30 November 2022

Please Pick Me Up

    Today was a bad day but I don't feel like talking about what happened. I wanna talk about something else, something to take my mind off.

    So, semalam, aku nampak kasut Tally depan bilik dia. Aku juga nampak kereta merah yang selalu datang pick up dia tu. Kiranya dia dah baliklah tapi semalam, aku tak nampak dia langsung. It was almost like dia tak keluar bilik dia langsung.

    Pagi tadi, aku terserempak dengan dia, finally. Aku tak nak nampak desperate so at first, aku buat macam tak perasan dia lepas tu aku baru toleh dekat dia. Dia pun toleh dekat aku balik. Aku senyum dan lambai dekat dia taaaaaaaaapi dia tak senyum dan lambai pun dekat aku balik...

    Okay, aku dah annoyed. Okay, mungkinlah dia pemalu tapi aku pun pemalu so tolonglah put effort juga, takkan aku saja nak put effort, nampak macam aku pula yang terhegeh - hegeh nak berkawan dengan dia.

    Tengahari tadi, aku terserempak dengan dia lagi and again, dia tak tegur aku ke apa pun. Aku rasa macam nak mengamuk, menjerit dan menangis sebab, why is it so hard? Why can't we just be friends? 

    Minggu depan dah midsemester break which means aku takkan jumpa dia for one week dan aku takut aku takkan jumpa dia lagi bulan depan sebab macam aku pernah cakap sebelum ni, dekat kolej aku ni, orang keluar masuk dan tinggal lagi lebih kurang lapan, tujuh atau enam minggu lagi sebelum semester ni habis.

    Aku bukanlah nak jadi misguided tapi aku rasa macam this is more than just a coincidence. I mean, muka dia macam Shorty dan dia pun ambil chemical engineering?

    Aku marah, sedih dan takut. Kenapa aku payah sangat nak jumpa someone tapi Shorty senang saja jumpa someone lepas apa yang dia buat dekat aku? It's so not fair. I deserve someone, after everything I've been through. Takkan aku akan jadi loner buat selama - lamanya kot?

    Dahlah aku stressed dengan macam - macam benda. I need someone to comfort me. I'm only human, I need a human connection too, a human touch. I want someone to hold my hand and tell me everything's gonna be alright. That's all I ask for. Is it too much to ask for?

    Please. Aku dah tak larat menunggu dan mencari. I'm already on my knees. Could someone please pick me up?

28 November 2022

I Wish We Were Still in Love Like We Used to Be

    Okay, aku ada banyak kerja nak buat hari ni tapi aku tak tahu kenapa, aku rasa tak sedap badan.

    Semalam, aku keluar dengan classmates aku, pergi buat kerja dekat study room dekat library. Lepas tu, kitaorang keluar makan malam sebelum diaorang hantar aku balik bilik aku. Hari ni, aku plan tak nak makan apa sebab satu, aku rasa tak sedap badan dan dua, aku nak jimat duit, aku dah spend terlalu banyak duit dekat makanan.

    Semalam juga, aku beli beg tangan Tory Burch untuk mak aku. Aku memang dah lama nak beli beg tangan untuk mak aku—beg tangan Tory Burch to be exact sebab aku suka logo dia, berbanding lower upper brands yang lain macam Kate Spade, Coach, Longchamp dan Michael Kors tapi mak aku ada a very specific type of handbag yang dia suka.

    Aku nak beli beg tangan Tory Burch Eleanor tu tapi yang tu mahal sangat, RM4000+++ wei. Kalau aku kerja nanti, aku bolehlah kot. Kan sekarang ada sale dan ada satu beg tangan Tory Burch Ella ni jadi, campur dengan tax, RM1000+++ dan design dia pun cantik juga dan mak aku pun suka.

    To be completely honest, aku rasa syok sebab aku rasa macam aku dapat bagi something dekat mak aku tapi pada masa yang sama, I probably shouldn't say this because I'm gonna sound like I'm not sincere tapi hati aku rasa macam kena robek jugalah masa aku bayar semalam.

    To make matters worse, aku tak boleh bayar dengan Bank Islam so aku transfer duit aku ke account Maybank aku dan aku ter-transfer guna IBG instead of DuitNow dan sekarangkan cuti dan IBG cuma akan transfer duit masa working day so duit aku tengah float. Aku harap sangat esok aku akan dapat duit tu balik. I hate IBG!1! IBG bodoh!1!

     Anyway, semalam aku basuh kain. Macam biasalah, aku kena "compete" dengan budak - budak dari kolej lain yang monopoly tempat tu macam tempat tu mak bapa diaorang punya, lebih daripada kitaorang yang dari kolej ni. Kampung sangat perangai.

    Oh, aku lupa nak cerita. Dua malam lepas, aku mimpi Nick mesej aku dekat Skype. Dia kata dia rindu aku. Mimpi tu rasa real gila tahu so pagi semalam, bila aku bangun, aku terus buka Skype dan tak ada pun mesej daripada dia. I is disappointed. 

    Speaking of which, aku dah lonely dan aku rasa lagi lonely when Tally is not around. Aku asyik jalan depan bilik dia, nak tengok kasut dia ada ke tak tapi tak ada pun. Aku rasa dia akan balik esok. I can't wait to see him again dan aku harap sekurang - kurangnya aku boleh dapat number dia, somehow sebelum midsemester break which will start next week because I can't bear to go through another week without seeing him.

    Also, mungkin sebab aku lonely so aku rindu Shorty. Aku asyik fikir pasal dia juga. Masa aku pergi shopping centre kedua paling besar dekat dunia tu dua hari lepas, I was praying inside I'd run into him (sebab rumah dia dekat - dekat situ dan dia pernah bagi tahu aku dia selalu pergi situ) and maybe he'd change his mind once he sees me in person.

    Bila aku buka Skype, aku selalu harap aku akan dapat mesej daripada dia. Manalah tahu masa aku keluar, aku tak nampak dia tapi dia nampak aku and he'd have a change of heart but all I get is radio silence. Alangkah indahnya we're still in love like we used to be dan mungkin, every weekend, kitaorang akan berjumpa.

PS Beg tu patut sampai between 30/11 and 05/12 dan aku harap sangat beg tu akan sampai on time dan dengan selamat dan beg tu tak ada defect ke apa.

27 November 2022

Missing You

    Okay, aku baru balik bilik aku. Tadi, aku keluar dengan classmates aku, kitaorang pergi shopping centre kedua paling besar dekat dunia tu. Alhamdulillah, it went well, tak macam hari tu, cuma terlepas solat. Aku beli Vanish, charger cable, headband dan sweater warna hijau H&M (the colour's so lush I couldn't resist it).

    By the way, aku tak tahu kenapa tapi aku jumpa beberapa orang jugalah muka macam Shorty dan aku pun tak pastilah if one of them is actually him. Adakah ramai orang sini muka macam dia? Also, diaorang asyik pandang aku. Adakah diaorang berminat dengan aku? Kalau aku datang seorang, mungkin diaorang akan make a move.

    Anyway, kan aku ada bagi tahu dalam post sebelum ni, Tally balik. Entahlah tapi aku rindu dia. Aku asyik fikir pasal dia. Adakah dia pun asyik fikir pasal aku? Aku tak tahulah if this, whatever this is between me and him, would blossom into a friendship. Aku harap sangat dia pun akan put effort, macam, bila lepas aku jumpa dia lagi, dia akan tegur aku dan buat conversation dengan aku, jangan buat macam conversation hari tu tak pernah berlaku pula.

    Okay lah, aku dah mengantuk dan aku nak kena solat dan tidur. Goodnight.

26 November 2022

Marine Serre Hodoh

    So, semalam aku attend event yang aku mention dalam post sebelum ni tu dan aku jadi DJ. Event tu mula dari pukul 3 petang sampai 9 malam tapi aku datang pukul 2 petang dan kitaorang habis pukul 10 malam sebab kitaorang kena kemas tempat tu. Penat tu, tak perlu cakaplah, aku balik bilik, aku kumur mulut, basuh muka, aku terus tidur, aku tak mandi pun walaupun kulit aku bergetah tapi alhamdulillah, it went well and it was an interesting experience sebab tu kali pertama aku duduk dekat fakulti aku (event tu diadakan dekat fakulti aku) sampai malam.

    Aku cuma tak faham kenapa diaorang bagi option untuk balik masa pukul 7 tu, of course orang akan balik, siapa nak duduk sampai pukul 9, dengan panas so tinggal beberapa orang saja masa activities lepas tu. Also, juniors aku ramai bapuk, hmm. Aku cakap terus - teranglah, aku memang tak suka bapuk sebab aku ada banyak bad experience dengan diaorang, diaorang suka buat cerita. Aku tak discriminate diaorang, aku masih layan diaorang dengan baik sebab aku anggap diaorang pun manusia juga tapi kalau nak buat kawan? Sorry, I'm not interested.

     Anyway, again, semalam, aku nampak kereta merah yang pick up Tally malam tu so I think that means dia balik. Kasut dia pun tak ada depan bilik dia. Aku rasa, lepas ni, kalau aku sembang dengan dia lagi, aku akan tanya apa nama dia kot dan dia duduk dekat mana.

    By the way, entahlah tapi sejak hari tu yang aku realise kasut Versace tu probably takkan ada balik, aku jadi macam dah tak berminat nak beli barang designer ke apa. YouTuber kegemaran (used to be) aku tu pun aku dah tak berminat nak tengok. Not to mention, the mindless consumption makes me nauseous. Beli macam - macam tapi semua macam sampah. Kalau elok, faham juga. Aku perasan sejak dia datang ke US (dia dari UK), fashion dia makin hauk. Lepas tu, dengan "kawan - kawan" fake yang memanjang gelak saja walaupun tak ada apa yang lawak pun.

    Okay, bunyi macam aku dengki tapi seriously, aku tak dengki langsung sebab dia tak ada apa yang aku nak. Kalau dia apa yang aku nak, aku dengkilah. Also, dia kaya so tak apalah tapi kalau aku ada banyak duit pun doesn't mean I should spend mindlessly, I'd still have to spend wisely. Macam ada seorang housewife dari the Real Housewives of Beverly Hills ni kata, dia suka beli barang on sale sebab dia dapat jimat duit dan dia boleh beli benda lain dengan duit yang dia jimat tu. Lepas tu, barang designer sekarang macam scam, buruk tapi jual beribu.

25 November 2022

So, I Talked to My Crush...

    Yes, I've just talked to Tally, finally. Okay, sebelum aku bagi tahu how it went, aku nampak kasut dia tak ada dekat depan bilik dia so aku tahu dia keluar. Aku pun keluarlah sekali, in the hope of aku akan terserempak dengan dia, lol and I did. Dia tengah bersiap. Ada kitaorang dua saja dekat situ so I knew it was another huge opportunity tapi aku teragak - agak because it was early in the morning dan orang waktu awal pagi ni kadang - kadang cranky so aku takut dia takkan respond dengan baik but I knew I had to try sebab ada kemungkinan besar dia akan balik hari ni so aku takkan jumpa dia lagi minggu ni.

