25 November 2022

So, I Talked to My Crush...

    Yes, I've just talked to Tally, finally. Okay, sebelum aku bagi tahu how it went, aku nampak kasut dia tak ada dekat depan bilik dia so aku tahu dia keluar. Aku pun keluarlah sekali, in the hope of aku akan terserempak dengan dia, lol and I did. Dia tengah bersiap. Ada kitaorang dua saja dekat situ so I knew it was another huge opportunity tapi aku teragak - agak because it was early in the morning dan orang waktu awal pagi ni kadang - kadang cranky so aku takut dia takkan respond dengan baik but I knew I had to try sebab ada kemungkinan besar dia akan balik hari ni so aku takkan jumpa dia lagi minggu ni.

    Aku pun buat macam aku tengah bersiap padahal kelas aku dan event yang aku nak kena attend hari ni tu lambat lagi, lol. Lepas tu, I mustered as much courage as I could and I made my move. Aku tanya dia, 'eh, you ambil course apa, eh?' Dia macam terkejut. Dia balas, 'sorry?' Aku tanya dia sekali lagi, 'you ambil course apa?' Dia jawab, 'engineering.' Mm, aku selalu terpikat dengan student engineering, contohnya, Shorty, lol. Lepas tu, dia tanya aku balik, 'kau?' Aku pun jawablah, 'English.' Dia macam, 'TESL?' Aku balas, 'oh, bukan, just English, without education.' Lepas tu, kitaorang sembang sikit pasal kitaorang tahun berapa dan macam mana kitaorang pergi kelas. Rupa - rupanya, dia dah tahun terakhir dan dia pergi kelas tumpang kawan dia.

    Okay, part seterusnya, aku rasa aku macam sorta messed it up. Aku tanya dia kenapa ada tiga pasang kasut depan bilik dia. Lepas tu, aku tambah, aku ingat ada orang tumpang bilik dia. Dia bagi tahulah roommate dia ada dua pasang kasut. Entahlah tapi aku rasa macam soalan tu buat aku nampak macam stalker walaupun memang aku kinda stalk dia pun, lol. Aku harap dia tak pelik dengan aku dan aku harap dia bersangka baik dengan aku, yang aku nervous dan aku hanya cuba buat conversation dengan dia. Aku memang nervous masa tu sebenarnya, kaki dan tangan aku menggeletar tapi aku cuba buat macam aku cool.

    Lepas tu, dia kata dekat aku, 'gerak dulu.' Aku pun macam, 'alright.' Aku tak tahu kenapa tapi lepas dia pergi, I didn't feel really good. I was supposed to be jumping up and down sebab akhirnya, aku dapat cakap dengan dia tapi aku rasa macam I screwed it up but it's a good sign lah sebab dia tanya aku balik, bukan aku tanya dia, dia jawab saja lepas tu krik krik so samada he was being courteous or he's interested in me as well but I hope it's the latter tapi aku tak tahu nak proceed macam mana lepas ni. I mean, sure, lepas ni, bila aku terserempak dengan dia lagi, aku akan senyum, angkat tangan dan tegur dia tapi macam mana aku nak kitaorang jadi from strangers to acquaintances? Kalau setakat tegur, we're not going anywhere. Kalau aku kena buat conversation dengan dia, apa aku nak cakap atau adakah dia yang cakap dengan aku dulu? He doesn't look like the type who would make the first move, to be completely honest. I don't know. I guess now all I can do is to just wait and see.

    On a side note, muka dia sebiji macam Shorty wei. I don't know why I'm into nerdy guys like Shorty. Mungkin sebab orang nerd ni selalunya depan nampak baik tapi belakang wild, just like Shorty, lol. Selalunya, orang tak pandang pun orang macam diaorang sebab there are actually a lot of them and they all sorta look the same and they're are considered basic. Aku bukan menghina, I'm just stating what I know sebab setahu aku, orang suka lelaki tinggi and all that but that's what draws me to them. Aku rasa that's what makes them attractive. Aku tak suka benda yang kebanyakan orang suka dan aku bukan nak kata aku special ke apa, that's just my taste.

    Apa pun, aku harap, things won't go south from here.