25 March 2022

Plan

    So, hari tu, aku ada tulis pasal aku contact customer service Next pasal kasut Converse warna hijau tu dan aku diberitahu kasut tu takkan di restock dan aku kecewa gila tapi aku tak publish post tu dan post tu sampai sekarang duduk dalam draft. Sejak hari tu, aku duduk fikir, macam mana aku nak dapat kasut tu? Ya, aku memang hadap pun kasut tu. Aku dah lama nak kasut Converse warna hijau jadi bila Converse release kasut tu, aku macam, aku kena dapat kasut tu. Dekat website lain ada saja kasut tu tapi diaorang tak hantar ke Malaysia.

    Semalam, aku terfikir nak guna parcel forwarding service. Aku pernah guna service tu dan aku ada pengalaman buruk dengan service tu jadi aku takut jugalah nak guna lagi tapi aku baca review dekat Internet, kebanyakan orang macam OK saja. Kalau nak selamat, aku kena ada duit lebih. Aku tak nak bayar banyak sangat untuk kasut tu sebab kasut tu kasut biasa saja pun, bukan kasut limited edition ke apa. Buat masa sekarang, aku tunggu dulu. Kalau tak ada siapa return kasut tu, aku tak ada pilihan lain selain daripada aku kena guna service tu.

    Anyway, tahun ni, aku nak kena guna banyak duit, especially untuk aftercare lepas aku buang braces aku. Lepas tu, aku plan nak pergi bercuti dengan co-worker aku bulan lapan nanti. Tahun depan pula, aku nak buat driving licence. Jadi, aku kena simpan duit dan aku kena reorganise wishlist aku, aku kena tengok yang mana aku kena beli dalam masa terdekat dan yang mana aku boleh beli kemudian dan ni semua barang yang aku rasa aku kena beli dalam masa terdekat.

  1. Zara oversized denim jacket in blue
  2. Versace Medusa combat boots in black/lilac
  3. Linda Farrow x Walter Van Beirendonck mask sunglasses in green
  4. Jacquemus Le Baneto camera bag in green/black/pink
  5. Converse Classic Chucks high-tops in green
  6. Converse x Miley Cyrus platform Chucks high-tops in blue

    Ni plan sajalah, aku tak tahu nak jadi macam mana, life's rarely been in favour of me but as you can see, aku letak yang barang yang aku rasa paling senang aku nak dapat dekat atas sekali tapi aku letak kasut Converse x Miley Cyrus tu dekat bawah sekali sebab bagi aku, barang designer lebih penting sebab barang designer ni selalunya limited. Kasut Converse x Miley Cyrus tu pun limited tapi bagi aku, nilai barang designer lebih tinggi daripada kasut tu jadi aku kena dapat barang designer dulu.

    Kasut Converse hijau tu pun mungkin aku akan postpone dulu. Manalah tahu kalau akan ada website lain yang jual kasut tu juga sebab kalau boleh, aku memang tak nak guna parcel forwarding service. Entah kenapa tapi makin lama aku duduk tengok spek Linda Farrow x Walter Van Beirendonck tu, aku makin suka spek tu tapi sale 70% hari tu dah habis jadi aku kena tunggu sampai sale tu datang baliklah. Aku suka beg Jacquemus tu tapi aku tak adalah suka gila beg tu.

     Anyway, kalau aku dapat beli boots Versace tu, spek Linda Farrow x Walter Van Beirendonck tu dan beg Jacquemus tu, aku akan bagi review macam mana aku simpan duit, macam mana aku beli dan macam mana kualiti barang designer sebab aku tengok tak ramai orang bagi review yang menyeluruh. Kalau ada pun, diaorang bagi tahu sikit tapi ada benda diaorang rahsiakan dan process pembelian barang designer ni terus duduk jadi satu mystery untuk rakyat marhaen macam kita.

PS Kalau aku guna service tu, nanti aku bagi review juga.