, suami kau pun kaya, lepas tu, anak - anak kau semua tak belajar dekat sini, belajar dekat luar negara. Kalau ada pun, diaorang belajar dekat inernational school. Anak - anak kau juga pandai dan open-minded sebab kauorang kononnya bukan typical Malay jadi cara parenting kauorang macam orang putih. Pergi mampus. Ingat Allah kisah ke? Kalau ibadat tak jaga, tak ikhlas, tak guna juga, babe. Kau buat macam kau westernised tapi muka kau tetap kampung. Dahlah kau mengajar pun tak berapa tepat. Lepas tu, kau rasa terancam dengan aku sebab ada benda aku lebih tahu daripada kau.

    Lupa diri. Kau ingat sikit asal - usul kau lepas tu nak pandang rendah dekat anak orang miskin. Masa kelas terakhir, kau cakap dekat kitaorang, kalau jumpa lagi, tegurlah. Jangan haraplah. Buat apa aku nak tegur kau sedangkan kau pandang rendah dekat aku sebab akukan anak orang miskin. Walaupun aku anak orang miskin tapi sekurang - kurangnya, aku tak lupa diri, aku ingat asal - usul aku. Alhamdulillah, walaupun sekarang keluarga aku lebih senang berbanding dulu, aku selalu ingatkan diri aku pasal zaman silam aku. Orang macam kaulah yang buat aku takut nak jadi senang. Aku takut sangat aku akan jadi lupa diri macam kauorang jadi aku harap sangat aku takkan jadi macam tu. Kau rasa kau bagus sangatlah? Kau dah lupa, Allah yang berkuasa, dia boleh tarik kesenangan kau bila - bila masa.

Sold Out

    Sebelum ni, aku pernah bagi tahu salah satu kasut dalam wishlist aku ialah Converse high-tops dalam warna matcha. Dah berbulan - bulan aku duduk cari online store yang jual kasut tu dan hantar ke Malaysia. Tadi, tiba - tiba, aku terasa macam nak tengok dekat satu online store ni, Next Direct. Aku pernah beli Converse low-top platform dalam warna hyper pink dekat situ dan service dia bagus gila, dahlah shipping percuma lepas tu laju pula tu, kasut tu sampai dalam seminggu saja kot walaupun dari UK. Sebenarnya, Next Direct adalah salah satu online store yang aku duduk cari kasut tu tapi tak ada pula. Jadi, aku pun tengoklah. Guess what?

    Kasut tu dah ada! Aku pun cepat - cepatlah tengok saiz aku ada ke tak lagi. Ada. Aku pun apa lagi, aku terus add to bag tapi yang peliknya, aku tak boleh check out. Aku dah takut diaorang dah tak hantar ke Malaysia, mungkin sebab COVID-19. Bila aku tengok bag, dia kata saiz tu dah sold out. Ya, laku gila warna tu (Converse, take note, people love lush green). Aku pun peliklah sebab aku boleh add to bag, kalau sold out, aku tak boleh add to bag. Masa tu, aku dah bersedia nak give up, mungkin aku dah terlewat dan aku kena tunggu orang return kasut tu atau mungkin aku tak ada rezeki tapi tiba - tiba, aku terasa macam nak contact customer service dia.

    Aku pun contact lah customer service dia dan ada seorang lelaki (dari UK) chat dengan aku. Dia tanya aku apa masalah aku. Aku pun bagi tahulah dia dan dia tanya aku kasut apa yang aku nak beli dan aku nak order dari mana. Aku pun bagi tahulah dia. Tak lama kemudian, dia bagi tahu aku saiz tu memang dah sold out. Masa tu, aku rasa kecewa gila sebab aku dah tunggu berbulan - bulan kot. Tiba - tiba, dia bagi tahu aku, diaorang akan restock March nanti. Aku macam, alhamdulillah! Aku harap sangat masa diaorang restock nanti, saiz tu takkan sold out dan aku akan sempat beli kasut tu. Aku nak sangat kasut tu. Aku dah lama nak kasut warna hijau.

20 February 2022

Reddit

    Aku suka baca comment dekat Reddit sebab kadang - kadang, aku akan jumpa comment yang lawak gila nak mampus tapi kebanyakan masa, aku akan jumpa comment yang dahlah tak lawak langsung lepas tu menyakitkan hati, terutama sekali dekat satu subreddit negara aku ni.

    Dekat Reddit, any form of hate (racism, religious discrimination, sexism) and hate speech won't be tolerated and will result in permanent ban tapi dekat subreddit tu, memanjang comment pasal orang Melayu dan Islam tapi tak ada kena banned pun.

    Aku tahu geng yang duduk comment dekat subreddit tu. Geng tu selalunya samada lepak dengan sesama diaorang atau orang Melayu yang insecure dengan diri - sendiri lepas tu nak ambil hati geng tu sebab diaorang berangan nak berkahwin dengang geng tu jadi diaorang kutuk kaum diaorang sendiri.

    Geng ni, bila kau bagi tahu diaorang kau nak solat kejap masa kerja, diaorang akan buat muka padahal solat tak sampai 10 minit pun dan macamlah kerja boleh siap dalam 10 minit. Bila diaorang nak sembahyang ke apa pula, orang tak buat muka pula.

    Aku ada saja kawan non-Muslim dan diaorang respect saja kepercayaan dan lifestyle aku dan aku pun respect kepercayaan dan lifestyle diaorang. Diaorang tak pernah pula hina agama aku dan kitaorang kawan rapat ya, bukan setakat tegur hi-bye.

    Sebenarnya, kauorang yang racist dan supremacist. Kauorang buat macam kauorang superior daripada kitaorang tu racial superiority lah, mangkuk. Kalau kauorang bagus sangat, kauorang tak perlu cakap pasal kitaorang, menyibuk pasal hal kitaorang.

    Geng ni juga selalunya pandang tinggi dekat orang putih. Semua benda orang putih buat bagus, hahaha. Nampak sangatlah kauorang tak pernah ada pengalaman berkawan dengan orang putih. Kalau ada pun, setakat tegur hi-bye lepas tu terus assume diaorang baik.

    So pathetic. Sebab tu duduk berkampung dekat situ sajalah. Duduk berangan nak berkahwin dengan orang putih, duduk dekat luar negara. Mesti muka buruk di sebalik screen, duduk rasa hebat seorang diri dalam bilik yang kepam. Mereputlah.

PS Solat berjemaah Aidul Fitri tahun lepas tu bukan orang Melayu ya tapi pendatang asing. Asyik cari point nak kutuk orang Melayu dan Islam sampai tak tengok fakta, nak percaya apa yang kauorang nak percaya. Tak ada life sangat.

