28 July 2022

So Long

    Siang tadi, macam biasa, aku check kasut hitam tu dan kasut ungu tu dan saiz 39.5 kasut ungu tu dah habis stok. Aku sedih jugalah sebab aku dah hampir sangat - sangat nak beli kasut tu. Aku dah cuba bayar pun tapi lepas tu, aku tak jadi (sebab duit tak cukup). Aku bukan tak mampu, aku mampu saja (masa harga dia turun daripada 50% jadi 51%) tapi hati aku lebih tertarik dengan kasut hitam tu. Aku bukan tak suka kasut ungu tu, aku suka, aku dah siap bayang nak pakai apa dengan kasut tu, cuma, macam aku pernah cakap sebelum ni, kasut ungu tu cute dan kasut hitam tu sexy dan Versace lebih sesuai jadi sexy daripada cute so aku tak dapat sexy vibes daripada kasut ungu tu. Kalau aku ada banyak duit, aku dah beli dua - dua tapi tulah, aku tak sekaya tu. So, sekarang ni, satu - satunya harapan aku nak beli kasut ungu tu, kalau aku nak juga dan kalau aku mampulah, aku kena beli dekat Farfetch sebab dekat situ banyak saiz ada stok lagi tapi macam aku pernah bagi tahulah, kalau beli dekat situ, bukan kena bayar untuk shipping saja tapi kena bayar untuk taxes & duties sekali (mungkin sebab tulah banyak saiz ada stok lagi).

    At the moment, saiz 40 kasut hitam tu ada lagi dekat SSENSE. Aku memang nak beli dekat situ sebab rating dia lebih tinggi berbanding official website Versace. Kasut tu ada juga dekat official website Versace dan Farfetch tapi dia ada dekat bahagian opposite gender aku so for some reason, benda tu buat aku kurang rasa nak beli dekat situ. Dekat SSENSE, kasut tu ada dekat bahagian gender aku. Yang bagusnya SSENSE ni, tak perlu bayar untuk taxes & duties, cuma kena bayar untuk shipping. Official website Versace lagi bagus, tak perlu bayar untuk taxes & duties dan shipping tapi tulah, rating dia rendah so aku takut diaorang akan hantar saiz atau barang silap ke atau parcel hilang ke lepas tu diaorang ambil masa yang lama nak refund macam official website Dr Martens. Yang aku geram dengan SSENSE, harga kasut hitam tu tak turun. Yes, sekarang dia tengah full price. Aku pun tak tahu kenapa. Memang taklah aku nak beli full price, bukan sebab aku tak mampu saja tapi sebab rugi banyak kot bila harga dia turun, boleh jimat beribu. Aku harap sangat by the time harga dia turun, saiz aku ada stok lagi tapi tulah, tinggal sepasang saja lagi.

    Harga dia turun 50% pun (RM3,500 dekat SSENSE), aku sanggup bayar sebab aku nak sangat kasut tu. Anyway, antara kebaikan lain SSENSE ni, kau boleh dapat barang designer dengan harga yang lebih affordable. Bayangkan, blazer Balmain yang berharga RM9,000 lebih jadi RM3,000 lebih saja dan saiz aku ada lagi! Kalau aku banyak duit, aku memang dah beli. Inshallah, satu hari nanti, aku akan beli juga. Salah satu impian aku selain daripada nak beli beg Jacquemus (sekarang harga beg yang aku nak tu jadi RM2000 lebih saja), nak ada blazer Balmain. Dulu aku ingat barang designer ni takkan pernah go on sale tapi bila aku tengok dekat SSENSE, aku baru sedar, actually, mampu milik saja barang designer ni. Aku tak kata murah ya, masih mahal tapi sekurang - kurangnya, tak adalah tak accessible to rakyat marhaen macam aku. Kalau aku tahu pasal ni, aku dah lama simpan duit, kumpul barang designer. Aku menyesal jugalah perhabis duit dekat brand macam ASOS, Converse, Dr Martens, H&M, Uniqlo dan Zara sebab kalau tak, mungkin saving aku dah ada beribu sekarang dan aku dah boleh beli macam - macam barang designer.

    OK lah, aku dah nak tidur. Goodnight.