So, aku baru habis tengok trilogy the Lord of the Rings extended edition. Satu filem lebih kurang empat jam jugalah dan aku ambil masa beberapa hari jugalah nak habiskan. Aku dah pernah tengok sebelum ni tapi aku saja tengok balik sebab tu antara filem - filem yang paling syok aku pernah tengok.
Anyway, ada hari tu, aku sembang dengan mak aku pasal barang designer. Aku cakap, aku menyesal aku tak simpan duit sebelum ni, perhabis dekat brand marhaen macam ASOS, Converse, Dr Martens, H&M dan Zara sebab kalau tak, mungkin aku dah ada barang designer. Mak aku cakap, aku patut simpan duit dan mula kumpul barang designer pula dan aku setuju sebab walaupun mungkin orang tak setuju dengan aku tapi aku rasa, bila kita makin besar, standards kita pun makin naik dan semua brand tu standards aku masa aku student dulu.
Aku bukan dah takkan pakai benda - benda yang aku ada, aku masih akan pakai benda - benda tu sampai rosak (there is no such term as fast fashion in my book). Kalau tengok wishlist aku, aku masih ada beberapa benda yang aku nak beli dekat brand - brand ni tapi semua benda tu benda biasa saja, bukan kasut atau jaket atau beg (tapi aku nak beli beg Fjallraven satu dan aku nak beli T-shirt dan underwear Versace). Aku dah tak bukan website Zara ke apa sebab aku tak nak aku jumpa benda yang suka lepas tu aku habiskan duit aku.
Aku nak beli barang designer sebab aku macam nak buktikan dekat orang orang - orang yang pandang rendah dekat aku (walaupun kebanyakan dah tak ada dalam hidup aku), yalah sebab dulu aku miskin, setakat boleh cakap sajalah tapi tak terlintas pun dalam kepala aku nak beli sebab aku ingat aku takkan pernah mampu dan aku nak buktikan yang aku tak cakap kosong macam orang macam Nora, Huda dan makhluk badan macam peti ais dua pintu tu, pungpangpungpang tapi apa pun tak ada. Bila aku nak something, aku akan bekerja keras untuk benda tu.
Anyway, aku plan nak mula satu series yang aku akan bagi opinion dekat blogpost yang aku baca. Aku boleh saja comment dekat blogpost tu tapi aku malas sebab nanti ada orang lain nak comment dekat opinion aku pula. Nantilah aku buat bila aku ada mood.