    Aku pun buat macam aku tengah bersiap padahal kelas aku dan event yang aku nak kena attend hari ni tu lambat lagi, lol. Lepas tu, I mustered as much courage as I could and I made my move. Aku tanya dia, 'eh, you ambil course apa, eh?' Dia macam terkejut. Dia balas, 'sorry?' Aku tanya dia sekali lagi, 'you ambil course apa?' Dia jawab, 'engineering.' Mm, aku selalu terpikat dengan student engineering, contohnya, Shorty, lol. Lepas tu, dia tanya aku balik, 'kau?' Aku pun jawablah, 'English.' Dia macam, 'TESL?' Aku balas, 'oh, bukan, just English, without education.' Lepas tu, kitaorang sembang sikit pasal kitaorang tahun berapa dan macam mana kitaorang pergi kelas. Rupa - rupanya, dia dah tahun terakhir dan dia pergi kelas tumpang kawan dia.

    Okay, part seterusnya, aku rasa aku macam sorta messed it up. Aku tanya dia kenapa ada tiga pasang kasut depan bilik dia. Lepas tu, aku tambah, aku ingat ada orang tumpang bilik dia. Dia bagi tahulah roommate dia ada dua pasang kasut. Entahlah tapi aku rasa macam soalan tu buat aku nampak macam stalker walaupun memang aku kinda stalk dia pun, lol. Aku harap dia tak pelik dengan aku dan aku harap dia bersangka baik dengan aku, yang aku nervous dan aku hanya cuba buat conversation dengan dia. Aku memang nervous masa tu sebenarnya, kaki dan tangan aku menggeletar tapi aku cuba buat macam aku cool.

    Lepas tu, dia kata dekat aku, 'gerak dulu.' Aku pun macam, 'alright.' Aku tak tahu kenapa tapi lepas dia pergi, I didn't feel really good. I was supposed to be jumping up and down sebab akhirnya, aku dapat cakap dengan dia tapi aku rasa macam I screwed it up but it's a good sign lah sebab dia tanya aku balik, bukan aku tanya dia, dia jawab saja lepas tu krik krik so samada he was being courteous or he's interested in me as well but I hope it's the latter tapi aku tak tahu nak proceed macam mana lepas ni. I mean, sure, lepas ni, bila aku terserempak dengan dia lagi, aku akan senyum, angkat tangan dan tegur dia tapi macam mana aku nak kitaorang jadi from strangers to acquaintances? Kalau setakat tegur, we're not going anywhere. Kalau aku kena buat conversation dengan dia, apa aku nak cakap atau adakah dia yang cakap dengan aku dulu? He doesn't look like the type who would make the first move, to be completely honest. I don't know. I guess now all I can do is to just wait and see.

    On a side note, muka dia sebiji macam Shorty wei. I don't know why I'm into nerdy guys like Shorty. Mungkin sebab orang nerd ni selalunya depan nampak baik tapi belakang wild, just like Shorty, lol. Selalunya, orang tak pandang pun orang macam diaorang sebab there are actually a lot of them and they all sorta look the same and they're are considered basic. Aku bukan menghina, I'm just stating what I know sebab setahu aku, orang suka lelaki tinggi and all that but that's what draws me to them. Aku rasa that's what makes them attractive. Aku tak suka benda yang kebanyakan orang suka dan aku bukan nak kata aku special ke apa, that's just my taste.

    Apa pun, aku harap, things won't go south from here.

Fast Rant

    Okay, aku dah mengantuk dan aku kena tidur sebab aku ada kelas dan event nak attend esok. So, aku kena type cepat - cepat so abaikan kalau ada grammatical mistakes ke, spelling errors ke, apa ke, kalau aku ada masa dan mood nanti, aku perbetul.

    So, aku ada mention dalam post sebelum ni aku ada event nak attend. Well, masa aku attend event tu a few days ago, aku ternampak seorang lelaki ni dan aku terus tertarik dengan dia sebab dia handsome gila. Kulit dia tak putih sangat, tak gelap sangat, rambut dia hitam dan wavy, dia tak tinggi sangat, tak pendek sangat dan dia tak kurus sangat, tak gemuk sangat dan dia ada beard. Orang lain mungkin tak tertarik dengan dia sebab dia tak tinggi but I find guys like him so cute.

    Anyway, aku tak tahulah dia ambil course apa tapi dia duduk seorang diri. Aku  curi - curi pandang dia tapi aku buat macam aku tengok belakang dialah, lol. Aku tak tahulah kalau dia pun curi - curi pandang aku ke tak tapi masa aku nak keluar, dia berdiri belakang aku wei. Aku tak tahulah dia sengaja ke or it was a coincidence. Kalau kitaorang bersendirian masa tu, mungkin aku atau dia dah akan make a move tapi kitaorang dua - dua datang dengan kawan - kawan kitaorang. So, sadly, tak jadi apa pun.

    By the way, sebelum aku attend event tu, aku terserempak dengan Tally. Dia pandang aku, aku pandang dia balik tapi aku cepat - cepat pandang arah lain sebab aku malu so again, a missed opportunity but it's okay because I think he was in a rush at that time. Aku sempat tatap muka dia sikit dan aku rasalah, he is the guy who smiled at me a few weeks ago sebab kulit dia tanned. Sebelum ni, aku ingat tu orang lain sebab kulit dia cerah. Well, the only way to know is to ask him. Oh I wish it was that easy.

    Dia selalu balik malam Khamis tapi malam ni, aku tengok kasut dia ada lagi depan bilik dia tapi aku tak terserempak langsung dengan dia. Aku saja lepak dekat luar, in the hope of aku akan terserempak dengan dia but nope. Aku rasa dia akan balik pagi esok tapi kalau dia tak balik, aku terkejut. Adakah dia tak balik sebab dia nak tengok aku? I wish, hahaha!

    Alright, aku nak tidur. Goodnight.

23 November 2022

Serabut

    Okay, aku ada banyak benda nak cerita tapi aku akan cuba untuk pendekkan sebab aku dah nak kena tidur sebab aku ada satu event nak kena attend esok. Also, sebenarnya, aku ada banyak assignments nak submit so aku agak serabut sekarang.

    So, aku sampai campus semalam, abang aku hantar. Adalah beberapa benda terjadi sebelum tu tapi aku malas nak cerita. By the way, entahlah tapi masa kitaorang on the way tu, aku rasa macam tak nak balik pula padahal masa aku dekat rumah hari tu, aku tak sabar nak balik. Anyway. Aku masuk bilik, tak lama lepas tu, roommate aku pun balik, setelah sekian lama. Dia cerita dekat aku, dekat faculty dia, ada banyak kes COVID so diaorang tutup faculty dan buat online so dia balik rumah.

    Slightly off topic but ever since block aku mula ramai orang duduk (sebelum ni, tak ramai), tempat ni dah tak wangi. Dulu, tempat ni bau macam perfume tapi sekarang, bau macam badan orang, buat loya tekak aku. To make matters worse, budak - budak yang duduk dekat block aku ni pengotor gila. Kencing, berak tak flush. Pubic hair bersepah. Sisa makanan buang dalam sinki sampai tersumbat.

    Sebab tu aku tak pandang tinggi langsung dekat international students (kebanyakan yang duduk dekat kolej aku ni international students) sebab diaorang sebenarnya sama saja macam local students: kebanyakan tak beradab and I'm not just talking about Africans and Arabs, I'm also talking about French, Japanese and so on. Macam tadi, masa aku nak beli air dekat cafeteria dekat kolej aku, adalah beberapa ekor yang menguji keimanan aku.

    Lepas tu, diaorang banyak complain. Complain, complain, complain. Semua benda nak complain, benda kecil pun nak complain, macam tak ada benda baik langsung. Bila ada benda baik, tak puji pula, pakat diam macam orang bodoh. Lepas tu, ada local students buat setuju dengan diaorang, nak tunjuk yang diaorang open-minded tapi international students tak layan pun, diaorang cuma sembang sesama diaorang, hahaha.

    Yang kelakarnya, ada satu hari tu, ada seekor ni mesej WhatsApp Group Kolej aku, dia letak emoji bendera Malaysia dan emoji babi hutan lepas tu yang lain pakat gelak tapi tak ada pula local students tegur diaorang. Why? Sebab diaorang international students? Sebab kauorang hadap sangat nak buat kawan dengan diaorang sampai diaorang buat apa pun, kauorang sanggup pejam sebelah mata tapi bila local students buat salah, kauorang pakat melalak pula?

    To the local students, you have a lot of reflection to do because I sense a lot of insecurity within you, sebab tu kauorang try hard sangat nak berkawan dengan international students walaupun diaorang tak pandang pun kauorang langsung. Kalau kauorang tengok local students yang terhegeh - hegeh nak jadi kawan international students ni kebanyakan nerd. Local students yang hot tak ada pula macam tu.

    Enough of that. Sekarang, aku nak cakap pasal Tally. Sebelum tu, aku baru perasan yang orang duduk keluar masuk kolej aku. Kejap aku asyik terserempak dengan dia ni, lepas tu, aku dah tak terserempak dengan dia, aku terserempak dengan orang baru pula.

    This brings me to my next point and that is, aku risau aku takkan jumpa Tally lagi sebab sejak semalam, aku tak jumpa dia lagi. Aku risau dia pindah kolej ke apa sebab macam aku kata, orang duduk keluar masuk kolej aku. Aku menyesal aku tak make a move masa aku berduaan dengan dia hari tu.

    Anyway, sale dekat Neiman Marcus dan Farfetch dah mula dan harga kasut Balmain tu turun 40% saja dan saiz aku dah habis. Also, aku ingat kasut Versace tu akan ada balik tapi tak ada pun. Aku menyesal tak beli kasut Versace tu masa dia turun 30% dan aku menyesal aku tak simpan duit aku.

    Entahlah tapi aku jadi tawar hati. Aku fikir, maybe this isn't the time sebab kalau aku kerja, aku boleh simpan RM500 sebulan dan dalam masa enam bulan aku dah boleh beli kasut tu but I'm just a student. Plus, mungkin aku akan perlukan simpanan aku for something else.

    Okay lah, aku dah mengantuk dan aku nak kena solat Isyak. Goodnight.

19 November 2022

Shake Your Booty Like You Used To

    Aku dah siap mengundi dan sekarang, aku nak kena bercukur, potong kuku dan buat kerja tapi aku malas gila. Aku rasa macam nak tidur saja.

    Aku tak tahu kenapa tapi tiba - tiba, aku terfikir pasal Nick. I know he's married tapi aku sedar yang aku masih ada perasaan dekat dia. Aku rindu masa dia single dulu, kitaorang akan video call dan masa tu, I could feel he had feelings for me too. Sebab tu aku tak faham kenapa dia kahwin. Had it been arranged? Adakah masa tu dia dah bertunang? Aku pun tak tahulah.

