Sekarang dah nak dekat pukul satu lebih dan aku tak tidur lagi. Aku tengah buat kerja dan aku plan nak siapkan malam ni tapi aku tak tahu aku boleh siapkan ke tak sebab mata aku dah tak boleh celik. Also, aku tak tahu macam mana aku nak siapkan semua kerja on time. Anyway, aku nak cakap pasal beberapa benda.
First of all, aku lupa nak mention dalam post sebelum ni, the reason aku nak beli kasut Versace tu as soon as possible, aku rasa ni bukan spring/summer sale, ni clearance sale sebab lama sangat. Aku rasa diaorang nak habiskan stok so I need to get them before they go out of stock.
Second of all, semalam, aku submit kerja yang paling banyak, besar, penting dan payah sesi ni dan aku takut boss aku seorang ni akan reject kerja aku atau kalau dia terima kerja aku pun, aku kena buat banyak correction. Aku mana ada masa nak buat banyak correction, aku ada banyak kerja lain. Petang tadi, aku tengok dia dah bagi feedback. Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati aku masa aku nak buka email tu. Alhamdulillah, aku cuma kena perbetul beberapa ayat. Sebenarnya, aku masih tak boleh percaya sebab aku rasa macam aku buat kerja cincai.
Third of all, aku lega gila boss aku seorang tu buat test untuk kursus dia hujung bulan ni. Macam aku pernah cakap sebelum, aku ada banyak kerja at the moment dan aku nak kena submit semua kerja tu hari Jumaat ni. Hari Sabtu ni pula, aku ada dua test so kalau dia buat minggu ni, aku pun tak tahulah. Plus, kalau aku tak sempat nak study untuk dua test tu, apatah test ni pula. So, thank God, aku ada masa nak berehat dan bernafas sebelum test tu.
OK lah, yang tu saja aku nak cakap malam ni. Aku dah mengantuk dan aku nak tidur. Goodnight.