28 September 2022

Balmain B-Bold High-Top Trainers with Straps in Green

    Aku rasa macam aku perlu properly introduce the Balmain B-Bold high-top trainers with straps in green macam aku introduce the Versace La Medusa combat boots in black patent leather atau sebenarnya, aku cari alasan untuk cakap pasal trainers ni, hahaha. Yes, I'm gonna talk about them until I get tired of talking about them and until I get them. Only then, I'll shut up.

    Anyway, sebenarnya, aku dah lama tahu Balmain duduk release B-Bold trainers ni dan aku memang rasa trainers ni cool pun cuma aku tak rasa macam nak beli trainers ni macam aku rasa macam nak beli boots Versace tu sebab dia tak ada dalam warna yang menarik perhatian aku selain daripada warna hitam.

    Sejak boots Versace tu dah tak di-displayed dekat website Versace dan Farfetch dan yang dekat SSENSE tu dah tak ada dalam saiz aku, aku jadi tawar hati. Aku rasa macam harapan aku nak dapat boots tu berkurang dan aku pun tak tahulah aku akan dapat ke tak boots tu so aku pun carilah kasut lain, in case aku tak dapat boots tu.

    Aku cari dekat website Alexander McQueen, aku jumpa dua pasang boots yang aku suka tapi aku tak rasa macam nak beli mana - mana boots tu. Aku cari dekat website Balmain, aku jumpa satu pasang boots yang aku suka tapi tu pun aku tak rasa macam nak beli.

    Beberapa hari lepas, entah kenapa tapi tiba - tiba, aku terasa macam nak tengok B-Bold trainers ni so aku pun carilah dekat website Balmain dan masa aku tengah scroll ke bawah, bila aku nampak trainers ni, aku terus tertarik dengan trainers tu.

    Awal - awal, aku tak yakin trainers ni boleh jadi option kedua aku, lepas boots Versace tu because they're just trainers and they're made of polyester and elastane tapi lama - lama, aku makin suka trainers ni. The colour and the design are just beautiful to me.

     My most favourite colour is green and it's all green, including the insoles and I've always wanted an all-green pair of shoes!

    Okay, now, let's talk about the size, the price and the availability.

    Kalau tengok size guide dekat website Balmain, aku patutnya ambil saiz FR 41 tapi dia suruh size down so aku tak pasti aku patut ambil saiz FR 41 which bersamaan dengan UK 7 dan 26 cm which is my size atau saiz FR 40 which bersamaan dengan 25 cm. Aku tengok review dekat YouTube, ada seorang YouTuber ni suruh ambil usual size.

    Harga dia dekat Farfetch $1,093, tak campur dengan shipping dan taxes & duties, which bersamaan dengan RM5,000 lebih. Kalau harga dia turun 50%, harga dia jadi RM2,500 lebih tapi aku tak tahulah harga dia akan turun ke tak masa autumn/winter sale nanti sebab dia new season.

    Macam aku dah pernah mention dalam post sebelum ni, at the moment, dia cuma ada dekat Farfetch. Aku harap dia akan ada dekat SSENSE sebab aku tak nak bayar untuk taxes & duties tapi kalau tak ada, it's fine, I'll just buy them off Farfetch.

    Aku tak tahulah tapi masa spring/summer sale SSENSE hari tu, ada trainers yang sama dengan trainers ni tapi dalam warna hitam dan putih, harga dia jadi RM2,000 lebih dan banyak saiz ada lagi, termasuk saiz aku. Aku ada terfikir nak beli trainers tu tapi aku tak jadi beli. Kalau trainers ni yang on sale dan saiz aku ada lagi, aku dah belilah.

    Aku rasa Balmain antara brand yang kurang dapat perhatian, selain daripada Versace dan Alexander McQueen sebab kalau cari review dekat YouTube, tak ada banyak video but it's great for me sebab aku tak perlu berebut sangat dengan orang lain. Plus, aku tak minat brand yang terlalu mainstream macam Louis Vuitton, Chanel dan Dior sebab dah ramai orang pakai brand - brand tu.

    Also, the good thing about these trainers is, you don't have to worry about crease because they're not leather. Aku tahu sebab aku ada sock trainers Zara dan aku dah pakai trainers tu beberapa kali and they don't crease at all.

    If I get my hands on these trainers, I don't plan to wear them, for now but if I do wear them, I plan to wear them with a pair of light blue skinny jeans, a white T-shirt and a green check shirt or a navy blazer.

    So, yang tu sajalah kot yang aku nak cakap setakat ni. Kalau ada apa - apa, aku bagi tahu.