Okay, aku ada banyak kerja nak buat hari ni tapi aku tak tahu kenapa, aku rasa tak sedap badan.
Semalam, aku keluar dengan classmates aku, pergi buat kerja dekat study room dekat library. Lepas tu, kitaorang keluar makan malam sebelum diaorang hantar aku balik bilik aku. Hari ni, aku plan tak nak makan apa sebab satu, aku rasa tak sedap badan dan dua, aku nak jimat duit, aku dah spend terlalu banyak duit dekat makanan.
Semalam juga, aku beli beg tangan Tory Burch untuk mak aku. Aku memang dah lama nak beli beg tangan untuk mak aku—beg tangan Tory Burch to be exact sebab aku suka logo dia, berbanding lower upper brands yang lain macam Kate Spade, Coach, Longchamp dan Michael Kors tapi mak aku ada a very specific type of handbag yang dia suka.
Aku nak beli beg tangan Tory Burch Eleanor tu tapi yang tu mahal sangat, RM4000+++ wei. Kalau aku kerja nanti, aku bolehlah kot. Kan sekarang ada sale dan ada satu beg tangan Tory Burch Ella ni jadi, campur dengan tax, RM1000+++ dan design dia pun cantik juga dan mak aku pun suka.
To be completely honest, aku rasa syok sebab aku rasa macam aku dapat bagi something dekat mak aku tapi pada masa yang sama, I probably shouldn't say this because I'm gonna sound like I'm not sincere tapi hati aku rasa macam kena robek jugalah masa aku bayar semalam.
To make matters worse, aku tak boleh bayar dengan Bank Islam so aku transfer duit aku ke account Maybank aku dan aku ter-transfer guna IBG instead of DuitNow dan sekarangkan cuti dan IBG cuma akan transfer duit masa working day so duit aku tengah float. Aku harap sangat esok aku akan dapat duit tu balik. I hate IBG!1! IBG bodoh!1!
Anyway, semalam aku basuh kain. Macam biasalah, aku kena "compete" dengan budak - budak dari kolej lain yang monopoly tempat tu macam tempat tu mak bapa diaorang punya, lebih daripada kitaorang yang dari kolej ni. Kampung sangat perangai.
Oh, aku lupa nak cerita. Dua malam lepas, aku mimpi Nick mesej aku dekat Skype. Dia kata dia rindu aku. Mimpi tu rasa real gila tahu so pagi semalam, bila aku bangun, aku terus buka Skype dan tak ada pun mesej daripada dia. I is disappointed.
Speaking of which, aku dah lonely dan aku rasa lagi lonely when Tally is not around. Aku asyik jalan depan bilik dia, nak tengok kasut dia ada ke tak tapi tak ada pun. Aku rasa dia akan balik esok. I can't wait to see him again dan aku harap sekurang - kurangnya aku boleh dapat number dia, somehow sebelum midsemester break which will start next week because I can't bear to go through another week without seeing him.
Also, mungkin sebab aku lonely so aku rindu Shorty. Aku asyik fikir pasal dia juga. Masa aku pergi shopping centre kedua paling besar dekat dunia tu dua hari lepas, I was praying inside I'd run into him (sebab rumah dia dekat - dekat situ dan dia pernah bagi tahu aku dia selalu pergi situ) and maybe he'd change his mind once he sees me in person.
Bila aku buka Skype, aku selalu harap aku akan dapat mesej daripada dia. Manalah tahu masa aku keluar, aku tak nampak dia tapi dia nampak aku and he'd have a change of heart but all I get is radio silence. Alangkah indahnya we're still in love like we used to be dan mungkin, every weekend, kitaorang akan berjumpa.
PS Beg tu patut sampai between 30/11 and 05/12 dan aku harap sangat beg tu akan sampai on time dan dengan selamat dan beg tu tak ada defect ke apa.
