29 March 2022

Change of Plan

    Hari ni, aku dah mula bekerja tapi aku tak ada banyak kerja sangat lagi, aku cuma kena isi borang, daftar dan sebagainya. Tadi, aku keluar kejap dan aku duduk fikir pasal kewangan aku. Aku rasa aku jadi terlalu ghairah nak beli barang pereka sampai aku tak nampak kesan dia pada masa akan datang sebab aku tak mampu nak beli semua dalam tahun yang sama. Kalau aku beli kasut Versace tu dan spek Linda Farrow x Walter Van Beirendonck tu masa harga dia turun samada bulan Jun ni atau bulan Disember ni, tak apa lagi tapi kalau aku beli beg Jacquemus tu dan aku pun tak tahu harga dia nak turun ke tak, aku dah takkan ada cukup duit nak tanggung diri aku sendiri awal tahun depan. Jadi, demi kebaikan diri aku sendiri, aku kena tolak hasrat aku nak beli beg Jacquemus tu ke tepi dulu. Aku kena hadkan pembelian barang pereka setahun sekali saja tapi kalau aku ada duit lebih, aku belilah.

    Aku nak beli kasut Versace tu juga sebab satu, aku minat kasut, dua, aku minat Versace, tiga, aku nak ada sekurang - kurangnya satu barang pereka dan empat, aku tak nak nanti aku menyesal aku tak beli kasut tu. Aku tolak hasrat aku nak beli Jacquemus tu ke tepi dulu sebab walaupun aku suka beg tu tapi aku tak minat beg macam aku minat kasut dan bila aku dah tolak hasrat aku nak beli beg tu ke tepi dulu, aku rasa lega. Aku tak rasa terbeban duduk fikir pasal bajet aku. Aku baru sedar betapa pentingnya kau kena mengaku kalau kau tak mampu dan aku tak malu pun nak mengaku aku tak mampu nak beli semua dalam tahun yang sama. Biarlah kalau orang nak kata dekat aku, 'dah tak mampu buat cara tak mampu.' Sekurang - kurangnya, aku dapat apa yang aku nak dan pada masa yang sama, aku masih ada duit. Bila kau ada duit, jiwa kau jadi lebih tenang, kau rasa lebih selamat.

    Jadi, tu sajalah yang aku nak cakap malam ni. OK lah, aku nak kena tidur awal, aku dah tak boleh tidur lewat macam sebelum ni.

    Selamat malam.

26 March 2022

e.l.f Cosmetics Tinted Lip Oil vs Rare Beauty Stay Vulnerable Glossy Lip Balm

    Malam ni, aku nak cakap pasal lip care sebab bagi aku, bibir aku adalah salah satu asset aku dan aku suka bila bibir aku glossy dan mungil. Orang kata kissable. Aku benci bila bibir aku kering dan merekah lepas tu berdarah, sakit gila. Sekarang, aku duduk buka air con hampir sepanjang hari sebab panas gila, bibir aku kering cepat gila. Aku duduk pakai Vaseline lip therapy aloe vera waktu siang dan Vaseline lip therapy cocoa butter dan Vaseline lip therapy original waktu malam (gilir - gilir sebab aku tak tahu nak pilih mana satu).

    Sebelum aku nak cakap pasal e.l.f Cosmetics tinted lip oil dan Rare Beauty stay vulnerable glossy lip balm, aku nak cakap sikit pasal tiga lip balm Vaseline aku duduk pakai tu. Vaseline lip therapy aloe vera tu tahan sekejap saja. Aku cakap, telan air liur, minum air, basuh mulut, ambil wudhu, kering terus lip balm tu. Vaseline lip therapy original tu lebih OK daripada Vaseline lip therapy aloe vera tu tapi Vaseline Lip therapy cocoa butter tu paling terbaik sebab dia tahan lama dan bau dia sedap gila. Vaseline lip therapy aloe vera tu bau macam orang tua.

    Habis tu, kenapa aku tak pakai saja Vaseline lip therapy cocoa butter tu waktu siang? Well, walaupun dia tahan lama tapi makin lama aku cakap, dia makin kering. Aku pernahlah tengok seorang YouTuber ni pakai lip oil dan aku jadi berminat tapi masa tu, lip oil tak meluas lagi dan tak ada dekat Malaysia. Aku tak tahulah betul ke tak tapi aku ada baca satu article ni, lip oil ni tak kering cepat macam lip balm. Semalam, entah kenapa, aku saja google lip oil dan ada satu kedai dekat Shopee ni jual e.l.f Cosmetics tinted lip oil.

    e.l.f Cosmetics tinted lip oil ni ada tint sikit (walaupun dalam gambar nampak sangat tinted tapi kalau kau tengok review dekat YouTube, dia sangatlah sheer) so it's a plus sebab aku nak bibir aku pink sikit. By the way, lip oil ni tak sama dengan lip gloss sebab lip oil tak tinted sangat macam lip gloss jadi lelaki nak pakai pun boleh. Dia ada lima warna dan aku beli warna pink (nanti dah sampai, aku bagi review). Speaking of review, tadi aku duduk dekat review dekat YouTube pasal e.l.f Cosmetics tinted lip oil ni dan ada seorang YouTuber ni cakap pasal Rare Beauty stay vulnerable glossy lip balm.

    Dia kata lip balm tu bagus. Aku macam, Rare Beauty ada lip balm? Kenapa sebelum ni aku tak tahu? Aku pun terus tengok dekat website dia. Memang ada pun. Aku mula menyesal sebab aku dah beli e.l.f Cosmetics tinted lip oil tu dan aku nak sangat something dari Rare Beauty. Aku tengok dekat Sephora, ada Rare Beauty stay vulnerable glossy lip balm tu. Dia ada lima warna tapi tiga warna dah tak ada, tinggal warna purple dan pink. Aku macam, this is meant for me jadi aku pun belilah yang warna pink tu (nanti dah sampai, aku bagi review juga).