Andartu Kertu

    Dulu, aku suka baca cerita dekat satu confession page ni, cerita pasal roommate, classmate, lecturer diaorang dekat universiti diaorang tapi sekarang, sejak andartu kertu yang gatal p**i dan tak ada life ambil alih page tu, aku jadi meluat dengan page tu. Cerita asyik - asyik pasal kahwin, jodoh dan past love (selalunya bertepuk sebelah tangan, dia fikir lelaki tu berminat dengan dia, dialah nak fikir macam tu tapi sebenarnya lelaki tu buat baik saja pun, dia yang berangan lebih).

    Dah tak ada cerita lain ke? Hidup kau revolve around those subjects saja ke? Ada banyak lagi benda dekat dunia ni dan yang tu saja yang kau fikir. Kau ni desperate sangat ke? Mesti sambil tulis tu sambil merembes seorang diri. So pathetic. Lepas tu, bila orang reject, jadi bitter. Excuse me, kalau kau sendiri hodoh, kau nak ke lelaki hodoh? Takkan? Kau pun nak lelaki macam Henry Cavill.

    Semua salahkan orang lelaki. Contohnyalahkan, kau jadi gemuk tu sebab orang lelaki ke? Dia ada berdiri sebelah kau, acu pistol dekat kepala kau, paksa kau makan ke? Takkan? Kau sendiri yang pilih nak melantak macam babi. So, shut the hell up, lady.

    Datang berombong pula tu. Pakat assure sesama diaorang yang satu hari nanti, akan ada lelaki macam Armie Hammer angkat diaorang lepas tu letak atas bahu, hahaha. So sad. Berhentilah tengok drama Korea dan pergi keluar, tengok dunia luar. Realiti tak macam drama Korea, kau terjatuh atas lelaki lepas tu muka dekat gila sampai macam dah nak cium.

    Tengok perempuan - perempuan yang happily married, diaorang tak adalah duduk melalak, diaorang sayang diri - sendiri, diaorang tak perlu lelaki, semua lelaki sampah. Diaorang tunjuk appreciation dekat suami diaorang. Everyone wants to be appreciated, no one wants to be trashed lah, bodoh. Kalau betul lah kau sayang diri kau dan kau happy jadi single, kau tak perlu kutuk perempuan lain yang berkahwin. Kau duduk diam - diam dan kau mereput seorang diri.

Cakap Besar

    Aku pernah cerita pasal dia ni sebelum ni. Dia ni, semua benda yang keluar dari mulut dia menyakitkan hati. Tak ada langsung kata - kata dia yang menyenangkan hati. Tulah, tak ada kawan, duduk terperuk dalam bilik, tengok drama Korea lepas tu tak ada social skills tapi acah - acah macam kau ada ramai kawan, hidup kau fabulous.

    Kitaorang pernahlah sembang pasal barang designer. Aku bagi tahulah dia aku suka Alexander McQueen dan Versace dan dia pun bagi tahulah aku dia suka Chanel dan Dior *cough* basic bitch *cough*. Lepas tu, dia tambah lagi, dia kata, barang designer ni mahal saja tapi sebenarnya made in China. Kau tahu mana barang designer ni made in China? Kau ada ke barang designer? Aku tak pernah tengok kau pakai pun.

    Kalau betul lah, aku rasa dah lama orang expose tapi sampai sekarang, aku tak pernahlah pula dengar ada orang expose beg Hermes sebenarnya made in China. Kau ni kan, main cakap saja. Satu hari nanti, kau jumpa orang yang ada barang designer dan kau cakap macam tu, orang tu lempang muka kau yang annoying tu sampai tersorong - sorong pipi dengan beg designer dia, kau baru tahu.

    Kalau kau tak mampu, kau buat cara tak mampu dan kalau kau tak tahu, kau buat cara kau tak mampu. Ni kau buat macam kau mampu dan kau tahu. Pungpangpungpang tapi satu barang designer pun tak ada. Tak salahlah kau mengaku yang kau tak mampu dan tak tahu tapi kau tak naklah kan, kau nak orang nampak kau kaya - raya, hidup kau glamourous.

    Teruskan berangan. Sekurang - kurangnya bila aku cakap pasal barang designer, aku tak adalah cakap saja, aku bertekad nak beli barang designer. Kau tu? Cakap saja tapi aku rasa sampai akhirat kau takkan ada barang designer. Pakai baju jenama apa entah tapi acah - acah macam kau pakai barang designer, hahaha. Ew, kepam, mereputlah seorang diri dalam bilik kau yang masam tu.

Small Things That Make Me Happy

    So, malam ni, aku nak cerita pasal benda - benda kecil yang buat aku gembira hari ni.

    Pagi tadi, aku pergi dekat klinik yang aku cerita semalam untuk consultation kedua pasal nak buang tahi lalat. Aku ingat aku pergi hari ni, aku cuma nak consult dan surgery tu mungkin hari lain pula. Masa doctor tu duduk explain dekat aku pasal risiko dia, aku ingat dia nak pujuk aku supaya jangan buang tapi aku bagi tahu dia, aku sanggup ambil risiko. Kalau aku tak ambil risiko, aku takkan tahu. Dia letak ubat kebas dekat tahi lalat aku lepas tu dia suruh aku tunggu dekat luar. Segan jugalah sebab aku kena tunggu dengan patient lain dan diaorang pandang aku macam apa masalah dia ni?

    Tiba - tiba, assistant dia panggil aku. Aku ingat dia buat surgery tu dekat bilik dia tapi rupa - rupanya dia buat dekat tingkat atas. Dekat situ, tak ada orang langsung. Assistant dia suruh aku baring lepas tu dia belah. Masa dia belah tu, aku ada dengar tapak kaki lepas tu macam ada orang alih perabot dan aku tak tahulah kalau tu assistant dia atau benda lain. Aku dah bersedia ada benda nak muncul dekat pintu atau ada orang rompak aku ke apa tapi lepas tu, assistant dia datang balik. Lepas tu, doctor tu baru datang. Dia kata sakit sikit tapi sakit jugalah sampai mengalir air mata aku. Tulah kali pertama aku bau kulit terbakar dan bau dia busuk. Lepas dia dah siap, diaorang ambil gambar aku lepas tu dia tunjuk dekat aku.

