19 March 2023

Strong Current Under the Calm Water

    Esok, aku ada QTI, Rabu minggu depan, result semester ni keluar dan Jumaat minggu depan, aku bertolak balik sana dan aku tak study lagi untuk QTI, aku tak tahu result aku semester ni nak jadi macam mana, aku takut gila dan aku tak bersedia nak balik sana lagi. Allah saja yang tahu betapa stressed out nya aku. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.

    Siang tadi, abang aku belanja aku buat manicure. Alhamdulillah, semua staff situ baik dan sekarang kuku aku berkilat. Lepas tu, abang aku seorang lagi bagi aku duit raya. Sebenarnya, aku dah ada cukup duit nak beli baju Diesel tu tapi sekarang tak ada sale lagi dan aku rasa macam tak berbaloi bayar mahal - mahal untuk baju tu. Kalau ikut hati, aku nak saja beli baju tu sekarang tapi aku rasa, for now, aku simpan dulu duit aku, mungkin aku nak kena guna duit tu untuk benda lain.

PS Aku jadi makin tak ada hati dekat Tally. Aku request nak follow dia dekat Instagram tapi dia tak approve aku pun. Aku follow kawan dia, kawan dia request nak follow aku balik padahal kawan dia lagi popular dan hot (tapi bukan type aku) daripada dia.

Lepas tu, ada satu malam tu, aku chat dengan seorang lelaki ni. Aku ingat kitaorang get along tapi lepas tu, dia stop chatting dengan aku. Aku ingatkan dia disconnected ke apa tapi rupa - rupanya, dia block aku. Sedih.