OK, aku baru balik dari trip tu (aku sampai rumah petang tadi) dan aku penat nak mampus tapi sebelum aku tidur, aku nak cakap pasal beberapa benda.
First of all, that trip was sort of a mess but before I get to that, I wanna talk about the five-star resort. First of all, layanan dia memang, orang kata, tip-top. Kitaorang sampai situ, ada guard tanya kitaorang nak pergi mana dan cara dia tanya friendly gila, tak ada kerek ke apa langsung. Lepas tu, bila kitaorang sampai dekat lobby, ada porter ambil barang kitaorang dan aku tak tahu apa tugas seorang ni tapi dia tuntun mak aku and I thought that was really sweet. Kitaorang ada terserempak dengan diaorang dekat lif, corridor dan pantai dan diaorang semua friendly gila. Lepas tu, bila kitaorang pergi makan breakfast dekat bawah pun, waiter dia semua friendly gila. Makanan dia pun boleh tahan dan ada banyak pilih. Aku rasa berbaloilah kitaorang bayar banyak tu.
Cuma, bilik dia dan bilik air dia agak kecil dan sempit sebab sebelum ni, aku pernah duduk dekat hotel empat bintang dan bilik dia besar gila. Ada bilik pantry, ada corridor, ada ruang tamu, ada bilik tidur dan bilik air dia besar gila, kau boleh lepak dalam bilik air dia. Lepas tu, ni bukan salah resort tulah tapi aku menyampah dengan kebanyakan orang yang datang situ. Kebanyakan pretentious gila, buat sombong, duduk jeling - jeling, pakat acah - acah kaya, buat cakap dalam bahasa Inggeris padahal bunyi Manglish gila lepas tu grammar dan pronunciation out of the window. Dahlah kampung, tengok pakaian, cara dress up, cara diaorang cakap, cara diaorang bawa diaorang saja dah tahu. Aku tak faham dengan mindset macam ni. Aku fahamlah ni minda dijajah tapi aku tak faham kenapa, bila pergi tempat mahal, kena jadi macam ni? Kenapa tak boleh chill?
Oh, nak tunjuk dekat semua orang dekat situ yang kauorang cakap bahasa Inggeris? Kalau cakap bahasa Melayu, tak cool, eh? Yang lawaknya, aku pergi berenang dekat swimming pool dia lepas tu ada seorang perempuan ni, buat cakap bahasa Inggeris dengan nada annoying, cari anak dia, 'where's Selina?' Lepas tu, orang yang dia tanya tu tak fahamlah kot lepas tu, dia terus kata,' Mana Selina?' Hahaha. Nampak sangatlah sebenarnya kauorang tak cakap pun bahasa Inggeris dekat rumah, tiba - tiba bila datang sini, terus buat cakap bahasa Inggeris. Orang dengan mentality macam ni, bagi aku, seriously, cetek gila pemikiran kauorang.
Anyway, aku ada terserempak dengan orang putih dekat situ dan tiba - tiba, aku teringat pasal Fox. Aku rindu gila dia. Aku rasa macam nak menangis bila aku teringat pasal dia. Aku tahu it's best we're not friends tapi aku terkenang memori - memori masa kitaorang berkawan. Kitaorang selalu video call, sembang berjam - jam, cakap pasal macam - macam. Kitaorang rapat gila, macam abang dan adik. In fact, aku rasa tak ada orang Asia serapat dengan orang putih macam aku dengan dia. Aku bukanlah nak berlagak ke apa tapi aku perasan, orang Asia ni, bila ada kawan orang putih, terus buat macam diaorang rapat gila, padahal setakat hi dan bye saja. Anyway, walaupun aku dah tak berkawan dengan dia tapi aku masih doakan dia bahagia, berjaya, selamat, sihat dan tenang. He will always have a place in my heart, no matter what.
Cakap pasal orang putih ni, aku ada mesej Duck pasal resort tu dan aku agak terkilan dengan response dia. Dia tak tanya aku langsung pasal resort tu. Instead, dia cakap pasal diri dia. Aku terus jadi tak berminat dan malas nak cakap dengan dia. Aku perasan, dia suka buat macam ni. Aku bukanlah nak gaduh dengan dia sebab dia dah banyak kali ada bersama aku masa aku susah tapi bagi aku, kalau kau nak cakap pasal diri kau sangat, sekurang - kurangnya, buat - buatlah tanya aku pasal resort tu lepas tu kau tukarlah topic, aku tak adalah terasa sangat. Also, kau rasa hidup kau saja ke yang interesting? Hidup orang lain tak interesting?
Anyway, aku tak tahu kenapa tapi aku rasa lemau gila masa aku duduk dekat resort tu. Aku bukan tak enjoy langsung tapi aku rasa macam nak balik rumah. Aku rasa macam nak baring dan tidur saja dan aku tak nak cakap dengan siapa - siapa. Lepas tu, aku duduk harap aku akan jumpa lelaki macam Nasrul yang aku jumpa dekat IKEA tu dekat situ tapi of course, aku tak jumpa pun. Dekat IKEA pun aku tak jumpa dia. Aku kecewa jugalah sebab aku betul - betul nak jumpa dia lagi tapi tulah, miracle rarely happens. Adalah beberapa orang pandang aku tapi takat tu sajalah. So, trip ni, tak ada special encounter langsung and I'm still lonely, huhuhu.
Yang tu sajalah kot untuk malam ni. Aku pun dah tak boleh fikir sebab mengantuk nak mampus. Kalau aku ingat, aku tulis dalam post baru.
Goodnight.