    Jadi, inshallah, aku akan ada dua benda, satu lip oil dan satu lagi glossy lip balm. Aku plan nak pakai lip oil tu bila aku dekat rumah sebab lip oil tu tak semahal glossy lip balm tu dan glossy lip balm tu bila aku keluar rumah jadi taklah rugi sangat. Aku sangat excited nak cuba dua product ni dan aku harap sangat diaorang takkan kecewakan aku sebab aku dah keluar banyak duit untuk diaorang dan aku nak kena simpan duit untuk denim jacket Zara tu, boots Versace tu, beg Jacquemus tu dan sunglasses Linda Farrow x Walter Van Beirendonck tu.

25 March 2022

Plan

    So, hari tu, aku ada tulis pasal aku contact customer service Next pasal kasut Converse warna hijau tu dan aku diberitahu kasut tu takkan di restock dan aku kecewa gila tapi aku tak publish post tu dan post tu sampai sekarang duduk dalam draft. Sejak hari tu, aku duduk fikir, macam mana aku nak dapat kasut tu? Ya, aku memang hadap pun kasut tu. Aku dah lama nak kasut Converse warna hijau jadi bila Converse release kasut tu, aku macam, aku kena dapat kasut tu. Dekat website lain ada saja kasut tu tapi diaorang tak hantar ke Malaysia.

    Semalam, aku terfikir nak guna parcel forwarding service. Aku pernah guna service tu dan aku ada pengalaman buruk dengan service tu jadi aku takut jugalah nak guna lagi tapi aku baca review dekat Internet, kebanyakan orang macam OK saja. Kalau nak selamat, aku kena ada duit lebih. Aku tak nak bayar banyak sangat untuk kasut tu sebab kasut tu kasut biasa saja pun, bukan kasut limited edition ke apa. Buat masa sekarang, aku tunggu dulu. Kalau tak ada siapa return kasut tu, aku tak ada pilihan lain selain daripada aku kena guna service tu.

    Anyway, tahun ni, aku nak kena guna banyak duit, especially untuk aftercare lepas aku buang braces aku. Lepas tu, aku plan nak pergi bercuti dengan co-worker aku bulan lapan nanti. Tahun depan pula, aku nak buat driving licence. Jadi, aku kena simpan duit dan aku kena reorganise wishlist aku, aku kena tengok yang mana aku kena beli dalam masa terdekat dan yang mana aku boleh beli kemudian dan ni semua barang yang aku rasa aku kena beli dalam masa terdekat.

  1. Zara oversized denim jacket in blue
  2. Versace Medusa combat boots in black/lilac
  3. Linda Farrow x Walter Van Beirendonck mask sunglasses in green
  4. Jacquemus Le Baneto camera bag in green/black/pink
  5. Converse Classic Chucks high-tops in green
  6. Converse x Miley Cyrus platform Chucks high-tops in blue

    Ni plan sajalah, aku tak tahu nak jadi macam mana, life's rarely been in favour of me but as you can see, aku letak yang barang yang aku rasa paling senang aku nak dapat dekat atas sekali tapi aku letak kasut Converse x Miley Cyrus tu dekat bawah sekali sebab bagi aku, barang designer lebih penting sebab barang designer ni selalunya limited. Kasut Converse x Miley Cyrus tu pun limited tapi bagi aku, nilai barang designer lebih tinggi daripada kasut tu jadi aku kena dapat barang designer dulu.

    Kasut Converse hijau tu pun mungkin aku akan postpone dulu. Manalah tahu kalau akan ada website lain yang jual kasut tu juga sebab kalau boleh, aku memang tak nak guna parcel forwarding service. Entah kenapa tapi makin lama aku duduk tengok spek Linda Farrow x Walter Van Beirendonck tu, aku makin suka spek tu tapi sale 70% hari tu dah habis jadi aku kena tunggu sampai sale tu datang baliklah. Aku suka beg Jacquemus tu tapi aku tak adalah suka gila beg tu.

     Anyway, kalau aku dapat beli boots Versace tu, spek Linda Farrow x Walter Van Beirendonck tu dan beg Jacquemus tu, aku akan bagi review macam mana aku simpan duit, macam mana aku beli dan macam mana kualiti barang designer sebab aku tengok tak ramai orang bagi review yang menyeluruh. Kalau ada pun, diaorang bagi tahu sikit tapi ada benda diaorang rahsiakan dan process pembelian barang designer ni terus duduk jadi satu mystery untuk rakyat marhaen macam kita.

PS Kalau aku guna service tu, nanti aku bagi review juga.

23 March 2022

Nothing to Read Here

    Siang tadi, aku dapat mimpi buruk dan mimpi tu rasa real gila. Aku mimpi, spek aku patah. Aku jadi panic sebab minggu depan, aku dah nak kena sambung bekerja dan macam mana aku nak bekerja tanpa spek aku? Dahlah rabun aku teruk dan spek aku mahal dan aku tak ada duit! Nak buat keadaan lagi teruk, bila aku tengok dekat website Versace, boots tu dah tak ada. Masa tu, aku dah pasrah. Aku dah putus asa, putus harapan. Aku macam, kenapa hidup aku teruk sangat? Lepas tu, aku terbangun. Aku ambil masa beberapa minit jugalah sebelum aku baru sedar semua tu mimpi saja. Superficial kan mimpi aku? Hahaha. Semua pasal material. Mungkin sebab baru - baru ni aku asyik duduk tengok kasut Converse tu dan jacket Zara tu dah back in stock ke belum.

    Anyway, makin dekat hari aku nak kena mula bekerja, makin hilang minat aku. Aku rasa macam aku tak kisah langsung pasal apa - apa, biarlah nak jadi apa pun. Aku rasa macam nak tidur dan baring atas katil saja, aku tak nak buat apa - apa. Adakah aku jadi depressed balik? Aku pun tak tahulah. Mungkin atau mungkin, aku dah terlalu lama bekerja dari rumah dan benda ni mula bagi kesan dekat aku tapi aku tak boleh pergi mana - mana. Aku ada braces treatment dekat sini dan treatment aku akan habis paling awal dalam lapan bulan lagi dan tu pun kalau habis masa bulan sepuluhlah. Aku cuba buat benda yang aku minat macam menulis, main video games, tengok TV, tengok filem, dengar lagu tapi aku tetap rasa kosong. Aku rasa jauh dari Tuhan. Aku takut. Apa nak jadi dekat aku?

