12 July 2022

An Update

    Aku tak update apa - apa baru - baru ni sebab macam aku pernah cakap sebelum ni, aku ada banyak kerja at the moment dan aku kena submit semua kerja tu hari Jumaat ni. Aku pun tak tahulah aku akan sempat ke tak, aku cuma boleh cuba.

    Anyway, pagi tadi, aku sembang dengan mak aku. Macam biasalah, aku selit pasal kasut Versace tu. Tiba - tiba, mak aku tanya aku, 'Berapa Blue perlu lagi?' Aku jawablah, 'seribu lagi.' Lepas tu, mak aku cakap, 'nanti Mama bagi RM500 bulan ni dan RM500 bulan depan.' Aku macam, 'what?!' OK, aku mengaku, aku rasa excited sebab kiranya, inshallah, bulan depan aku dah boleh beli kasut tu tapi pada masa yang sama, aku rasa bersalah sebab aku guna duit mak aku, untuk benda macam ni.

    Mungkin mak aku dah penat dengar aku selit pasal kasut tu setiap hari, hahaha atau mungkin dia nampak aku betul - betul nak kasut tu dan dia rasa kesian dekat aku. Anyway, tengoklah macam mana. I'll only believe it when I see it. Selagi aku tak dapat kasut tu, aku tak nak letak harapan tinggi.

    Lepas aku dah submit semua kerja, aku nak potong rambut, kuku tangan dan kaki dan aku nak cuba wax yang aku beli bulan lepas tapi sampai sekarang aku tak cuba lagi. Aku harap wax tu berkesan. Lepas tu, aku nak ambil lesen memandu. Aku takut jugalah aku akan fail berkali - kali macam abang - abang aku lepas tu aku kena keluarkan duit. Dahlah aku duduk simpan duit tu untuk kasut tu. Also, lepas aku dah submit semua kerja, aku rasa macam nak bogel saja, hahaha, lepas tu, main video games dan tengok filem.