18 February 2022

Good News & Bad News

    Semalam aku baru saja cakap pasal nak beli boots Versace tu dalam warna lilac kalau dia ada dalam saiz IT40 masa summer sale nanti dan hari ni aku check, saiz tu dah habis. Mungkin Allah nak bagi petunjuk dekat aku yang aku patut beli boots Versace tu dalam warna hitam. Boots tu dalam warna lilac dalam saiz tu adalah dekat SSENSE dan Farfetch tapi kalau boleh, aku naklah beli dekat website dia.

    By the way, aku ada buat "homework" sikit semalam. Aku bandingkan sizing dekat Dolce & Gabbana, Fendi, Valentino dan seangkatannya dengan sizing dekat Versace dan betul lah sangkaan aku, kemungkinan besar saiz aku IT40 tapi aku masih ragu - ragu selagi aku tak cuba kasut tu sendiri dekat kedai dia. Masalahnya, sekarang aku duduk dekat hometown aku dan dekat hometown aku manalah ada kedai designer (tak macam hometown makhluk badan macam peti ais pintu tu, dekat hometown dia yang kampung tu ada kedai Chanel katanya, lol). Kalau aku ada dekat KL pun, aku tak berani nak masuk kedai designer. Aku nak suruh kawan aku tolong check untuk aku pun, aku rasa diaorang pun tak berani nak masuk kedai designer.

    Plus, kalau aku beli boots tu dalam warna lilac, aku nak kena beli shoelace warna lilac pula sebab aku rasa shoelace warna hitam tu tak masuklah dengan warna lilac.

    By the by, hari ni aku check, satu saiz boots tu dalam warna hitam pun dah out of stock. Ada lebih ramai orang kaya dekat dunia ni daripada apa yang aku sangka dan aku kena compete dengan diaorang. Aku risau by the time summer sale nanti, kalau harga boots tu turun masa tulah, kalau tak, kena tunggu sampai winter sale pulalah, semua saiz dah out of stock. Aku nak sangat boots tu. Masa winter sale tahun lepas, ada saja boots yang banyak saiz masih in stock dan aku harap sangat masa summer sale atau winter sale nanti, boots tu dalam saiz IT41 masih in stock. Hati aku masih nak boots tu dalam warna lilac tapi aku tak nak beli barang return sebab aku risau orang sebelum tu tinggal crease, scratch dan scuff dekat boots tu.

    Kalau orang jumpa dan baca blog aku, orang mesti ingat aku dah jadi gila sebab aku asyik cakap pasal boots tu. Ya, aku pun sedar aku asyik fikir pasal boots tu saja. Mungkin boots tu satu - satunya benda yang buat aku distracted daripada masalah - masalah aku buat masa sekarang dan mungkin aku patut buat series pasal journey aku nak dapatkan kasut designer pertama aku.

    Anyway, sebelum ni, aku ada sebut aku nak buang tahi lalat. Aku dah lama nak buang tahi lalat dekat muka aku ni tapi aku batalkan hasrat aku lepas kawan aku pujuk aku jangan buang tahi lalat tapi hasrat tu muncul balik bila aku baca blog seorang perempuan ni dan dia buang tahi lalat dekat klinik Dr Ko. Dia tunjuklah gambar sebelum dan selepas dan dia macam tak pernah ada tahi lalat. Sejak hari tu, aku berhasrat nak buang tahi lalat dekat klinik dekat Dr Ko juga tapi masalahnya, macam akulah cakap, sekarang aku duduk dekat hometown aku dan dekat hometown aku, adalah klinik Dr Ko tapi dekat situ, diaorang tak ada service buang tahi lalat jadi aku cari klinik lain dan aku ada jumpa satu klinik dekat rumah aku ni yang ada service buang tahi lalat. Aku telefon klinik tu, dia suruh aku datang untuk consultation.

    Siang tadi, aku pun pergilah consult dekat klinik tu. Yang attend aku seorang doctor hot, huehuehue. Dahlah hot, friendly pula. Entah kenapa dia banyak tanya pasal hidup aku berbanding tahi lalat aku, mungkin dia nak ambil hati aku kot. Lepas tu, dia bagi tahulah aku, akan ada beberapa session dan aku boleh bayar dalam ansuran. Esok aku kena pergi consult lagi, nak tahu total cost.

    Aku doakan semua berjalan lancar. Aku takutlah juga tapi aku sanggup ambil risiko sebab selagi aku tak buang tahi lalat, aku takkan rasa betul - betul elok.