16 March 2022

Serba Salah

    Walaupun aku benci gila nak mampus tempat ni tapi aku tak nafikan ada juga benda bagus pasal tempat ni. Antaranya, "boss" aku dekat sini banyak expose aku. Bukan expose macam dedah gambar bogel aku ke apa, eh tapi macam dedah aku pada benda baru. Contohnya, dia jemput aku pergi conference dan sebagainya. Masa aku dekat sekolah, universiti, mana ada orang jemput aku pergi mana - mana langsung. Makan malam sekolah aku pun aku tak dijemput tapi semua orang lain dijemput. Jadi, aku terharu bila ada orang pandang aku dan acknowledge kewujudan aku. Selama ni, aku rasa macam aku halimunan. Jadi apa pun dekat aku, tak ada siapa akan tahu dan kisah.

    Siang tadi, dia mesej aku, tanya aku, aku nak tak ambil "kursus" dekat satu syarikat gergasi dari luar negara ni (hint: dekat timur Asia). On the surface, nampak macam satu peluang yang baguslah but beneath the surface, aku tahu, mana ada syarikat yang baik hati, nak bagi aku ambil "kursus" dekat tempat diaorang secara percuma. There's a price to pay. Kemungkinan, aku akan kena kerja untuk diaorang, tak tahulah berapa lama dan aku tak nak kerja dekat situ. Sejujurnya, aku cuma nak bagi habis kerja aku dekat sini lepas tu aku nak belah dari sini, aku nak kerja dekat tempat yang aku betul - betul nak. Kalau orang baca post ni, orang mungkin fikir, bodohnya aku, sekarang dengan unemployment rate tinggi, aku memilih pula.

    Sebelum aku address benda tu, aku cuma nak bagi tahu, sebelum ni, aku pernah ditawar buat kursus dekat satu "syarikat" dekat luar negara (hint: dekat Eropah). Ya, aku akan pergi luar negara tapi aku "decline" sebab aku tak nak dan tak boleh tinggal mak aku dan mak aku sakit. Aku tahu ni peluang sekali seumur hidup and people would kill for this tapi mak aku lebih penting daripada segala - galanya dan aku tak menyesal pun "decline" tawaran tu.

    Berbalik kepada mesej boss aku siang tadi, aku bagi tahu dia, aku perlu masa nak fikir. Tadi, masa aku tengah makan malam, dia mesej aku. Dia kata, kalau aku tak berminat, dia akan bagi dekat orang lain dan aku balas aku rasa ada orang lebih layak daripada aku. Aku rasa bersalah jugalah sebab ni dah kali kedua aku "decline" dan aku risau lepas ni dia dah takkan tawar apa lagi dekat aku. Aku bukan tak nak atau tak berminat tapi aku kena fikir pasal masa depan aku, bukan puaskan hati orang lain.

    Aku harap aku buat keputusan yang betul dan benda ni takkan menghantui aku nanti.