06 September 2022

Orang Hodoh Tak Boleh Memilih

    Okay, title bunyi macam nak cari gaduh, hahaha, tapi aku cuma nak nyatakan pendapat aku sebab aku rasa tak ramai orang cakap pasal benda ni sebab nak jaga perasaan orang hodoh dan tak nak kena cancelled. It's true though, ugly people can't be choosers.

    First of all, aku tak kritik ciptaan Tuhan but if we wanna keep it real, keep it 100%, ada ciptaan Tuhan yang lebih elok berbanding ciptaan Tuhan yang lain dan bagi aku, kalau kau tak masuk category ciptaan Tuhan yang elok, jangan buat perangai tak elok pula, rupa yang dah tak elok jadi lagi tak elok. Aku tak kata diaorang yang elok boleh buat perangai tak elok sebab aku dah pernah jumpa orang yang elok tapi perangai tak elok dan rupa yang elok terus jadi tak elok.

    Berdasarkan pengalaman aku, ramai orang hodoh memilih, nak suami/isteri/boyfriend/girlfriend/kawan hot macam model. Memang tak tengok cermin sangat dan diaorang tak tengok cerminlah sebab diaorang dah tahu diaorang buruk tapi kuat berangan. Contohnya, Nora. Pendek, gempal, muka kepam, nerd, rambut melengkoi tapi nak boyfriend putih, tinggi, sado. Kau ingat orang macam tu nak dekat kau sedangkan dia boleh dapat yang lebih elok daripada kau?

    Orang elok boleh memilih bukan sebab diaorang elok but because they put a lot of effort into looking pretty. Orang mungkin fikir, diaorang effortless sebab diaorang dah elok tapi kalau diaorang tak work out, tak on diet, tak ada beauty regime, kau ingat diaorang akan terus - menerus jadi kurus dan elok? Diaorang pun manusia juga, diaorang bukan malaikat, diaorang pun akan jadi gemuk dan buruk kalau diaorang tak exercise dan melantak dan tak jaga kulit macam kau.

    Orang tak elok pun boleh jadi elok kalau perangai elok. Contohnya, ada seorang co-worker aku, Chrissy. Aku panggil dia Chrissy sebab muka dia macam Chrissy Teigen and to be completely honest, bagi aku, dia tak masuk dalam category ciptaan Tuhan yang elok tapi sebab perangai dia elok, dia soft-spoken, dia banyak tolong orang, dia rajin solat, dia permurah, dia baik hati, dia jadi elok. Seriously, kalau kau tengok dia, macam ada cahaya dekat muka dia.

    Sebab tu kena ada self-awareness ya. Kena tahu kau boleh reach sampai mana. Macam aku, aku tahu aku pendek so aku tak beranganlah aku boleh dapat pasangan hot macam model tapi tu tak bermakna aku akan settle down dengan orang muka macam ikan keli. Penting ya kau tengok cermin dan be honest with yourself. Kau happy tak dengan reflection kau? Jangan tipu diri - sendiri dan kalau kau tak happy, perbaik diri kau, bukan expect orang untuk accept kau seadanya.

    So, dear orang hodoh dekat luar sana, post ni bukan nak kutuk kauorang tapi nak tolong kauorang, walaupun cara aku mungkin kasar. Kalau kau gemuk, kau exercise, kau jaga pemakanan kau. Kalau gigi kau buruk, kau pakai braces. Lepas tu, be realistic, jangan berangan Henry Cavill nak datang ambil kau dan letak atas bahu dia. Yang paling penting, muhasabah diri, jangan jadi bitter bila tengok orang lebih daripada kau dan buat baik dengan orang. Only then, you can be choosy.