09 October 2023

I Hate Fakes & Dupes

    Okay, aku ada kerja nak kena buat sebelum aku tidur tapi aku ada benda nak cakap sikit dan aku dah lama nak cakap pasal ni.

    I hate fakes and dupes. Do you know what a dupe is? Dupe ni, contohnyalahkan, beg Gucci Horsebit tu tapi tak de logo Gucci dan detail Horsebit tu dia tukar sikit. Dia berbeza dengan fake yang sebiji macam beg tu.

    Apa yang buat aku nak cakap pasal ni? Aku ada follow seorang batchmate foundation course aku ni dekat Instagram. Dia ni senang jugalah. Ada satu gambar tu, dia post, dia bawa beg Louis Vuitton. Aku terkejut jugalah sebab contrary to popular belief, jarang nak jumpa beg Louis Vuitton yang asli sebab beg Louis Vuitton tak murah ye. Kalau tak percaya, boleh tengok sendiri dekat website dia. So, kalau kauorang ada nampak orang bawa beg Louis Vuitton tu, it's most probably fake.

    Anyway, masa tu, I was like, mungkin beg tu aslilah kot sebab dia senang jugalah tapi makin lama, aku makin rasa beg - beg dia fake sebab dia suka menunjuk jugalah "designer" bags dia macam Chanel, Gucci dan Miu Miu. Kalau kau tak tahu, semua beg ni mahal gila nak mampus ye so I doubt dia mampu. Kalau ada dia satu saja, aku percayalah tapi ni sampai ada satu collection dan orang - orang yang lebih kaya daripada dia, yang ada beg designer yang asli, yang aku kenal pun tak de sebanyak tu.

    Yang lagi menguatkan suspicion aku beg - beg dia fake, dia ada post story, dia minta tukang emas mana entah buat gelang macam gelang Van Cleef & Arpels.

    Sorry, aku tahu, dia tak kacau duit aku pun tapi aku memang tak boleh dengan fakes dan dupes, like, why? Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Ni aku bukan tujukan dekat dia seorang saja tapi dekat orang lain yang beli fakes dan dupes. Ye, aku faham, aku pun ada beg idaman juga iaitu beg Versace Repeat tu dan kalau aku ada duit, aku dah lama beli beg tu sebab harga dia turun daripada nak dekat RM9,000 jadi RM3,000 lebih tapi sebab aku tak de duit, so aku diam jelah (aku pun tak tahulah aku akan dapat ke tak beg tu).

    Frankly, it's pathetic. Dia macam, kau tak de duit tapi kau acah - acah ada duit and that's just sad. Ye, aku tahu, dekat Zara, H&M ada banyak dupes tapi aku tak pernah beli dupes.  I'll never buy fakes and dupes. Belilah yang design original walaupun brand entah apa - apa. That's much more honourable than buying fakes and dupes.

    Mungkinlah, kau boleh impress sesetengah orang but definitely not me and let me tell you something, no one cares kau pakai apa pun kalau attitude kau busuk dan lagi malu kalau orang dapat tahu kau pakai barang fake.