Aku memang dah lama nak tulis pasal hari - hari asasi aku sebab masa tulah masa aku paling bahagia dalam hidup aku tapi masa tu jugalah masa aku lalui banyak benda dan aku belajar banyak benda sebab tak ada siapa ajar aku dan aku nak kongsi cerita aku dan apa yang aku belajar supaya siapa yang buat asasi atau baru nak buat asasi yang baca blog aku takkan ulang kesalahan aku dan orang lain tapi aku tak tahu kenapa sampai hari ni aku tak boleh nak habiskan, mungkin Allah nak lindung aku daripada sesuatu.
Briefly, aku buat asasi TESL dekat UiTM. Aku tak boleh bagi tahulah batch aku tahun ke berapa dan kampus aku dekat mana sebab aku tak nak orang yang kenal aku tahu ni blog aku. Aku cuma boleh bagi tahu, dah hampir sepuluh tahun sejak aku habis buat asasi dan asasi TESL dah tak ada dekat kampus tu, sekarang semua asasi ada dekat satu kampus saja. Aku dengki gila dengan batch - batch lepas aku sebab kampus sekarang cantik gila dan kauorang tak perlu lalui apa yang aku lalui.
Anyway, kalau siapa yang tengah buat asasi atau baru nak buat asasi baca blog aku, aku harap kauorang boleh ambil pengajaran daripada cerita aku dan sebarkan dekat kawan - kawan kauorang. Aku takkan tulis cerita aku lagi sebab aku tak ada masa dan aku nak kena ambil beberapa malam jugalah jadi aku akan tulis kemudian dan aku cuma akan tulis apa yang aku belajar.
Pertama sekali, bila kau buat asasi, aku faham kau rasa teruja sebab kau dah bukan dekat sekolah dan kalau kau tak pernah duduk dekat asrama, tu kali pertama kau duduk berjauhan dari keluarga kau tapi kau jangan teruja sangat sampai kau buat apa saja yang kau nak. Walaupun kau dekat universiti tapi kau kena ingat, mentality orang sekeliling kau macam pelajar sekolah lagi dan aku bukanlah nak kata pelajar sekolah tak matang tapi kebanyakkan memang tak matang pun.
Jadi, bila kau menyampah atau terasa dengan classmates atau batchmates, kau jangan cerita dekat classmates kau atau batchmates kau, kau samada cerita dekat Allah atau kau cerita dekat keluarga kau atau dekat siapa - siapa yang tak ada kaitan atau kau tulis dekat blog macam aku buat ni sebab bila kau cerita dekat classmates kau atau batchmates kau, kau dah mulakan satu gossip walaupun kau tak berniat pun dan payah nak mampus nak keluar dari situasi tu.
Aku pernah cerita dekat seorang classmate aku, Pikachu aku menyampah dengan seorang classmate kitaorang, Humpty Dumpty. Aku tak ada niat nak perburuk dia, aku cuma nak luah perasaan aku dan aku bukanlah penakut tapi kalau aku bagi tahu seseorang aku menyampah dengan dia, kau rasa dia akan kata, 'baiklah, mulai sekarang, aku akan jadi lebih baik,' ke?
Aku tak sangka dia nak bagi tahu Humpty Dumpty sebab dia nampak baik. Keesokan harinya, bila aku jumpa Humpty Dumpty, dia kata dekat aku, 'kalau kau menyampah dengan aku, kau cakap dekat aku terus.' Sejak hari tu, diaorang jadi musuh aku dan diaorang berpengaruh sebab diaorang pelajar cemerlang jadi diaorang ajak orang lain boikot aku. Lepas tu, aku baru tahu rupa - rupanya diaorang sepasang kekasih.
Kedua, kalau kau ada perasaan tak sedap hati pasal seseorang, kau ikutlah gerak hati kau sebab selalunya perasaan tu ada atas sebab tertentu. Banyak kali aku tak ikut gerak hati aku lepas tu menyesal. Contohnya, Azra. Dia classmate aku masa semester pertama dan sejak kali pertama aku jumpa dia lagi, aku dah rasa tak sedap hati tapi aku tetap berkawan dengan dia dan bila aku buang dia dari hidup aku pun, dia dah banyak buat kerosakan dalam hidup aku.
Ketiga, aku nak cakap pasal "persahabatan" masa asasi. Aku letak quotation marks dekat persahabatan sebab bagi aku, persahabatan masa asasi ni lemah. Yalah, kauorang cuma kenal satu sama lain setahun saja dan mungkinlah kauorang rasa macam kauorang akan berkawan selama - lamanya dan aku pun fikir macam tu dulu tapi dalam pengalaman aku, persahabatan masa asasi payah bertahan lama kecuali lepas kau habis buat asasi, kau belajar dekat tempat yang sama.
Kebanyakan orang fake sebenarnya, masa kau senang, dia akan ucap benda - benda yang indah macam, 'aku harap kita akan berkawan sampai ke syurga,' tapi masa kau susah, dia akan buat macam dia sokong kau padahal dia tengah menjauhkan diri dia daripada kau dan bila dia dah tak perlukan kau, dia akan lupakan kau dan teruskan hidup macam biasa, macam dia tak pernah jumpa kau dan kalau kau seorang yang sentimental macam aku, kita payah nak lepaskan seseorang. Mungkinlah kauorang rasa macam aku yang bitter tapi aku tengok ramai batchmate foundation course aku dah tak berhubung.
Aku pernah jumpa orang yang aku ingat kitaorang akan berkawan selama - lamanya dan dia pernah kata dekat aku, 'bila aku dengan kau, aku rasa macam ada spark berterbangan,' tapi lepas aku habis buat asasi, dia terus berubah. Kali terakhir aku jumpa dia, aku boleh rasa macam dia tak sabar nak belah dan kali terakhir aku contact dia, aku request nak follow dia dekat Instagram dan dia approve request aku tapi dia tak follow aku balik pun dan dia pernah block aku.