10 December 2023

Thank God, Tomorrow's a Holiday

    Nasib baiklah esok cuti sebab aku demam panas gila sampai menggigil - gigil, kena pakai baju berlapis - lapis, tutup kipas, nak bangun pun payah, nak makan pun tak de selera. Alhamdulillah, hari ni okay sikit dan aku harap, esok, I'll get better supaya aku boleh siapkan kerja aku. Aku plan nak mula buat kerja aku semalam tapi tulah.

    Anyway, aku nak kena pindah sebab landlord rumah aku tinggal sekarang ni nak jual rumah ni. I'm sorta sad tapi ada kebaikan juga aku pindah. Aku adalah jumpa satu rumah ni tapi aku tak tengok lagi rumah tu so aku tak tahu rumah tu okay ke tak tapi aku harap sangat rumah tu okay sebab aku dah penat cari rumah.

    Speaking of which, aku plan nak simpan duit deposit aku, nak beli boots Versace tu bulan depan sempena birthday aku. Yes, I'm probably gonna need some financial aid from my mum... Anywho, if everything goes as planned, that'd be perfect.

    Lepas tu, believe it or not, aku plan nak save duit aku. Aku target nak simpan sebulan seribu. Ada banyak benda aku nak kena guna duit tu: braces, kereta dan lain - lain lagi.

    Okay lah, aku dah nak tidur. Goodnight.