12 November 2022

Tell Me How I'm Supposed Not to Be Lonely

    It's been raining all day long today and it's so cold, aku tak buka kipas pun masih sejuk.

    Tally memang balik rumah sebab lepas aku terserempak dengan dia pagi, aku tak terserempak lagi dengan dia dan kasut dia tak ada depan bilik dia, ada kasut roommate dia yang rempit tu saja.

    Tadi, aku order oden dan orange juice Family Mart melalui Grab walaupun aku plan tak nak makan malam, nak berjimat sebab semalam, aku dah beli nasi goreng tapi aku tak jadi makan sebab aku keluar makan dengan classmates aku so aku ingat aku boleh makan nasi goreng tu esok pagi dan pagi tadi aku nak makan nasi goreng tu dah basi. Aku rasa crappy sebab aku dah bazir duit.

    Masa aku pergi ambil order aku dekat abang Grab tu, tiba - tiba, aku rasa sebak. Aku rasa macam nak menangis. Aku rasa sedih, marah, takut dan lonely.

    Mungkin ada orang akan fikir, kenapa aku masih lonely walaupun aku ada keluarga dan kawan - kawan? To be completely honest, aku tak rasa "kawan - kawan" aku betul - betul kawan - kawan. Yes, they've helped me a lot, over and over again and I appreciate their helps, I'll always remember them but the friendships feel superficial and transactional.

    Contohnya, diaorang mengadu dekat aku, aku dengar tapi bila aku mengadu dekat diaorang, diaorang ignore aku, tak balas mesej aku, terus mesej pasal benda yang concern pasal diaorang atau kalau diaorang "dengar" pun, diaorang dismiss aku, 'ala, benda kecil saja tu.' Padahal, bila diaorang mengadu dekat aku, aku tak pernah ignore dan dismiss diaorang.

    Aku pun ada perasaan dan aku jenis, kau buat baik dengan aku, aku buat baik dengan kau tapi kalau kau buat tahi dekat aku, aku buat tahi dekat kau balik. So, sekarang bila diaorang mengadu dekat aku, aku ignore diaorang. Guess what?

    Terus tak cakap dengan aku. Tahu pula marah. Masa buat dekat aku, you're not the bad guy tapi bila aku buat dekat kauorang, suddenly I'm the bad guy. Tak nak cakap dengan aku lagi bagus, aku pun dah penat dengar kau mengadu dekat aku pasal benda yang sama berkali - kali.

    To make matters worse, aku rasa macam keluarga aku tak supportive. Diaorang mana ada tanya how I'm doing ke apa. Bila aku mesej WhatsApp group keluarga aku, diaorang tak balas pun mesej aku tapi diaorang balas mesej pula sesama diaorang.

    Yang lagi buat aku sakit hati, keluarga aku pun suka dismiss aku. Contohnya, aku ada beli water flosser baru sebab aku bagi water flosser lama aku jatuh dan pecah. Harga dia RM225. Yes, tak adalah beribu pun tapi bagi aku, duit tetap duit. Aku letak alamat rumah abang aku sebab aku tak berani nak letak kolej aku, takut diaorang tak pandai handle parcel tu.

    Semalam, parcel tu sampai. Abang aku duduk dekat apartment so courier tu bagi parcel tu dekat guard. Aku mesej abang aku, bagi tahu dia yang parcel tu sampai. Dia baca mesej aku tapi dia tak balas. Aku mesej dia lagi sekali hari ni. Guess what?

    Dia kata parcel tu tak sampai lagi. Okay, tipu sebab courier tu siap hantar gambar dekat aku. Kiranya kau yang tak check. Aku hantar gambar yang courier tu hantar dekat aku dekat dia. Dia tak balas. Hahaha. Kantoi. Dia cuma kata nantilah dia ambil.

    Oh, masa parcel kau tak sampai dulu, kau buat macam dunia dah nak kiamat padahal barang murah saja pun, tak sampai RM100 tapi dengan parcel aku, kau buat macam, 'ala, bila - bila boleh ambil.' Walaupun aku lebih muda daripada kau, aku buat diam saja sebab aku tak nak bergaduh.

    So, how am I supposed not to feel lonely around people like this? How am I supposed to consider them my family and friends? Tell me. I don't have anyone. I only have God but I'm only human so I need a human connection too and that's why I've always looked for someone. I can't be blamed.

    Aku mungkin nampak okay, boleh senyum dan gelak tapi dalam hati aku, Allah saja yang tahu perasaan aku. Aku tak kuat. Aku lemah. Aku rasa macam aku akan jatuh kalau tak ada orang tolong aku. Aku pun kadang - kadang perlukan a shoulder to lean on.

    Aku tahu dan aku percaya, Allah saja yang boleh bagi kekuatan tapi aku juga percaya, no man is an island. Allah cipta manusia lebih daripada seorang supaya kita boleh tolong sesama kita. Kita tak boleh survive seorang diri. Kita perlukan orang lain.

    Berat beban yang aku kena bawa. Aku bukan nak claim aku seorang saja yang dalam kesusahan atau compare kesusahan aku dengan orang lain tapi hanya sebab aku boleh senyum dan gelak tak bermaksud aku tak ada dalam kesusahan but no one cares.

    Ramai orang selfish. Semua fikir pasal diri - sendiri saja, tak fikir pasal orang lain. Suka minta tolong tapi tak nak tolong orang. Orang macam ni memang tak layak ada kawan. Patut duduk dan mereput seorang diri.

PS Bukan setakat water flosser aku rosak, earphones aku rosak. Memang malang sungguh nasib aku.