Jadi, aku contact customer service SSENSE pula melalui live chat dekat website dia. Kali ni, aku baru chat dengan orang dari Canada. Dia tanya aku, aku pakai saiz berapa dan aku bagi tahu dia aku selalu pakai saiz UK7/EU41. Dia bagi tahu aku, aku patut ambil saiz IT39.5 (mana ada half size). Lepas tu, dia kata dia tak berani nak recommend IT40 sebab dia takut besar sikit daripada kaki aku. Aku tanya dia kalau dia boleh bagi measurement dalam centimetre dan dia kata IT40 in centimetre is 25.8cm. I was like, that's it! That's my size!
Aku tak tahulah kalau Allah nak bagi petunjuk dekat aku tapi dekat website Versace dan website SSENSE, dua - dua tak ada saiz IT41 jadi mudah sikit aku nak buat keputusan. Bila aku tengok size guide dia, IT40 bersamaan dengan UK7 dan kali ni aku baru rasa yakin. Aku masih rasa ragu - ragu sebab yalah, walaupun kalau dia turun harga nanti, masih beribu. Lepas tu, kalau aku nak return sebab saiz besar atau kecil sangat, aku akan ada banyak kerja dan kena keluar banyak duit.
Jadi, kalau masa summer sale June nanti, boots tu turun harga dan yang warna lilac tu masih ada dalam saiz IT40, aku beli yang warna lilac tu tapi kalau tak ada, aku beli yang warna hitam dalam saiz IT41 dan kalau boots tu tak turun harga masa summer sale, aku kena tunggu winter sale December pulalah. Aku harap sangat aku dapat kasut tu dan kasut tu muat kaki aku. Ya Allah, janganlah biar hamba Mu ini dalam kerugian.
Aku ada tengok seorang YouTuber ni dan dia kata, kalau kau dah alang - alang nak beli benda mahal, baik kau beli benda yang bold, different and unique dan aku macam, mm, betul juga. Kalau aku beli yang warna hitam, orang mungkin takkan tahu tu Versace dan plus, aku dah ada banyak boots dalam warna hitam. Kalau aku beli yang warna lilac tu, orang mungkin takkan tahu tu Versace juga tapi orang akan jadi intrigued dan tertanya - tanya jenama apa kasut tu dan aku tak pernah ada boots dalam warna lilac lagi.
Tengoklah macam mana nanti.
PS Aku nak beli kasut ni sempena tiga tahun (tahun depan) aku "bekerja" dekat sini. Yakin saja aku akan "bekerja" dekat sini sampai tahun depan tapi aku memang tak ada pilihan pun. Anyway, kasut ni macam hadiah daripada aku kepada aku lepas semua benda yang aku dah lalui selama aku "bekerja" dekat sini. Aku ada plan nak beli phone baru, computer baru dan dapatkan lesen kereta tahun depan dan semua tu hadiah daripada aku kepada aku.