25 May 2022

Catch-Up Sesh

    OK, kali terakhir aku tulis empat hari lepas sebab aku sibuk gila nak mampus for the past few weeks. Macam semalam, aku tidur pukul empat pagi sebab aku duduk buat satu kerja ni dan aku kena submit kerja tu sebelum pukul dua belas tengahari ni lepas tu aku ada meeting pukul sembilan pagi jadi aku tidur tak sampai lima jam dan mula - mula aku ingat aku nak ponteng meeting tu tapi tak jadi so aku attend juga meeting tu walaupun aku rasa macam nak tertidur sampai pukul dua belas tengahari tadi dan aku baru tidur kejap. Nasib baiklah esok tak ada meeting jadi aku boleh berehat sikit tapi tu pun, lusa ni dan hari selepas tu aku ada kerja nak kena submit.

    Anyway, aku ada banyak benda nak cakap.

    First of all, sejak kali terakhir aku nampak lelaki macam Nasrul dekat taman aku tu, aku dah tak nampak dia. Aku rasa dia ada saja tapi jadual kitaorang lain - lain jadi kitaorang payah nak terserempak. Kadang - kadang aku keluar waktu petang nak ambil udara segar, kadang - kadang aku keluar kejap saja, kadang - kadang aku tak keluar langsung.

    Second of all, listing kasut Converse x Miley Cyrus tu dah tak ada. Aku tak tahulah kalau dia akan buat listing baru ke apa atau ada orang beli. Also, sebelum listing tu dah tak ada, aku tengok kena bayar tax. Sebelum ni, tak kena. Tax seratus lebih wei. Total jadi RM700 lebih. Yes, kasut Versace tu lagi mahal banyak but I'm not willing to pay that much for a pair of Converse because Converse isn't a luxury brand, do you know what I mean?

    Third of all, sale Versace tu kemungkinan minggu depan jadi aku mungkin akan dapat notification email minggu ni. Aku tak tahu kenapa tapi aku nervous gila, dah macam nak dapat result exam, hahaha. Aku tak tahu aku boleh dapat ke tak kasut tu, aku takut bila sale tu mula, semua barang habis terus. Kalau aku tak dapat, aku redha sajalah sebab aku boleh simpan duit dan sekurang - kurangnya, aku dah belajar banyak pasal luxury brand ni dan sale dia macam mana tapi sedih jugalah. Either way, aku harap yang terbaik untuk aku.

    Fourth of all, cakap pasal barang designer ni, bagi akulah, yang berbaloi kau beli, kasut macam boots atau heels, beg, jacket, dan accessories macam sunglasses, jewellery dan jam (dan jeans kalau kau tinggi), yang lain bagi aku tak berbaloi. T-shirt saja dah seribu? Sneakers pula beribu? Sebab aku suka mix high and low, contohnya, kalau aku ada jacket Balmain, aku OK saja pakai T-shirt Zara atau kalau aku ada beg Jacquemus, aku OK saja pakai Converse. Aku tak rasa kau kena pakai semua barang designer sebab kadang - kadang artis yang kaya - raya pun mix high and low.

    OK lah, yang tu saja kot aku nak cakap malam ni.

    Goodnight.