Okay, sebenarnya, aku kena baca materials yang lecturer aku bagi tapi aku nak luah perasaan aku sikit dulu sebelum aku kena betul - betul focus.
So, roommate aku sampai sekarang tak balik lagi and I'm not complaining, lol. Aku ada wish dia takkan balik terus - menerus tapi macam jahat pula, eh.
Lepas tu, aku rasa Tally dah balik sebab aku nampak kasut dia depan bilik dia. Aku hampir terserempak dengan dia tadi tapi dia dah masuk bilik tapi tak apa, aku akan cuba intentionally "terserempak" dengan dia, hahaha. Hopefully kali ni aku boleh tegur dia.
Pukul tiga sampai pukul lima nanti, aku nak kena pergi jaga kiosk yang aku cakap semalam. *roll eyes* Hopefully, aku takkan perlu buat apa - apa sangat, setakat jaga kiosk saja.
By the way, dua malam lepas, aku ada sembang sikit dengan Nick. Aku boleh rasa yang dia memang tak berminat dengan aku tapi aku mengaku, aku desperate dan lonely so walaupun aku tahu dia tak berminat dengan aku tapi aku tetap sembang dengan dia. Semalam, aku nampak dia online so aku tegur dia. Aku tunggu berpuluh minit. Guess what? Dia tak layan pun lepas tu dia offline. Obviously, dia tak berminat dengan aku dan dia ada orang lain yang dia berminat. Bagi dia, aku cuma an option. Aku harap, aku akan jumpa someone yang berminat dengan aku dan aku tak perlu cari Nick lagi.