29 March 2022

Change of Plan

    Hari ni, aku dah mula bekerja tapi aku tak ada banyak kerja sangat lagi, aku cuma kena isi borang, daftar dan sebagainya. Tadi, aku keluar kejap dan aku duduk fikir pasal kewangan aku. Aku rasa aku jadi terlalu ghairah nak beli barang pereka sampai aku tak nampak kesan dia pada masa akan datang sebab aku tak mampu nak beli semua dalam tahun yang sama. Kalau aku beli kasut Versace tu dan spek Linda Farrow x Walter Van Beirendonck tu masa harga dia turun samada bulan Jun ni atau bulan Disember ni, tak apa lagi tapi kalau aku beli beg Jacquemus tu dan aku pun tak tahu harga dia nak turun ke tak, aku dah takkan ada cukup duit nak tanggung diri aku sendiri awal tahun depan. Jadi, demi kebaikan diri aku sendiri, aku kena tolak hasrat aku nak beli beg Jacquemus tu ke tepi dulu. Aku kena hadkan pembelian barang pereka setahun sekali saja tapi kalau aku ada duit lebih, aku belilah.

    Aku nak beli kasut Versace tu juga sebab satu, aku minat kasut, dua, aku minat Versace, tiga, aku nak ada sekurang - kurangnya satu barang pereka dan empat, aku tak nak nanti aku menyesal aku tak beli kasut tu. Aku tolak hasrat aku nak beli Jacquemus tu ke tepi dulu sebab walaupun aku suka beg tu tapi aku tak minat beg macam aku minat kasut dan bila aku dah tolak hasrat aku nak beli beg tu ke tepi dulu, aku rasa lega. Aku tak rasa terbeban duduk fikir pasal bajet aku. Aku baru sedar betapa pentingnya kau kena mengaku kalau kau tak mampu dan aku tak malu pun nak mengaku aku tak mampu nak beli semua dalam tahun yang sama. Biarlah kalau orang nak kata dekat aku, 'dah tak mampu buat cara tak mampu.' Sekurang - kurangnya, aku dapat apa yang aku nak dan pada masa yang sama, aku masih ada duit. Bila kau ada duit, jiwa kau jadi lebih tenang, kau rasa lebih selamat.

    Jadi, tu sajalah yang aku nak cakap malam ni. OK lah, aku nak kena tidur awal, aku dah tak boleh tidur lewat macam sebelum ni.

    Selamat malam.