Kan baru - baru ni, aku duduk tengok Making the Cut walaupun aku rasa show tu agak bosan berbanding Project Runway tapi sebab aku dah tak apa nak tengok, aku tengok jugalah show tu. Ada satu episode tu, ada seorang contestant ni, dia buat blazer warna biru dan belakang blazer tu diperbuat daripada mesh. Aku tengok ada orang comment dekat Reddit, 'who's gonna wear that blazer?' Well, I would. The second the model walked on the catwalk, I fell in love with it. I hadn't seen anything inspiring lately and that blazer grabbed my attention and anyone who knows me knows I love mesh!
So, aku pun carilah blazer tu dekat website contestant tu dan blazer tu masih ada lagi dekat website dia walaupun show tu tahun lepas dan tinggal saiz S saja which is my size!
Okay, aku selalunya tak berapa bagi perhatian dekat small fashion houses atau indie fashion designers sebab bagi aku, diaorang selalunya try hard sangat nak jadi lain daripada yang lain, macam D'accori dan the Attico tapi bagi aku, dia ni lain daripada yang lain without trying too hard, design dia masih classic tapi cool dan edgy, like, aku tak pernah tengok blazer macam ni!
Aku tunjuk dekat mak aku dan mak aku pun suka juga blazer dia tapi mak aku lebih prefer blazer Balmain. Yes, aku mengaku, blazer Balmain nampak mahal, like, kalau ada orang pakai blazer Balmain dan kalau kau tak tahu tu blazer Balmain pun, kau tahu tu blazer mahal tapi harga dia pun mahal lah dan aku tak mampu lagi nak blazer Balmain at the moment, blazer Balmain paling murah pun nak dekat RM4,000 tapi salah satu cita - cita aku nak beli blazer Balmain satu hari nanti. Blazer ni nak dekat RM2,000 which is still expensive but more affordable.
Plan aku, kalau hujung tahun ni, boots Versace tu tak ada, aku nak beli blazer ni, samada blazer biru tu atau blazer hijau tu. To be completely honest, aku dah tak berapa ada hati dekat boots tu, mungkin sebab aku rasa macam aku takkan dapat boots tu dan blazer ni lah the next best thing, lebih menarik dairpada Balmain dan Alexander McQueen.
Kalau aku dapat blazer ni, aku plan nak pakai macam ni.
Kalau aku dapat blazer biru tu, aku plan nak pakai macam ni, dengan tank top warna kuning tapi seluar warna biru dan kasut warna biru. Kalau aku dapat blazer warna hijau tu pula, aku nak pakai dengan tank top warna hitam, seluar warna hitam dan kasut warna hitam.