17 March 2022

Orang Putih Pun Busuk Hati Juga

    Aku pernah buat account Reddit sebab aku nak join satu subreddit ni tapi nak join subreddit tu, kau kena ada point (karma) dan kau dapat point bila orang upvote post atau comment kau. Aku ada baca dekat Reddit, cara terbaik nak dapat point banyak dan cepat, kau post gambar binatang peliharaan kau. Kucing aku dah meninggal dan kalau kucing aku masih hidup pun, aku takkan post gambar kucing aku dekat Internet jadi aku pun post lah gambar koleksi kasut aku. Mula - mula, ramai orang upvote post aku sampai post aku jadi top post tapi lama - lama, ada orang pakat downvote post aku. Aku syak ada orang dengki dengan koleksi kasut aku dan sebab post aku jadi top post dan dia nak post dia jadi top post. Aku terus jadi tak berminat jadi aku delete account Reddit aku.

    Kebanyakan yang post dekat Reddit ni orang putih. Macam mana aku tahu? Aku tengok gambar - gambar yang diaorang post dan kebanyakan orang putih. Dari situ, aku boleh buat inference yang orang putih pun busuk hati juga. Orang kita selalu duduk canang betapa mulianya orang putih tapi realitinya, diaorang pun lebih kurang kita saja. Kalau kau nak post kau jadi top post dan kau tak suka post aku, kau tak perlu downvote post aku, aku tak buat apa pun dekat kau, post kau yang macam sampah. Lepas tu, kau angkat geng dan buat account banyak - banyak semata - mata nak jatuhkan post aku. Ew, tak ada life. Baguslah aku dah delete account Reddit aku. Tak nak aku duduk dengan orang yang duduk hadap point yang tak ada guna dalam real life pun, hahaha!

    Semalam, aku ada comment dekat video YouTuber kegemaran aku dan dia balas dan like comment aku tapi yang aku pelik, tak ada orang lain pun like comment aku yang bernas, orang pakat like comment yang bodoh macam, 'yAs, QuEeN, sLaY!1!' Aku syak dia buat account banyak - banyak lepas tu dia like comment dia sendiri dan kebanyakan orang bodoh. Ew, loser. Aku jadi malas nak comment sebab kebanyakan comment jilat tahi kuku kaki dan comment macam ni lah yang dapat banyak like. Lepas tu, bila ada orang kutuk YouTuber tu, diaorang pakat serang orang tu. 'hOw DaRe YoU!1!' Chill lah, YouTuber tu tak gelabah pun, kenapa kauorang pula yang nak gelabah t***k? Kalau kauorang mati pun, dia takkan sedarlah, hahaha!

16 March 2022

Serba Salah

    Walaupun aku benci gila nak mampus tempat ni tapi aku tak nafikan ada juga benda bagus pasal tempat ni. Antaranya, "boss" aku dekat sini banyak expose aku. Bukan expose macam dedah gambar bogel aku ke apa, eh tapi macam dedah aku pada benda baru. Contohnya, dia jemput aku pergi conference dan sebagainya. Masa aku dekat sekolah, universiti, mana ada orang jemput aku pergi mana - mana langsung. Makan malam sekolah aku pun aku tak dijemput tapi semua orang lain dijemput. Jadi, aku terharu bila ada orang pandang aku dan acknowledge kewujudan aku. Selama ni, aku rasa macam aku halimunan. Jadi apa pun dekat aku, tak ada siapa akan tahu dan kisah.

    Siang tadi, dia mesej aku, tanya aku, aku nak tak ambil "kursus" dekat satu syarikat gergasi dari luar negara ni (hint: dekat timur Asia). On the surface, nampak macam satu peluang yang baguslah but beneath the surface, aku tahu, mana ada syarikat yang baik hati, nak bagi aku ambil "kursus" dekat tempat diaorang secara percuma. There's a price to pay. Kemungkinan, aku akan kena kerja untuk diaorang, tak tahulah berapa lama dan aku tak nak kerja dekat situ. Sejujurnya, aku cuma nak bagi habis kerja aku dekat sini lepas tu aku nak belah dari sini, aku nak kerja dekat tempat yang aku betul - betul nak. Kalau orang baca post ni, orang mungkin fikir, bodohnya aku, sekarang dengan unemployment rate tinggi, aku memilih pula.

    Sebelum aku address benda tu, aku cuma nak bagi tahu, sebelum ni, aku pernah ditawar buat kursus dekat satu "syarikat" dekat luar negara (hint: dekat Eropah). Ya, aku akan pergi luar negara tapi aku "decline" sebab aku tak nak dan tak boleh tinggal mak aku dan mak aku sakit. Aku tahu ni peluang sekali seumur hidup and people would kill for this tapi mak aku lebih penting daripada segala - galanya dan aku tak menyesal pun "decline" tawaran tu.

    Berbalik kepada mesej boss aku siang tadi, aku bagi tahu dia, aku perlu masa nak fikir. Tadi, masa aku tengah makan malam, dia mesej aku. Dia kata, kalau aku tak berminat, dia akan bagi dekat orang lain dan aku balas aku rasa ada orang lebih layak daripada aku. Aku rasa bersalah jugalah sebab ni dah kali kedua aku "decline" dan aku risau lepas ni dia dah takkan tawar apa lagi dekat aku. Aku bukan tak nak atau tak berminat tapi aku kena fikir pasal masa depan aku, bukan puaskan hati orang lain.

    Aku harap aku buat keputusan yang betul dan benda ni takkan menghantui aku nanti.

15 March 2022

Not So Sweet Escape

    Kalau orang baca blog ni, mungkin orang akan perasan aku jarang cakap pasal keluarga aku dan sejujurnya, aku tak cakap dan tak nak cakap pasal keluarga aku sebab topik ni sensitif. Aku cuma nak cakap, buat masa sekarang, aku dan keluarga aku tak OK dan aku kena jarakkan diri aku daripada diaorang.

    Sebelum aku balik ke negeri aku, aku duduk dekat KL. Aku bukan nak kata hidup aku masa aku duduk dekat KL indah - indah saja, ada juga hari tak indah tapi sejujurnya, masa aku duduk dekat KL, aku rasa macam ni rumah aku dan aku boleh membangun dekat situ. Aku jadi tenang, aku jadi penyabar. Dekat sini, aku tak boleh membangun sebab orang sekeliling toksik dan aku jadi diri lama aku balik. Aku jadi pemarah, aku jadi tak sabar.