    Alhamdulillah, nampak macam kulit aku tersagat sikit. Dia suruh aku tengok cermin dan aku sangat gembira dengan kerja dia. Aku dapat ubat antibiotik dan dia suruh aku beli Dermatix lepas scab aku dah luruh. Dia cakap, kalau aku jaga baik - baik, takkan ada parut langsung. Lepas tu, dia tak bagi aku pakai cleanser sampai aku sembuh dan bila aku basuh muka aku macam untuk wuduk dan masa mandi, aku kena lap sampai kering. Nanti aku update bila aku dah sembuh nanti, inshallah.

    Lepas aku balik rumah, mak cik aku dan sepupu aku datang rumah. Aku dan mak aku pun layanlah diaorang sampai diaorang balik. Aku tak ceritalah dekat diaorang yang aku baru buang tahi lalat aku sebab aku tak nak diaorang buat comment menyakitkan hati ke apa. Mak cik aku dan sepupu aku ni baik tapi tulah, kita tak tahu bila orang nak terlepas cakap. Lepas diaorang balik, aku order makanan dekat Foodpanda dan aku tengok Youtube. Aku check comment yang aku tulis dekat satu video favourite YouTuber aku ni.

    Sebelum aku cerita apa yang terjadi lepas tu, semalam, aku masih tak puas hati sebab hati aku memang nak boots Versace dalam warna lilac tu. Favourite YouTuber aku ni banyak buat content pasal luxury fashion dan aku suka personality dia. Walaupun dia anak orang kaya tapi dia nampak friendly dan favourite brand dia Versace. Jadi, aku macam, apa kata aku tanya dia pasal size Versace? Aku pun karanglah satu perenggan. Aku tak expect dia nak balas pun sebab aku comment dekat video yang dia post tiga minggu lepas.

    Jadi, tadi aku check, aku terkejut dia balas dan like comment aku. In fact, dia balas tak lama lepas aku post comment aku. Dia bagi tahu aku, aku patut ambil size UK7/IT40. Aku rasa macam menangis wei. Bayangkan, viewer dia selalu berpuluh ribu dan dalam - dalam banyak comment, dia balas dan like comment aku which makes me like her even more. Walaupun dia balas pendek saja (I don't blame her, ada beratus comment kot), dia ambil masa untuk balas comment aku. Sekarang, aku lagi yakin aku patut ambil saiz tu.

    For now, boots Versace dalam warna lilac dalam saiz UK7/IT40 masih ada dekat SSENSE. SSENSE pun ada sale dua kali setahun, summer sale dan winter sale. Kalau dekat Versace tak ada, aku terpaksalah beli dekat SSENSE sebab aku memang tertarik dengan warna tu. Aku tak nak beli dekat Farfetch sebab dia tak tanggung import duties & taxes. Kalau harga boots tu turun jadi RM2800 pun, aku kena bayar RM280, tak naklah aku, dah keluar duit banyak. Aku beli pun kalau terpaksa. Dan, kalau tak ada juga dekat tiga - tiga website ni, aku beli yang warna hitam.

    So, yeah, that's it. Benda kecil saja pun tapi dia buat aku happy.

18 February 2022

Good News & Bad News

    Semalam aku baru saja cakap pasal nak beli boots Versace tu dalam warna lilac kalau dia ada dalam saiz IT40 masa summer sale nanti dan hari ni aku check, saiz tu dah habis. Mungkin Allah nak bagi petunjuk dekat aku yang aku patut beli boots Versace tu dalam warna hitam. Boots tu dalam warna lilac dalam saiz tu adalah dekat SSENSE dan Farfetch tapi kalau boleh, aku naklah beli dekat website dia.

    By the way, aku ada buat "homework" sikit semalam. Aku bandingkan sizing dekat Dolce & Gabbana, Fendi, Valentino dan seangkatannya dengan sizing dekat Versace dan betul lah sangkaan aku, kemungkinan besar saiz aku IT40 tapi aku masih ragu - ragu selagi aku tak cuba kasut tu sendiri dekat kedai dia. Masalahnya, sekarang aku duduk dekat hometown aku dan dekat hometown aku manalah ada kedai designer (tak macam hometown makhluk badan macam peti ais pintu tu, dekat hometown dia yang kampung tu ada kedai Chanel katanya, lol). Kalau aku ada dekat KL pun, aku tak berani nak masuk kedai designer. Aku nak suruh kawan aku tolong check untuk aku pun, aku rasa diaorang pun tak berani nak masuk kedai designer.

    Plus, kalau aku beli boots tu dalam warna lilac, aku nak kena beli shoelace warna lilac pula sebab aku rasa shoelace warna hitam tu tak masuklah dengan warna lilac.

    By the by, hari ni aku check, satu saiz boots tu dalam warna hitam pun dah out of stock. Ada lebih ramai orang kaya dekat dunia ni daripada apa yang aku sangka dan aku kena compete dengan diaorang. Aku risau by the time summer sale nanti, kalau harga boots tu turun masa tulah, kalau tak, kena tunggu sampai winter sale pulalah, semua saiz dah out of stock. Aku nak sangat boots tu. Masa winter sale tahun lepas, ada saja boots yang banyak saiz masih in stock dan aku harap sangat masa summer sale atau winter sale nanti, boots tu dalam saiz IT41 masih in stock. Hati aku masih nak boots tu dalam warna lilac tapi aku tak nak beli barang return sebab aku risau orang sebelum tu tinggal crease, scratch dan scuff dekat boots tu.

    Kalau orang jumpa dan baca blog aku, orang mesti ingat aku dah jadi gila sebab aku asyik cakap pasal boots tu. Ya, aku pun sedar aku asyik fikir pasal boots tu saja. Mungkin boots tu satu - satunya benda yang buat aku distracted daripada masalah - masalah aku buat masa sekarang dan mungkin aku patut buat series pasal journey aku nak dapatkan kasut designer pertama aku.

    Anyway, sebelum ni, aku ada sebut aku nak buang tahi lalat. Aku dah lama nak buang tahi lalat dekat muka aku ni tapi aku batalkan hasrat aku lepas kawan aku pujuk aku jangan buang tahi lalat tapi hasrat tu muncul balik bila aku baca blog seorang perempuan ni dan dia buang tahi lalat dekat klinik Dr Ko. Dia tunjuklah gambar sebelum dan selepas dan dia macam tak pernah ada tahi lalat. Sejak hari tu, aku berhasrat nak buang tahi lalat dekat klinik dekat Dr Ko juga tapi masalahnya, macam akulah cakap, sekarang aku duduk dekat hometown aku dan dekat hometown aku, adalah klinik Dr Ko tapi dekat situ, diaorang tak ada service buang tahi lalat jadi aku cari klinik lain dan aku ada jumpa satu klinik dekat rumah aku ni yang ada service buang tahi lalat. Aku telefon klinik tu, dia suruh aku datang untuk consultation.

