Kauorang pernah tak ada seorang "kawan" yang bila kauorang lepak dengan dia, kauorang rasa macam, 'hmm, aku rasa dia ni fake lah.'
Aku adalah seorang "kawan" yang aku rasa macam tu bila aku lepak dengan dia. Let's call her Nora. Aku jumpa dia masa aku dekat universiti dulu. Dia ni berbadan gempal, pakai spek. Dia ni juga tak ada kawan dan aku rasa kesian dekat dia sebab dulu aku pun macam tu dan aku ingat dia baik jadi aku ajak dia masuk geng aku. Awal - awal lagi, aku dah nampak red flag dekat dia ni, contohnya, dia suka acah - acah macam dia fabulous (aku rasa dia ni anak orang senang tapi bukan kaya - raya macam dia nak kitaorang percaya), dia ada ramai kawan (padahal aku tahu dia tak ada kawan), dia selalu keluar, lepak dekat tempat macam Pavilion dan dia suka cakap pasal barang designer (tapi aku tak pernah nampak dia pakai barang designer pun) tapi aku anggap dia tak ada social skills sebab dia tak ada kawan.
Makin lama aku berkawan dengan dia, makin terkeluar kebusukan dia. Dia ni selfish gila nak mampus. Bila dia perlukan pertolongan, laju dia cari aku tapi bila aku perlukan pertolongan pula, dia akan menghilangkan diri. Dia bukan buat dekat aku seorang saja tapi dia buat dekat orang lain juga tapi diaorang tak perasan sebab dia berpura - pura jadi kawan yang supportive, bagi kata - kata semangat yang boleh di-Google jadi ramai orang ingat dia baik dan diaorang tak tahu pasal kebusukan dia. Bila aku mengadu dekat diaorang pasal dia, diaorang akan kata, 'tapi dia baiklah.' Dia ni juga macam ada issue dengan aku sebab bila aku cakap apa saja, dia selalu akan disagree dengan aku. Yang lawaknya, dia selalu tiru cara aku bawa diri aku, cara aku cakap dan cara aku dress up.
Oh, aku rasa dia ni juga seorang compulsive liar sebab cerita dia tak consistent tapi dia pandai, dia menipu pasal benda yang aku tak boleh verify, contohnya, kerja mak bapa dia, dia pernah pergi tempat - tempat high-class. Kitaorang pernah lepak sekali, sembang kosong, buat lawak, gelak - gelak dan masa tu, aku perhati saja dia. Dalam hati aku, aku fikir, 'semua benda pasal dia ni fake, dari cara dia cakap, cara dia gelak ke cara dia bawa diri dia, aku rasa friendship aku dengan dia takkan tahan lama.' Dia perasan aku duduk perhati dia jadi dia tanya aku, 'haa, fikir apa tu?' Aku pun buatlah kata, 'oh, sorry, tak ada apalah, cuma termenung, duduk fikir pasal hidup.' Aku bukan saja cari alasan tak nak berkawan dengan dia, I just couldn't help myself from feeling that way towards her.
Fast forward to lepas kitaorang graduate dan dah bekerja, kitaorang masih keep in touch. Kitaorang ada plan nak pergi jalan - jalan sekali. Masa tu, aku ingat, 'hmm, mungkin selama ni aku salah sangka pasal dia, mungkin dia tak fake, mungkin dia seorang kawan sejati dan aku kena belajar untuk terima kekurangan dia.' Ada satu hari tu, dia dapat kerja dekat satu international company ni. Dia ni, sejak dulu lagi, duduk berangan nak berkawan dengan orang putih, bercinta dengan orang putih dan berkahwin dengan orang putih. Tak lama lepas dia dapat kerja tu, dia terus menghilangkan diri, hahaha. Plan nak pergi jalan - jalan sekali tu pun tak jadilah. Nokhorom, dia cuma keep in touch dengan kitaorang sebab dia tak ada kawan dan bila dia jumpa kawan baru, dia terus menghilangkan diri.
Kau hadap sangat nak berkawan, nak bercinta dan nak berkahwin dengan orang putih, go ahead tapi berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan orang putih, aku tak rasa diaorang nak dekat kau jadi kau teruslah berangan sampai kau tua dan kau mereputlah seorang diri, jadi andartu yang kertu. Kau sebenarnya memang fake. Kau acah - acah macam kau fabulous, kau ada ramai kawan, kau selalu keluar, lepak dekat tempat yang kononnya cool bagi katak bawah tempurung macam kau dan kau suka barang designer tapi aku tahu sebenarnya, kau terperuk duduk dalam bilik sepanjang hari, tengok drama Korea. Kau panggil orang lain kepam, kau tu yang kepam. Patutlah tak ada orang nak berkawan dengan kau sebab kau fake. Konon suka Prada tapi pakai Padini, hahaha.
The lesson is, jangan berkawan dengan orang yang tak ada kawan, hahaha.