    Aku tak naklah pecah belah rumah tangga orang sebab aku takut, satu hari nanti, bila aku kahwin, ada orang pecah belah rumah tangga aku pula so that's why aku tak pursue dia. It's hard sebab macam aku cakap, aku masih ada perasaan dekat dia tapi pada masa yang sama, I respect marriage. Aku harap aku akan jumpa someone else dan aku boleh move on daripada dia.

    Speaking of which, aku asyik terfikir pasal Tally. Aku takut aku takkan jumpa dia lagi so I need to act fast. By the way, I've been talking a lot about him to other people like my mum and my friends because clearly, I'm in love with him tapi aku tak naklah orang tahu yang aku ada crush dekat dia. Anyway, aku harap dia takkan pindah kolej dan aku akan jumpa dia lagi dan aku akan boleh cakap dengan dia.

18 November 2022

You're Not That Special

    Aku lupa nak cerita. Masa aku naik bas dua malam lepas, bas tu lalu dekat hometown Shorty dan masa tu, aku terfikir pasal dia dan aku baru sedar yang aku dah lama tak fikir pasal dia sebab bila aku sedar yang ada orang lain macam dia, aku sedar he's not that special. Well, kalau dia datang balik, aku masih akan layan dia because it's easier to rebuild an old relationship than to build a new relationship because you know that person but if he comes back when I'm in a relationship with Tally or someone else, aku mungkin takkan layan dia because one, I'm strictly monogamous and two, I've realised how easy to forget him when you meet someone new, he's forgettable.

    This brings me to my next point and that is, aku juga sedar bila aku jumpa orang yang aku tertarik dan berminat, aku dah tak beberapa kisah pasal kasut ke apa. Sebab tu aku dah tak berapa kisah pasal kasut Versace tu dan kasut Balmain tu even though the fact that I probably won't get those Versace boots still stings me. Rupa - rupanya, aku duduk beli kasut sebelum ni sebab aku lonely and I tried to fill that emptiness with shoes but I still felt lonely. I still enjoy collecting shoes though. Bila aku jumpa orang yang aku tertarik dan berminat, it feels like nothing else matters any more. All I can think of is that person, of what we can be, of the things we can do.

    Tadi, masa aku keluar, jalan dalam halaman rumah aku, ambil udara malam, aku teringat masa aku tak ada kerja dulu, aku pernah cuba untuk jadi rapat dengan sepupu - sepupu aku. Aku cerita pasal ni saja pun aku dah cringe. Aku text diaorang, aku ajak diaorang buat macam - macam tapi diaorang tak layan aku pun. Masa tu, aku lonely sangat. Aku memang perbodoh diri aku masa tu. Sekarang aku tak berminat langsung nak jumpa diaorang. Bila aku fikir balik, I wish I could go back and change my old self's mind but could I change my old self's mind? Like when I was madly in love with Sam? Now, I'm like, what was I thinking? I don't find him attractive at all.

    By the way, dua hari lepas, aku terserempak dengan someone macam Sam dekat campus. Aku macam, what are you doing here? It wasn't him though, obviously. Anyway, aku mengaku, dulu, aku desperate. Ada orang sudi "terima" aku (aku letak quotation marks sebab tak semestinya orang tu ikhlas), aku terima saja orang tu walaupun orang tu tak elok pun (aku senang dengan orang pandai mengayat macam Shorty). Aku bukan tak ada standards langsung, aku ada but I just wanted to have a lover, to be "loved". Aku tak nafikan, aku masih desperate tapi tak seteruk dululah kot. Kalau ada orang yang aku tak tertarik dan berminat nak berkenalan dengan aku, aku takkan layan.

    Okay lah, aku dah nak tidur, aku dah mengantuk dan esok aku nak kena bangun awal, aku nak kena pergi mengundi.

Crushed

    So, aku sebenarnya sampai rumah semalam tapi aku penat gila naik bas sampai aku makan dan tidur saja semalam. Aku plan nak shave, potong kuku dan buat kerja sikit semalam tapi satu pun aku tak buat. Speaking of the bus, everything was okay at first. Orang tak ramai so aku dah excited nak letak barang aku dekat seat sebelah (aku ambil single seat) supaya aku boleh lunjur kaki aku. Bila kitaorang sampai satu terminal ni, tiba - tiba, bas tu terus jadi penuh. Dahlah tu, bising pula. Adalah beberapa orang kampung, PPRT dan rempit duduk buat bising sepanjang perjalanan tu sampai nak tidur pun payah. Aku rasa aku dapat tidur beberapa jam saja dan aku tak cukup tidur so sebab tulah semalam sepanjang hari aku tidur.

    By the way, masa aku tunggu bas tu dua malam lepas, ada seorang lelaki ni asyik pandang aku. Cute jugalah. Dia agak macam Shorty: nerd, pakai spek, tak kurus sangat, tak gemuk sangat tapi dia lebih cerah dan tinggi daripada Shorty (aku tak tahu kenapa aku tertarik dengan orang macam Shorty, contohnya Tally). Aku rasa dia student university aku juga. Dia datang dengan kawan dia. Kalau dia datang seorang, mungkin dia atau aku dah akan make a move tapi sebab ada kawan dia, kalau kitaorang make a move, nanti awkward pula. Aku ingat dia akan naik bas yang sama but unfortunately, dia naik bas yang lain. Aku menyesal jugalah tak make a move.

    Anyway, semalam, aku pergi buat kad Maybank yang baru sebab kad aku dah patah so tak boleh guna payWave. Entah kenapa tapi aku rasa pelik balik sini. Aku rasa macam dalam mimpi. Aku rasa macam semua ni tak real. Aku rasa macam, aku kenal tempat ni tapi tempat ni rasa asing. Does that make sense? Mungkin sebab aku dah jumpa "rumah" baru so tempat ni jadi tempat persinggahan saja, macam mak aku cakap.

    Sejak aku balik sini, aku asyik fikir pasal Tally. Lepas tu, aku rindu bilik aku. Aku tak sabar nak balik sana. Aku bukan tak sedih nak tinggal mak aku lagi, kalau boleh, aku nak bawa mak aku sekali tapi bila aku balik sini, I'm reminded of the reasons I'd been wanting to leave this place for years and I can't stay here.

    By the by, autumn/winter sale Versace mula hari ni daaaaaaaaan boots yang aku duduk nak hampir setahun tu tak ada. I'm so crushed. Dahlah harga turun 50%. Boots lain yang buruk ada pula, hmm. Nampaknya, aku kena tunggu untuk trainers Balmain tulah tapi entahlah, aku jadi tak pasti nak beli ke trainers tu.

    This brings me to my next point and that is, I'm gonna buy those Chucks CX. Kebetulan pula, ada voucher RM50 so maybe it's a sign I should buy them.

16 November 2022

Felo Bapuk Gemuk & Budak - Budak Kampung, PPRT dan Rempit

    So, inshallah, aku balik malam ni. Aku tak pack barang aku lagi dan aku nak kena basuh kain sebab aku tak nak bawa balik pakaian busuk, buat berat beg saja. Aku cuma nak bawa balik beberapa baju dan seluar dan computer aku. Aku akan naik Grab ke terminal bas lepas aku solat Isyak, mandi dan gosok gigi sebab macam biasalah, "kawan" aku tu tak nak bawa aku. Aku harap everything will go smoothly lah because I can't afford to lose anything any more, I've lost so much.

    Anyway, aku baru habis basuh kain dan aku nak cerita sikit pasal budak - budak dari kolej lain datang kolej aku sebab nak guna kemudahan dekat kolej aku. For your information, aku duduk dekat kolej "premium", meaning, berbanding kolej - kolej lain, kolej akulah yang paling terjaga sekali walaupun tak adalah terjaga sangat pun dan harga pun premium lah: RM500 sebulan untuk bilik dua orang. Aku tak kisah kauorang nak guna kemudahan dekat kolej aku tapi jangan bagi attitude.

    Macam tadi aku basuh kain, ada dua orang perempuan ni pun basuh kain juga. Aku tengok cara diaorang dress up dan behave, perhati orang macam tak pernah nampak orang, gelak kuat - kuat, aku dah tahu diaorang dari kolej lain sebab budak - budak dekat kolej aku ni kebanyakan anak - anak orang kaya dan diaorang takkan pandang kau langsung, diaorang buat hal sendiri and that's one of the things I like pasal kolej aku ni, aku boleh pakai apa saja dan diaorang takkan pandang aku langsung.

    Aku bersyukur aku pindah kolej sebab I feel like I belong here, not there. Aku tahu diaorang dari kolej lain sebab sebelum ni, aku duduk dekat kolej lain dan macam tulah perangai diaorang, perhati orang, bisik sesama diaorang sambil tuding jari dan gelak macam hyena. So kampung, rempit dan PPRT. Aku tak bangga langsung duduk dekat kolej "premium" tapi kauorang datang sini, buatlah perangai elok sikit. Ni kauorang buat berlagak dengan orang pula, macam kauorang duduk sini.

    By the way, dekat kolej aku ni, ada macam cottages dan felo - felo yang duduk dekat cottage - cottage tu. Untunglah, cantik gila cottage tu tapi felo dekat block aku ni bapuk gemuk dan dia pernah bawa kereta laju gila, nak langgar aku padahal jalan luas saja. Hmm, dah dapat cottage pun tak happy lagi. Bitter sangat. Mungkin sebab tak ada lelaki nak dekat dia kot. Jangan kau tukar cottage tu jadi rumah pelacuran pula. I wouldn't be surprised kalau dia bawa balik lelaki.

PS Aku tengok sale Versace masa spring/summer dulu tu mula hujung bulan May so mungkin sale autumn/winter pun mula hujung bulan ni lah.

15 November 2022

We Have More Chemistry Than Science Fair

    So, Tally memang balik rumah sebab lepas aku nampak dia naik kereta merah semalam, aku tak nampak dia lagi. Kenapa dia selalu balik? Okay lah, mungkin rumah dia dekat but still, dia tak teruja ke jumpa aku? Hahaha. Aku pun jadi tak teruja nak duduk dekat kolej sebab aku takkan jumpa dia sampai minggu depan so I decided to go home malam esok dan nasib baiklah tiket bas ada lagi. I guess I'll have to spend another week daydreaming of him.

    Speaking of kolej, ada tahi dekat corridor floor aku. Aku tak tahulah tahi kucing ke, tahi manusia ke tapi busuk gila nak mampus. Lepas tu, ada orang terpijak tahi tu so ada footprints bertahi merata. Aku suspect mak cik cleaner yang aku cerita dalam post sebelum ni tu yang biar kucing masuk block aku (kucing tak dibenarkan masuk dan tak boleh masuk pun unless ada orang buka pintu). Aku rasa dia ada tak puas hati dengan someone and hopefully that person isn't me.

    Anyway, ramai orang dah balik malam ni sebab esok kelas dah tak ada. Entahlah tapi aku rasa agak sedih sebab kolej aku jadi agak sunyi. Kalau tak, pergi cafeteria, penuh dengan orang tapi tadi aku pergi, ada beberapa orang saja. Lepas tu, dengar orang berjalan dalam corridor, bersembang. Sekarang senyap. Sekali - sekala saja dengar bunyi. Pelik, kan? Aku tak suka orang ramai tapi bila orang tak ramai, aku rasa sedih, hahaha.

