Hari ni, patutnya Tally dah balik dan walaupun kasut dia ada depan bilik dia tapi aku tak terserempak dengan dia lagi hari ni. Aku dah cerita dekat "kawan - kawan" aku pasal dia dan diaorang semua suruh aku tegur dia. Aku tengah cari moment nak tegur dia dan aku nak kena tegur dia sebelum hari Khamis ni sebab hari Khamis ni cuti sebab pilihanraya so dia mesti akan balik hari Rabu ni. Sigh. Masa aku nak tegurlah, terus aku tak terserempak dengan dia langsung tapi masa aku tak expect aku akan terserempak dengan dia, terus aku terserempak dengan dia. Berkali - kali pula tu.
Aku ada rasa takut yang dia akan reject aku, like, what if aku tegur dia dan dia ignore aku atau dia balas dengan dingin? Apa yang aku nak buat? Kalau jadi macam tu, mesti awkward gila setiap kali aku terserempak dengan dia lagi. Pada masa yang sama, selagi aku cuba, aku takkan tahu dan aku akan menyesal kalau aku tak cuba langsung. At least, kalau aku cuba, I can say, 'I tried,' tapi kalau aku tak cuba, I'll be haunted with what-ifs. "Kawan - kawan" aku cakap diaorang rasa dia akan reciprocate. Aku pun tak tahulah but I hope so.
Also, aku harap kalau aku jadi tegur dia nanti, I don't reek desperation sebab aku memang dah lonely teruk. Aku rasa empty, macam tak ada direction. Hari - hari, aku buat saja apa yang aku perlu buat walaupun kalau ikut hati, aku tak nak buat apa - apa. Aku cuma nak tidur. I feel dead. I don't look forward to anything except seeing Tally. I need someone to make me feel alive again, to excite me. Aku ingat lagi masa aku bercinta dulu, aku selalu tak sabar nak tengok phone, nak tengok lover aku text aku ke tak dan kalau dia text aku, aku rasa macam aku boleh terbang.
You might not get me if you're not a relationship person but if you are, then you know what I'm talking about. Being in love feels so good. Yes, I know, it's not all rainbow and butterfly. Ada hari, gelap dan hujan juga but you know you'll always get back together, no matter what. Aku dah lama tak in a relationship. Aku pun tak ingatlah kali terakhir I was in a relationship. Masa aku berkawan dengan Shorty sebelum kitaorang bergaduh tu boleh dianggap sebagai relationship ke? Not really sebab aku bertepuk sebelah tangan but still, it felt good to have someone to talk to.
I just want someone. That's all I'm asking for. Is it too much to ask for? After so long, I think I deserve some happiness. I've been in the dark for years and I need some light. By the way, aku terserempak dengan Tally tadi tapi aku tak tegur dia dan nasib baik aku tak tegur dia sebab lepas tu, aku nampak ada kereta merah datang dan dia naik kereta tu. Kiranya dia sibuklah dan kalau aku tegur dia, aku takut dia tak layan aku. Aku tak tahulah dia nak balik ke apa but please jangan balik lagi. I need you here. My life's dull without you. Just tunggu for the moment aku nak tegur dia.