    Sebelum aku pindah ke KL dulu, dah bertahun - tahun, aku nak keluar dari negeri aku. Bukan sebab tempat ni tapi sebab orang dekat sini, termasuklah keluarga aku.

    Aku balik ke sini atas sebab tertentu. Aku menyesal balik sini dan aku menyesal buat braces dekat sini sebab sekarang aku stuck dekat sini. Kalau tak, dah lama aku boleh balik sana balik. Aku harap sangat treatment aku habis bulan sepuluh sebab aku ada beberapa plans.

    Aku rancang, lepas aku habis pakai braces nanti, aku nak balik sana balik, duduk dengan abang kedua aku walaupun aku ada issue juga dengan dia, kalau abang ketiga aku tak balik sana juga dan duduk dengan abang aku tu sebab dia ni lah antara penyebab terbesar aku tak nak duduk sini selain daripada abang pertama aku. Kalau dia balik sana, aku tak balik sanalah, baik aku duduk sini daripada aku duduk kena menghadap dia.

    Plan kedua, aku akan balik sana balik, duduk dengan kawan aku. Masa aku duduk dekat KL, aku duduk dengan kawan aku ni tapi lepas tu, aku pindah keluar, duduk dengan abang kedua aku sebab aku bergaduh dia (lepas tu, aku bergaduh dengan abang kedua aku pula, lol). Ni kalau aku terpaksalah sebab satu, aku kena bayar sewa mahal dan dua, rumah tu kotor.

    Plan ketiga, aku akan balik sana balik, duduk dekat "kediaman" tempat "kerja" aku. Ni pilihan terakhir sebab aku kena bayar sewa tapi lebih murah daripada plan kedua tapi aku kena beli broadband untuk kerja aku sebab Internet situ perlahan.

    Buat masa sekarang, aku akan buat hal sendiri, aku akan buat macam diaorang tak wujud. Kalau diaorang cari pasal dengan aku, aku takkan lawan balik. Diaorang nak buat apa pun, buatlah, aku tak kisah langsung. Aku kena bertahan selama tujuh atau lapan bulan.

    Aku bukan tak sedih nak tinggal mak aku, aku sedih dan kalau boleh, aku nak duduk dengan mak aku, kitaorang berdua saja tapi aku tak boleh duduk sekali dengan orang toksik, duduk buat cerita pasal aku, buat cerita aku yang bermasalah, aku pentingkan diri - sendiri, aku tak bersyukur, aku tak sumbang apa - apa, aku anak dan adik tak berguna.

    Masalahnya, "gaji" aku tak banyak dan tak cukup pun nak bagi dekat mak aku. In fact, mak aku masih kena bagi duit dekat aku sebab "gaji" aku tak cukup nak tanggung diri aku sendiri dan mak aku tak kisah pun tapi diaorang pula yang duduk bising, nak tunjuk diaorang anak berguna padahal, masa gaji diaorang dulu pun sikit, diaorang pun tak bagi duit dekat mak aku dan mak aku pun duduk bagi duit dekat diaorang tapi aku tak bising pula.

    Lepas tu, aku duduk beli barang ni, barang tu, biarlah, tu duit aku, bukan duit diaorang dan aku tak kacau pun duit diaorang. Yang diaorang menyibuk sangat apa hal? Diaorang beli barang ni, barang tu, boleh pula. Ya, aku tahu aku kena simpan duit aku untuk lesen kereta semua tu tapi tak perlulah reka cerita pasal aku lepas tu tak puas hati dengan aku, duduk jeling dekat aku bila selisih dengan aku, lol. Gila ke apa? Lepas tu, nak buat macam aku tak wujud, buatlah, aku pun buat macam diaorang tak wujud.

    Lagi diaorang buat macam ni dekat aku, lagi aku akan buat apa yang aku nak. Jadi, aku akan beli juga boots Versace semua tu juga tapi sebab tak nak bergaduh dengan diaorang, aku kena beli senyap - senyap sebab nanti, ada yang dengki pula. Aku tahu aku kena simpan duit, nak keluar dari rumah tapi dah berbulan - bulan aku tunggu untuk kasut tu dan aku takkan putus asa sekarang. Aku boleh letak barang lain ke tepi dulu kecuali kasut tu. It doesn't make sense now but I believe it's gonna make sense someday. Inshallah, bila aku dah kaya nanti dan aku tengok kasut tu, aku akan teringat pasal semua ni.

    Aku dah tak nak ambil tahu pasal diaorang. Diaorang boleh pergi mampus. Aku kena fokus dekat diri aku, hubungan aku dengan Allah, hubungan aku dengan mak aku dan kerja aku dan aku cuma nak kata, Allah Maha Melihat, Maha Medengar dan Maha Adil. Diaorang buat dekat aku, diaorang terimalah balasan nanti. Sekarang pun dah nampak balasan tu. Aku happy saja tapi diaorang miserable, hahaha.

14 March 2022

Bebelan

    Malam ni, aku nak cakap pasal beberapa benda.

    First of all, kasut Converse warna hijau tu masih out of stock. Sebelum ni, aku ada bagi tahu, aku contact customer service website tu, dia kata diaorang akan restock kasut tu samada minggu ni atau minggu depan dan sekarang dah nak masuk minggu ketiga bulan tiga tapi sampai sekarang diaorang tak restock lagi. Aku nak sangat kasut tu tapi aku dah penat duduk tunggu dan check setiap hari dan aku makin putus harapan. Macam tu jugalah dengan denim jacket Zara tu, sampai sekarang dia masih out of stock dan aku nak sangat jacket tu. Siapa entah duduk beli. Lajulah. Lepas tu, bila kau dah puas pakai barang tu dan barang tu dah basah dengan peluh kaki dan ketiak kau, kau return barang tu atau pun kau jual barang tu dekat Carousell. Kau ingat orang hadap sangat ke nak pakai bekas kau? Fikir pasal orang lain juga, jangan fikir pasal diri kau saja.

