Aku ada plan, kalau aku dapat beli kasut Versace tu, aku nak buat post aku unbox kasut tu tapi aku tak pasti aku patut buat ke tak. Niat aku bukan nak menunjuk dan mana ada orang baca blog aku pun tapi lebih kepada syok sendiri. Tapi aku ada baca dan aku tak tahu betul ke tak tapi ada orang kata, evil eye ni bukan setakat boleh buat orang jatuh sakit tapi dia boleh buat barang rosak. Aku takut kalau aku post gambar kasut tu nanti kasut tu rosak. Dan orang kata, kalau rasa tak pasti, baik jangan buat. Sigh. Tak apalah, biar aku syok seorang diri dengan kasut tu dan mungkin aku akan post authenticity card saja sebagai bukti aku tak cakap kosong. Inshallah, kalau aku jadi kaya satu hari nanti, aku nak bina walk-in closet macam walk-in closet Kylie Jenner lepas aku boleh usha kasut tu bila - bila masa.
Cantikkan walk-in closet dia? Aku suka walk-in closet dia sebab selalunya walk-in closet cat putih tapi aku rasa cat ni dengan lighting tu buat walk-in closet tu rasa seksi. Bukan seksi macam nak buat benda pelik - pelik ya tapi seksi macam romantik. Kalau aku, aku takkan letak meja dekat tengah - tengah sebab aku rasa menganggu, aku akan letak sofa dekat situ jadi aku boleh duduk dan usha kasut - kasut aku dan kalau aku rasa macam nak lepak, solat dan tidur dalam walk-in closet aku pun boleh. Aku pernah google dan tengok dekat YouTube walk-in closet dekat Malaysia dan tak banyak. Kebanyakan simpan dalam almari saja. Kalau ada pun, tak banyak yang aku minat. Aku rasa sebab kos nak bina walk-in closet ni berpuluh ribu.