07 November 2022

Where Are You?

    So, sekarang, aku dah ada dekat bilik aku. Tadi, masa aku dalam bas, tiba - tiba, lecturer aku ajak aku keluar makan malam so aku kelam - kabutlah balik bilik, solat dan tukar baju lepas tu keluar balik. Kitaorang sembang dua jam lebih jugalah. Bukan dating ye. Also, aku ingat bas yang aku naik tadi akan jadi lebih okay daripada bas yang aku naik hari tu but it was simply differently bad tapi aku malas nak cerita pasal tu.

    Anyway, masa aku balik bilik tadi, benda pertama yang aku perasan kasut Tally masih tak ada depan bilik dia. Kiranya dia tak balik lagilah, hmm. Surprisingly, roommate aku tak ada dekat bilik and to be completely honest, aku agak happy sebenarnya sebab aku boleh buat apa saja, hahaha. Aku bukan tak suka dia, in fact, aku lega juga ada roommate sebab aku taklah takut sangat nak tidur waktu malam (aku payah nak tidur seorang) tapi "extrovert" macam aku ni pun perlukan masa bersendirian untuk recharge balik. Masa aku duduk seorang diri dulu, aku boleh pakai underwear saja, pasang music kuat - kuat, menyanyi dan menari tapi sekarang, aku kena behave. Dekat luar, aku dah kena behave so dekat bilik sajalah aku betul - betul boleh jadi diri aku. Aku bukan fake atau ada double life atau double personality ke apa, eh, aku cuma professional.

    By the way, aku makin menyampah dengan satu kelab ni. Aku tak pernah join kelab ni tapi sebab aku dilantik sebagai wakil kelas, aku automatically registered sebagai member kelab tu. Mula - mula, aku ingat aku tak perlu buat apalah, setakat buat announcement sajalah kot sebab aku bukan AJK pun, aku cuma wakil kelas tapi rupa - rupanya, aku kena ambil bahagian juga. Yang aku tak faham, ada sesetengah event tu tak melibatkan aku pun tapi aku kena ambil bahagian juga. Contohnya, esok pagi, aku kena hias kiosk kelab tu. Okay, aku bukan nak acah - acah senior ke apa tapi aku dah third year, aku kena focus on my studies, bukan benda - benda macam ni. Sesetengah kauorang pun dah third year so kauorang pun patut focus on your studies. Kalau students first year atau second year tak apalah juga sebab diaorang bukan ada thesis ke apa.