    Second of all, tempat "kerja" aku takkan bagi "bonus" term ni. Aku ingat aku akan dapat "bonus" setiap kali lepas habis satu term. "Bonus" aku tak banyak pun, RM200 saja pun, tu pun diaorang nak berkira? Ni buat aku lagi benci tempat ni. Lepas tu, duit BKM pula. Dahlah duit tu tak masuk lagi sampai sekarang lepas tu duit tu akan dibahagikan kepada dua bahagian pula. Bahagian pertama, duit tu patutnya masuk bulan ni dan bahagian kedua, duit tu patutnya masuk bulan lapan kot. Duit tu tak banyak pun, RM350 saja pun, tu pun diaorang nak bahagi? Diaorang ingat orang boleh hidup ke dengan duit sikit tu? Aku dah plan nak simpan duit tu untuk boots Versace tu tapi bila dah jadi macam ni, nampak cara aku kena lagi berjimatlah.

    Third of all, blog aku dah muncul dekat Google setelah sekian lama. Aku saja cari blog aku dekat Google tadi dan aku jumpa satu post dekat blog aku dekat Google. Aku harap ada orang akan jumpa blog ni dan aku harap aku boleh tolong orang dengan penulisan aku, aku harap penulisan aku boleh bawa ketenangan atau bagi pengajaran atau hiburkan orang. Kalau kau suka fashion atau dengar cerita macam aku, well, you're in the right place, darling.

    Fourth of all, "co-workers" aku pakat nak duduk dekat "kediaman" yang disediakan oleh tempat "kerja" aku term depan. Tempat "kerja" aku sediakan "kediaman" untuk "staff" dia tapi kena bayar sewalah macam rumah sewa dan kebanyakan "co-workers" aku muda dan tak berkahwin lagi jadi aku tak peliklah. Cuma, aku tak berapa faham kenapa diaorang ghairah sangat nak balik sebab satu, COVID tak habis lagi, dua, kerja semua masih online, tiga, aku dengar Internet dekat "kediaman" tu perlahan dan empat, diaorang kena bayar sewa. Tu tak termasuk dengan expenses macam makan minum, minyak dan seterusnya. Aku rasalah, diaorang ghairah sangat nak balik sebab diaorang nak berseronok. Yalah, kalau duduk dekat rumah seorang diri, setakat boleh video call sajalah tapi masa awal - awal, syoklah tapi lama - lama, makin meluat dan sebab tulah aku tak nak duduk dekat situ.

    Fifth of all, term seterusnya akan mula dalam masa dua minggu lagi dan aku dah rasa penat fikir pasal kerja yang aku akan dapat. Aku tak pasti aku patut ambil extra work ke tak macam term lepas but let me tell you something, aku ambil satu extra work saja pun term lepas dan aku dah rasa macam nak mati. Dekat tempat "kerja" aku, ada jumlah jam kerja yang aku kena habiskan dalam masa tiga tahun dan kalau boleh, aku nak bagi habis jumlah jam kerja tu sebelum term terakhir aku sebab satu, aku akan ada banyak kerja masa term terakhir, dua, aku dah serik bekerja dengan "staff" "department" lain dan tiga, aku tak tahu kalau kerja semua akan jadi physical term lepas ni. Kalau ya, aku akan jadi sibuk gila nak mampus.

    Aku tahu, kalau orang baca blog aku, orang mesti macam, 'apa kerja kau sebenarnya?' Inshallah, lepas aku habis kerja sini, aku akan bagi tahu.

10 March 2022

Sunglasses

    Aku banyak cakap pasal kasut sebab aku minat kasut tapi aku jarang cakap pasal accessory sebab aku tak minat sangat accessory. Mungkin sesetengah orang akan kata, 'bukan kasut accessory ke?' Bagi aku, kasut bukan accessory sebab dia wajib. I mean, ada ke orang pakai cantik - cantik tapi lepas tu tak pakai kasut? Tak, kan? Macam tu jugalah beg tapi aku tak minat sangat beg. Anyway, sunglasses antara salah satu accessory yang aku minat selain jam tangan dan cincin dan sunglasses ni, they can elevate your look if you get them right dan masa aku dekat sekolah dulu, ada satu jenama spek mahal ni, Linda Farrow collaborate dengan Walter Van Beirendonck. Kalau kauorang tak kenal siapa dia ni, dia ni fashion designer dia ni salah seorang ahli Antwerp Six. Diaorang ni macam OG dalam dunia fashion lah sebab diaorang yang mula trend fesyen pelik - pelik ni.

    Anyway, diaorang ada buat satu spek bentuk hati ni dan aku rasa spek tu cool gila sebab aku tak pernah nampak spek macam tu.


    They're ridiculous but in a good way. They look like Power Rangers. They're not exactly wearable though sebab kau cuba bayang kau keluar macam ni, semua orang akan pandang kaulah tapi aku tak kisah, as long as they're in my possession, that's good enough. The only thing I don't like about them is the nose pads. Harga dia RM1000+++. Dulu, aku tak mampulah. Aku mampu tengok sajalah, hahaha. Sekarang, aku baru mampu tapi tu pun, aku kena simpan duit aku baru boleh beli. Of course, spek ni dah sold out sebab dia keluar bertahun - tahun lepas.

    Masa tu juga, 2NE1 keluarkan lagu I Am the Best dan dalam music video lagu tu, CL pakai salah satu spek dari collaboration tu dan aku suka jugalah spek ni.

    Ada satu malam tu, aku saja tengok dekat website Linda Farrow dan kau cuba teka apa aku jumpa? Spek ni ada lagi wei.  Aku terkejut jugalah sebab dia keluar bertahun - tahun lepas juga. Harga dia RM1000+++ tapi dah turun jadi RM400++ saja. Ada warna hijau, kuning, merah dan pink dan siapa kenal aku tahulah aku suka warna hijau, kuning, pink dan biru. Aku suka juga yang warna kuning dan pink tu tapi aku lebih tertarik dengan warna hijau tu.

    They're so ridiculous they're so good, do you know what I mean? They look like an eye mask. The wearability is low because look at them. Need I say more? Again, I don't care, I just wanna keep them, I just wanna feel like I'm a part of this iconic fashion revolution.