    Siang tadi, aku pun pergilah consult dekat klinik tu. Yang attend aku seorang doctor hot, huehuehue. Dahlah hot, friendly pula. Entah kenapa dia banyak tanya pasal hidup aku berbanding tahi lalat aku, mungkin dia nak ambil hati aku kot. Lepas tu, dia bagi tahulah aku, akan ada beberapa session dan aku boleh bayar dalam ansuran. Esok aku kena pergi consult lagi, nak tahu total cost.

    Aku doakan semua berjalan lancar. Aku takutlah juga tapi aku sanggup ambil risiko sebab selagi aku tak buang tahi lalat, aku takkan rasa betul - betul elok.

17 February 2022

Nothing Interesting

    Ada hari tu, aku contact customer service Versace melalui live chat dekat website dia. Aku ingatkan aku chat dengan orang dari Italy tapi rupa - rupanya orang dari Malaysia juga, lol. Anyway, aku tanya dia apa saiz yang aku patut ambil dan dia bagi tahu aku, aku patut ambil saiz IT41. Entah kenapa tapi aku rasa tak yakin jadi aku tanya dia kalau dia boleh bagi measurement dalam centimetre dan dia kata tak ada. Aku rasa macam dia malas nak layan aku jadi aku pun tamatkan chat tu. Mula - mula, aku dah macam give up, macam, tak apalah, aku ambil yang warna hitam sajalah, aku tak perlu stressed out tapi aku masih tak puas hati.

    Jadi, aku contact customer service SSENSE pula melalui live chat dekat website dia. Kali ni, aku baru chat dengan orang dari Canada. Dia tanya aku, aku pakai saiz berapa dan aku bagi tahu dia aku selalu pakai saiz UK7/EU41. Dia bagi tahu aku, aku patut ambil saiz IT39.5 (mana ada half size). Lepas tu, dia kata dia tak berani nak recommend IT40 sebab dia takut besar sikit daripada kaki aku. Aku tanya dia kalau dia boleh bagi measurement dalam centimetre dan dia kata IT40 in centimetre is 25.8cm. I was like, that's it! That's my size!

    Aku tak tahulah kalau Allah nak bagi petunjuk dekat aku tapi dekat website Versace dan website SSENSE, dua - dua tak ada saiz IT41 jadi mudah sikit aku nak buat keputusan. Bila aku tengok size guide dia, IT40 bersamaan dengan UK7 dan kali ni aku baru rasa yakin. Aku masih rasa ragu - ragu sebab yalah, walaupun kalau dia turun harga nanti, masih beribu. Lepas tu, kalau aku nak return sebab saiz besar atau kecil sangat, aku akan ada banyak kerja dan kena keluar banyak duit.

    Jadi, kalau masa summer sale June nanti, boots tu turun harga dan yang warna lilac tu masih ada dalam saiz IT40, aku beli yang warna lilac tu tapi kalau tak ada, aku beli yang warna hitam dalam saiz IT41 dan kalau boots tu tak turun harga masa summer sale, aku kena tunggu winter sale December pulalah. Aku harap sangat aku dapat kasut tu dan kasut tu muat kaki aku. Ya Allah, janganlah biar hamba Mu ini dalam kerugian.

    Aku ada tengok seorang YouTuber ni dan dia kata, kalau kau dah alang - alang nak beli benda mahal, baik kau beli benda yang bold, different and unique dan aku macam, mm, betul juga. Kalau aku beli yang warna hitam, orang mungkin takkan tahu tu Versace dan plus, aku dah ada banyak boots dalam warna hitam. Kalau aku beli yang warna lilac tu, orang mungkin takkan tahu tu Versace juga tapi orang akan jadi intrigued dan tertanya - tanya jenama apa kasut tu dan aku tak pernah ada boots dalam warna lilac lagi.

    Tengoklah macam mana nanti.

PS Aku nak beli kasut ni sempena tiga tahun (tahun depan) aku "bekerja" dekat sini. Yakin saja aku akan "bekerja" dekat sini sampai tahun depan tapi aku memang tak ada pilihan pun. Anyway, kasut ni macam hadiah daripada aku kepada aku lepas semua benda yang aku dah lalui selama aku "bekerja" dekat sini. Aku ada plan nak beli phone baru, computer baru dan dapatkan lesen kereta tahun depan dan semua tu hadiah daripada aku kepada aku.

Update

    So, semalamkan aku ada tulis pasal aku nak beli kasut platform Converse x Miley Cyrus dekat seorang perempuan ni dekat Carousell. Well, guess what? Aku tak jadi beli dekat dia. Aku tunggu dia baca dan balas mesej aku seharian hari ni tapi dia tak baca dan balas pun mesej aku langsung dan aku boleh rasa minat aku makin berkurang. Aku cerita dekat mak aku dan mak aku pun tak bagi aku beli dekat dia. Mak aku kata, 'macamlah tak ada orang lain yang jual kasut tu,' dan memang betul pun sebab aku cari dekat eBay, ada saja orang lain yang jual kasut tu cuma mahal lah (RM600+) sebab kasut tu datang dari US dan diaorang jual yang baru tapi bagi aku, kalau aku beli dekat diaorang, sekurang - kurangnya aku beli yang baru, bukan bekas orang lain dan saiz kasut yang diaorang jual tu pun (US8.5) nak dekat saiz aku (US9). So, aku dah tarik balik offer aku tapi aku kena tunggu tujuh hari nak deactivate account Carousell aku dan aku tak sabar nak deactivate account Carousell aku sebab aku sebenarnya ada pengalaman buruk dengan Carousell tapi nantilah aku cerita kalau aku rasa macan nak cerita.

    Aku bukanlah nak kutuk perempuan tu (tapi muka dia macam coursemate foundation course aku yang aku tak berkenan, lol) tapi bagi aku, bila aku mesej dia dan dia sibuk, dia patut bagi tahu sajalah aku yang dia sibuk. Ya, aku tak tahu, mungkin dia terlalu sibuk sampai dia tak ada masa nak balas mesej pembeli atau mungkin dia terlalu penat sampai dia tak larat nak balas mesej pembeli. Senang cakap, aku tak tahu hidup dia, mungkin dia ada masalah dan aku faham, listing tu pun dah lama. Aku tengok listing terakhir dia pun bertahun - tahun lepas jadi mungkin dia pun dah terlupa dia ada jual tapi bagi aku, satu, jangan marah aku tarik balik offer aku sebab dua pun tak tahu hidup aku dan dua, kalau dia dah tak jual, dia patut buang listing tu. Aku pun pernah jual dekat Carousell dulu dan bila orang mesej aku, aku balas secepat mungkin sebab bagi aku, kalau kita tak suka menunggu, jangan biar orang menunggu. Customer service is essential in business. Sebab tu aku suka beli dekat online store sebab aku tak perlu deal dengan orang.