    By the way, aku nampak Nick online, berjam - jam tapi tak balas langsung mesej aku. Fine, ada someone else lah tu. Untunglah orang tu, dapat "free show". Lepas tu, aku tengok dia terus offline. Dah puaslah tu. Slutty sangat. Aku rasa macam nak spank saja dia sampai dia meraung - raung. You've been a bad boy, hahaha. Don't ask me kenapa aku tulis macam ni.

    Oh ya, saving aku dah kering. Aku ada lagi satu saving dan aku cuba sedaya - upaya untuk tak sentuh duit tu sebab aku simpan duit untuk kasut Versace tu walaupun harapan untuk aku dapat kasut tu sekarang sangat tipis bukan sebab saving aku dah kering saja tapi sebab aku pun tak tahulah kasut tu akan ada balik ke tak. Aku rasa sedih sebab aku dah lama simpan duit untuk kasut tu so kalau aku tak dapat kasut tu, walaupun aku dah tak kisah sangat pasal kasut tu macam dulu but it'd still sting.

    Oh ya, aku baru ingat. Tadi, aku pergi satu science fair ni dan aku terjumpa seorang lelaki ni. Handsome gila, sado pula tu. Aku tak tahu dia perasan aku ke tak tapi dia perasanlah kitaorang sebab kitaorang yang paling lain daripada yang lain dekat situ. Masa aku pergi keluar makan dengan classmates aku pun, I saw some cuties lagi. Kan bagus kalau aku dapat at least seorang tapi entah kenapa aku tak dapat - dapat. Tally yang satu block dengan aku pun payah nak dapat.

14 November 2022

Please

    Hari ni, patutnya Tally dah balik dan walaupun kasut dia ada depan bilik dia tapi aku tak terserempak dengan dia lagi hari ni. Aku dah cerita dekat "kawan - kawan" aku pasal dia dan diaorang semua suruh aku tegur dia. Aku tengah cari moment nak tegur dia dan aku nak kena tegur dia sebelum hari Khamis ni sebab hari Khamis ni cuti sebab pilihanraya so dia mesti akan balik hari Rabu ni. Sigh. Masa aku nak tegurlah, terus aku tak terserempak dengan dia langsung tapi masa aku tak expect aku akan terserempak dengan dia, terus aku terserempak dengan dia. Berkali - kali pula tu.

    Aku ada rasa takut yang dia akan reject aku, like, what if aku tegur dia dan dia ignore aku atau dia balas dengan dingin? Apa yang aku nak buat? Kalau jadi macam tu, mesti awkward gila setiap kali aku terserempak dengan dia lagi. Pada masa yang sama, selagi aku cuba, aku takkan tahu dan aku akan menyesal kalau aku tak cuba langsung. At least, kalau aku cuba, I can say, 'I tried,' tapi kalau aku tak cuba, I'll be haunted with what-ifs. "Kawan - kawan" aku cakap diaorang rasa dia akan reciprocate. Aku pun tak tahulah but I hope so.

    Also, aku harap kalau aku jadi tegur dia nanti, I don't reek desperation sebab aku memang dah lonely teruk. Aku rasa empty, macam tak ada direction. Hari - hari, aku buat saja apa yang aku perlu buat walaupun kalau ikut hati, aku tak nak buat apa - apa. Aku cuma nak tidur. I feel dead. I don't look forward to anything except seeing Tally. I need someone to make me feel alive again, to excite me. Aku ingat lagi masa aku bercinta dulu, aku selalu tak sabar nak tengok phone, nak tengok lover aku text aku ke tak dan kalau dia text aku, aku rasa macam aku boleh terbang.

    You might not get me if you're not a relationship person but if you are, then you know what I'm talking about. Being in love feels so good. Yes, I know, it's not all rainbow and butterfly. Ada hari, gelap dan hujan juga but you know you'll always get back together, no matter what. Aku dah lama tak in a relationship. Aku pun tak ingatlah kali terakhir I was in a relationship. Masa aku berkawan dengan Shorty sebelum kitaorang bergaduh tu boleh dianggap sebagai relationship ke? Not really sebab aku bertepuk sebelah tangan but still, it felt good to have someone to talk to.

    I just want someone. That's all I'm asking for. Is it too much to ask for? After so long, I think I deserve some happiness. I've been in the dark for years and I need some light. By the way, aku terserempak dengan Tally tadi tapi aku tak tegur dia dan nasib baik aku tak tegur dia sebab lepas tu, aku nampak ada kereta merah datang dan dia naik kereta tu. Kiranya dia sibuklah dan kalau aku tegur dia, aku takut dia tak layan aku. Aku tak tahulah dia nak balik ke apa but please jangan balik lagi. I need you here. My life's dull without you. Just tunggu for the moment aku nak tegur dia.

13 November 2022

A Rainbow After the Storm?

    Aku tak tahulah macam mana nak mulakan post malam ni.

    Siang tadi, aku pergi keluar, beli detergent and all that sebab aku nak kena basuh kain, kalau tak, aku tak ada apa nak pakai dan aku naik Grab sebab "kawan" aku "tak boleh" bawa aku. Aku letak quotation marks dekat phrase tak boleh sebab aku rasa dia bukan tak boleh tapi dia sebenarnya tak nak.

    Okay, sebelum aku teruskan cerita aku, aku nak rant sikit pasal ni. Dia ada kereta so most of the time, aku tumpang dia pergi kelas. Yes, I am thankful to her tapi hanya sebab aku tumpang dia, tak bermaksud aku tak boleh rant langsung.

    Yang aku geram dengan dia ni, dia pemalas. Aku minta dia bawa aku pergi tempat dekat - dekat pun payah. Asyik - asyik "tak boleh" tapi bila boyfriend dia minta dia beli makanan ke apa, terus boleh walaupun boyfriend dia tak bayar pun dan aku bukan tak bayar dia, aku bayar ye, aku ada common sense.

    Banyak benda yang aku boleh selesaikan dalam sehari ambil masa berhari - hari nak siap. Contohnya, aku minta dia bawa aku pergi satu kedai photocopy ni sebab aku nak kena photocopy bahan yang lecturer kitaorang bagi dekat aku. Guess what? Lecturer kitaorang bagi bahan tu dekat aku days ago tapi sampai sekarang tak siap lagi sebab dia.

    Alangkah indahnya aku ada lesen memandu dan kereta sendniri. Aku tak perlu rely dekat orang. Aku boleh pergi mana saja, bila - bila masa dan kalau ada orang nak tumpang aku, aku takkan berkira langsung, provided orang tu buat baik dengan aku.

    Back to the story, sebenarnya, aku nak pergi dekat - dekat saja tapi ada seorang classmate aku ni ajak aku pergi satu shopping centre ni (hint: this is the largest shopping centre in Malaysia). Aku pun okay sajalah. Okay, masa ni bermulanya nasib malang aku hari ni.

    Grab kan ada feature multi-stop ride tu yang kau boleh minta the driver untuk stop by dan ambil kawan kau. Ni kali pertama aku guna feature tu. Aku tak tahu rupa - rupanya, kau kena letak tempat kawan kau dulu lepas tu kau baru letak tempat yang kauorang nak pergi tu.

    So, aku letak tempat yang kitaorang nak pergi tu dan lepas tu aku baru letak tempat classmate aku tu. Total dia RM43. Aku terkejut jugalah tapi aku ingat standard price lah kot. Bila driver tu datang, dia pun macam terkejut dan masa tu aku baru tahu aku dah buat silap, aku dah rugi lebih kurang RM18.

    Aku explain dekat classmate aku tu. Nasib baiklah dia tak marah aku sebab dia pun nak kena bayar tambang tu (tapi aku bayar dulu dan ada sebab kenapa aku bagi tahu pasal ni, nanti aku cerita). Kitaorang sampai situ, kitaorang pergi makan sebab kitaorang lapar.

    Lepas kitaorang makan, kitaorang pergi beli barang. Okay, this is when things got worse. Aku beli headband sebab headband aku dah longgar. Diaorang tak bagi plastic bag so aku letak dalam pocket aku. Lepas tu, aku pergi beli detergent and all that.

     Lepas aku bayar untuk detergent and all that, aku perasan headband tu dah tak ada dalam pocket aku. Yes, headband tu terjatuh dan aku tak tahu aku ter-drop headband tu dekat mana. By that time, I knew it was too late tapi aku adalah pergi cari balik and of course, dah tak ada. So, aku dah rugi RM39. Campur RM18, total RM57. Dalam sehari aku rugi RM57 and that's a lot for students.

    To be completely honest, masa tu aku rasa macam nak menangis tapi takkan aku nak menangis depan classmate aku tu dan depan orang ramai kot? So, aku berpura - pura macam aku okay walaupun bila dia cakap dengan aku, aku tak boleh pay attention pun sebab aku kenang nasib aku yang sangat malang.

    Classmate aku tu ajak aku jalan sekeliling shopping centre tu. Okay, part ni annoy aku. Kan aku cakap shopping centre tu shopping centre paling besar dekat Malaysia dan dahlah aku pakai boots Dr Martens dan baju tebal so walaupun tempat tu sejuk tapi aku berpeluh - peluh so aku tak nampak fabulous langsung (my image means a lot to me) and guess what? Dia tak beli apa sangat pun so it was a total waste of time and energy.

    Bila kaki aku dah sakit gila nak mampus, dia baru ajak balik. By that time, aku rasa macam kaki aku dah nak tercabut. Ye, bukan salah dia aku pakai boots Dr Martens tapi tolonglah consider orang lain juga ye. Okay, this is the part when things became the worst.

    Kitaorang balik naik InDriver dan macam biasalah, aku bayar dulu RM30. Okay, sekarang aku nak bagi tahu kenapa aku bagi tahu pasal aku bayar dulu RM43 tu. If you don't do the maths pun, kau tahu dia kena bayar dekat aku balik lebih daripada RM4. Guess what? Dia bayar aku RM4 saja.

    Aku terdiam. Aku tak tahu nak kata apa. What logic is this? Aku tengok dia, dia buat muka tak bersalah. Aku boleh saja cakap tapi masa tu, aku dah tak larat dan aku tak nak bergaduh. So, aku buat diam tapi Allah saja tahu perasaan aku masa tu. Aku just nak balik dan lepas ni, aku takkan keluar dengan dia lagi.

    Aku sampai kolej aku, aku rasa macam sampai home sweet home. So, was today's trip worth it? Not at all. Did I have fun? Not at all even though I met some cuties. Do I wanna go again? Not at all, aku tak suka shopping centre tu sebab walaupun yes, it's huge tapi tak ada apa pun. Also, aku agak sedih sebab ada baju dekat H&M dan Uniqlo yang aku nak beli tapi aku kena simpan duit.

    Lepas tu, aku call mak aku, nak cerita pasal apa yang terjadi hari ni. Okay, aku memang dah tak puas hati dengan abang aku tapi bila mak aku defend dia, that's what triggered me. So, aku bergaduh dengan mak aku. Don't get me wrong, I love my mum and I'll do anything for her but that doesn't mean aku tak boleh ada perasaan.