    Ada satu spek dari collaboration tu cantik juga dan aku suka jugalah. Design dia lebih simple, ergo they're much more wearable tapi aku rasa macam design dia basic sangat dan dah alang - alang aku nak beli barang designer, baik aku beli something yang lain daripada yang lain. I'm not an attention whore, OK? I don't like attention.

    Unfortunately, aku tak boleh beli lagi spek ni sebab aku tengah simpan duit untuk boots Versace tu. Lepas tu, aku nak beli kasut Converse warna hijau dan biru tu lagi. Bukan setakat tu saja, aku tengah simpan duit juga untuk veneers dan sebagainya lepas aku habis pakai braces. Plus, they're not my top priority jadi mungkin tahun depanlah kot aku baru beli spek ni dan aku harap sangat by that time, spek ni ada lagi. Sigh, kalaulah aku ada banyak duit, aku dah beli dah tapi tulah, aku bukan macam favourite YouTuber aku tu, dia nak apa saja, dia beli terus.

07 March 2022

One in a Million

    'Meeting the right person is harder than getting a pair of Versace boots.' - Blue

    Hahaha, narcissistic tak quote diri - sendiri? Tadi, masa aku tengah ambil udara segar dekat luar, aku terfikir quote tu. Betul lah, kalau kau nak beli boots Versace, kau hanya perlu simpan duit dan kalau kau ada rezeki, kau dapatlah boots tu tapi kalau kau nak jumpa the right person, nak jumpa saja ya, bukan nak berkenalan lagi pun dah macam one in a million. Kenapa Versace? Sebab Versace antara brand yang agak rare. Kalau tak percaya, cari review pasal Versace dekat Google dan YouTube, ada beberapa kerat saja. Sebab tu aku nak boots Versace tu.

    Anyway, aku agak sedih aku dah tak nampak lelaki macam Nasrul dekat taman aku tu sejak hari tu. Aku cuma nak tahu rumah dia mana satu supaya aku boleh saja duduk lalu depan rumah dia, supaya dia perasan aku dan aku boleh curi - curi pandang dia dan mungkin dari situ, dia akan tegur aku dan kitaorang bersembang lepas tu kitaorang berkawan dan akhirnya kitaorang jadi rapat, hahaha! I know, I know, that's wishful thinking and it's very unlikely to happen. What's very likely to happen is nothing's gonna happen and I'll never see him again.

    Sebab tu aku kata, nak jumpa the right person saja pun dah payah, apatah lagi nak berkenalan pula. Aku pernah jumpa orang elok beberapa kali saja seumur hidup aku. Tu pun, tak pernah jadi apa. Lepas tu, tak tahu lagi masuk ke tak? Kadang - kadang, muka, badan semua dah OK tapi bila berkenalan, tak ada chemistry pula. Aku pernah jumpa orang yang elok tapi sparks tak ada dan aku boleh rasa dia pun tak berminat dengan aku. Payahlah nak jumpa orang macam Nasrul yang tick all the boxes. Sebab tu kalau jumpa orang Nasrul, simpanlah baik - baik, jangan jadi tak bersyukur lepas tu cari orang lain pula. Bukan senang nak jumpa orang yang elok lepas tu baik pula.

06 March 2022

Delusional

    OK, kalau orang baca blog aku, orang mesti macam, 'apa masalah kau dengan "co-worker" kau tu?' sebab aku dah tulis beberapa kali pasal dia sebelum ni. Aku bukan tak kesian langsung dekat dia, aku kesian dekat dia sebab dia tak ada life dan dia tak ada kawan tapi dia annoying gila nak mampus. In fact, dia antara orang paling annoying aku pernah jumpa seumur hidup aku. Aku pernah cuba bagi peluang dekat dia tapi aku tak boleh tahan dengan dia. Semua benda yang keluar dari mulut dia buat aku annoyed. Dia bukan setakat buat macam life dia fabulous dan dia ada ramai kawan tapi dia juga delusional.

    Ada satu hari tu, tiba - tiba, dia bagi tahu aku dia boleh jadi model. Huh?! Jadi model apa?! Model Peace Collections yang ada saiz sampai XXXL tu?! For your information, muka dia skema, dia pakai spek dan badan dia gempal. Tu pun ada hati nak jadi model? Lepas tu, dia buang tudung, dia dedah rambut dia yang melengkoi tu, dia nak bagi lelaki orang putih tertarik dengan dia walaupun dia buat macam dia feminist, dia memanjang duduk melalak dia tak perlu lelaki, dia tak nak kahwin tapi lepas tu, dia duduk merembes tengok lelaki orang putih. Kau ingat lelaki orang putih nak dekat kau? Kau buatlah apa pun, semua orang lelaki pun tak nak dekat kaulah. Aku tak tahu nak kata apa jadi aku katalah, 'hmm, kau buatlah account Instagram lepas tu kau tengok berapa orang follow kau.' Dia balas dengan nada sinis, 'kau nak kata aku tak eloklah, kan? Hahaha!' Dalam hati aku, 'hmm, tahu pun.'

    Ada satu hari tu pula, tiba - tiba, dia bagi tahu aku dia suka tengok orang dress up dekat tempat "kerja" kitaorang. Masalahnya, kitaorang tak pernah jejak kaki dekat tempat "kerja" kitaorang lagi  sampai hari ni sejak kitaorang masuk sini sebab pandemic ni jadi kau tahu mana orang dress up dekat sini? Aku katalah, 'aku tak rasa ada orang dress up dekat tempat kerja sebab semua orang sibuk.' Dia balas dengan nada annoying, 'biarlah, aku suka tengok orang dress up, like, wow, the effort, I can never.' Nampak tak betapa delusional nya dia? Dia ingat life ni macam the Devil Wears Prada kot, semua orang dress up dekat tempat kerja.

    Dia juga buat macam dia fashion expert. Bila aku bagi opinion pasal fashion, dia selalu disagree dengan aku lepas tu dia bagi opinion dia. Konon - kononnya semua opinion aku salah, opinion dia saja betul. Um, ramai orang, termasuk seorang fashion expert dekat Malaysia ni sendiri pernah puji fashion sense aku. Pernah orang puji fashion sense kau? Tak pernahlahkan sebab kau duduk terperuk dekat rumah, duduk dalam bilik kau yang kepam tu, tengok drama Korea tapi kau buat macam life kau happening, kau selalu keluar dengan kawan - kawan kau yang wujud dalam imagination kau saja tu, pergi tempat - tempat macam Pavilion dan seangkatannya.

