10 May 2022

It's Been a Slow Night

    Aku masih rasa lemau sejak aku balik dari trip tu. Aku pun tak pasti kenapa tapi aku tak ada mood nak buat apa - apa dan aku rasa macam nak tidur saja. Aku dah kemaslah barang aku, aku cuma belum basuh tapak kasut aku (sebab aku nak simpan dalam bilik aku). It turned out, unpacking your belongings is just as hard as packing them. Anyway, as usual, sebelum aku tidur, aku ada beberapa benda nak cakap.

    Semalam, ada orang mesej aku dekat satu dating website ni. Aku buat account dating website tu beberapa bulan lepas tapi aku cuma log in bila aku ada mood dan aku bukan nak dating sangat pun, aku lebih nak sembang dan mungkin buat kawan. Anyway, aku tengok profile picture dia, acceptable lah, tak elok sangat, tak buruk sangat, biasa - biasa saja. Aku pun balaslah. Lepas tu, dia nak tengok muka aku sebab profile picture aku, nampak badan aku saja. Aku bagi tahulah, aku tak tunjuk muka, aku cuma tunjuk kalau aku rapat dan selesa dengan orang tu. Tiba - tiba, dia minta maaf. Aku macam, eh, apa hal? Dia bagi tahu aku, tu bukan gambar dia. OK, ni red flag pertama, catfish.

    Lepas tu, dia hantar gambar dia. Tak nampak muka dia sangat sebab dia pakai mask tapi hmm, aku boleh agak, dia lebih teruk daripada profile picture dia. Dia nampak macam pak cik gatal. Ni red flag kedua, tak ada rupa. Sorry tapi aku pandang rupa when it comes to lover, significant other, whatever you call it. Dia nak tengok muka aku lagi. Ni red flag ketiga, pushy. Aku ulang sekali lagi, aku tak tunjuk muka. Lepas tu, kitaorang sembang pasal hometown kitaorang, tempat tinggal kitaorang dan kerja kitaorang. Oh, ya, dia ni juga type macam rempit macam, 'aQ x SuKeRRR.' Ni red flag keempat, rempit. Beberapa kali jugalah aku kena minta dia ulang sekali lagi sebab aku tak faham.

    Aku pun tak tahulah kenapa aku layan juga dia walaupun aku boleh rasa aku tak attracted langsung dekat dia sebab dia bukan type aku. Kitaorang sembang sampai lewat malam. Lepas tu, dia bagi tahu aku dia dah nak tidur. Aku lega gila sebab aku mengantuk nak mampus. Lepas kitaorang habis sembang, aku rasa jijik gila dengan diri aku, like, what was I doing? Anyway, tadi dia mesej aku lagi dan aku tak balas. Aku tak pasti nak balas ke tak. Lepas tu, dia mesej lagi. Ni red flag kelima, obsessive. Aku tak fahamlah orang macam ni. Ya, aku pun lonely tapi aku tak adalah desperate macam kau.

    Aku pun sedih kalau aku suka dekat someone dan orang tu reject aku tapi aku tak adalah duduk mesej orang tu. Ni dah macam stalker. Aku dah ada banyak masalah dan aku tak perlu tambah masalah lagi. Ya, kalau dia ada rupa, mungkin aku takkan kisah sangat. Lepas tu, kalau kau nak sebar gambar aku, pakai gambar aku, go ahead, bukan orang boleh kenal aku pun dengan gambar tu. Nasib baiklah aku tak tunjuk muka walaupun dia paksa aku. Lepas tu, sedarlah diri tu tak ada rupa tapi nak orang ada rupa. Tahu pula memilih, tak nak orang tak ada rupa. Aku harap dia dapat hint aku tapi kalau dia tak dapat juga, aku akan block dia.

    Anyway, aku dah jarang lepak dekat halaman rumah aku waktu malam sebab aku rasa tak selamat sebab ada beberapa orang penagih dadah dekat taman aku ni. Aku rindu juga lepak dekat luar, tengok bintang, dah macam routine.

    Lepas tu, aku masih duduk fikir, nak beli ke tak kasut Versace tu. Ya, aku tahu, kalau aku duduk ragu - ragu tu, lebih baik aku jangan beli tapi aku nak kasut tu sebab aku suka Versace sebab aku suka benda - benda yang berkaitan dengan Greek walaupun brand tu dari Italy jadi aku nak sesuatu daripada brand tu dan kalau boleh, aku nak barang designer pertama aku kasut Versace. Tak, aku tak gila barang designer, aku cuma nak sekurang - kurangnya satu barang designer, aku nak tengok apa perbezaan dia dengan barang bukan designer, macam, bagus sangat ke barang designer? Lepas tu, dulu, aku setakat boleh cakap saja pasal high fashion, aku tak terfikir pun nak ada barang designer sebab aku miskin.

    Sekarang, aku baru mampu. Tak adalah mampu macam aku boleh beli semua benda yang aku nak sekaligus tapi macam aku ada cukup duit nak beli, masa harga dia turun masa sale lah, hahaha! Tengoklah macam mana nanti.

    OK, aku dah nak tidur. Selamat malam.