OK, aku ada kerja banyak gila nak mampus sekarang dan aku kena hantar kerja ni esok dan inshallah, tengah malam esok, aku akhirnya bebas buat sementara waktu, yay, lol tapi aku ada nak cerita sikit. Aku mengaku dan aku tak nafikan aku seorang yang ikut perasaan. Kalau aku nak sesuatu, aku akan beli masa tu juga. Jadi, tadi, aku kena beli baju untuk resepsi perkahwinan abang aku. Abang aku berkahwin tahun lepas tapi sebab pandemik, dia boleh buat akad nikah saja, dia tak boleh buat resepsi. Tahun ni, dia baru boleh buat resepsi dan resepsi dia tak sampai sebulan lagi.
Anyway, aku jumpa satu baju yang betul - betul sesuai dengan tema resepsi abang aku dekat Zalora. Walaupun harga dia RM180 (tak banyak sangat pun berbanding baju - baju aku yang lain tapi sebab aku tak minat baju tradisional jadi aku rasa banyak), tanpa berfikir panjang, aku terus beli sebab aku rasa macam baju tu paling terbaik antara yang lain (baju tu ada tenunan songket dan aku suka songket, yang lain kosong). Lepas aku dah beli baju tu, tiba - tiba, aku terasa nak tengok website kedai tu. Aku pun tengoklah dan cuba teka apa yang aku jumpa?
Harga baju tu dekat website kedai tu RM39 saja wei (jimat RM141)! Dekat Zalora, harga baju tu jadi nak dekat lima kali ganda! Aku jadi panik sebab aku dah belanja banyak duit dekat sesuatu yang aku boleh jimat banyak duit. Mula - mula, aku fikir aku patut redha saja, mungkin ada hikmah disebalik ni tapi aku tak puas hati. Nasib baiklah, aku sempat cancel order aku dekat Zalora dan aku beli baju tu dekat website kedai tu. Zalora dah cancel order aku dan aku harap aku akan dapat refund balik lepas tu baju aku beli dekat website kedai tu akan sampai dengan selamat (tak naklah hilang ke, salah warna ke, tak ada saiz ke atau terkoyak ke).
Pengajarannya, jangan jadi macam aku dan sila check dekat website lain dulu sebelum beli sesuatu.
PS Kenapa harga baju tu dekat Zalora lebih mahal banyak daripada dekat website kedai tu, eh?