    Yang lawaknya, dia duduk tiru style aku. Ya, dia duduk disagree aku lepas tu dia duduk tiru aku. Contohnya, aku pakai satu jenama ni, dia pun pakai jenama tu. Aku bukanlah nak kata aku seorang yang pakai jenama tu tapi peliklah sebab sebelum ni, dia tak pakai pun jenama tu tapi bila aku pakai jenama tu, dia pun terus pakai jenama tu dan benda ni bukan jadi sekali saja, dah beberapa kali jadi dan aku perhati saja dia. Yang lagi lawaknya, dia buat macam dia dah lama pakai jenama tu. Dia ingat aku tak perasan ke? Dia silap besarlah cari pasal dengan aku. Aku seorang yang observant. Lepas tu, dia bukan setakat tiru style aku, dia tiru cara aku cakap, lifestyle aku lepas tu dia buat macam dia original, ew, loser sangat.

    Kesian, kau dahlah annoying, lepas tu, delusional pula. Memalukan. Teruskan jadi delusional dan perbodoh diri kau. Satu hari nanti, kebodohan kau akan tersuluh dan semua orang akan nampak betapa bodohnya kau. Dari kau tak ada kawan langsung jadi semua orang tak nak kawan dengan kau langsung. Pathetic gila nak mampus. Aku rasa macam nak ketuk kepala dia, bagi dia sedar sikit yang sebenarnya, dia tak ada life dan dia tak ada kawan dan dia annoying dan dia delusional dan muka dia skema dan badan dia gempal dan rambut dia buruk. Sebab tu kau nak compete dengan aku because I'm everything you can and will never be. Sigh, dah loser buat cara loser.

04 March 2022

Denim Jacket & Crush

    So, malam ni, ada dua benda aku nak cerita.

    First of all, sebelum ni, aku berjanji takkan beli dekat Zara lagi sebab design dia makin lama makin tak kena dengan taste aku (aku tak minat style Gen Z baju kembang, seluar kembang, semua kembang) tapi entah kenapa, siang tadi, aku pergi tengok denim jacket dekat website dia. Sebelum ni, aku pernah tulis aku suka pakai denim jacket. In fact, denim jacket adalah jacket aku paling suka pakai selain daripada varsity jacket dan blazer so aku kenalah ada sekurang - kurangnya lebih daripada satu denim jacket. Aku sayang denim jacket ASOS aku. In fact, aku paling sayang jacket tu. Walaupun dia tak adalah mahal gila tapi warna dia cantik, sleeve dia unique, dia oversized dan dia berat dan tebal.

    Anyway, aku jumpa satu jacket ni. Masa aku tengok bahagian depan dia, aku macam bolehlah tapi bila aku tengok bahagian belakang dia, aku macam, sold!


    I mean, look at the back. Isn't that a lovely surprise? Plus, it's oversized and I love oversized jackets and I've always wanted something with a heart on it. God, I've gotta have this jacket! Kalau aku tak simpan duit untuk kasut Converse tu, dah lama aku beli jacket ni jadi aku kena tunggu hujung bulan ni lah. Aku harap sangat masa tu saiz S ada lagi dan aku harap denim jacket ni berat dan tebal macam denim jacket ASOS aku. Aku nak pakai dengan Dr Martens Molly aku.

    Second of all, petang tadi, aku nampak someone macam Nasrul dekat taman aku. Dia putih dan ada jambang, that's so my type. Dia baru balik dari kerja kot, naik motor. Aku nampak sepintas lalu saja so aku tak nampak muka dia dengan jelas. So, aku pun terus ronda satu taman aku, naik basikal, nak cari rumah dia, hahaha! Sadly, aku tak jumpa pun. Mungkin dia tidur sebab penat. Sebelum ni, pernahlah ada seorang lelaki ni duduk jogging waktu pagi, lalu dekat rumah aku. Aku tak tahulah kalau dia orang yang sama tapi lelaki ni pun putih dan ada jambang and guess what? Bila dia nampak aku, dia pusing beberapa kali dan setiap kali dia lalu dekat rumah aku, dia curi - curi pandang aku.

    Aku bukan buat cerita sebab aku ada crush dekat dia ya, aku cuma cerita apa yang terjadi. Mak aku pun kata dia elok. Honestly, aku rasa takkan jadi apa pun sebab selalunya macam tulah. Sebelum ni, aku ada crush dekat seorang attendant dekat Petronas, seorang cashier dekat Tesco dan seorang cashier dekat Watsons dekat rumah aku tapi tak jadi apa pun. Aku jumpa diaorang, sembang sikit lepas tu belah dan tak lama kemudian, diaorang pun dah tak ada, mungkin diaorang sambung belajar atau dapat kerja tetap but one can dream, hahaha! It's so sad, right? Untunglah siapa dapat berkenalan dan berkawan dengan diaorang, aku selalu dapat orang yang hmm lepas tu attitude pun hmm.

03 March 2022

My Style

    Lama jugalah aku nak figure apa gaya aku dan lepas bertahun - tahun, aku baru tahu apa gaya aku.

    Bagi akulah, gaya aku grunge walaupun aku tak dengar grunge music macam Nirvana dan seangkatannya, aku dengar indie, pop, psychedelic dan rock. Aku tak adalah ambil bulat - bulat, I put my spin on it, it's my take of grunge so don't call me a poser or whatever. Aku suka pakai skinny jeans dan denim jacket macam trucker dan aku suka pakai high-tops dan boots. Aku suka juga pakai blazer, varsity jacket atau rugby shirt dengan skinny jeans. Ni lebih kepada preppy tapi aku panggil preppy grunge. Aku tak suka preppy yang letak sweater atas bahu tu, phony gila. Anyway, tapi selalunya aku pakai T-shirt dengan shirt atau hoodie dengan skinny jeans. Ni eclectic, kadang - kadang ada element western, kadang - kadang ada element hipster (no, I don't call or consider myself a hipster).

