Malam ni, aku nak cakap pasal beberapa benda.
First of all, kasut Converse warna hijau tu masih out of stock. Sebelum ni, aku ada bagi tahu, aku contact customer service website tu, dia kata diaorang akan restock kasut tu samada minggu ni atau minggu depan dan sekarang dah nak masuk minggu ketiga bulan tiga tapi sampai sekarang diaorang tak restock lagi. Aku nak sangat kasut tu tapi aku dah penat duduk tunggu dan check setiap hari dan aku makin putus harapan. Macam tu jugalah dengan denim jacket Zara tu, sampai sekarang dia masih out of stock dan aku nak sangat jacket tu. Siapa entah duduk beli. Lajulah. Lepas tu, bila kau dah puas pakai barang tu dan barang tu dah basah dengan peluh kaki dan ketiak kau, kau return barang tu atau pun kau jual barang tu dekat Carousell. Kau ingat orang hadap sangat ke nak pakai bekas kau? Fikir pasal orang lain juga, jangan fikir pasal diri kau saja.
Second of all, tempat "kerja" aku takkan bagi "bonus" term ni. Aku ingat aku akan dapat "bonus" setiap kali lepas habis satu term. "Bonus" aku tak banyak pun, RM200 saja pun, tu pun diaorang nak berkira? Ni buat aku lagi benci tempat ni. Lepas tu, duit BKM pula. Dahlah duit tu tak masuk lagi sampai sekarang lepas tu duit tu akan dibahagikan kepada dua bahagian pula. Bahagian pertama, duit tu patutnya masuk bulan ni dan bahagian kedua, duit tu patutnya masuk bulan lapan kot. Duit tu tak banyak pun, RM350 saja pun, tu pun diaorang nak bahagi? Diaorang ingat orang boleh hidup ke dengan duit sikit tu? Aku dah plan nak simpan duit tu untuk boots Versace tu tapi bila dah jadi macam ni, nampak cara aku kena lagi berjimatlah.
Third of all, blog aku dah muncul dekat Google setelah sekian lama. Aku saja cari blog aku dekat Google tadi dan aku jumpa satu post dekat blog aku dekat Google. Aku harap ada orang akan jumpa blog ni dan aku harap aku boleh tolong orang dengan penulisan aku, aku harap penulisan aku boleh bawa ketenangan atau bagi pengajaran atau hiburkan orang. Kalau kau suka fashion atau dengar cerita macam aku, well, you're in the right place, darling.
Fourth of all, "co-workers" aku pakat nak duduk dekat "kediaman" yang disediakan oleh tempat "kerja" aku term depan. Tempat "kerja" aku sediakan "kediaman" untuk "staff" dia tapi kena bayar sewalah macam rumah sewa dan kebanyakan "co-workers" aku muda dan tak berkahwin lagi jadi aku tak peliklah. Cuma, aku tak berapa faham kenapa diaorang ghairah sangat nak balik sebab satu, COVID tak habis lagi, dua, kerja semua masih online, tiga, aku dengar Internet dekat "kediaman" tu perlahan dan empat, diaorang kena bayar sewa. Tu tak termasuk dengan expenses macam makan minum, minyak dan seterusnya. Aku rasalah, diaorang ghairah sangat nak balik sebab diaorang nak berseronok. Yalah, kalau duduk dekat rumah seorang diri, setakat boleh video call sajalah tapi masa awal - awal, syoklah tapi lama - lama, makin meluat dan sebab tulah aku tak nak duduk dekat situ.
Fifth of all, term seterusnya akan mula dalam masa dua minggu lagi dan aku dah rasa penat fikir pasal kerja yang aku akan dapat. Aku tak pasti aku patut ambil extra work ke tak macam term lepas but let me tell you something, aku ambil satu extra work saja pun term lepas dan aku dah rasa macam nak mati. Dekat tempat "kerja" aku, ada jumlah jam kerja yang aku kena habiskan dalam masa tiga tahun dan kalau boleh, aku nak bagi habis jumlah jam kerja tu sebelum term terakhir aku sebab satu, aku akan ada banyak kerja masa term terakhir, dua, aku dah serik bekerja dengan "staff" "department" lain dan tiga, aku tak tahu kalau kerja semua akan jadi physical term lepas ni. Kalau ya, aku akan jadi sibuk gila nak mampus.
Aku tahu, kalau orang baca blog aku, orang mesti macam, 'apa kerja kau sebenarnya?' Inshallah, lepas aku habis kerja sini, aku akan bagi tahu.