    Aku menyesal jugalah aku buat impulsive purchases sebelum ni. Kalau tak, aku dah berjimat beribu - ribu dan aku dah ada cukup duit untuk beli kasut tu. Kalau ikut hati, aku nak saja jual sesetengah barang aku yang aku tak minat sangat tapi macam aku katalah, aku ada pengalaman buruk dengan Carousell jadi lebih baik aku pakai barang - barang tu sampai lunyai daripada aku dapat pulangan suku saja daripada harga asal padahal aku dah jual half price. Anyway, kasut tu bukan top priority aku buat masa sekarang jadi aku letak kasut tu ke tepi dulu, mungkin aku akan beli kasut tu lepas aku dah beli boots Versace tu dan kasut Converse in matcha tu, aku dah buang tahi lalat dan aku dah tak perlu pakai braces, kalau aku ada duit lebihlah dan aku harap masa tu, kasut tu ada lagi. Sigh, kan bagus kalau aku kaya dan aku ada banyak duit. Aku tak perlu risau pasal duit dan aku boleh belanja saja dekat apa yang aku nak bila - bila masa.

16 February 2022

My First Pair Used Shoes?

    Siapa kenal aku tahulah antara jenama kasut yang aku minat ialah Converse.

    Masa aku buat foundation course dulu, aku ingat lagi ada seorang coursemate aku ni pakai kasut platform Converse. Aku tak tahulah kasut tu real ke fake tapi Converse memang ada buat kasut platform masa tu dan masa aku nampak kasut tu, aku terpesona sebab tu kali pertama aku nampak kasut macam tu. Kali kedua aku nampak ada orang pakai kasut macam tu juga masa aku tengah beli baju raya atau makan malam fakulti dekat Zara. Sejak aku nampak kasut tu, aku bertekad aku akan beli kasut tu satu hari nanti.

Kasut tu macam ni lah. Sorry, ni gambar yang terbaik aku boleh cari.

     Walaupun aku dah ada dua kasut platform Converse, aku masih tak puas hati (*cough* tak bersyukur *cough*) sebab dua - dua pasang kasut tu tak cukup tinggi (tak sampai satu setengah inci). Aku nak lagi tinggi. Lagi tinggi lagi bagus. Ya, aku obsessed dengan kasut platform. Kadang - kadang, aku sampai berangan aku pakai kasut platform.

    Beberapa tahun lepas, Converse ada collaborate dengan Miley Cyrus dan aku rasa kasut dari collaboration tu paling tinggi Converse pernah buat (dua inci lebih). Adalah seorang YouTuber ni beli kasut platform Converse x Miley Cyrus terpakai juga tapi dia beli yang warna hitam. Aku suka juga yang warna hitam tapi aku tak minat sangat glitter. Aku suka yang warna biru sebab biru adalah salah satu warna kegemaran aku. Lepas tu, aku baru perasan yang warna biru diperbuat daripada faux patent leather.

Warna hitam.

Warna biru.

     Aku tak minat bintang - bintang dekat tepi kasut tu. Lepas tu, aku rasa patch dekat belakang tu patut warna biru juga. Kasut ni datang dengan dua pasang shoelace dan aku lebih suka shoelace satu lagi. Kalau aku dapat kasut ni, aku nak pakai dekat tempat "kerja" aku, biar terkejut orang - orang yang pandang rendah dekat aku sebab aku dah jadi tinggi, hahaha.

        Kasut platform Converse x Miley Cyrus tu payah nak cari sebab collection tu dah lama. Jadi, bila aku jumpa ada orang jual kasut tu dekat Carousell, aku terkejutlah. Dia tulis, dia cuma pernah pakai dua kali. Dia tunjuk gambar, toecap kasut tu scuffed sikit dan tapak kasut tu kotor sikit which is fine (what do you expect from used shoes?). Saiz kasut tu satu saiz lebih kecil daripada saiz aku tapi aku rasa OK kot. For your information, aku tak pernah beli barang terpakai atas sebab tertentu jadi ni kali pertama aku beli barang terpakai dan aku takut jugalah.

    Aku dah mesej seller tu dan aku tengok dia online tadi. Mungkin dia sibuk atau dia tak layan mesej macam, 'hello, are these available?' Jadi, aku dah make an offer. Aku harap sangat seller tu akan terima offer aku dan dia akan balas secepat mungkin dan aku harap dia friendly dan dia tak ada banyak songeh dan aku harap dia bukan scammer sebab aku nak sangat kasut tu. Nanti aku update kalau aku dapat atau tak dapat kasut tu. Kalau aku dapat kasut tu, ni kasut terpakai pertama aku dan aku nak basuh dengan Crep Protect Cure tapi aku tak tahu lagi nak pakai dengan apa.

15 February 2022

I'm Free (For Now)

    So, hari ni hari aku kena "present" dan hari ni juga hari terakhir "projek" aku yang aku bertungkus - lumus habiskan selama empat bulan lebih. Sekarang, aku akhirnya bebas dan aku boleh bercuti selama sebulan lebih. Aku tak sangka aku boleh habiskan "projek" ni sebab kerja banyak gila nak mampus dan kepala aku rasa macam nak meletup (aku tak nak fikir pasal "projek" seterusnya) tapi dengan rahmat Allah, aku berjaya habiskan, alhamdulillah.

    Banyak benda aku lalui kali ni. Aku malas nak cakap pasal benda ni dan aku dah pernah cakap pun pasal benda ni sebelum ni tapi ada satu benda aku nak cakap juga. Aku rasa selagi aku tak luah, aku takkan puas hati. So, masa aku duduk siapkan "projek" ni, ada seorang "co-worker" aku ni tiba - tiba tak bercakap dengan aku. Aku peliklah sebab dulu, kitaorang rapat kot. In fact, dekat sini, dia orang yang paling rapat dengan aku tapi aku fikir, mungkin dia tengah lalui something dan dia tak nak bercakap dengan siapa - siapa jadi aku bagi ruang dekat dia.