    Benda ni memang buat aku kecil hati dengan keluarga aku sebab tengoklah. A parent should be impartial tapi aku tak rasa mak aku akan defend aku kalau abang - abang aku mengadu pasal aku. Entahlah, aku dah tawar hati dengan diaorang. Kalau boleh, aku tak nak balik rumah next weekend sebab aku tak nak jumpa diaorang for the time being.

    Abang - abang aku sangat individualistic. Diaorang cuma kisah pasal diri diaorang. Aku bukan nak minta tapi kalau mak aku meninggal satu hari nanti, aku rasa keluarga aku akan berpecah. Sekarang diaorang buat macam "one big happy family" pun sebab mak aku ada lagi.

    I'm hurt, I'm angry, I'm sad, I'm lonely, I'm scared, I'm tired. Aku rasa macam nak mengamuk, menangis, menjerit, tidur, tak nak cakap dengan siapa - siapa dan buat apa - apa. Aku nak bersendirian. Aku benci semua orang. Semua orang boleh pergi mampus.

    Lepas aku bergaduh dengan mak aku, aku kena tidur sebab aku penat dan aku kena calm myself down. Aku bangun, aku rasa macam nak tidur balik tapi aku nak kena solat Asar. Lepas tu, aku order oden dan corndog Family Mart melalui Grab sebab aku malas nak pergi cafeteria.

    Speaking of which, kolej aku ni kebanyakan international students dan aku tak berkenan dengan students dari satu negara ni. Diaorang antara majority international students dekat sini and they can be loud and rude dan diaorang suka bergerak beramai - ramai.

    Aku dah ada bad experience dengan diaorang beberapa kali tapi yang kelakarnya, aku perhati diaorang, dengan international students dari negara macam France atau Japan atau South Korea, diaorang okay pula. Colonial mentality sangat.

    Anyway, sebab tulah aku malas nak pergi cafeteria sebab aku akan bertembung dengan diaorang dan diaorang akan pandang "slack" dekat aku tapi takkan aku makan, aku tak minum kot? Dahlah oden tadi entah kenapa pedas gila nak mampus daripada biasa. So, nak tak nak, aku kena pergi juga.

    Mula - mula, aku pergi vending machine tapi nohorom, there was barely anything. Aku pergi cafeteria, cafeteria dah nak tutup tapi, mungkin Allah nak cheer me up, aku pergi dekat abang tu, aku bagi tahu dia aku cuma nak order air, dia okay.

    Entahlah tapi aku rasa macam abang tu ada soft spot untuk aku for some reason. Mungkin sebab dia kesian tengok aku selalu datang seorang diri kot. Thank you, abang for cheering me up by making my favourite drink walaupun cafteria dah nak tutup.

    Lepas tu, aku ambil masa aku, minum air sambil jalan - jalan dekat luar block aku. Suddenly, aku rasa tenang dan aku percaya Allah yang bagi ketenangan tu dekat aku. Everything felt so calm and looked so beautiful.

    For your information, dekat sebelah block aku, seberang hutan, ada satu fakulti ni dan dekat situ, ada bangunan kaca ni. Cantik sangat waktu malam sebab diaorang buka lampu dan dia nampak macam spaceship. Kan bagus kalau aku berkawan dengan Tally dan kitaorang sama - sama menikmati pemandangan malam yang sejuk dan sunyi ni.

    Okay lah, aku nak kena solat lepas tu aku nak tidur. Esok, aku nak kena siapkan assignments yang dah berhari - hari aku tangguh. Goodnight.

12 November 2022

Tell Me How I'm Supposed Not to Be Lonely

    It's been raining all day long today and it's so cold, aku tak buka kipas pun masih sejuk.

    Tally memang balik rumah sebab lepas aku terserempak dengan dia pagi, aku tak terserempak lagi dengan dia dan kasut dia tak ada depan bilik dia, ada kasut roommate dia yang rempit tu saja.

    Tadi, aku order oden dan orange juice Family Mart melalui Grab walaupun aku plan tak nak makan malam, nak berjimat sebab semalam, aku dah beli nasi goreng tapi aku tak jadi makan sebab aku keluar makan dengan classmates aku so aku ingat aku boleh makan nasi goreng tu esok pagi dan pagi tadi aku nak makan nasi goreng tu dah basi. Aku rasa crappy sebab aku dah bazir duit.

    Masa aku pergi ambil order aku dekat abang Grab tu, tiba - tiba, aku rasa sebak. Aku rasa macam nak menangis. Aku rasa sedih, marah, takut dan lonely.

    Mungkin ada orang akan fikir, kenapa aku masih lonely walaupun aku ada keluarga dan kawan - kawan? To be completely honest, aku tak rasa "kawan - kawan" aku betul - betul kawan - kawan. Yes, they've helped me a lot, over and over again and I appreciate their helps, I'll always remember them but the friendships feel superficial and transactional.

    Contohnya, diaorang mengadu dekat aku, aku dengar tapi bila aku mengadu dekat diaorang, diaorang ignore aku, tak balas mesej aku, terus mesej pasal benda yang concern pasal diaorang atau kalau diaorang "dengar" pun, diaorang dismiss aku, 'ala, benda kecil saja tu.' Padahal, bila diaorang mengadu dekat aku, aku tak pernah ignore dan dismiss diaorang.

    Aku pun ada perasaan dan aku jenis, kau buat baik dengan aku, aku buat baik dengan kau tapi kalau kau buat tahi dekat aku, aku buat tahi dekat kau balik. So, sekarang bila diaorang mengadu dekat aku, aku ignore diaorang. Guess what?

    Terus tak cakap dengan aku. Tahu pula marah. Masa buat dekat aku, you're not the bad guy tapi bila aku buat dekat kauorang, suddenly I'm the bad guy. Tak nak cakap dengan aku lagi bagus, aku pun dah penat dengar kau mengadu dekat aku pasal benda yang sama berkali - kali.

    To make matters worse, aku rasa macam keluarga aku tak supportive. Diaorang mana ada tanya how I'm doing ke apa. Bila aku mesej WhatsApp group keluarga aku, diaorang tak balas pun mesej aku tapi diaorang balas mesej pula sesama diaorang.

    Yang lagi buat aku sakit hati, keluarga aku pun suka dismiss aku. Contohnya, aku ada beli water flosser baru sebab aku bagi water flosser lama aku jatuh dan pecah. Harga dia RM225. Yes, tak adalah beribu pun tapi bagi aku, duit tetap duit. Aku letak alamat rumah abang aku sebab aku tak berani nak letak kolej aku, takut diaorang tak pandai handle parcel tu.

    Semalam, parcel tu sampai. Abang aku duduk dekat apartment so courier tu bagi parcel tu dekat guard. Aku mesej abang aku, bagi tahu dia yang parcel tu sampai. Dia baca mesej aku tapi dia tak balas. Aku mesej dia lagi sekali hari ni. Guess what?

    Dia kata parcel tu tak sampai lagi. Okay, tipu sebab courier tu siap hantar gambar dekat aku. Kiranya kau yang tak check. Aku hantar gambar yang courier tu hantar dekat aku dekat dia. Dia tak balas. Hahaha. Kantoi. Dia cuma kata nantilah dia ambil.

    Oh, masa parcel kau tak sampai dulu, kau buat macam dunia dah nak kiamat padahal barang murah saja pun, tak sampai RM100 tapi dengan parcel aku, kau buat macam, 'ala, bila - bila boleh ambil.' Walaupun aku lebih muda daripada kau, aku buat diam saja sebab aku tak nak bergaduh.

    So, how am I supposed not to feel lonely around people like this? How am I supposed to consider them my family and friends? Tell me. I don't have anyone. I only have God but I'm only human so I need a human connection too and that's why I've always looked for someone. I can't be blamed.

    Aku mungkin nampak okay, boleh senyum dan gelak tapi dalam hati aku, Allah saja yang tahu perasaan aku. Aku tak kuat. Aku lemah. Aku rasa macam aku akan jatuh kalau tak ada orang tolong aku. Aku pun kadang - kadang perlukan a shoulder to lean on.

    Aku tahu dan aku percaya, Allah saja yang boleh bagi kekuatan tapi aku juga percaya, no man is an island. Allah cipta manusia lebih daripada seorang supaya kita boleh tolong sesama kita. Kita tak boleh survive seorang diri. Kita perlukan orang lain.

    Berat beban yang aku kena bawa. Aku bukan nak claim aku seorang saja yang dalam kesusahan atau compare kesusahan aku dengan orang lain tapi hanya sebab aku boleh senyum dan gelak tak bermaksud aku tak ada dalam kesusahan but no one cares.

    Ramai orang selfish. Semua fikir pasal diri - sendiri saja, tak fikir pasal orang lain. Suka minta tolong tapi tak nak tolong orang. Orang macam ni memang tak layak ada kawan. Patut duduk dan mereput seorang diri.

PS Bukan setakat water flosser aku rosak, earphones aku rosak. Memang malang sungguh nasib aku.

11 November 2022

Please Don't Leave Me

    So, pagi tadi, aku terserempak dengan Tally lagi. Dia keluar, bawa beg. Aku tak tahulah dia nak balik rumah ke pergi kelas ke, I hope it's the former sebab kalau tak, I'd have to spend this weekend without seeing him and it'd be so boring. To be completely honest, aku dah bosan cakap pasal terserempak dengan dia, aku nak cakap pasal aku cakap dengan dia, pasal kitaorang jadi kawan and I'm so lonely and desperate. I just wanna have someone to talk to, someone who I can emotionally connect to.

I Blew Three Chances

    So, roommate aku tak balik bilik lagi sampai hari ni. Aku ada nampak status dia dekat WhatsApp. Aku pun tak tahulah mana dia pergi but like I said, I'm not complaining. Aku suka duduk seorang but I wouldn't mind duduk dua orang, provided my roommate is my soulmate, hahaha! 

    Anyway, aku tak ada apa nak cerita sangat pun malam ni cuma pagi tadi, aku terserempak dengan Tally tiga kali. Ye, bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali dan tiga - tiga kali I blew my chance. Aku bukan tak nak tegur dia tapi masa tu, awal pagi so tahu - tahulah orang selalunya masa awal pagi ni cranky. Lepas tu, tak pelik ke nak sembang masa awal pagi? It wasn't a good time to strike a conversation.

    By the way, kali kedua aku terserempak dengan dia, dia baru mandi so dia tak pakai baju dan aku boleh tengok body shape dia macam mana, huehuehue. Okay, aku suka, agak berisi tapi tak gemuk.

    Lepas tu, aku tak terserempak dengan dia lagi. Aku saja pergi jalan - jalan dekat luar tapi dia tak keluar pun bilik. Aku tengok bilik dia dah gelap so mungkin dia dah tidur kot.

