Okay, aku dah mengantuk dan aku kena tidur sebab aku ada kelas dan event nak attend esok. So, aku kena type cepat - cepat so abaikan kalau ada grammatical mistakes ke, spelling errors ke, apa ke, kalau aku ada masa dan mood nanti, aku perbetul.
So, aku ada mention dalam post sebelum ni aku ada event nak attend. Well, masa aku attend event tu a few days ago, aku ternampak seorang lelaki ni dan aku terus tertarik dengan dia sebab dia handsome gila. Kulit dia tak putih sangat, tak gelap sangat, rambut dia hitam dan wavy, dia tak tinggi sangat, tak pendek sangat dan dia tak kurus sangat, tak gemuk sangat dan dia ada beard. Orang lain mungkin tak tertarik dengan dia sebab dia tak tinggi but I find guys like him so cute.
Anyway, aku tak tahulah dia ambil course apa tapi dia duduk seorang diri. Aku curi - curi pandang dia tapi aku buat macam aku tengok belakang dialah, lol. Aku tak tahulah kalau dia pun curi - curi pandang aku ke tak tapi masa aku nak keluar, dia berdiri belakang aku wei. Aku tak tahulah dia sengaja ke or it was a coincidence. Kalau kitaorang bersendirian masa tu, mungkin aku atau dia dah akan make a move tapi kitaorang dua - dua datang dengan kawan - kawan kitaorang. So, sadly, tak jadi apa pun.
By the way, sebelum aku attend event tu, aku terserempak dengan Tally. Dia pandang aku, aku pandang dia balik tapi aku cepat - cepat pandang arah lain sebab aku malu so again, a missed opportunity but it's okay because I think he was in a rush at that time. Aku sempat tatap muka dia sikit dan aku rasalah, he is the guy who smiled at me a few weeks ago sebab kulit dia tanned. Sebelum ni, aku ingat tu orang lain sebab kulit dia cerah. Well, the only way to know is to ask him. Oh I wish it was that easy.
Dia selalu balik malam Khamis tapi malam ni, aku tengok kasut dia ada lagi depan bilik dia tapi aku tak terserempak langsung dengan dia. Aku saja lepak dekat luar, in the hope of aku akan terserempak dengan dia but nope. Aku rasa dia akan balik pagi esok tapi kalau dia tak balik, aku terkejut. Adakah dia tak balik sebab dia nak tengok aku? I wish, hahaha!
Alright, aku nak tidur. Goodnight.