OK, macam aku pernah bagi tahu sebelum ni, baru - baru ni, aku sibuk gila nak mampus. Aku ada banyak kerja dan kerja tak habis - habis dan aku buat kerja tak berhenti - henti. Salah aku juga sebab masa cuti dua minggu hari tu, aku tak buat langsung kerja, aku tak ada mood langsung tapi aku tak faham "boss" yang bagi kerja banyak - banyak ni, like, kauorang ingat kitaorang tak ada life ke? Kitaorang ni kerja saja? Lepas tu, tak sampai deadline lagi, kauorang dah tanya bila kitaorang nak submit kerja?
Anyway, aku ada beberapa benda nak cakap.
First of all, hari ni, aku dapat email yang Versace buat private sale mulai hari ni sampai 29 ni. Aku pun apa lagi, terus tengoklah harga kasut yang aku nak tu turun ke tak dan yes, harga kasut tu turun tapi 30% saja (RM3920) dan aku tak mampulah. Aku perlu sekurang - kurangnya 50% (RM2800). Kalau aku dah ada banyak duit, yes, aku akan dah beli. Salah aku juga sebab aku tak simpan duit sebelum ni. Aku sedih jugalah sebab aku memang duduk ingat harga dia akan turun banyak masa sale. Aku tak tahulah kalau esok atau lepas 29 ni atau masa autumn/winter sale nanti, harga dia akan turun lagi tapi aku harap sangat harga dia akan turun lagi and by that time, size aku ada lagi sebab aku nak sangat kasut tu. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini mencapai impiannya.
Kalau aku dapat kasut tu, aku bayang, inshallah, bila aku dah berkahwin dan ada anak dan kaya dan ada rumah besar dan ada walk-in closet nanti, aku akan cerita dekat anak aku pasal kasut tu, like macam mana aku dapat kasut tu, aku tunggu berbulan - bulan lepas tu masa tu aku tak ada banyak duit dan aku cuma nak rasa a taste of luxury because I grew up in poverty.
Second of all, aku tak ingat bila tapi ada satu malam tu, tiba - tiba aku teringat Nick dan aku rindu dia. I wonder how he's doing. Yeah, obviously, I haven't moved on sebab tu aku tak delete dia lagi. Aku payah nak move on daripada dia sebab aku jarang jumpa orang elok yang tertarik dan click dengan aku. Bukan sebab aku tak elok, aku elok ya, hahaha, cuma sekarang terlebih berisi so aku betul - betul kena turunkan berat badan supaya marketability aku naik balik tapi sebab orang ni elok, well, yalah, diaorang elok jadi diaorang memilihlah, kenapa diaorang nak settle for less.
Third of all, semalam aku teringat K pula. Aku tak tahu aku pernah cerita ke tak pasal K sebelum ni tapi aku jumpa K ni masa dekat universiti dulu. Dia course lain dan dia senior. Kitaorang pernah terserempak lepas tu dia tegur aku. Sejak hari tu, kitaorang jadi kawan dan kitaorang rapat jugalah, dia jadi macam abang aku tapi lepas tu ada drama sikit. Sekarang dia dah berkahwin. For your information, dia kawan aku yang pertama yang elok. Dia ni tinggi, putih, elok dan sado. Aku sedihlah kitaorang dah tak berkawan tapi tulah, sekarang dia pun dah berpunya.
Fourth of all, ada satu malam tu, aku teringat lelaki yang aku terserempak dekat IKEA tu. Aku masih duduk fikir pasal dia walaupun dah tiga tahun sejak peristiwa tu. Like I said, aku jarang jumpa orang elok yang tertarik dengan aku dan dia ni elok. Macam K juga, dia ni tinggi, putih, elok dan sado dan cara dia pandang aku, bukan pandangan creepy atau gatal ya tapi macam mamihlapinatapai. Maksud dia, 'a look that without words is shared by two people who want to initiate something, but that neither will start.' Ya, aku tahu, ada sebab kenapa kitaorang tak bersama dan mungkin tu yang terbaik untuk kitaorang tapi aku nak sangat jumpa dia lagi, aku nak berkenalan dengan dia dan aku nak berkawan dengan dia tapi aku bersyukur aku terserempak dengan dia, sekurang - kurangnya, aku tahu pasal kewujudan dia and I know he's out there, somewhere and I wonder if he's been thinking of me too.
Kadang - kadang, masa aku tengah ambil udara segar dekat halaman rumah aku waktu malam, aku bayang aku duduk jalan dengan dia dan kitaorang sembang pasal dreams, fears, hopes and lives kitaorang sambil tengok bintang. I wonder hidup dia macam mana. Aku nak percaya dia orang baik dan walaupun aku tak kenal dia tapi aku doakan yang baik - baik untuk dia.