    Aku tak tahulah aku akan jumpa dia ke tak lagi minggu ni sebab aku perasan, setiap kali hujung minggu, aku tak jumpa dia langsung dan aku suspect dia balik rumah dan mungkin rumah dia dekat. Aku harap dia takkan balik minggu ni sebab mungkin senang sikit aku nak tegur dia masa weekend, ramai orang balik so tak ada ramai orang. Kalau dia balik juga, aku kena tunggu sampai minggu depan pulalah dan aku terpaksa spend weekend ni without him, again.

    Okay lah, aku dah nak tidur, esok aku nak kena bangun awal. Goodnight!

PS Nick mula ignore aku macam dulu balik. Kalau dia akan ignore aku, kenapa hari tu dia chat dengan aku? Saja nak tahu pasal perkembangan aku? Eff you.

10 November 2022

Huge Opportunity

    Okay, aku ada banyak benda nak kena baca untuk kelas esok dan aku ada beberapa assignments nak kena buat dan aku dah nak kena tidur tapi aku nak luahkan perasaan aku dulu.

    So, lepas aku post waktu Maghrib tadi, ada beberapa benda terjadi. Aku malas nak cakap pasal benda - benda tu (basically, ada sedikit drama) tapi aku nak cakap pasal satu benda and that is, Tally, lol.

    Tadi, masa aku keluar bilik, aku dah perasan kasut dia tak ada depan bilik dia dan aku agak dia pun keluar bilik. Lepas tu, aku terserempak dengan dia. Betul lah sangkaan aku. Okay, aku tak tahu aku yang perasan atau syok sendiri ke apa tapi dia tercegat tapi dia buat macam dia buat benda lainlah tapi aku ada rasa macam dia nak aku tegur dia.

    For your information, masa aku terserempak dengan dia tu, tak ada orang lain langsung, ada kitaorang dua orang saja so it was a huge opportunity for me to strike a conversation with him but I chickened out. Aku jadi nervous, aku tak tahu nak kata dan buat apa, aku belah terus.

    Masa aku mandi tadi (showerthought, lol), aku terfikir, apa kata, kalau aku terserempak dengan dia lagi, aku buat tanya dia, 'hi, sorry, you ada charger tak? Charger I rosak. Boleh pinjam charger you?' Padahal aku dah ada charger classmate aku, hahaha.

    Kalau dia kata ya atau tak (lagi bagus dia kata ya sebab tak awkward sangat), either way, aku akan cuba buat conversation dengan dia, tanya dia bilik dia dekat mana (padahal aku dah tahu, lol), siapa nama dia, dia ambil course apa, dia tahun berapa dan lepas tu bagi tahu dia aku nampak dia masa aku daftar masuk and end of conversation.

    Lepas tu, kalau aku terserempak dengan dia lagi, aku boleh tegur dia easily dan kalau aku nak buat conversation dengan dia, taklah awkward sangat lagi. Hopefully, we'd grow closer dan aku boleh minta number dia.

    Okay lah, aku dah nak tidur, esok aku nak kena bangun awal. Aku harap aku akan terserempak dengan dia lagi dan kali ni, aku akan cuba untuk beranikan diri aku.

09 November 2022

Random Rambling

    So, roommate aku masih tak balik bilik lagi sampai hari ni and like I said, I'm not complaining tapi aku pun tak tahulah kenapa. Yuran RM500 kot sebulan so rugilah tak duduk. Ada satu hari tu, aku nampak dia post status dekat WhatsApp and that's it tapi aku tak tanya dia sebab aku tak rapat pun dengan dia. 

    Anyway, hari ni, aku tak terserempak lagi dengan Tally atau lelaki yang senyum dekat aku tu. Aku saja lepak depan bilik Tally, nak bagi dia perasan aku tapi dia tutup langsir, lol.

    By the way, semalam, aku nampak Nick online so aku pun tegurlah dan dia read saja tapi dia tak reply pun. Fine. Dia memang tak berminat dengan aku. Kalau dia berminat dengan aku, aku mesej dia, dia akan terus balas. Apa - apa sajalah. Aku pun dah tak berminat dengan dia macam dulu, aku ada Tally walaupun he's not mine, yet, lol.

    Anyway, pagi tadi, aku ada kelas online dan masa tu jugalah, charger aku buat perangai, tak boleh charge phone aku. Aku dah cuak phone aku yang rosak tapi ada classmate aku (dia dekat kolej yang sama) pinjamkan aku charger dia dan alhamdulillah, phone aku boleh saja charge so charger tu yang problem.

    Lepas tu, aku nak cakap pasal kasut Versace dan kasut Balmain tu. Aku dah lama tak cakap pasal kasut - kasut tu sebab aku sibuk gila dan aku tak masa nak fikir pasal kasut - kasut tu.

    So, the sale should start pertengahan atau hujung bulan ni dan aku tak tahulah kasut Versace tu akan datang balik ke tak dan harga kasut Balmain tu akan turun ke tak.

    Tadi, aku tertengok gambar kasut Versace tu and I was reminded of why I fell in love with them. Personally, aku rasa kasut Versace tu lebih berbaloi daripada kasut Balmain tu sebab kasut Versace tu boots dan diperbuat daripada leather dan kasut Balmain tu trainers dan diperbuat daripada polyester.

    Dua - dua kasut tu cantik dan ada pros and cons dia. Contohnya, kalau aku pakai kasut Versace tu, kasut tu akan crease sebab dia kulit tapi kalau aku pakai kasut Balmain tu, dia takkan crease sebab dia polyester.

    To make matters more complicated, ada satu Converse CX ni cantik jugalah. In case you don't know, Converse CX tak sama dengan Classic Chucks atau Chucks 70 sebab material dia lain dan aku dengar dia selesa. Aku memang dah lama nak beli at least satu pasang Converse CX sebab satu, warna dia menarik dan dua, aku nak cuba.

    Dulu, ada kasut Converse CX warna putih dan mint dan aku rasa dia cool dan lain daripada yang lain tapi aku terlepas kasut tu sebab aku tak tahu pasal kasut tu

    Ni kasut yang aku nak tu. Mula - mula, dia ada dekat Next Direct tapi mahal sangat, RM450 for a pair of Converse isn't worth it. Hari ni, aku tengok dia dah ada dekat kedai official Converse dekat Lazada dan harga dia RM359 dan ada voucher RM30 (sampai 11/11/22 saja) so total RM329 which is the current standard price.

    Kalau aku beli kasut ni, aku nak pakai dekat baju Uniqlo yang ada gambar the Great Waves off Kanagawa tu dengan River Island light blue skinny jeans tapi aku tak tahu nak beli ke tak kasut ni lagi sebab aku nak beli kasut Versace atau kasut Balmain tu. Kalau aku tak jadi beli dua - dua kasut, aku boleh beli kasut ni.

    To be completely honest, sejak aku datang sini, aku jadi tak berapa minat nak shopping sebab I guess, ada benda lain yang lebih penting (I have self-awareness, okay?). Aku pun tak pastilah nak beli ke tak sebab obviously, I have more than enough clothes and shoes (mak aku kata aku ada stock untuk seumur hidup) tapi pada masa yang sama, aku takut nanti aku akan menyesal tak beli.

    Tengoklah macam mana.

PS Aku saja tak keluar bilik pagi tadi sebab aku tak nak terserempak dengan mak cik cleaner tu dan tadi, aku beli makan malam dekat kedai pertama tu. You've lost me, kedai makan kedua. Mentang - mentang kedai kau laku, kau berlagak, eh, dengan aku padahal aku selalu beli antara makanan paling mahal dekat kedai kau.

08 November 2022

Interact

    Okay, aku tahu, baru - baru ni, aku tulis beberapa post dalam sehari. Aku bukan tak ada kerja, aku ada saja tapi ada banyak benda yang aku nak luahkan.

    So, dekat kolej aku, ada seorang mak cik cleaner ni. Dia akan datang setiap pagi, mop lantai dan cuci tandas. Setiap kali aku jumpa dia, aku akan ucap selamat pagi dan senyum dekat dia dan dia pun akan ucap selamat pagi balik dan senyum dekat aku. Aku harap dengan cara macam tu, dia akan rasa appreciated. Beberapa hari lepas, aku jumpa dia dan macam biasalah, aku ucap selamat pagi dan senyum dekat dia tapi kali ni, dia balas dengan muka ketat dan jelingan. Aku terkejut jugalah sebab aku tak buat salah dekat dia pun tapi aku cuba bersangka baik. Aku fikir, maybe she's just having a bad day tapi, sekali orang buat tahi dekat aku, aku takkan buat baik lagi dengan dia.

    Pagi tadi, masa aku tengah tunggu classmate aku ambil aku pergi kelas dekat lounge area dekat block aku, tiba - tiba, aku dengar orang hempas pintu. Aku pun tolehlah dan rupa - rupanya, mak cik tu yang hempas pintu stor. Macam aku cakap, sekali orang buat tahi dekat aku, aku takkan buat lagi dengan dia so aku tak ucap selamat pagi dan senyum pun dekat dia, aku cuma angguk kepala lepas tu aku toleh balik dan masa aku nak toleh tu, aku perasan dia buat muka ketat dan jeling dekat aku. Apa masalah kau, gila? Aku buat baik dengan kau, kau tak appreciate. Kalau aku buat biadab dengan kau, kau marah pula. Lepas ni, aku akan ignore kau. Masa tu, mungkin kau baru nak appreciate kebaikan aku.

    Nasib baiklah masa kelas siang tadi, I had fun so terubat sikit hati aku tapi lepas tu, hati aku terluka balik. So, petang tadi, aku call mak, sembang pasal apa yang terjadi dan lepas kitaorang habis sembang, aku solat Asar dan aku pergi beli makan malam dekat cafeteria dekat kolej aku. Okay, cafeteria dekat kolej aku ni ada dua kedai saja, satu, kedai jual goreng - goreng dan minuman dan satu lagi, kedai jual burger dan Mi Sedap. Sebelum ni, aku selalu beli nasi goreng dan sirap bandung dekat kedai pertama tu sampai abang tu kenal aku tapi baru - baru ni, aku selalu beli burger dan Mi Sedap dekat kedai kedua sampai abang tu kenal aku tapi yang membezakan abang kedai pertama tu dan abang kedai kedua ni, abang kedai pertama tu friendly dan abang kedai kedua ni tak friendly tapi sebab makanan kedai kedua tu sedap aku beli juga makanan dekat situ.

    So, aku beli burger dekat kedai kedua tu dan sirap bandung dekat kedai pertama tu. Aku tunggu nak dekat 30 minit, aku pergi tengok dah siap ke belum order aku sebab ada ramai orang sampai aku tak boleh tunggu dekat cafeteria, aku kena tunggu dekat lobby. Aku pergi kedai pertama tu, okay, sirap bandung dah siap tapi bila aku pergi kedai kedua tu, aku pelik burger aku dah siap tapi abang tu tak letak dalam roti lagi, dia buat burger lain dulu. Aku suspect orang yang order burger tu baik dengan dia sebab tu dia buat burger tu dulu padahal burger aku dah siap, dia cuma kena letak dalam roti.