    Semalam, aku pun mesejlah dia sebab "projek" dah habis dan aku rasa dia habis lagi awal daripada aku. Tiba - tiba, mesej aku dibalas dengan, 'nak apa?' Aku dah rasa macam dia tak nak cakap dengan aku tapi aku balaslah, 'oh, aku saja nak tanya khabar.' Lepas tu, dia balas, 'OK.' Aku tanyalah, 'kau OK ke?' Dia jawab, 'aku OK saja.' Lepas tu, aku tanya lagi, 'masa "projek" tu, kenapa kau diam?' Dia jawab, 'aku malas nak cakap dengan orang.' Aku cuma balas, 'oh, OK, aku harap kau sihat.' Tiba - tiba, mesej aku dibalas dengan satu perenggan dan aku terkejutlah.

    Dia kata, 'APA MASALAH KAU?! AKU CUMA MALAS NAK CAKAP DENGAN ORANG SAJA PUN! TU PUN KAU TAK FAHAM KE?! YANG KAU GELABAH SANGAT APA HAL?! AKU OK LAH! GROW UP LAH! ORANG TAK NAK CAKAP DENGAN KAU PUN KAU NAK GELABAH! BUKAN KAU SEORANG SAJALAH!'

    Ni aku ambil excerpt daripada mesej dia tu sebab mesej tu dia lagi panjang jadi aku summarise dan paraphrase. Yes, dia maki - hamun aku sebab aku tanya pasal khabar dia. Gila ke apa? Aku cuma balas, 'kata OK tapi clearly tak OK.' Lepas tu, aku block. Bukan sebab aku penakut tapi sebab aku dah malas nak layan. Bitch, aku cuma ambil berat pasal kau. Kau tak nak berkawan dengan aku, just tell me nicely, tak perlu nak tengking - tengking. Kalau kau masih nak berkawan dengan aku pun, cakaplah baik - baik, tak perlulah jadi macam rabid dog.

    Orang mengata belakang kau, aku defend kau. In fact, aku cerita pasal kebaikan kau dekat orang. Yang lawaknya, kau tak berani pula maki - hamun orang lain, kau cuma berani maki - hamun aku, kawan kau yang ambil berat pasal kau, duduk defend kau. You know what? Kau dan masalah kau boleh pergi mampus, seriously. Macamlah kau seorang saja ada masalah besar. Orang lain pun ada masalah besarlah, bodoh. Aku dah tak nak ambil berat pasal kau lagi, babi. Kau berkawanlah dengan orang yang berpura - pura baik depan kau tapi mengata belakang kau.

    Kau memang bodohlah. Diaorang ambil kesempatan atas kau, suruh diaorang buat kerja kau, kau bagi tahu aku kau tolong diaorang sebab diaorang perlu pertolongan. Hahaha. Kau buatlah semua kerja diaorang. Kau tolong diaorang lepas tu kerja kau sendiri berkeciciran. Bila aku nasihat kau, suruh kau jangan buat kerja diaorang, kau defend diaorang dan kau marah aku balik. Hey, aku nak tolong kau. Patutnya kau marah diaorang, bukan aku. Lepas tu, bila kau tak puas hati dengan diaorang, kau lepas kemarahan dekat aku yang tak bersalah ni.

    Hanya sebab kita berkawan, doesn't mean I'm gonna put up with your crap, it stinks. So, you either clean it up and we can be friends or you carry it with you and we can't be friends. It's up to you. The ball's in your court, not mine. And to be completely honest with you, I'm not interested any more, seeing the way you treat your friend.

    Sekurang - kurangnya, cuti ni, aku boleh enjoy. Kau boleh ke? Hahaha. Duduklah terperuk situ. Patutlah Allah letak kau dekat situ. Kau memang layak duduk dekat situ. Lepas tu, jangan salahkan Allah pula. Allah dah bagi jalan keluar, kau yang tak nak keluar. Kau menjahanamkan diri kau. Apa - apa jadi dekat kau, aku dah tak nak ambil tahu.

    So, that's it. Sekarang benda aku paling nanti - nantikan ialah boots Versace tu yang patutnya turun harga masa hujung bulan June (masa tu, aku tengah buat "projek" lain pula dan aku tak nak fikir lagi tapi aku berdoa "projek" lepas ni lebih senang daripada "projek" sebelum ni). Aku harap sangat aku dapat boots tu. Kasut Converse tu pula sampai sekarang tak ada yang hantar ke Malaysia lagi. Aku pun tak tahulah sampai bila nak ada tapi aku nak sangat kasut tu.

11 February 2022

Fake Ass

    Kauorang pernah tak ada seorang "kawan" yang bila kauorang lepak dengan dia, kauorang rasa macam, 'hmm, aku rasa dia ni fake lah.'

    Aku adalah seorang "kawan" yang aku rasa macam tu bila aku lepak dengan dia. Let's call her Nora.  Aku jumpa dia masa aku dekat universiti dulu. Dia ni berbadan gempal, pakai spek. Dia ni juga tak ada kawan dan aku rasa kesian dekat dia sebab dulu aku pun macam tu dan aku ingat dia baik jadi aku ajak dia masuk geng aku. Awal - awal lagi, aku dah nampak red flag dekat dia ni, contohnya, dia suka acah - acah macam dia fabulous (aku rasa dia ni anak orang senang tapi bukan kaya - raya macam dia nak kitaorang percaya), dia ada ramai kawan (padahal aku tahu dia tak ada kawan), dia selalu keluar, lepak dekat tempat macam Pavilion dan dia suka cakap pasal barang designer (tapi aku tak pernah nampak dia pakai barang designer pun) tapi aku anggap dia tak ada social skills sebab dia tak ada kawan.

    Makin lama aku berkawan dengan dia, makin terkeluar kebusukan dia. Dia ni selfish gila nak mampus. Bila dia perlukan pertolongan, laju dia cari aku tapi bila aku perlukan pertolongan pula, dia akan menghilangkan diri. Dia bukan buat dekat aku seorang saja tapi dia buat dekat orang lain juga tapi diaorang tak perasan sebab dia berpura - pura jadi kawan yang supportive, bagi kata - kata semangat yang boleh di-Google jadi ramai orang ingat dia baik dan diaorang tak tahu pasal kebusukan dia. Bila aku mengadu dekat diaorang pasal dia, diaorang akan kata, 'tapi dia baiklah.' Dia ni juga macam ada issue dengan aku sebab bila aku cakap apa saja, dia selalu akan disagree dengan aku. Yang lawaknya, dia selalu tiru cara aku bawa diri aku, cara aku cakap dan cara aku dress up.

