10 March 2022

Sunglasses

    Aku banyak cakap pasal kasut sebab aku minat kasut tapi aku jarang cakap pasal accessory sebab aku tak minat sangat accessory. Mungkin sesetengah orang akan kata, 'bukan kasut accessory ke?' Bagi aku, kasut bukan accessory sebab dia wajib. I mean, ada ke orang pakai cantik - cantik tapi lepas tu tak pakai kasut? Tak, kan? Macam tu jugalah beg tapi aku tak minat sangat beg. Anyway, sunglasses antara salah satu accessory yang aku minat selain jam tangan dan cincin dan sunglasses ni, they can elevate your look if you get them right dan masa aku dekat sekolah dulu, ada satu jenama spek mahal ni, Linda Farrow collaborate dengan Walter Van Beirendonck. Kalau kauorang tak kenal siapa dia ni, dia ni fashion designer dia ni salah seorang ahli Antwerp Six. Diaorang ni macam OG dalam dunia fashion lah sebab diaorang yang mula trend fesyen pelik - pelik ni.

    Anyway, diaorang ada buat satu spek bentuk hati ni dan aku rasa spek tu cool gila sebab aku tak pernah nampak spek macam tu.


    They're ridiculous but in a good way. They look like Power Rangers. They're not exactly wearable though sebab kau cuba bayang kau keluar macam ni, semua orang akan pandang kaulah tapi aku tak kisah, as long as they're in my possession, that's good enough. The only thing I don't like about them is the nose pads. Harga dia RM1000+++. Dulu, aku tak mampulah. Aku mampu tengok sajalah, hahaha. Sekarang, aku baru mampu tapi tu pun, aku kena simpan duit aku baru boleh beli. Of course, spek ni dah sold out sebab dia keluar bertahun - tahun lepas.

    Masa tu juga, 2NE1 keluarkan lagu I Am the Best dan dalam music video lagu tu, CL pakai salah satu spek dari collaboration tu dan aku suka jugalah spek ni.

    Ada satu malam tu, aku saja tengok dekat website Linda Farrow dan kau cuba teka apa aku jumpa? Spek ni ada lagi wei.  Aku terkejut jugalah sebab dia keluar bertahun - tahun lepas juga. Harga dia RM1000+++ tapi dah turun jadi RM400++ saja. Ada warna hijau, kuning, merah dan pink dan siapa kenal aku tahulah aku suka warna hijau, kuning, pink dan biru. Aku suka juga yang warna kuning dan pink tu tapi aku lebih tertarik dengan warna hijau tu.

    They're so ridiculous they're so good, do you know what I mean? They look like an eye mask. The wearability is low because look at them. Need I say more? Again, I don't care, I just wanna keep them, I just wanna feel like I'm a part of this iconic fashion revolution.

    Ada satu spek dari collaboration tu cantik juga dan aku suka jugalah. Design dia lebih simple, ergo they're much more wearable tapi aku rasa macam design dia basic sangat dan dah alang - alang aku nak beli barang designer, baik aku beli something yang lain daripada yang lain. I'm not an attention whore, OK? I don't like attention.

    Unfortunately, aku tak boleh beli lagi spek ni sebab aku tengah simpan duit untuk boots Versace tu. Lepas tu, aku nak beli kasut Converse warna hijau dan biru tu lagi. Bukan setakat tu saja, aku tengah simpan duit juga untuk veneers dan sebagainya lepas aku habis pakai braces. Plus, they're not my top priority jadi mungkin tahun depanlah kot aku baru beli spek ni dan aku harap sangat by that time, spek ni ada lagi. Sigh, kalaulah aku ada banyak duit, aku dah beli dah tapi tulah, aku bukan macam favourite YouTuber aku tu, dia nak apa saja, dia beli terus.