Aku tak tahu kenapa tiba - tiba tangan aku cramp malam ni dan aku benci bila aku cramp sebab aku rasa macam tak boleh buat apa - apa, nak tidur pun tak senang.
Anyway, result keluar pagi tadi. Aku ingat result keluar malam tadi so aku pun tunggulah sampai pukul 12 depan laptop aku tapi bila aku check, tak ada pun. Aku tahu pun lepas aku tanya classmates aku. So, aku pun, tunggu apa lagi, aku terus masuk bilik tidur tapi aku tak boleh tidur sampai pukul empat atau lima entah sebab aku nervous gila nak mampus.
Aku bangun, first thing first, aku terus check. Berdebar tu tak payah cakaplah, aku dah cuak aku akan fail satu subject ni because of that incident. Alhamdulillah, aku lulus semua subjects. Ada satu subject tu grade rendah so CGPA pun aku turun tapi aku tak terkejut pun sebab subject tu payah gila nak mampus dan aku lemah subject tu, aku tak faham apa yang aku belajar. Nevertheless, aku bersyukur CGPA aku masih okay dan aku rasa lebih bersemangat nak sambung next semester.
Aku ada banyak benda nak kena buat esok, sebelum aku nak kena balik sana hari Jumaat ni dan aku harap aku sempatlah settle semua benda tu. Aku tak nak aku balik sana dan benda - benda ni tak settle lagi sebab once aku sampai sana, aku nak kena deal dengan macam - macam benda lain pula.