    So, aku tunggu sajalah dekat kedai tu sebab aku assume tak lama lagi burger aku akan siap but guess what? Dia saja buat benda lain dulu sebab aku suspect dia annoyed aku tunggu situ. Lepas tu, yang lagi menyakitkan hatinya (aku dah macam boleh agak benda ni sebenarnya), dia halau aku. Ye, dia buat hand gesture halau tu. Biadab sial. Aku tunggu juga dekat situ sebab aku nak bagi dia lagi annoyed. Barulah dia letak burger aku dalam roti lepas tu dia cepat - cepat bagi dekat aku. Nak aku cepat - cepat belahlah tu. Don't worry, lepas ni, aku takkan pergi kedai kau lagi.

    Benda ni buat aku realise pasal orang sini. Orang sini, kalau kau tak interact dengan diaorang, you'll be fine tapi kalau kau interact dengan diaorang, get ready to deal with a load of attitudes. So, kalau boleh, jangan interact dengan orang sini unless you really really really have to and you don't have a choice because they're not gonna help you, they're only gonna make you feel bad. Berbeza dengan orang dekat hometown aku, diaorang akan tunjuk terus yang they're not gonna help you so you dah tahu not to interact with them.

    Anyway, hati aku terubat balik bila akhirnya, aku terserempak juga dengan Tally setelah sekian lama (lol, beberapa hari saja). So, dia masih tinggal dekat bilik tu dan betul lah sangkaan aku, tu kasut dia tapi pelarian dalam bilik tu pakai kasut dia. Also, dia ada kawan sebenarnya dekat block kitaorang ni. Lepas tu, aku tak tahulah aku perasan atau syok sendiri ke apa tapi masa aku guna satu paip ni, dia guna paip dekat - dekat paip yang aku guna tu padahal dia boleh saja guna paip hujung paling jauh daripada paip yang aku guna tu. Aku nak cakap dengan dia but the timing was off like, takkan tiba - tiba, aku nak tegur dia, 'hi,' masa dia tengah guna paip. Macam tak kena kan? So, I didn't get to talk to him. Sigh. Aku harap lepas ni the timing would better and I'd be able to strike a conversation with him. Nevertheless, I'm glad he still around.

    Also, actually, lelaki yang senyum dekat aku hari tu bukan Tally, it's someone else sebab Tally putih dan rambut dia medium length dan lelaki yang senyum dekat aku hari tu tanned dan rambut dia pendek tapi aku tak tahu lelaki tu datang dari mana, aku tak pernah jumpa dia lagi sejak hari tu. Dia handsome juga dan senyuman dia manis so I wouldn't mind it if he's the one. Aku rasa dia duduk dekat block aku juga tapi dia duduk dekat wing atau tingkat lain kot.

I Know I'm Hot

    So, Nick masih belum balas mesej aku walaupun dia online three hours ago, aku belum terserempak dengan Tally lagi dan roommate aku tak balik bilik lagi, sigh. To make matters worse, malam tadi, perut aku sakit gila nak mampus lepas aku exercise. Aku tak boleh tidur. Aku rasa macam nak mati. Kau tahukan tepi perut kau sakit lepas kau exercise? Yeh, that's the one. Aku google, it's called runner's stomach dan dia tak ada remedy so kau kena hadaplah sakit tu sampai dia hilang sendiri. Aku pun tak tahu kenapa tiba - tiba aku nak exercise, aku selalunya malas. Well, actually, aku nak pergi stadium sebab aku pernah nampak Tally dan kawan dia pergi ke arah stadium (aku tak tahulah diaorang pergi mana) tapi lepas tu, aku ubah fikiran sebab masa tu dah nak masuk waktu Maghrib so aku naik satu tangga dekat kolej aku dan tangga tu bapa tinggi.

    Alhamdulillah, aku tertidur juga dan bila aku bangun, sakit tu dah kurang. Anyway, tadi, kan aku kena jaga booth tapi by the time aku pergi, event tu dah habis, lol, so, aku tengok sajalah orang kemas barang. Masa diaorang tengah kemas barang, aku perasan orang pakat pandang aku. Aku bukan perasan atau syok sendiri ye, memang orang pakat pandang aku padahal aku bukan bersiap sangat pun. I know I'm hot, hahaha! Ada seorang lelaki ni, muka dia sebiji macam Shorty dan dia asyik pandang aku. Also, sebelum tu, ada seorang lelaki dekat satu booth ni pun muka dia macam Shorty dan dia asyik pandang aku juga. Sadly, tak ada siapa tegur dan minta number aku ke apa pun. I know I give bitchy vibes dengan mata aku yang agak sepet. Ah, if only Shorty knew how hot I am, he'd be crawling back to me. Aku harap aku akan terserempak dengan dia satu hari nanti dan masa tu, barulah dia tahu what he's missing dan dia akan menyesal sebab reject aku.

07 November 2022

Are You Okay?

    Okay, aku tahu aku dah beberapa kali cakap pasal Tally tapi ada something yang aku nak cakap pasal dia. So, aku rasa dia ada seorang roommate (let's call him Shaggy sebab rambut dia shaggy). Aku tak suka Shaggy sebab dia macam rempit. Lepas tu, aku dah beberapa kali terserempak dengan dia dan dia tak friendly langsung. Anyway, aku suspect dia bagi kawan - kawan dia tumpang bilik diaorang sebab ada beberapa pasang kasut depan bilik diaorang dan berubah - ubah muka orang yang keluar dari bilik tu. Also, aku tak rasa tu kawan - kawan Tally sebab Tally macam nerd dan aku pernah jumpa kawan Tally dan dia tak rempit dan diaorang semua rempit (dan diaorang pun tak friendly juga). Mula - mula, aku ingat salah satu pasang kasut tu kasut Tally tapi kejap aku nampak dia ni pakai kasut tu, kejap aku nampak dia tu pakai kasut ni so aku pun tak tahulah mana satu kasut Tally.

    Entahlah. Kalau betul sangkaan aku, aku rasa kesian dekat Tally sebab dia macam kena buli dengan diaorang. Dia mesti tak berani nak lawan diaorang sebab diaorang ramai. Adakah sebab tu dia selalu balik hujung minggu? Aku pun tak tahulah. Aku harap dia takkan keluar dari sini sebab kalau dia keluar, aku probably takkan jumpa dia lagi dan aku harap dia okay.

PS Hari ni aku tak terserempak langsung dengan Tally dan roommate aku tak balik lagi sampai sekarang.

Revelation in Daylight

    Okay, sebenarnya, aku kena baca materials yang lecturer aku bagi tapi aku nak luah perasaan aku sikit dulu sebelum aku kena betul - betul focus.

    So, roommate aku sampai sekarang tak balik lagi and I'm not complaining, lol. Aku ada wish dia takkan balik terus - menerus tapi macam jahat pula, eh.

    Lepas tu, aku rasa Tally dah balik sebab aku nampak kasut dia depan bilik dia. Aku hampir terserempak dengan dia tadi tapi dia dah masuk bilik tapi tak apa, aku akan cuba intentionally "terserempak" dengan dia, hahaha. Hopefully kali ni aku boleh tegur dia.

    Pukul tiga sampai pukul lima nanti, aku nak kena pergi jaga kiosk yang aku cakap semalam. *roll eyes* Hopefully, aku takkan perlu buat apa - apa sangat, setakat jaga kiosk saja.

    By the way, dua malam lepas, aku ada sembang sikit dengan Nick. Aku boleh rasa yang dia memang tak berminat dengan aku tapi aku mengaku, aku desperate dan lonely so walaupun aku tahu dia tak berminat dengan aku tapi aku tetap sembang dengan dia. Semalam, aku nampak dia online so aku tegur dia. Aku tunggu berpuluh minit. Guess what? Dia tak layan pun lepas tu dia offline. Obviously, dia tak berminat dengan aku dan dia ada orang lain yang dia berminat. Bagi dia, aku cuma an option. Aku harap, aku akan jumpa someone yang berminat dengan aku dan aku tak perlu cari Nick lagi.

Where Are You?

    So, sekarang, aku dah ada dekat bilik aku. Tadi, masa aku dalam bas, tiba - tiba, lecturer aku ajak aku keluar makan malam so aku kelam - kabutlah balik bilik, solat dan tukar baju lepas tu keluar balik. Kitaorang sembang dua jam lebih jugalah. Bukan dating ye. Also, aku ingat bas yang aku naik tadi akan jadi lebih okay daripada bas yang aku naik hari tu but it was simply differently bad tapi aku malas nak cerita pasal tu.

    Anyway, masa aku balik bilik tadi, benda pertama yang aku perasan kasut Tally masih tak ada depan bilik dia. Kiranya dia tak balik lagilah, hmm. Surprisingly, roommate aku tak ada dekat bilik and to be completely honest, aku agak happy sebenarnya sebab aku boleh buat apa saja, hahaha. Aku bukan tak suka dia, in fact, aku lega juga ada roommate sebab aku taklah takut sangat nak tidur waktu malam (aku payah nak tidur seorang) tapi "extrovert" macam aku ni pun perlukan masa bersendirian untuk recharge balik. Masa aku duduk seorang diri dulu, aku boleh pakai underwear saja, pasang music kuat - kuat, menyanyi dan menari tapi sekarang, aku kena behave. Dekat luar, aku dah kena behave so dekat bilik sajalah aku betul - betul boleh jadi diri aku. Aku bukan fake atau ada double life atau double personality ke apa, eh, aku cuma professional.

    By the way, aku makin menyampah dengan satu kelab ni. Aku tak pernah join kelab ni tapi sebab aku dilantik sebagai wakil kelas, aku automatically registered sebagai member kelab tu. Mula - mula, aku ingat aku tak perlu buat apalah, setakat buat announcement sajalah kot sebab aku bukan AJK pun, aku cuma wakil kelas tapi rupa - rupanya, aku kena ambil bahagian juga. Yang aku tak faham, ada sesetengah event tu tak melibatkan aku pun tapi aku kena ambil bahagian juga. Contohnya, esok pagi, aku kena hias kiosk kelab tu. Okay, aku bukan nak acah - acah senior ke apa tapi aku dah third year, aku kena focus on my studies, bukan benda - benda macam ni. Sesetengah kauorang pun dah third year so kauorang pun patut focus on your studies. Kalau students first year atau second year tak apalah juga sebab diaorang bukan ada thesis ke apa.

06 November 2022

It Feels Like a Dream

    So, aku ada dekat rumah mak aku sekarang. Honestly, it feels weird, I feel like I'm dreaming. Aku pun tak tahulah kenapa. Also, masa aku naik bas semalam, tiba - tiba, aku rasa macam nak menangis. I felt so alone and scared and all I could think of was Tally. I wished he was sitting next to me, holding my hand and telling me, 'everything's gonna be alright.' Maybe I just have a lot of emotions at the moment. Anyway, pagi esok aku dah nak kena balik sana balik and a part of me doesn't wanna go back but a part of me wanna go back. I guess it's because I don't wanna leave my mum but I wanna see Tally. I wish my mum could come with me so I don't have to be apart from her.

