Masa aku dekat universiti dulu, adalah beberapa ekor syaitan yang hina dan pandang rendah dekat aku sebab aku datang dari salah satu negeri yang kurang maju. Aku tak malu nak mengaku dan aku tak nafikan dulu aku miskin. Dulu, aku duduk dekat rumah kos rendah dan mak aku tak mampu nak beli Milo. Kitaorang beli baju, seluar dan kasut setahun sekali saja, masa raya. Bajet untuk seorang RM100. Tapi mak aku kerja keras nak bagi kitaorang hidup selesa. Dia buat tiga kerja. Dia ajar dekat sekolah waktu siang, dia ajar dekat pusat tuisyen waktu malam dan dia jual aiskrim waktu hujung minggu. Aku dah cerita sebelum ni tapi aku nak cerita lagi. Bukan setakat tu saja, dia jadi warden dekat asrama sekolah dia sebab dia nak buat duit lebih. Dan dia pastikan kitaorang semua belajar sampai degree. Sebab tu sampai sekarang bila aku tengok orang miskin, aku bayang, kalau aku kaya, aku akan bagi duit dekat diaorang sebab aku faham sangat apa diaorang lalui dan aku cukup marah bila orang hina latarbelakang aku sebab diaorang macam perendah usaha mak aku dan semua benda yang aku dah lalui tulah yang menjadikan diri aku hari ni.
Alhamdulillah, atas berkat kerja keras mak aku, hidup kitaorang makin senang. Kitaorang ada Astro, AC, Internet dan banyak lagi. Syaitan - syaitan ni pernahlah kata aku tak sedar diri. Diaorang tak kata directly, diaorang kata indirectly dan aku tak bodoh. Masalahnya, hanya sebab dulu aku miskin, salah ke aku nak rasa kesenangan? Tak boleh ke? Aku kena terus jadi miskin? Tapi orang kaya tak apa sebab dari dulu lagi diaorang dah kaya? Aku tak adalah acah kaya macam kauorang. Yang lawaknya, macamlah aku tak tahu kauorang pun miskin lepas tu kauorang nak perendah orang miskin yang lain. Double standard sangat. Kauorang tak apply lah benda tu dekat diri kauorang sebab kena batang hidung kauorang. Yang lagi lawak, kauorang acah rendah diri, kononnya walaupun kauorang lebih kaya daripada aku tapi kauorang tak menunjuk. Masalahnya, aku tak menunjuk pun, kauorang yang delusional, kauorang yang nak percaya aku menunjuk. Ee, busuknya hati kauorang, kauorang tak boleh tengok orang lain lebih daripada kauorang. Kalau boleh, kauorang nak aku terus - menerus duduk bawah kauorangkan.
Allah Maha Adil. Kauorang buat macam tu dekat aku dulu, tengok apa yang jadi dekat kauorang sampai hari ni. Kauorang tak kemana. Kauorang duduk dekat situ saja. Lepas tu, kauorang tengok aku terus membangun, kauorang duduk dengki dengan aku, perburuk aku macam aku pula yang buat salah dengan kauorang. Kononnya sebab akulah, kauorang tak boleh membangun. Er, dah gila ke? Kauorang duduk salahkan orang lain, apa kata kauorang reflect diri kauorang, apa yang kauorang dah buat dekat orang lain. Tak bolehlahkan sebab kauorang tak ada ability nak reflect. Sepanjang hidup kauorang, kauorang asyik salahkan orang lain atas kekurangan diri kauorang dan apa yang jadi dekat kauorang. Sebab tulah kauorang tak membangun. Padan muka kauorang. Balasan sangat. Aku harap kauorang terus hidup macam tu sampai kauorang mati. Tak semestinya bila Allah balas, ada seketul billboard hempap atas kauorang ke apa tapi cara Dia halus. Kauorang jadi gila, buta hati sampai kauorang tak boleh bezakan apa yang betul dan apa yang salah. Tulah, buat dekat orang lagi. Mungkinlah masa tu kauorang tak matang tapi aku tak pernah buat macam tu dekat orang.