    Oh, aku rasa dia ni juga seorang compulsive liar sebab cerita dia tak consistent tapi dia pandai, dia menipu pasal benda yang aku tak boleh verify, contohnya, kerja mak bapa dia, dia pernah pergi tempat - tempat high-class. Kitaorang pernah lepak sekali, sembang kosong, buat lawak, gelak - gelak dan masa tu, aku perhati saja dia. Dalam hati aku, aku fikir, 'semua benda pasal dia ni fake, dari cara dia cakap, cara dia gelak ke cara dia bawa diri dia, aku rasa friendship aku dengan dia takkan tahan lama.' Dia perasan aku duduk perhati dia jadi dia tanya aku, 'haa, fikir apa tu?' Aku pun buatlah kata, 'oh, sorry, tak ada apalah, cuma termenung, duduk fikir pasal hidup.' Aku bukan saja cari alasan tak nak berkawan dengan dia, I just couldn't help myself from feeling that way towards her.

    Fast forward to lepas kitaorang graduate dan dah bekerja, kitaorang masih keep in touch. Kitaorang ada plan nak pergi jalan - jalan sekali. Masa tu, aku ingat, 'hmm, mungkin selama ni aku salah sangka pasal dia, mungkin dia tak fake, mungkin dia seorang kawan sejati dan aku kena belajar untuk terima kekurangan dia.' Ada satu hari tu, dia dapat kerja dekat satu international company ni. Dia ni, sejak dulu lagi, duduk berangan nak berkawan dengan orang putih, bercinta dengan orang putih dan berkahwin dengan orang putih. Tak lama lepas dia dapat kerja tu, dia terus menghilangkan diri, hahaha. Plan nak pergi jalan - jalan sekali tu pun tak jadilah. Nokhorom, dia cuma keep in touch dengan kitaorang sebab dia tak ada kawan dan bila dia jumpa kawan baru, dia terus menghilangkan diri.

    Kau hadap sangat nak berkawan, nak bercinta dan nak berkahwin dengan orang putih, go ahead tapi berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan orang putih, aku tak rasa diaorang nak dekat kau jadi kau teruslah berangan sampai kau tua dan kau mereputlah seorang diri, jadi andartu yang kertu. Kau sebenarnya memang fake. Kau acah - acah macam kau fabulous, kau ada ramai kawan, kau selalu keluar, lepak dekat tempat yang kononnya cool bagi katak bawah tempurung macam kau dan kau suka barang designer tapi aku tahu sebenarnya, kau terperuk duduk dalam bilik sepanjang hari, tengok drama Korea. Kau panggil orang lain kepam, kau tu yang kepam. Patutlah tak ada orang nak berkawan dengan kau sebab kau fake. Konon suka Prada tapi pakai Padini, hahaha.

    The lesson is, jangan berkawan dengan orang yang tak ada kawan, hahaha.

09 February 2022

Lilac

    OK, aku tengah gembira gila nak mampus sekarang sebab satu, kerja aku yang paling berat dan payah dah siap, yay, dua, Zalora dah refund duit aku, tiga, aku dah dapat baju untuk reception abang aku dan aku suka baju tu, kain dia selesa (kain dia bau macam kain baru dipotong) dan corak kain dia cantik. Alhamdulillah, terima kasih, Allah, atas segala bantuan Mu, aku sangat bersyukur.

    Anyway, sekarang dah nak dekat pukul tiga pagi (ya, aku bertungkus - lumus buat kerja tu berhari - hari dan aku baru hantar tadi) dan aku dah nak tidur tapi aku nak cakap pasal sesuatu. Ingat tak aku bagi tahu aku nak beli boots Versace? Guess what? Aku dah beli! Hahaha! Just joking. I wish. Sebenarnya, aku nak cakap pasal boots Versace tu (lagi?!). I know, I know, kalau orang baca blog aku, orang mesti macam, 'Blue, berapa kali kau nak cakap boots Versace tu?' Ya, aku pun dah muak cakap pasal boots Versace tu tapi ada satu lagi benda aku nak cakap.

    Aku dah lama tahu boots tu ada dalam warna lilac dan matte black. Mula - mula, aku tak rasa tertarik pun dengan warna lilac tu tapi lama - lama, aku rasa makin tertarik pula. Just so you know, aku tak minat sangat pun warna ungu (aku tulis tak minat sangat sebab warna ungu masih menarik perhatian aku) dan aku tak pernah ada barang dalam warna ungu tapi aku minat warna ni. Dia tak terang sangat, tak pudar sangat. Satu - satunya masalah boots ni warna lace tu. Kalau warna lace tu lilac juga, they would've been perfect.

    Aku bayang aku pakai boots tu with a pair of light wash blue jeans, a light wash blue denim jacket and a white T-shirt dan aku rasa cool gila sebab satu, warna lilac tu complement the outfit dan dua, it's unexpected. I mean, a pair of lilac boots? Who would've expected that? Selalunya, dengan outfit monotone macam tu, orang akan pakai kasut yang contrast macam warna hitam supaya kasut tu menonjol. Of course, warna hitam complement almost every outfit.

    Masalahnya, size boots dalam warna lilac tu berlainan dengan size boots dalam warna hitam. Aku pun tak tahu kenapa. Aku tak nak order silap size sebab satu, boots tu mahal gila kot dan dua, aku malas nak hantar balik lepas tu order balik, banyak kerja oi. Tak adalah pula orang review boots tu dekat YouTube. Aku malas nak contact customer service, aku risau diaorang kerek. Yalah, kedai designer kan dan siapalah aku, aku hanya rakyat marhaen. Aku pernah contact customer service Zara (ya, Zara saja pun) dan kerek gila nak mampus. Spoil mood tahu.

    Aku tanya mak aku dan mak aku suruh aku ambil warna hitam sebab warna hitam classic and timeless. Aku memang suka warna hitam tapi aku dah ada three pairs of boots in black dan aku rasa warna lilac bold and fun. Aku takut kalau aku tak ikut cakap mak aku, aku akan menyesal sebab sebelum ni, kalau aku tak ikut cakap mak aku, aku selalu akan menyesal.

    Tak apalah, aku ada banyak masa lagi nak buat keputusan. Lima bulan lebih lagi. Ada banyak benda aku kena lalui dan aku nak kena simpan duit. Aku harap, bila tiba masa, aku akan dapat boots tu samada dalam warna hitam atau warna lilac. Either way, aku bersyukur. They would be my first designer item. Aku tahu tak semua orang mampu nak beli boots tu and it's a privilege.

PS: Kepada hater - hater aku, terutama sekali makhluk berkerak dan makhluk badan macam peti ais dua pintu tu, jangan dengki ya, hahaha!