04 November 2022

Sorta Excited but Sorta Sad

    Inshallah, malam ni, aku akan naik bas, balik hometown aku sebab aku ada braces appointment esok. Walaupun aku agak excited nak balik tapi sebenarnya, aku agak sedih sebab aku tak sempat nak sembang lagi dengan crush kedua aku, Tally yang aku cerita semalam tu. Aku tahu bilik dia dekat mana dan aku tengok dia tak keluar - keluar pun sebab selipar dia ada depan bilik dia. I just need to get his number so dekat mana - mana pun, aku boleh stay in touch dengan dia. Also, semalam, masa aku tengah telefon mak aku dekat lounge area, aku ada terserempak dengan seorang lelaki ni dan muka dia macam Tally juga tapi Tally lagi elok so aku tak pasti siapa yang senyum dekat aku semalam, lelaki tu atau Tally. Rambut lelaki yang senyum dekat aku semalam tu lebih pendek daripada rambut Tally dan kulit dia lebih gelap daripada kulit Tally tapi mungkinlah Tally potong rambut dan masa aku keluar tu, aku rasa aku terserempak dengan kawan Tally. Aku harap yang senyum dekat aku semalam tu Tally.

PS Hari ni aku kena redah hujan sampai basah kuyup.

Crushes

    Okay, dalam post sebelum ni, aku ada cakap yang tak ada ramai orang type aku dekat kolej aku ni and it's true but yesterday, things changed a bit.

    Semalam, waktu petang, lepas aku habis kelas, aku balik bilik aku dan aku telefon mak aku, nak sembang pasal beberapa benda. Aku jenis yang tak suka terperuk dalam bilik so aku sembang dengan mak aku depan blok aku. Masa aku tengah sembang dengan mak aku, tiba - tiba, aku nampak ada seorang lelaki ni datang ke arah aku and oh my God, he's so hot! Dia putih, tak tinggi sangat, tak pendek sangat, tak kurus sangat, tak gemuk sangat dan dia berjambang. Mungkinlah orang lain tak rasa dia hot pun but he's so my type. Masa dia lalu depan aku, aku pandang dia, dia pandang aku. Okay, I'm gonna sound so gedik but I felt like I was gonna melt. Kalau aku tak on the phone, mungkin something would've happened, I don't know. Anyway, I think he was going for a walk or a hike. Sejak tu, aku plan nak go for a walk or a hike juga, hahaha. Manalah tahu aku akan terserempak dengan dia lagi dan dia akan tegur aku ke.

    Tu crush pertama, ni crush kedua. Aku jumpa dia masa aku nak daftar masuk kolej ni dan masa tu, dia pun nak daftar masuk kolej ni. Masa tu, aku tak rasa attracted pun dengan dia, aku cuma nampak dia macam Shorty tapi tinggi. Maybe I should call him Tally, lol. Anyway, dia duduk satu block dengan aku so dah beberapa kali aku terserempak dengan dia dan setiap kali aku terserempak dengan dia, aku rasa macam dia pandang aku. Also, ada sekali tu aku terserempak dengan dia, aku dapat tatap muka dia. Okay, dia type aku. Semalam, masa aku tengah telefon mak aku tu juga, dia keluar dengan kawan dia dan aku perasan dia pandang aku beberapa kali. So, memang betul lah dia pandang aku, bukan perasaan aku saja atau aku syok sendiri. Petang tadi, masa aku keluar pergi beli makan malam, aku terserempak dengan dia lagi. Dia tengah isi air dekat water cooler. Lepas tu, dia pandang aku, aku pandang dia dan aku tak tahu macam mana tapi aku senyum dekat dia dan dia senyum dekat aku balik. Let me tell you something, my heart skipped a beat and I felt like my soul had left my body and I thought I was gonna die. I was this close to saying hi to him and making a conversation with him but I was too shy but if I'd bump into him again, I'd try my best to say hi to him and make a conversation with him. Aku cerita dekat kawan aku pasal tu dan kawan aku suruh aku bawa duit syiling dan bila aku terserempak dengan dia lagi nanti, aku saja bagi jatuh duit syiling, nak tengok dia nak tolong kutip ke tak dan kalau dia tolong, aku boleh buat conversation dengan dia and I thought that's a brilliant idea, hahaha!

    Okay lah, aku dah nak tidur. Goodnight.

PS Aku online dekat Skype tadi dan aku nampak Shorty pun online saja so aku saja buat available. Aku selalunya buat invisible sebab aku malas nak chat dengan beberapa orang tapi dia tak tegur pun aku dan dia online sejam jugalah. Aku suspect dia buat video call dengan someone. Untunglah orang tu.

02 November 2022

Dying Old Flame

    Semalam, masa aku tengah tulis post sebelum ni, aku perasan Nick (aku ada cerita pasal dia sebelum ni) online dekat Skype. Aku rasa macam nak tegur dia tapi aku takut dia akan ignore aku tapi aku fikir, dah alang - alang hati aku masih terobek dengan Shorty, I have nothing to lose. So, aku pun tegurlah dia. Aku takut nak tengok response dia, aku offline lepas tu aku online balik. Macam biasalah, aku tengok dia terus offline. Aku tak terkejut pun dan aku macam, tak apalah, this would be the last time I'd talk to him.

    Tiba - tiba, dia online balik dan dia balas. Setelah setahun lebih dia tak balas mesej aku, ni kali pertama dia balas mesej aku. Aku terkejut. Aku pun tanyalah dia apa khabar and all that dan dia pun balaslah dan tanya aku balik tapi cara dia balas tu masih macam nak tak nak. Lepas tu, kitaorang sembang sikit dan aku tanya dia, masih single atau dah ada orang? Dia balas, dah kahwin. Aku tak tahulah betul ke tak ke dia tak nak aku mesej dia lagi tapi aku terkejut. Hati aku rasa macam kena robek lagi sekali.

    Aku tanya dia, bila kahwin? Dia tak nak cakap, dia tukar topic. Mungkinlah dia tak rasa selesa nak cakap pasal tu tapi sepanjang masa kitaorang sembang, aku boleh rasa dia dah berubah. He's no longer the same person I used to know. He used to be genial but now he's icy. There was no love in our conversation. It felt forced. Although I find him physically attractive but I can't connect to him emotionally. He's a different person. He's a stranger. I don't know him any more.

    Aku rasa sedih bukan sebab aku tak dapat bersama dengan dia sangat tapi sebab, aku rasa macam, I've lost him and now I'm grieving for my loss but at least, I think, I've got my answer. Aku rasa dia tak balas mesej aku dulu tu sebab dia nak berkahwin tapi aku tak faham. Kalau kau tak nak berkahwin lagi, kenapa berkahwin juga? Well, that's not for me to answer, that's for him to answer. Aku cuma harap, aku akan jumpa someone type aku yang interested in me.

Cuddle

    I wish you were here, with me. In the night, you'd lie by my side in my bed. I'd feel the warmth that emanates from your body and your breath. You'd cuddle me and I'd feel safe and everything's right in the world. When we hear the thunder rumble in the distant, you'd hold me tight and I wouldn't feel afraid because I have you, my guardian.

01 November 2022

Expectations Meleset

    Okay, aku mengantuk gila nak mampus dan aku dah nak kena tidur dan aku ada kelas esok pagi tapi aku kena luahkan perasaan aku yang dah lama terbuku dalam hati aku.

    So, aku ingat, aku datang sini, aku akan somehow jumpa lelaki yang aku jumpa dekat IKEA beberapa tahun lepas tu atau someone like him. Aku ada jumpa orang type aku tapi aku belum jumpa siapa - siapa yang buat hati aku rasa macam masa aku jumpa lelaki tu.

    Sejak aku balik sini, makin hari, makin expectations aku meleset. Contohnya, aku bayang aku akan dapat roommate macam ni and so on tapi aku dapat the opposite of apa yang aku bayang. Mungkinlah it's the best aku tak dapat apa yang aku nak tapi aku masih kecewa.

    Siang tadi, classmates aku bawa pergi makan dekat cafeteria satu kolej ni. Aku dah tak ada apa - apa expectation tapi bila aku sampai situ, aku terkejut. Ada ramai orang hot dekat situ dan punya ramai orang type aku sampai aku tak tahu nak pilih mana satu, hahaha. Aku baru tahu diaorang sebenarnya wujud saja dekat sini tapi lepas tu, excitement tu hilang.

    Aku realised kolej tu sangat jauh dari kolej aku dan kalau aku pergi kolej tu pun, sekali - sekala saja dan aku duduk dekat kolej yang tak ada ramai orang type aku dan kebanyakan orang dekat sini macam tak berminat nak buat kawan so I'd probably never meet anyone.

    By the way, mungkinlah ada orang akan kata, 'tak payah serabutkan kepalalah nak cari kekasih, belajar saja dulu.' Ye, aku memang nak focus dekat studies aku pun tapi masalahnya, I'm a relationship person and I've been single for so long.

    Anyway, aku rasa macam nak menjerit dan menangis tapi bila aku dalam survival mode, suara pun tak boleh keluar. Aku hanya diam. Aku bawa diri. Aku jalan seorang diri. Aku lepak seorang diri. Aku tak kisah orang nak pandang pelik dekat aku ke apa, diaorang semua boleh pergi mampus.

    Tadi, masa aku tengah tunggu order aku seorang diri, aku terbayang "kawan - kawan" lama aku lepak sekali dengan aku dan kitaorang akan buat lawak dan gelak kuat - kuat macam orang lain tapi aku tak kenal siapa - siapa dekat sini selain daripada classmates aku dan beberapa orang dan aku rasa lonely sangat.

    Aku hampir menitiskan air mata tapi takkan aku nak menangis di khalayak ramai kot? So, aku berpura - pura macam aku okay padahal I'm a wreck inside. Aku bangun awal dan aku bersiap walaupun kalau boleh, aku nak tidur saja.

    To make things worse, aku homesick. Aku rindu mak aku. Bila aku call mak aku dan aku dengar suara dia, aku rasa sebak tapi aku tak nak menangis sebab satu, aku tak nak buat dia risau dan dua, bila aku menangis, aku takkan menangis sikit, aku akan menangis banyak.

    Bila aku baca page luahan perasaan universiti aku, ada ramai orang lonely dan desperate macam aku. Aku faham perasaan diaorang. I wish dekat sini ada kelab yang kau boleh join, kenal orang dari fakulti lain dan buat kawan tapi yang ada semua pasal buat event. Mungkinlah ada orang akan kata, 'dengan buat event lah kau akan jumpa orang baru,' tapi aku tak nak jumpa orang baru under pressure, aku nak jumpa orang baru masa having fun.

    Okay lah, aku dah nak tidur. Goodnight.

PS Awal - awal, aku tak ada roommate dan aku ingat aku akan duduk seorang sampai satu semester dan aku dah syok duduk seorang sebab aku boleh buat apa - apa saja dan tak ada siapa nak complain tapi lepas tu, ada orang pindah masuk bilik aku. Dia tak ada buat apa - apa lagi yang betul - betul buat aku annoyed ke apa dan setakat ni, semua okay lagi tapi aku lebih prefer duduk seorang.