    Dekat hometown aku, gaya aku agak "out there" sebab tu orang selalu pandang pun padahal aku rasa macam biasa saja. Dekat KL, tak ada siapa akan pandang aku and that's what I like. Kau boleh dress up from head to toe, dripped with Versace but no one's gonna bat an eye because you're in a ocean of humans. Jadi, dekat sini, aku kena tone down supaya tak kena kecam. Aku kena pakai something yang tak flashy sangat dan gaya pun kena basic dan simple saja.

    Anyway, ada satu hari tu, aku saja tengok beg Jacquemus and guess what? I found my dream bag! Harga RM2000+++ tapi berbanding dengan brand lain, that's more acceptable. Aku menyesal gila sebelum ni, aku tak tunggu sampai sale, aku beli saja full price. Kalau tak, aku dah save beribu. Tu tak termasuk lagi dengan purchase yang aku regret. Kalau tak, aku dah boleh beli and it'd be my first designer bag. Tapi tulah, aku nak beli boots Versace tu lagi. Aku harap sangat beg tu akan ada lagi bila aku ada duit nanti. The style and the colour are perfect!

Jacquemus Le Baneto camera bag in green.

Random Thoughts, Again

    OK, tadi aku baru habis tengok satu vlog seorang favourite YouTuber aku ni. Dia dari London dan dalam vlog tu, dia pergi New York dengan boyfriend dia. Dia ada bagi tahu dia bergaduh dengan boyfriend dia dan mungkin sebab tulah dia banyak duduk seorang diri. Entahlah tapi aku boleh rasa macam dia tak enjoy trip tu sebab selalunya dia hyper tapi kali ni, dia macam tak syok. Aku bukanlah nak jadi kepala tahu, buat macam aku tahu apa yang terjadi tapi aku menyampah bila aku baca comment, semua pakat kata, 'you look like you had so much fun!' Really? Muka dia sedih kot, kauorang kata dia gembira, lagi sedihlah dia. Aku rasa dia nak dengar orang bagi tahu dia, 'it's OK not to be OK but I hope you'll be OK.'

    Orang comment, tak fikir langsung kesan dia. Diaorang main comment saja. Kalau aku jadi dia, aku jadi depressed kot. Aku tengah sedih, orang kata aku gembira. Eff you. Mungkinlah diaorang nak cheer her up tapi aku rasa benda tu lagi buat dia sedih. Allow people to be sad, feel the emotion. Don't dismiss them. Ni lah yang dikatakan toxic positivity atau apa yang aku panggil, fake positivity. Benda ni buat orang tertekan sebab orang kena jadi gembira sepanjang masa, tak boleh jadi sedih langsung.  Life isn't just about being happy, that's not life. Life is mostly about going through hardships to achieve happiness but even so, everything is momentary, nothing lasts for ever, be it happiness or sadness. Tapi tulah, penjilat kasut kisah apa.

    Anyway, baru - baru ni, entahlah tapi aku rasa kosong. Ya, aku rasa macam nothing matters. Aku tahu it's not true dan semua ni perasaan aku saja and this too shall pass tapi perasaan ni buat aku tak bersemangat. Aku rasa macam nak baring saja atas katil tapi tulah, in less than a month, aku nak kena masuk "kerja" balik. Aku tak nak fikir pasal "kerja" sebab aku fikir saja, dada aku rasa ketat, kepala aku rasa berat. Tinggal lagi setahun setengah aku nak kena "kerja" sini tapi aku rasa lama gila. Macam tu juga, aku baru "kerja" sini setahun setengah tapi aku rasa macam dah lama aku ada dekat sini. Honestly, aku memang tak enjoy "kerja" sini. Inshallah, habis nanti, aku lupakan chapter dalam hidup aku ni, buat - buat macam it never happened dan aku definitely takkan recommend dekat siapa - siapa tempat ni.

    Mungkin sesetengah orang rasa macam aku tak bersyukur. Ramai orang luar dekat sana have it worse blah blah blah. Aku tahu, aku tahu. Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku untuk count my blessings. Sekurang - sekurangnya, aku ada "kerja", aku ada rumah yang selesa, aku ada air, aku ada electricity, aku ada makanan, aku ada pakaian and so on. Aku takut juga macam mana hidup aku nanti lepas aku tinggal tempat ni  Aku dah tak nak kerja retail, aku dah serik. Siapa yang pernah kerja retail saja tahu betapa teruknya kerja retail. Tapi sebab tu jugalah, semua orang patut merasai kerja retail sekali seumur, it's a humbling experience.

    Anyway, aku masih struggle dengan loneliness aku. Aku punya nak hilangkan kesunyian sampai aku chat dengan stranger tapi aku masih rasa sunyi. Ya, aku tahu, aku patut turn to Allah for solace tapi aku pine for a human connection. Aku nak ada kawan yang aku boleh emotionally connect with tapi dengan keadaan sekarang, aku tak boleh keluar rumah jadi aku nak buat kawan macam mana. Aku dahlah suka keluar rumah jadi aku rasa sesak nafas lepas terperuk sepanjang hari. Satu - satunya cara untuk aku kurangkan sikit kesunyian, aku imagine aku dikelilingi kawan - kawan lama aku yang dah lost contact. Aku tak tahulah kalau ni a healthy coping mechanism tapi aku tak adalah bercakap dengan diaorang ke apa, aku cuma imagine diaorang ada dengan aku.

    Malam - malam, bila aku keluar rumah, jalan keliling halaman rumah aku sambil tengok bintang, aku imagine aku tengok bintang dengan diaorang. Kitaorang duduk atas reclining chairs, berbalut dengan selimut, letak ubat nyamuk sebelah nak halau nyamuk, lol. Lepas tu, ada khemah dan tiny house dan minivan dan campfire dan gazebo. Ya, kitaorang camp dekat luar rumah aku. Aku bakar ikan sambil diaorang sembang dan buat lawak dan gelak berdekah - dekah sampai kitaorang tertidur. Kan bagus kalau kitaorang semua masih berkawan. Sigh. Tapi semua tu hanya imaginasi aku tapi aku rasa kurang sunyi sikit. Tak, aku masih waras, aku bukan dah jadi gila ke apa. Mungkin bagi sesetengah orang cara ni creepy tapi cara ni lah aku guna sejak aku kecil.