06 February 2022

Don't Make a Rash Decision

    OK, aku ada kerja banyak gila nak mampus sekarang dan aku kena hantar kerja ni esok dan inshallah, tengah malam esok, aku akhirnya bebas buat sementara waktu, yay, lol tapi aku ada nak cerita sikit. Aku mengaku dan aku tak nafikan aku seorang yang ikut perasaan. Kalau aku nak sesuatu, aku akan beli masa tu juga. Jadi, tadi, aku kena beli baju untuk resepsi perkahwinan abang aku. Abang aku berkahwin tahun lepas tapi sebab pandemik, dia boleh buat akad nikah saja, dia tak boleh buat resepsi. Tahun ni, dia baru boleh buat resepsi dan resepsi dia tak sampai sebulan lagi.

    Anyway, aku jumpa satu baju yang betul - betul sesuai dengan tema resepsi abang aku dekat Zalora. Walaupun harga dia RM180 (tak banyak sangat pun berbanding baju - baju aku yang lain tapi sebab aku tak minat baju tradisional jadi aku rasa banyak), tanpa berfikir panjang, aku terus beli sebab aku rasa macam baju tu paling terbaik antara yang lain (baju tu ada tenunan songket dan aku suka songket, yang lain kosong). Lepas aku dah beli baju tu, tiba - tiba, aku terasa nak tengok website kedai tu. Aku pun tengoklah dan cuba teka apa yang aku jumpa?

    Harga baju tu dekat website kedai tu RM39 saja wei (jimat RM141)! Dekat Zalora, harga baju tu jadi nak dekat lima kali ganda! Aku jadi panik sebab aku dah belanja banyak duit dekat sesuatu yang aku boleh jimat banyak duit. Mula - mula, aku fikir aku patut redha saja, mungkin ada hikmah disebalik ni tapi aku tak puas hati. Nasib baiklah, aku sempat cancel order aku dekat Zalora dan aku beli baju tu dekat website kedai tu. Zalora dah cancel order aku dan aku harap aku akan dapat refund balik lepas tu baju aku beli dekat website kedai tu akan sampai dengan selamat (tak naklah hilang ke, salah warna ke, tak ada saiz ke atau terkoyak ke).

    Pengajarannya, jangan jadi macam aku dan sila check dekat website lain dulu sebelum beli sesuatu.

PS Kenapa harga baju tu dekat Zalora lebih mahal banyak daripada dekat website kedai tu, eh?

01 February 2022

Tiga Ekor Syaitan Part 2

    Masa aku tulis pasal tiga ekor syaitan ni hari tu, aku ingat aku dah tak perlu deal dengan diaorang lagi tapi aku silap. Aku tak sangka rupa - rupanya diaorang gila. Kerja dah siap dan aku dah hantar pun tapi diaorang tak puas hati dengan kitaorang lagi. Diaorang nak kitaorang merana. Diaorang duduk perli kitaorang. Aku tak balas sebab aku tak tahu tak guna argue dengan orang gila tapi makin lama kitaorang mendiamkan diri, makin melebih - lebih diaorang mengata dekat kitaorang. Macam - macamlah diaorang mengata dan aku tak nak ingat sebab menyakitkan hati dan kitaorang tak buat salah pun. Diaorang yang buat salah sebab diaorang tak buat bahagian diaorang tapi diaorang buat macam kitaorang yang buat salah.

    Aku cuma balas, 'tu bahagian kauorang, kitaorang dah buat bahagian kitaorang.' Diaorang mengamuk. Seorang tu perli aku sebab dia tak ada argument. Hahaha. Seorang tu pula kata, 'apa gunanya teammates?' Kau nak kitaorang buat bahagian kauoranglahkan? Patutlah kauorang gemuk macam babi sebab kauorang pemalas. Kauorang dahlah buruk, berkerak, busuk, hitam, hodoh, kampung, kepam, kusam, miskin dan rempit. Patutlah Allah cipta kauorang macam tu sebab kauorang dah ditakdirkan untuk jadi ahli neraka jadi perangai kauorang pun macam ahli neraka. Kauorang wujud dekat dunia ni pun semata - mata untuk tolong orang macam aku masuk syurga dengan jadi ujian untuk aku, kauorang tak ada tujuan lain.

    Aku tak balas bukan sebab aku takut tapi sebab the moment aku nampak diaorang tak boleh bincang, aku terus disengage. Aku takkan engage dengan orang macam ni. Aku takkan habiskan masa dan tenaga aku yang precious dekat orang macam ni. Diaorang duduk perli aku. Diaorang rasa macam diaorang dah menanglah. Sigh, tak ada life. Aku rasa, setiap hari, diaorang terperuk dalam bilik, tengok phone, computer, nak cari gaduh dengan orang. Miserable nya. Tak dapat kasih sayang, perhatian. Mana ada orang nak orang macam kauorang. Kauorang dahlah buruk lepas tu perangai kauorang pula buruk, lagi buruklah kauorang. Aku rasa kesian dekat keluarga kauorang sebab diaorang related dengan kauorang dan kena hidup dengan kauorang.

    Tak apalah. Hari ni, hari kauorang tapi aku percaya, satu hari nanti, kauorang akan terima balasan atas apa yang kauorang buat dekat kitaorang sebab Allah Maha Adil, Maha Medengar lagi Maha Melihat dan Dia Al-Hakam. Dia dengar dan nampak apa yang kauorang buat dekat kitaorang dan Dia tahu kebenarannya. Kebenarannya, kauorang yang buat salah, bukan kitaorang dan selagi kauorang tak minta maaf dekat kitaorang, kauorang tanggunglah dosa kauorang sampai akhirat nanti. Dia takkan biar kauorang terlepas. Mungkin bukan dekat sini tapi dekat sana. Laknatullah macam kauorang mungkin tak percaya but your belief doesn't matter. Bukan kauorang yang berkuasa, Allah yang berkuasa. Kauorang tak miliki langit dan bumi, Allah yang miliki.

     Kalau ikut hati, aku nak balas dendam tapi tak apalah, aku serahkan kepada Allah. Balasan Allah lagi dahsyat dan aku pernah tengok apa yang terjadi dekat orang yang aniaya aku. Diaorang jadi buta hati. Diaorang jadi delusional. Diaorang jadi macam gila. Diaorang rasa macam diaorang hebat tapi sebenarnya, diaorang merana. Hidup diaorang tak ke mana, diaorang duduk tersekat dekat situ. Hidup kauorang takkan tenang. Kauorang buatlah macam kauorang gembira pun tapi kauorang takkan gembira selagi kauorang tak minta ampun dekat semua orang. Aku jamin bukan kitaorang saja yang kauorang pernah buat macam ni. Kauorang pernah buat dekat ramai orang lain.

    You deserve all the bad things that have happened and will happen to you.