Masa aku buat degree dulu, adalah seorang lecturer aku ni favour student yang anak orang kaya. Ya, dia jenis pandang harta, status dan sebagainya. Mula - mula, aku ingat dia favour siapa yang jilat kasut dia tapi lama - lama, aku perasan student yang dia favour semua anak orang kaya, samada baru balik dari luar negara atau belajar dekat international school. Dia selalu sembang dengan diaorang saja, gelak dengan diaorang dan puji diaorang. Bila student yang anak orang miskin nak jilat kasut dia, dia sepak muka student tu sampai student tu takkan berani nak jilat kasut dia lagi. Dia bukanlah jahat gila nak mampus sebab dia selalu puji aku juga tapi bila aku dapat tahu daripada someone yang dia pandang rendah dekat aku sebab aku bukan anak orang kaya, aku menyampahlah.
Kau pun dulu anak orang kaya ke yang nak pandang rendah dekat anak orang miskin? Takkan? Sebab tu kau tak pernah cerita pasal yang lepas, kau cuma cerita pasal yang sekarang. Kau cerita betapa kayanya kau, suami kau pun kaya, lepas tu, anak - anak kau semua tak belajar dekat sini, belajar dekat luar negara. Kalau ada pun, diaorang belajar dekat inernational school. Anak - anak kau juga pandai dan open-minded sebab kauorang kononnya bukan typical Malay jadi cara parenting kauorang macam orang putih. Pergi mampus. Ingat Allah kisah ke? Kalau ibadat tak jaga, tak ikhlas, tak guna juga, babe. Kau buat macam kau westernised tapi muka kau tetap kampung. Dahlah kau mengajar pun tak berapa tepat. Lepas tu, kau rasa terancam dengan aku sebab ada benda aku lebih tahu daripada kau.
Lupa diri. Kau ingat sikit asal - usul kau lepas tu nak pandang rendah dekat anak orang miskin. Masa kelas terakhir, kau cakap dekat kitaorang, kalau jumpa lagi, tegurlah. Jangan haraplah. Buat apa aku nak tegur kau sedangkan kau pandang rendah dekat aku sebab akukan anak orang miskin. Walaupun aku anak orang miskin tapi sekurang - kurangnya, aku tak lupa diri, aku ingat asal - usul aku. Alhamdulillah, walaupun sekarang keluarga aku lebih senang berbanding dulu, aku selalu ingatkan diri aku pasal zaman silam aku. Orang macam kaulah yang buat aku takut nak jadi senang. Aku takut sangat aku akan jadi lupa diri macam kauorang jadi aku harap sangat aku takkan jadi macam tu. Kau rasa kau bagus sangatlah? Kau dah lupa, Allah yang berkuasa, dia boleh tarik kesenangan kau bila - bila masa.