15 June 2022

Solitude

    So, dah tiga hari aku tak tulis sebab satu, aku sibuk dengan kerja dan dua, something happened tapi aku malas nak cerita. Anyway, alhamdulillah, aku dah sihat balik. By the way, semalam aku duduk tengok satu project ni. Aku cuma tengok saja, aku tak plan nak siapkan pun. Guess what? Aku siapkan dalam satu malam! Well, it's not exactly complete, aku masih kena revise sebelum aku submit but still, banyak kot and I managed to finish it, alhamdulillah. I'm so happy, kurang beban aku term kali ni. Speaking of term, term aku kali ni dah nak habis, tinggal sebulan lagi tapi kerja banyak gila nak mampuslah. Aku harap aku dapat submit semua kerja aku dan aku boleh maintain performance aku.

    Anyway, kauorang pernah tak rasa macam nak berseorangan? Bukan berseorangan macam tak nak berkawan tapi macam nak duduk seorang diri dekat rumah. Kauorang boleh buat apa - apa saja, kauorang nak bangun lewat, tak mandi (not that you should, you should have a shower because it always makes you feel better tapi kadang - kadang punya malas tak nak buat apa - apa, sampai nak mandi pun rasa payah), basically bermalasan without being judged. Kauorang nak berjalan dalam rumah sambil bogel pun boleh, lol. That's how I feel at the moment. Aku bukan tak suka duduk dengan mak aku tapi aku pun manusia juga and sometimes, I crave for privacy.

    Anyway, aku suka tulis blog dan aku juga suka baca blog tapi sekarang dah tak ramai orang tulis blog, kalau ada pun, update sekali - sekala (when I said sekali - sekala, I meant, months or years, not days or weeks) atau content tak menarik. Aku tak minat blog pasal benda viral, aku suka blog pasal personal life, it feels intimate, it feels like you're getting to know the person. Also, kalau content menarik pun tapi dah lama tak update. Aku rasa macam aku masuk rumah yang dah lama terbiar dan semua perabot dah berhabuk. Kadang - kadang, blogger tu delete semua post atau the whole blog terus jadi aku guna Wayback Machine dan aku macam transported balik masa rumah tu berpenghuni.

    So, this is a list of blogs that I read. I hope the bloggers don't mind me sharing their blogs.

    First of all, ily.. Owner dia dah delete semua post tapi kalau kau guna Wayback Machine, kau boleh baca sikit post - post dia, mungkin sebab dia dah besar dan dia tulis tu masa dia student. Aku suka baca blog dia sebab satu, aku rasa dia lawak dan dua, dia banyak tulis pasal personal life dia and I can totally relate to her sebab kitaorang dua - dua relationship person. Aku paling ingat cerita hantu dia, hahaha! Fun fact, dia senior aku dan abang aku. Abang aku pernah terserempak dengan dia dekat fakulti.

    Second of all, Macham Iz Punye. Ni pun owner dia dah delete semua post. Aku baca blog dia sebab satu, dia lawak gila dan dua, dia pandai bercerita. Tak semua orang pandai bercerita tapi cerita dia nak pergi kelas saja pun dah jadi macam satu adventure. Aku paling ingat cerita dia dan kawan - kawan dia pergi main bunga api depan rumah warden lepas tu polis bantuan nampak diaorang jadi diaorang pakat lari bertempiaran, hahaha! Aku ingat lagi, dia kata Bautista (nickname untuk Ily) yang besar tiba - tiba lari lagi laju daripada diaorang semua, hahaha! Fun fact, dia ni pun senior aku dan abang aku dan dia dan Ily satu geng dan dia kawan Hanis Zalikha.

    Third of all, Every Word Counts. Dulu nama blog dia Ketiak Saya Tak Kepam, hahaha! Ni pun owner dia dah delete banyak post. I found her blog by accident dan aku suka baca blog dia sebab satu, dia lawak dan dua, dia pun banyak tulis pasal personal life dia dan aku boleh relate dengan dia sebab aku rasa macam personaliti kitaorang sama. Aku paling ingat cerita dia, dia mandi dekat bilik air dekat kolam renang universiti dan tiba - tiba kaki dia jadi kebas, hahaha! Fun fact, dia ni pun senior aku.

    Fourth of all, Nandayoh Suyunn. Obviously, owner dia dah lama tak update sebab post terakhir dia tahun 2012 dan blog ni pun, I found by accident tapi aku suka baca blog dia sebab satu, dia lawak dan dua, dia banyak tulis pasal personal life dia dan aku boleh relate dengan dia sebab aku pun payah nak let go orang. Aku paling suka post dia yang bertajuk Kita Boleh Bahagia Jika Itu Yang Kita Mahu. Aku rasa macam nak menangis setiap kali aku baca post tu.

    Fifth of all, Maria Elena. Kalau kauorang rajin blog masa tahun 2010, 2011, 2012, aku rasa kauorang kenal dia ni sebab dia ni terkenal jugalah masa tu. Dia ni ada YouTube channel juga, Maria Elena. Aku suka dia ni sebab satu, dia lawak dan dua, aku suka cara dia bagi nasihat, macam kakak - kakak dan nasihat dia realistic, bukan nasihat yang tak practical. Fun fact, aku tak tahu betul ke tak tapi aku rasa macam aku pernah nampak dia naik kereta dengan kawan - kawan dia dan diaorang pick up seorang kawan diaorang. Aku macam, 'oh my gosh, it's Maria Elena!' Dia tak perasan aku pun tapi aku starstruck jugalah.

    Sixth of all, Blogging Behaviour. Dia ni pun terkenal jugalah masa semua orang pakat duduk blogging. Mula - mula, aku tak berapa berkenan dengan dia sebab dia geng Scarflets dan aku rasa macam diaorang semua fake, shallow dan aku tak minat gaya diaorang yang macam try hard sangat nak jadi fashionable (except Sue Anna Joe, dia antara orang yang buat aku minat Dr Martens dan Maria Elena, dia pun geng Scarflets juga dulu) tapi lepas aku baca blog dia, Budu dan Belacan, aku rasa dia lain daripada diaorang yang lain. Aku boleh relate dengan dia sebab aku pun kena buli masa sekolah dulu.

    Anyway, sebab tulah aku suka tulis blog sebab kita tak tahu sebenarnya ada orang duduk baca blog kita dan blog kita ada effect dekat orang dan aku harap blog aku ada effect yang baik dekat orang even though I know I can be very harsh sometimes.