Masa tahun lepas, masa aku nak berhenti kerja dekat company sebelum ni, aku ingat tahun 2025 akan jadi tahun yang lebih baik. Yelah, masa tu, contract aku takkan disambung sebab aku bergaduh dengan boss aku, aku ditikam belakang oleh co-worker aku, tu tak termasuk lagi dengan staff members yang lain yang cari pasal dengan aku, it was one of the darkest times of my life.
Masa awal tahun ni, aku dapat kerja dekat satu company ni. I thought I was off to a good start tapi rupa - rupanya company tu scammer so aku terpaksa cari kerja lain lagi sekali. Dua bulan kemudian, aku dapat kerja dekat satu company ni pula. Awal - awal, aku ingat company ni okay tapi lama - lama, aku makin sedar yang company ni pun toxic. Kurang toxic sikit berbanding company dulu tapi masih toxic.
Sekarang dah August, tinggal kurang daripada empat bulan lagi sebelum masuk tahun baru so I can confidently say, 2025 hasn't been a good year for me. Kadang - kadang, aku rasa sebak mengenang nasib aku. From one bad situation to another bad situation. Orang jahat pula tak dikenakan apa - apa tindakan, diaorang tak perlu cari kerja lain, orang macam aku pula yang kena keluar. Dunia ni tak adil.
Honestly, I don't see the light at the end of the tunnel at the moment tapi aku masih berharap dan harapan tulah yang buat aku teruskan juga. Macam aku cakap dalam post sebelum ni, kalau ikut hati, aku rasa macam nak resign je terus. Bila aku pergi kerja, aku senyum, aku gelak tapi bila aku balik, semua tu hilang. Dalam hati rasa kosong. Aku bukan fake, aku tak boleh jadi fake tapi aku professional.
Tu tak termasuk lagi dengan fake friends but that's another story for another day. It's nearly 12:00 am now and I need to go to sleep because I need to wake up early tomorrow. Yes, setiap hari aku pergi kerja, cahaya matahari pun tak keluar lagi. Depressing, isn't it? Dulu, aku solat Subuh dulu lepas tu aku baru mandi tapi sekarang aku mandi dulu lepas tu aku baru solat Subuh, if you know what I mean.