Sepanjang hidup aku, aku tak pernah marah dengan Allah, aku tak pernah salahkan Dia untuk semua benda buruk yang terjadi dekat aku sebab aku percaya, apa yang baik datang daripada Dia dan apa yang buruk datang daripada manusia tapi kadang - kadang, aku rasa macam dunia ni tak adil.
Dalam filem, selalunya pembuli jadi loser dan yang dibuli jadi successful but speaking from my experience, dalam dunia sebenar, kebanyakan pembuli jadi berjaya dan yang dibuli terus - menerus duduk dekat bawah. Sebab apa? Sebab orang jahat akan buat apa saja untuk dapat apa yang diaorang nak. Guna kabel, jilat bontot, menonggeng dengan orang atasan, perjatuh dan tindas orang lain. Macam mana aku tahu? Sebab pernah ada orang buat benda - benda ni cerita dekat aku, kononnya ni satu - satunya cara nak survive dalam dunia ni. Punggung dia.
Macam tulah juga dengan pasangan. Kadang - kadang orang tak elok tapi dapat pasangan elok, macam seorang pelakon tu. Aku tak nak sebut nama dia tapi benda ni buat aku terfikir, ada apa dekat orang tak elok ni atau adakah orang elok ni sebenarnya insecure sebab tu diaorang couple dengan orang tak elok so they can be the prettier ones? Ada orang kata, orang ni tak elok ni, diaorang tak ada rupa tapi mungkin diaorang ada hati yang baik dan aku setuju sebab aku pernah jumpa orang yang tak elok tapi ada hati yang baik tapi aku pernah tengok satu couple ni. Yang seorang tu, ya Allah, dahlah kurus kering macam cicak, jahat pula tu, layan pasangan dia macam tahi dan pasangan dia elok gila kot. Dasar tak bersyukur, pasangan kau tinggal kau, cari orang yang elok, masa tulah kau baru nak layan dia baik - baik. Pasangan dia tu nampak macam sedih saja tapi pasangan dia tu tetap nak ambil hati dia. Aku tak faham. Kau kena sihir pengasih ke apa ni?
Benda ni bukan setakat aku nampak dekat Internet saja ya, dalam real life pun macam tu. Orang yang acah - acah tak percaya cinta, tak nak kahwin (orang macam ni selalunya buruk) tapi diaoranglah yang paling awal kahwin. Ya, mungkin diaorang lower their standards sebab orang macam ni selalunya gedik yang teramat and also, sebab tu selalunya pasangan diaorang pun tak elok (macam makhluk badan macam peti ais dua pintu tu dan yang aku cerita guna kabel semua tu, dia pun ada pasangan ya, tak padan dengan kontot) tapi ada juga yang bertuah dan dapat pasangan yang elok. Kalau dunia ni adil, orang macam ni takkan dapat orang yang elok. By the way, bila aku kata dunia, aku bukan maksudkan universe ni ya, aku maksudkan orang - orang yang duduk dekat muka bumi ni. Dalam hidup aku, beberapa kali ada orang elok yang berkenan dengan aku, the latest being the guy I bumped into at IKEA which was years ago, tapi tak pernah menjadi. Is it because they're no good for me and God is protecting me from them and them from me? I don't know tapi tak boleh ke aku ada sekurang - kurangnya seorang kawan betul - betul ambil berat pasal aku? Is it too much to ask for?
Kadang - kadang, aku rasa macam nak mengamuk. Aku dah tak boleh tahan, aku dah penat dengan ketidakadilan dunia ni. Aku bukan tak ada rupa, aku ada rupa, cuma sekarang aku overweight sebab aku makan banyak dan aku tak sempat nak bersenam. Aku bukan entitled sebab aku masih sedar diri. Aku tak adalah expect nak dapat artis macam Scott Speedman, Scott Caan atau Bryan Greenberg ke apa, tu dah level lain, aku rakyat marhaen saja. Aku tak adalah macam Nora, duduk perasan macam dia model lepas tu boleh dapat lelaki yang elok. Aku juga bukan bitter sebab kalau aku bitter, aku akan buat apa yang orang buat dekat aku dekat orang lain. Aku cuma menyampah.
Entahlah, aku harap aku akan jumpa the one, one day. Goodnight.