20 February 2022

Reddit

    Aku suka baca comment dekat Reddit sebab kadang - kadang, aku akan jumpa comment yang lawak gila nak mampus tapi kebanyakan masa, aku akan jumpa comment yang dahlah tak lawak langsung lepas tu menyakitkan hati, terutama sekali dekat satu subreddit negara aku ni.

    Dekat Reddit, any form of hate (racism, religious discrimination, sexism) and hate speech won't be tolerated and will result in permanent ban tapi dekat subreddit tu, memanjang comment pasal orang Melayu dan Islam tapi tak ada kena banned pun.

    Aku tahu geng yang duduk comment dekat subreddit tu. Geng tu selalunya samada lepak dengan sesama diaorang atau orang Melayu yang insecure dengan diri - sendiri lepas tu nak ambil hati geng tu sebab diaorang berangan nak berkahwin dengang geng tu jadi diaorang kutuk kaum diaorang sendiri.

    Geng ni, bila kau bagi tahu diaorang kau nak solat kejap masa kerja, diaorang akan buat muka padahal solat tak sampai 10 minit pun dan macamlah kerja boleh siap dalam 10 minit. Bila diaorang nak sembahyang ke apa pula, orang tak buat muka pula.

    Aku ada saja kawan non-Muslim dan diaorang respect saja kepercayaan dan lifestyle aku dan aku pun respect kepercayaan dan lifestyle diaorang. Diaorang tak pernah pula hina agama aku dan kitaorang kawan rapat ya, bukan setakat tegur hi-bye.

    Sebenarnya, kauorang yang racist dan supremacist. Kauorang buat macam kauorang superior daripada kitaorang tu racial superiority lah, mangkuk. Kalau kauorang bagus sangat, kauorang tak perlu cakap pasal kitaorang, menyibuk pasal hal kitaorang.

    Geng ni juga selalunya pandang tinggi dekat orang putih. Semua benda orang putih buat bagus, hahaha. Nampak sangatlah kauorang tak pernah ada pengalaman berkawan dengan orang putih. Kalau ada pun, setakat tegur hi-bye lepas tu terus assume diaorang baik.

    So pathetic. Sebab tu duduk berkampung dekat situ sajalah. Duduk berangan nak berkahwin dengan orang putih, duduk dekat luar negara. Mesti muka buruk di sebalik screen, duduk rasa hebat seorang diri dalam bilik yang kepam. Mereputlah.

PS Solat berjemaah Aidul Fitri tahun lepas tu bukan orang Melayu ya tapi pendatang asing. Asyik cari point nak kutuk orang Melayu dan Islam sampai tak tengok fakta, nak percaya apa yang kauorang nak percaya. Tak ada life sangat.