Aku tengah buat kerja sekarang tapi aku nak ambil masa kejap untuk tulis pasal sesuatu. Aku tak tahu kalau kauorang ingat ke tak tapi dulu ada satu kumpulan yang gelar diaorang the Scarflets. Diaorang bawa trend mix-and-match ke Malaysia yang aku pun tak tahu siapa yang mulakan trend tu, yang aku ingat masa tu trend colour-blocking tengah in dan diaorang kena kecam teruk jugalah, dah macam witch-hunt tapi pada masa yang sama, diaorang ada ramai pengikut.
Akulah antara orang yang kecam diaorang sebab aku betul - betul tak minat gaya diaorang dan aku rasa macam diaorang fake dan gedik tapi aku tak adalah serang diaorang dekat social media, aku cuma tengok sajalah tapi dalam diam, aku sebenarnya nak bergaya macam Maria Elena dan Sue Anna Joe juga tapi aku tak cukup yakin nak bergaya macam diaorang masa tu. Aku ingat lagi aku membebel dekat mak aku pasal diaorang dan mak aku tengah berkebun masa tu dan mak aku pandang saja aku.
Aku takkan letaklah gambar - gambar diaorang sebagai penghormatan sebab sesetengah diaorang dah berubah dan sesetengah diaorang dah meninggal tapi ada satu gambar tu, Sue Anna Joe pakai boots Dr Martens dan dia nampak cool gila. Ada satu gambar tu pula, Maria Elena pakai fringe boots dan dia nampak paling menonjol antara semua orang walaupun yang lain bersiap gila.
Sekarang, bila aku dah cukup yakin nak bergaya macam diaorang dan aku dah ada boots Dr Martens dan Chelsea boots, sekali - sekala aku teringat diri aku yang dulu dan zaman tu. Walaupun aku tak ada apa sangat masa tu tapi aku rasa aku lebih bahagia masa tu berbanding sekarang. Sekarang aku rasa kosong. Aku pun tak tahulah apa yang akan jadi tapi aku harap, satu hari nanti, aku akan jadi lebih bahagia.